• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dapatan Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Kesalahan Dalam Brosur Pemasaran Mengikut Makluman Informan (Hasil Temu bual

Informan-Informan Kajian, 21 November 2014-3 Februari 2016189)

Berdasarkan rajah 5.28 menunjukkan bahawa 3 informan mengulas kesilapan brosur pemasaran yang mendedahkan untuk berlaku risiko syariah dalam SPT. Oleh yang demikian, sebarang kesalahan atau kesilapan dalam brosur pemasaran produk-produk takaful perlu diberi perhatian dan pembetulan.

188 Najihah Ali (Pegawai Bahagian Review Syariah, Sunlife Takaful Malaysia).

189 Rujuk Lampiran A9: Petikan Penuh Dapatan Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Kesalahan Dalam Brosur Pemasaran Mengikut Petikan Temu Bual Informan Kajian.

357 Rajah 5.29: Catatan Memo Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Kesalahan

Dalam Brosur Pemasaran

Rajah 5.29 catatan memo menunjukkan tiga sebab keterdedahan risiko syariah disebabkan kesalahan brosur yakni pertambahan maklumat tidak betul yang menyebabkan kekeliruan atau bertentangan dengan kontrak asal takaful. Kedua, brosur pemasaran mempunyai illustrasi tidak patuh syariah seperti tidak menutup aurat. Manakala, yang ketiga disebabkan kesalahan cetakan khususnya nama produk yang meninggalkan implikasi besar kerana setiap produk dengan nama khusus mempunyai jumlah caruman takaful dan manfaat berbeza sekaligus mungkin menyebabkan salah faham kepada peserta takaful. Ini seterusnya mungkin menyebabkan ghalaṭ iaitu kesilapan ialah salah tanggapan mengenai sesuatu perkara seperti mana contoh yang telah dijelaskan berdasarkan rajah 5.29.

358 Rajah 5.30: Dapatan Pendekatan Pengurusan Keterdedahan Risiko Syariah

Disebabkan Kesilapan dalam Brosur Pemasaran

Proses mengenal pasti kesalahan dalam brosur pemasaran melalui review syariah yang dijalankan secara berkala sama bulanan, suku tahun dan setengah tahun bagi mengawal elemen-elemen tidak patuh syariah dalam operasi dan urusniaga SPT. Setelah dapatan review syariah mengenai kesalahan dalam brosur pemasaran, dapatan kesalahan brosur pemasaran akan diserahkan kepada pihak bertanggungjawab bagi memastikan

kesalahan tersebut diperbaiki seperti yang telah dibincangkan sebelum ini190.

5.7 Keterdedahan Risiko Syariah Disebabkan Kesalahan Penggunaan Istilah

Dalam kontrak kewangan Islam khusus kontrak takaful, terdapat istilah-istilah yang perlu digunapakai bersesuaian dengan kontrak untuk membezakan takaful dengan insurans konvensional contohnya istilah “premium” yang digunakan dalam insurans digantikan dengan istilah “sumbangan” dalam kontrak takaful. Begitu juga, istilah

190 Petikan Penuh Pendekatan Pengurusan Risiko Syariah Melalui Review Syariah. Lihat lampiran B10.1, B10.2, B10.3 dan B10.4.

359 faedah hasil keuntungan insurans pelaburan digantikan dengan istilah perkongsian untung bagi keuntungan pelaburan mudarabah bagi kontrak takaful. Mohamad Khairul Daim Ahmad Shamsuri mengulas bahawa terdapat isu keterdedahan risiko syariah sekiranya menggunakan istilah yang salah bagi kontrak takaful. Beliau mengatakan;

“And of course ada isu. Especially, ada yang claim yang kita amik.

Atau cenduk daripada konvensional yang dah ada existing produk. Dan banyak benda orang anggap remeh. Contohnya, dari segi istilah polisi jadi certificate, premium jadi contribution. Kena letakkan kontrak akad jelas sama ada wakalah, mudarabah dan lain-lain.

Sebab itu beza kita dengan konvensional191.”

Kenyataan ini menggambarkan kontrak takaful perlu menggunakan istilah-istilah yang betul dan sesuai bagi memastikan maksud kontrak adalah patuh syariah. Muhamad Faisal Ashaari juga mengulas bahawa terdapat penggunan istilah-istilah yang salah dalam kontrak takaful. Kesalahan istilah ini berlaku apabila proses menterjemahkan kontrak daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, beliau berpandangan isu kesalahan penggunaan istilah ini hanya bersifat teknikal dan tidak melibatkan perkara-perkara fundamental dalam kontrak takaful. Bagaimanapun, penggunaan istilah yang betul dalam kontrak takaful perlu dipastikan bagi mengelakkan keterdedahan untuk berlaku risiko syariah. Beliau mengatakan; “Biasanya ada lah perkara yang kecil-kecil jadi. Misalnya, istilah-istilah yang digunakan tak sesuai, bila translate Bahasa Inggeris ke Melayu tak betul, istilah yang tidak standard tapi overall banyak benda-benda yang teknikal saja. Sebab teknikal ini tak lah kita kata terlalu heavy sangat. Tidaklah sampai melibatkan perkara-perkara yang

fundamental192.”

191 Mohamad Khairul Daim Ahmad Shamsuri (Penolong Pengurus Jabatan Syariah AIA Public Takaful Berhad)

360 Ulanddy Uyob turut mengemukakan bahawa terdapat keterdedahan risiko syariah disebabkan kesalahan penggunaan istilah. Beliau berkata;

“Lepas itu dari segi wording. Kita tak guna perkataan interest, kita tak boleh guna loan. Itu antara nya. Itu yang paling mudah berlaku. Itu yang senang berlaku. Orang tak tahu. Contohnya corporate

communication. Yang buat benda-benda itu. Dia orang mana tahu

antara perkataan loan dengan finance kan. For then, pada saya pun.

Loan dengan finance ini sama saja. Tapi disebabkan kita ada

“shariah dictionary.” Apa benda, kita kena guna financing. Tak boleh guna loan. Lebih kurang macam itu lah. Tapi kalau saya ada

finding yang itu mungkin kita boleh letakkan under low,

penggunaan perkataan kita boleh ubah from time to time193.”

Kenyataan Ulanddy Uyob turut menunjukkan terdapat keterdedahan risiko syariah disebabkan kesalahan penggunaan istilah. Ini disebabkan kebanyakan kakitangan SPT tidak mengetahui terdapat perbezaan antara kontrak patuh syariah dengan tidak patuh syariah. Bagaimanapun, isu keterdedahan risiko syariah disebabkan kesalahan penggunaan istilah hanya dikategori sebagai berimpak kecil sahaja. Malahan, istilah yang digunakan dalam kontrak patuh syariah seperti takaful boleh berubah dari semasa ke semasa.

Najihah Ali turut bersetuju penggunaan istilah yang salah hanya merupakan keterdedahan risiko syariah sahaja dan bukannya insiden sebenar risiko syariah. Beliau turut mengakui terdapat pihak yang mengiktiraf penggunaan istilah insurans konvensional dalam kontrak takaful. Ini kerana istilah seperti premium telah difahami oleh masyarakat sebagai jumlah yang perlu dibayar bagi menyertai kontrak insurans mahupun kontrak takaful. Jadi, penggunaan istilah seperti premium diterima sebagai kebiasaan dalam masyarakat setempat. Beliau menyatakan bahawa kesalahan istilah

dalam kontrak takaful hanya risiko syariah yang berimpak rendah sahaja194. Namun,

penggunaan istilah yang betul membezakan kontrak takaful yang patuh syariah syariah

193 Ulanddy Uyob (Pemangku Ketua Bahagian Syariah Ammet Life Takaful Berhad).

361 daripada kontrak insurans konvensional yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Terdapat perbezaan jelas istilah yang digunakan dalam kontrak takaful dan insurans konvensional. Satu contoh produk yang setara diambil dalam perbandingan ini

iaitu PERSONAL ACCIDENT (PA) Takaful FLEXI PA195 dan ACCIDENT (PA) Flexi

PA196.

Dokumen terkait