• Tidak ada hasil yang ditemukan

15. Puisi Kemenangan Kedah

2.3 Latar Belakang Kitab Kajian

2.3.1 Pengenalan Kitab Sayr al-Sālikīn

Nama penuh bagi kitab ini ialah Sayr al-Sālikīn Ilā ‘Ibādat Rabb al-‘Ālamīn, ditulis dengan bahasa Melayu dalam empat juzuk. Penulisan kitab ini bermula pada ______________

154 M. Chatib Quzwain (t.t), op.cit., h. 12.

1193H / 1780M156dan selesai pada 1203H / 1788M. Penulisan juzuk pertama selesai pada 1194H / 1780M157, juzuk kedua pada hari sabtu, 19 Ramadhan 1195H / 1781M di Tā’if158, juzuk ketiga pada hari Khamis, 19 Safar 1197H / 1783M di Mekah.159 Manakala juzuk terakhir pada malam Ahad, 20 Ramadhan 1203 H / 1788 M di Tā’if.160

Secara umum, kitab ini merangkumi satu Muqaddimah (pembukaan) di permulaan dan satu Khātimah (penutup) di akhirnya serta empat bahagian; bahagian pertama berkenaan aqidah (I‘tiqad) dan Fekah (Fiqh) diikuti dengan bahagian adat (‘ādāt), bahagian ketiga berkenaan Muhlikāt (perkara yang merosakkan segala amal) dan keempat berkenaan aspek Munjīyāt (melepaskan daripada yang membinasakan segala amal).

Karya ini menurut al-Falimbani dihasilkannya adalah buat mereka yang menjalani jalan akhirat, kerana kandungannya menghimpunkan antara ilmu-ilmu syarī‘at dan tarikat iaitu ilmu Usuluddin, Fekah dan Akhlak/Tasawuf. Kitab ini juga menurut al-Falimbani merupakan terjemahan dari kitab Lubāb Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn161 karya Imām al-Ghazālī Jelas beliau lagi bahawa penterjemahan ini dilakukan apabila dia mendapat ilham162 dari Allāh SWT untuk berbuat demikian. Namun begitu, istilah terjemahan yang digunakan al-Falimbānī lebih bermaksud saduran dalam konteks pemahaman sekarang, ini berdasarkan kenyataan beliau sendiri bahawa terdapat penambahan dari sumber lain yang _______________ 156 Sayr, j. 1, h. 3. 157 Ibid., j. 1, h. 241. 158 Ibid., j. 2, h. 248. 159 Ibid., j. 3, h. 208. 160 Ibid., j. 4, h. 267.

161 Al-Falimbani juga menyebut kitab ini dengan nama Mukhtasar Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Lihat Ibid., j. 1, h. 3.

162 Al-Falimbani menggunakan perkataan alhama (mengilhamkan) berbeza dengan karyanya Hidāyat al-Sālikīn, di mana beliau menggunakan perkataan fattaha (membukakan), walaupun kedua-dua karangannya itu adalah terjemahan / saduran dari karya al-Ghazālī. Dalam pengertian ilmu Tasawuf, ilham bermaksud tanggapan rasional secara langsung daripada Allah SWT yang dengannya akal benar-benar memahami hakikat tersebut serta diikuti dan benar-benar diyakini oleh jiwa sehingga tidak dapat lagi mempersoalkannya walau dengan cara apa sekalipun.

telah dimasukkan.163 Dengan demikian, karya ini lebih bersifat karyanya sendiri yang mana dirujuk dan didasarkan pada kitab asal dalam sudut-sudut tertentu.

Penterjemahannya dilakukan secara bebas, di mana al-Falimbani meringkaskannya pada beberapa tempat dan dipanjangkan huraiannya pada beberapa tempat yang lain di samping memasukkan penambahan dari pelbagai sumber lain. Namun begitu, struktur penulisannya di segi pembentukan bab164dan tajuk tidak banyak berbeza dengan al-Ghazālī.165

Al-Falimbani menggunakan bahasa yang mudah difahami dalam menghasilkan karyanya ini walaupun tidak disangkal timbul juga sedikit kesukaran untuk memahaminya terutama oleh generasi baru dan masyarakat awam kerana sifat dan bahasanya yang klasik itu. Namun, usaha mentahqīq kitab ini telah dilakukan untuk mempercantikkan lagi jalan bahasanya. Kaedah al-Falimbani dalam menghuraikan sesuatu tajuk biasanya dimulakan dengan pemberian maksud terutamanya istilah-istilah Arab melainkan istilah yang sudah difahami dan masyhur penggunaannya di kalangan masyarakat Melayu yang tidak lagi memerlukan penterjemahan. Bagi menyokong atau mengukuhkan pembahasan sesuatu tajuk, biasanya beliau mengemukakan ayat-ayat al-Qur’an, hadīth dan pendapat ulama.

Kitab Sayr al-Sālikīn ini secara umumnya merupakan suatu penggabungan ilmu zahir dan batin, tetapi lebih menjurus pada perspektif tasawuf dengan segala etika kerohaniannya _____________

163 Sayr, j. 3, h. 180.

164 Pada setiap bahagian (juzuk) karya al-Falimbani ini mengandungi 10 bab, demikian juga al-Ghazālī dalam penulisan Ihyā’nya yang dibahagikannya kepada 4 bahagian (rubu‘) dan setiap bahagian mengandungi 10 bab.

165 Perbezaan tajuk hanya pada bahagian (juzuk) Pertama, iaitu Bab Ilmu, di mana bab ilmu ini dimasukkan oleh al-Falimbani dalam bab pertama. Seterusnya beliau menjadikan bab istighfār dan Selawat berasingan dari Bab Zikir (dhikr), tidak sebagaimana dalam Ihyā’ karya al-Ghazālī.

yang mewakili dimensi batin. Perbincangannya meliputi tiga bidang ilmu yang utama iaitu akidah, fekah dan tasawuf. Al-Falimbani juga banyak merujuk kepada pendapat-pendapat ulama sufi dalam karyanya itu. Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa dalam konteks sumber rujukan bagi tasawuf, karya beliau ini terkhusus bagi mereka yang baharu atau di tahap pertama mempelajari ilmu tasawuf.166

Dalam membuat huraian, perumpamaan juga sering digunakan oleh al-Falimbani bagi memudahkan pemahaman terhadap apa yang diperbincangkan. Misalnya, beliau menggambarkan hierarki ilmu umpama buah kelapa yang memiliki tingkatan-tingkatan tertentu; ilmu Fekah sebagai kulit (sabut), ilmu Tasawuf sebagai isi manakala ilmu Hakikat sebagai minyak atau santan yang tidak mungkin diperolehi melainkan melalui proses tertentu.167 Dalam karyanya ini, al-Falimbani tidak banyak menggunakan kaedah penceritaan sebagaimana al-Ghazālī dalam Ihyā’nya atau karya-karya tasawuf lain.

Juzuk pertama kitab ini dimulakan dengan Muqaddimah (pendahuluan), iaitu membincangkan tentang konsep ilmu dalam konteks ilmu Tasawuf, konsep ulama sebagai pewaris para Nabi, hubungan guru-murid dan ilmu yang seharusnya dituntut oleh setiap oleh setiap manusia. Bab pertama dimulakan dengan perbincangan tentang akidah iaitu iktiqad ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah serta perkara-perkara berkaitan. Seterusnya bab-bab dua hingga enam pula menghuraikan tentang ibadah-ibadah zahir yang menjadi tanggung jawab pelaksanaannya iaitu tentang ibadat bersuci, sembahyang (salāt), zakat dan sedekah, puasa, haji serta perkara-perkara yang berkaitan. Bab-bab ketujuh hingga sepuluh adalah membicarakan tentang ibadat tilawah al-Qur’an dan pelbagai adabnya, keutamaan berdoa, selawat dan istighfar, amalan wirid dan perkara yang berkaitan dengannya. Juzuk pertama ini ______________

166 Sayr, j. 3, h. 177.

diakhiri dengan satu penutup (khātimah) yang menerangkan aspek perbezaan tentang amalan wirid.

Juzuk kedua kitab ini membincangkan tentang adat-adat (ādāt) dalam kehidupan manusia berorientasikan tasawuf. Bab ini dimulakan dengan adab makan minum, diikuti perbincangan mengenai perkahwinan dan perkara-perkara berkaitan dengannya. Bab- bab ketiga hingga lima membahaskan mengenai etika bagi setiap individu sama ada untuk dirinya atau ketika bermu‘amalah iaitu yang berkaitan dengan usaha dan ikhtiar dalam kehidupan, perkara halal-haram serta konsep persahabatan dalam konteks persaudaraan dalam Islam. Seterusnya perbincangan mengenai keutamaan memencilkan diri dari masyarakat (‘uzlah) demi kepentingan kerohanian, dituruti dengan keistimewaan bermusafir demi kepentingan agama dan pengalaman kerohanian. Bab kelapan menerangkan konsep al-sama‘ di kalangan ahli sufi, diikuti dengan perbincangan mengenai kewajipan menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah keburukan. Juzuk ini diakhiri dengan membicarakan adab kehidupan dan sifat-sifat keutamaan yang didasarkan kepada keperibadian Rasūlullah

.

Juzuk ketiga pula membicarakan perkara-perkara yang membinasakan (muhlikāt) diri dan jiwa dalam aspek kerohanian serta kaedah penyuciannya. Bab pertama dimulakan dengan penerangan mengenai hati manusia serta keajaibannya. Bab-bab kedua hingga sepuluh menjelaskan perkara-perkara muhlikāt serta penyuciannya, dimulai dengan cara meningkatkan taraf diri dari nafsu kehaiwanan (nafs al-ammārah) dan segala sifat tercela (al-akhlāq al-madhmūmah). Seterusnya tentang pengawalan diri dari kecelaan nafsu yang tidak terkawal seperti nafsu makan, seks, dan lainnya, diikuti dengan kebinasaan dari

penyalahgunaan lidah dalam perkataan, kebinasaan sifat marah, bermusuhan, dendam dan dengki. Seterusnya mengenai kecelaan menyintai dunia, harta kekayaan dan kemegahan dunia. Bab sembilan tentang kecelaan sifat bangga diri (takabbur) dan sifat hairan pada kebaikan diri (‘ujub), bab terakhir menjelaskankan tentang bahaya terpedaya dengan diri sendiri (ghurūr). Juzuk ini diakhiri dengan suatu penerangan mengenai kelebihan dan kesempurnaan (tatimmah) mereka yang menganggotai organisasi tarekat ahli sufi.