• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Keperluan Terhadap Transaksi Segera

Rajah 5.42: Catatan Memo Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Kelemahan JKS SPT

5.12 Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Keperluan Terhadap Transaksi Segera

Transaksi permohonan takaful yang segera bermaksud JKS SPT dan Bahagian Syariah SPT perlu membuat keputusan yang segera terutamanya melibatkan kes-kes permohonan takaful marin yang melibatkan perlindungan pengangkutan barangan bercampur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah. Keputusan yang segera biasanya berhadapan dengan kekangan tertentu seperti maklumat dan ketelusan sejauhmana elemen-elemen tidak patuh syariah agak terhad dan tidak mencukupi. Maklumat dan ketelusan yang tidak mencukupi pula mendedahkan berlakunya

kesalahan dalam membuat keputusan syariah270 mengenai permohonan-permohonan

perlindungan takaful tersebut tersebut. Oleh yang demikian, transaksi permohonan takaful seperti takaful marin yang segera ini mendedahkan kepada risiko syariah

269 Seksyen 58 Akta Bank Negara Malaysia 2009; Seksyen 29(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

403 disebabkan keputusan tersebut mungkin dilakukan dalam situasi segera di samping maklumat permohonan yang tidak mencukupi.

SPT turut terlibat dalam persaingan pasaran sama ada dengan SPT yang lain mahupun syarikat insurans konvensional. Oleh sebab itu, Pihak Pengurusan SPT dan Bahagian Syariah SPT perlu mendapatkan keputusan syariah yang cepat sekiranya melibatkan permohonan-permohonan perlindungan risiko contohnya perlindungan takaful am bagi kapal-kapal pengangkutan. Beliau berkata;

“Sebab banyak keputusan kena buat cepat. Contoh. Ada broker bagitahu. Ok. Ini ada business. Cover kapal, ko nak cover tak syarikat kapal. Kapal bawa apa? Adalah macam. Ok. Nanti nak Tanya shariah. Lepas tu, broker akan tanya company lain. Ni Hong

Leong nak business tak. Ok. Hong Leong kata Ok. Jadi, hilanglah business untuk HSBC. Jadi keputusan tu kena cepat-cepat

bagitau271.”

Beliau menjelaskan apabila terdapat permohonan perlindungan takaful misalnya bagi

kapal pengangkutan dan lain-lain berkaitan272. Broker akan membuat tawaran untuk

melindungi kapal pengangkutan tersebut kepada beberapa SPT dan juga syarikat insurans. Bagaimanapun, kebiasaannya SPT memerlukan pertimbangan dan maklumat mengenai jenis barangan atau perkhidmatan yang dibawa oleh kapal pengangkutan bagi penilaian daripada aspek pematuhan syariah. Namun, sekiranya SPT tersebut lambat membuat keputusan menerima penerimaan permohonan takaful. Broker atau perantaraan tersebut kebiasaannya akan menawarkan kepada mana-mana SPT atau syarikat insurans yang paling cepat bersetuju menerima permohonan kapal pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan. Beliau menyatakan lagi;

271 Muhammad Faisal Ashaari (Jawatankuasa Syariah HSBC Amanah Takaful/ Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia).

272 Terdapat pelbagai produk perlindungan melibatkan pengangkutan import eksport di HSBC Amanah Takaful. Lihat HSBC Amanah Takaful Berhad, “Import Export Solution”, laman sesawang HSBC

Amanah Takaful Berhad, dicapai 21 Oktober 2015,

404 “Itulah masalah nya kadang-kadang kita cover benda yang tak patut

cover. Sebab kalau ada peluang. Kita kena cepat untuk ambil business tu. Contoh lain, kata lah ada business cover shipping. Kita

kena check pula. Shipping apa. Ok. Adalah banyak. Halal ada. Haram pun ada. Jadi kena tengok pulak haram tu banyak mana. Jadi dalam hal ini, Pegawai syariah kena main peranan bertul. Kalau tak boleh kena bertegas dengan bahagian business ni. Sebab business ni. Dia kalau boleh semua nak ambil. Sebab setiap peluang yang

datang kalau lambat. Memang melepas273.”

Muhammad Faisal Ashaari menjelaskan bahawa keputusan-keputusan yang perlu dikeluarkan segera untuk menerima atau menolak permohonan perlindungan takaful marin kapal pengangkutan menyebabkan berlaku kesilapan menerima permohonan risiko daripada kapal pengangkutan yang membawa barangan atau perkhimatan yang tidak patuh syariah sekaligus menyebabkan keterdedahan berlakunya risiko syariah.

Mohd Ridwan Roslan turut mengakui bahawa transaksi seperti takaful marin yang melindungi kapal-kapal pengangkutan dan barang yang dibawa. Beliau menyatakan;

“Dan ada berlaku kadang kena cepat contoh business shipping. Tapi

shipping ini makan masa biasanya nak tahu bawa apa. Tapi dah

jalan ini. Kalau daripada Europe nak datang sini sempat lagi. Tapi

kalau Indonesia nak datang sini. Lagi cepat274

Beliau menjelaskan terdapat transaksi takaful marin yang memerlukan pengesahan permohonan takaful secepat mungkin terutamanya dalam perjalanan-perjalanan tempoh masa yang pendek. Bagaimanapun, Takaful Ikhlas Berhad mempunyai pendekatan tersendiri bagi menguruskan permohonan takaful marin dengan segera. Beliau berkata;

“Tapi apa yang kita buat biasanya kita buat confirm letter. Confirm

letter itu polisi tak keluar lagi. Tapi sebenarnya kita dah confirm

polisi akan keluar. Kita ambil masa generate lagi. Maknanya kita

confirm business itu dah ok lah. Dia disclosure sepenuhnya dan kita

akan cover yang disclose saja. Nak tak disclose mungkin ada liquor

273 Muhammad Faisal Ashaari (Jawatankuasa Syariah HSBC Amanah Takaful/ Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia).

405 ke. So kita tak cover lah. Maknanya anything berlaku ada liquor

dalam kontak tak ada sebut pula liquor ini. Kita ambil first accept dulu. Tapi tengok juga banyak faktor biasanya susah nak lepas

special country macam nak melalui Somalia contohnya sangkut

dekat underwriting dah. Special country tak silap mungkin

guidelines dari Bank Negara. So, underwriting tolak. Itu lah cabaran

adalah tempoh masa sahaja la275.”

Takaful Ikhlas Berhad turut menyatakan keperluan kapal-kapal pengangkutan yang memohon takaful marin untuk mengistiharkan barangan yang dilindungi dalam pelan takaful marin itu. Pihak SPT seterusnya akan mengeluarkan surat pengesahan menerima permohonan perlindungan takaful marin tetapi pada masa yang sama mengecualikan perlindungan kepada barangan yang tidak patuh syariah misalnya arak. Mohd Ridwan Roslan mengulas lanjutnya kebanyakan permohonan melindungi kapal-kapal pengangkutan melalui takaful marin dibuat secara tahunan dan lambakan dalam pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan. Beliau menyatakan;

“Lepas itu biasanya kalau agen shipment yang besar. Besarnya akan buat annually. Kita tak buat single coverage. Dia kan buat annually

coverage. Bila jalan dah cover. Tapi dia akan senaraikan lah syariah

dan tak syariah barang-barang disclose semua. Dalam annually itu memang cover lah. Dia secara lambakan lah. Ada yang tak syariah biasa kita reject saja. Ada melibatkan business pelbagai sekali harung. Transportation, kontena cover juga. Contruction. Kita tengok juga contoh dekat Pulau Pinang kita pernah dapat. Sekarang susah sebab ada competitor. Dia tak bagi lump sum semua. Dia bagi sikit-sikit276.”

Dalam situasi permohonan takaful marin secara tahunan, SPT tidak berhadapan dengan kekangan masa dengan menilai dari segi pematuhan syariah. Bagaimanapun, SPT berhadapan dengan cabaran peluang urusniaga takaful marin yang patuh syariah akan terhad. Oleh sebab itu, SPT berhadapan dengan situasi persaingan dengan SPT yang lain untuk mendapatkan urusniaga yang patuh syariah.

275 Ibid.

406 Ismanizam Ismail turut mengakui terdapat permohonan takaful yang memerlukan keputusan syariah yang segera. Ismanizam Ismail menyatakan bahawa terdapat permohonan takaful yang memerlukan keputusan yang segera. Bagaimanapun, keputusan syariah tersebut masih tertakluk kepada TAT atau Turn Around Times. Istilah TAT bermaksud tugasan tersebut perlu diselesaikan berdasarkan dalam tempoh

masa yang diberikan277. Kebanyakan permohonan-permohonan takaful yang

memerlukan keputusan segera boleh diputuskan oleh Bahagian Syariah SPT tanpa

memerlukan campur tangan JKS SPT278.

Rajah 5.47: Dapatan Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Urusniaga Segera

Dokumen terkait