• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB SATU

TAKHRĪJ AL-HADĪTH

1.2 Definisi al-Takhrīj

1.1 Pengenalan al-Takhrīj

Takhrīj al-Hadīth merupakan satu ilmu yang tidak muncul secara spontan. Kewujudannya adalah seiring dengan usaha memelihara dan mempertahankan kemurnian dan autoriti hadīth itu sendiri. Takhrīj al-Hadīth merupakan satu kaedah yang digunakan oleh para ulama dalam usaha menilai kesahīhan hadīth dan darjatnya serta sanad yang meriwayatkan matannya (teks hadīth). Dalam membicarakan sesuatu pengenalan, perbahasan terperinci tentang pengertiannya menurut bahasa dan istilah adalah penting supaya setiap pengkaji dan pembaca umumnya mendapat maklumat dan kefahaman yang betul mengenainya.

1.2 Definisi al-Takhrīj

1.2.1 al-Takhrīj Dari Segi Bahasa

Al-Takhrīj berasal daripada kata dasarnya (

َجَAَE ) yang bererti keluar atau muncul.

Kalimat kharaja (

ج ر خ

) juga bermaksud nyata dan masyhur atau ketinggian.78 Menurut Ibn Manzūr : al-Khurūj (keluar) adalah lawan bagi al-Dukhūl (masuk).79 Al-Takhrīj diambil daripada kharraja ( ج#AَE ) , yukharriju ( جšAـَžُ8 ), takhrījan (Hـًsْ8ِAْžَ5 ).80 Menurut Mahmūd al-Tahhān, asal kata takhrīj ialah :

________________

78 ‘Abd al-Muhdī ‘Abd al-Qādir ‘Abd al-Hādī (1986M), Turuq Takhrīj, c. 1, Mesir : Dār al-I‘tisām, h. 9.

79 Ibn Manzūr (1968M), Lisān al-‘Arab, jil. 2, t.c. Beirūt : Dār Sādir, h. 1125.

80 Kamāl ‘Alī ‘Alī al-Jamāl (1997M), Kanz al-Haqā’iq min Bayān mā fī al-Takhrīj min Daqā’iq, Mesir : Dār al-Īmān, c. 1, h. 7.

ٍ‰ِ¡اَو ٍءْَ§ ِ@ ِ7ْ8َدHَ{َkُ= ِ7ْ8َAْ=َأ ُعHَGِkْ+ِإ

Maksudnya : Berkumpulnya dua hal yang bertentangan dalam satu persoalan.81

Sering juga disebutkan (

/$2%ا @ "+ّAE

) yang maksudnya : Ia (guru) mengajar dan melatihnya dalam (menguasai ilmu).82 Dalam istilah ahli Hadīth selalu juga disebut ungkapan (

فAa °8‰’%ا ا9ه "+Až=

) ertinya : Hadīth ini diketahui tempat keluarnya. Tempat keluar hadīth yang dimaksudkan itu ialah rāwī dan sanad-sanad yang menjadi sumber sesuatu hadīth.

Dari aspek bahasa, perkataan takhrīj juga mempunyai beberapa pengertian, iaitu pertama, bererti al-Istinbāt (mengeluarkan dari sumbernya); kedua, bererti al-Tadrīb (latihan); ketiga, bererti al-Tawjīh (pengarahan, memberi pandangan atau menjelaskan penyelesaiannya).83

1.2.2 al-Takhrīj Dari Segi Istilah

Mahmūd al-Tahhān memberikan definisi takhrīj dari aspek terminologi seperti berikut :

ُ"ْkَ+َAْEَأ ِk#%ا ِr#Cِ$ْd™ا ِِرِدHَ®َ= cِ@ ِ°ْ8 ِ‰َ’%ا ِ?ِgْ3َ= cَ$َa ُrَ%َ‡#‰%ا

ِrَ+Hَ’%ا ‰ْ<ِa ِ"ِkَDَ5ْAَ= ِنHَCَI #/ُ ِِ‰ـَ<َyِI

.

______________

81 Mahmūd al-Tahhān (1983M), Usūl al-Takhrīj wa Dirāsah al-Asānid, t.c. Riyād : Maktabah al-Rusyd, h. 9.

82 Dr. Muhammad Abū al-Layth al-Khayr Ābādī (1999M), op.cit., h. 6.

Maksudnya : Menunjukkan tempat adanya hadīth dalam sumber-sumber asal yang dikeluarkannya dengan menyebut sanadnya, kemudian menyatakan kedudukannya ketika diperlukan.84

Dimaksudkan dengan sumber-sumber asal tersebut ialah :

i) Kitab-kitab Sunan yang dikumpul hadīth-hadīth yang diambil daripada guru-guru mereka dengan sanad bersambung kepada Nabi seperti Sunan al-Muwattā’, Musnad Ahmad dan lain-lain.

ii) Kitab-kitab yang digabungkan dengan 6 Kitab Sunan, seperti Tahdhid Sunan Abū Dāwūd dan al-Jam’ Bayn al-Sahīhain, kedua-duanya adalah karangan al-Mundhirī.

iii) Kitab-kitab yang ditulis dalam pelbagai bidang seperti Tafsīr, Fiqh, Tārīkh dan lain-lain, tetapi mengandungi banyak hadīth yang bagi setiap hadīth disertai sanadnya sekali untuk dijadikan sebagai syāhid (bukti) atau penyokong kepada sesuatu isu atau permasalahan yang diperbincangkan, kitab-kitab tafsir yang berkaitan termasuklah Tafsīr Ibn Kathīr, Tafsīr al-Tabarī, Tārīkh al-Tabarī, al-Umm dan lain-lain.85

Berdasarkan takrif yang dikemukakan oleh Mahmūd al-Tahhān seperti di atas, maka mentakhrīj bererti melaksanakan dua perkara, iaitu : pertama, berusaha menemukan para penulis hadīth itu sendiri dengan rangkaian silsilah sanadnya, dan menunjukkannya pada karya-karya mereka, seperti ungkapan akhrajahu al-Bayhaqī, akhrajahu al-Tabarānī fī Mu‘jamih atau akhrajahu Ahmad fī Musnadih; kedua, menilai kualiti hadīth tersebut, adakah darjatnya sahīh atau tidak. Penilaian ini hanya dilakukan apabila perlu. Tahap ________________

84 Mahmūd al-Tahhān (1983M), op.cit., h. 12.

85 Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor (1997M), Panduan Takhrīj Hadīth dalam buku Hadīth : Panduan Takhrīj

Dan Analisa, Penyelenggara : Lokman Ab. Rahman & Musa Ahmad, c. 1, Melaka : Majlis / Jabatan Agama

kualiti hadīth tersebut akan dapat diketahui apabila dikenal pasti sumbernya atau dari mana hadīth itu diperolehi.

Pada dasarnya takhrīj dapat dibahagikan kepada dua takrif yang besar, iaitu :

1) Takhrīj pada pandangan ulama terdahulu (al-Mutaqaddimīn).86

Mengeluarkan hadīth dengan sanad-sanadnya daripada kitab-kitab sunnah yang asal.87

2) Takhrīj pada pandangan ulama terkemudian (al-Muta’akhirīn).88

Mengangkat martabat hadīth daripada keadaannya yang asal setelah membuat kajian terhadapnya dengan menyandarkan kepada tempat asalnya (perāwī) yang terdapat dalam kitab-kitab muktabar di sisi ulama Hadīth, dengan sanad-sanad yang berlainan daripada sanad tersebut dengan menerangkan sekali darjat hadīth berkenaan.89

Kepelbagaian takrif tersebut adalah berdasarkan perkembangan ilmu itu sendiri, jika mengikut perkembangannya adalah seperti berikut :

1. Menyebut hadīth dengan sanad-sanadnya. Pengarang membincangkan masalah yang berkaitan dengan sanad atau matan, seperti yang terdapat dalam Sunan al-Tirmidhī, Sunan Abū Dāwūd dan seumpamanya.

2. Mengeluarkan sanad-sanad yang lain bagi suatu hadīth yang bertujuan menguat dan mempelbagaikan matan.

________________

86 Al-Mutaqaddimīn ialah mereka yang hidup pada kurun pertama hingga akhir kurun ketiga hijrah. Lihat

Muhammad ‘Abd al-‘Azīz al-Khawlī (1980M), Miftah al-Sunnah ‘an Tārīkh Funūn al-Hadīth, c. 3, Beirūt : Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 34.

87 A‘dā’ Hay‘ah al-Tadrīs bi al-Qism Hadīth wa ‘Ulūmuh (1999M), Turuq Takhrīj al-Ahādīth al-Nabawiyyah, c. 1, Mesir : Jāmi‘ah al-Azhar Mansūrah, h. 15.

88 Al-Muta’akhirīn ialah mereka yang hidup pada kurun ke-4 hingga berakhirnya dunia ini. Lihat ‘Abd al-‘Azīz al-Khawlī (1980M), op.cit., h. 34.

3. Mengeluar dan menyandarkan hadīth kepada kitab-kitab hadīth yang ada kemudian hadīth tersebut dijelaskan tentang hukum atau statusnya. Ini selepas hadīth dikumpulkan ke dalam kitab-kitab hadīth atau hadīth-hadīth Nabi tersebut dibukukan.90

Berdasarkan pengertian yang dikemukakan seperti di atas, dapatlah disimpulkan bahawa takhrīj hadīth boleh membaiki darjat atau kedudukan sesebuah hadīth yang diriwayatkan dengan melihat kepada sumber pengambilannya dan punca terbitnya hadīth berkenaan. Ini dapat ditentukan dengan cara melakukan pemerhatian dan pengamatan yang cermat kepada para imamnya, sumber pengumpulannya, sunannya dan cara penyampaiannya termasuk membuat kajian terhadap perāwīnya.