Syeikh ‘Abd. al-Samad al-Falimbani merupakan salah seorang ulama Melayu yang tersohor dalam sejarah perkembangan Islam di Alam Melayu. Beliau adalah antara ulama terkemuka di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19M, dan juga salah seorang sarjana di zamannya sejak dahulu hingga sekarang. Kemasyhuran beliau tidak perlu dipertikaikan lagi terutamanya di kalangan pengkaji dan pencinta ilmu agama. Kealiman beliau dalam bidang keagamaan sangat terserlah. Ini terbukti melalui karya-karya beliau dalam pelbagai bidang keilmuan yang masih menjadi rujukan masyarakat Islam hingga ke hari ini.
Sepanjang hayatnya, al-Falimbani telah berjaya menghasilkan beberapa buah karya dalam pelbagai disiplin ilmu keislaman, baik yang berbahasa Arab mahupun Melayu dan ada di antara karyanya masih diterbitkan serta dipelajari sampai ke hari ini. Namun meskipun beliau seorang yang terkemuka, tetapi mengenai biodata atau keperibadiannya, riwayat hidup atau susurgalur keluarganya masih lagi kabur serta tidak diperolehi secara lengkap.
Diharapkan huraian yang mudah ini selain dapat menambahkan pengetahuan kepada pembaca mengenai sejarah hidup al-Falimbani, juga akan memperolehi gambaran yang kongkrit tentang kesungguhan beliau dalam menuntut dan memartabatkan ilmu, sikap hidup dan pandangan serta proses pembinaan peribadi beliau.
2.2.1 Nama dan keturunan
Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani tidak menuliskan namanya secara lengkap dalam karangan-karangan beliau. Yang disebutkan hanya nama, bangsa dan asalnya sahaja iaitu Syeikh ‘Abd al-Samad al-Jāwī al-Falimbani. Al-Jāwī merujuk pada bangsa iaitu bangsa Melayu. Al-Falimbani pula merujuk pada negeri asalnya iaitu Palembang124, sebuah negeri yang terletak di Sumatera selatan dalam Negara Indonesia. Walau bagaimanapun beliau telah bermastautin di Mekah kerana menuntut ilmu agama iaitu selama 30 tahun di Mekah dan 5 tahun di Madinah.125 Sejarah hidup beliau dan keluarganya hanya boleh diperolehi dari beberapa sumber dan dalam bentuk yang ringkas.
Mengenai silsilah atau susurgalur keturunan ibubapa al-Falimbani, tidak terdapat ______________
124 Hj. Wan Mohd. Saghir Abdullah (2000M), op.cit., h. 8.
sumber yang jelas dan lengkap selain buku al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan dua
buah manuskrip dalam bentuk yang sangat ringkas. Dari sumber yang pertama, pernyataan
namanya jelas menunjukkan beliau berasal dari Palembang iaitu merujuk pada keturunan ibunya dan tidak pada bapanya yang berasal dari Negara Yaman dengan gelaran al-Mahdani. Sumber kedua menerangkan beliau berasal dari Aceh atau dari Patani kerana al-Falimbani dirujuk sebagai al-Āsyī; bermaksud orang Aceh.126 Manakala manuskrip kedua merujuk nama beliau sebagai al-Fatānī; bermaksud orang Patani127, di samping pelbagai cerita lisan yang mendakwa asal usul keturunannya berasal dari sana, walaupun beliau dilahirkan di Palembang.128
Bapa al-Falimbani pula sepertimana terdapat dalam al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah bernama Tuan Syeikh ‘Abd al-Jalīl b. Tuan Ahmad al-Mahdanī.129 Dari sumber lain iaitu beberapa cetakan serta manuskrip karya beliau, tertulis nama bapa beliau sebagai ‘Abdul Rahman al-Jawi al-Falimbani, ‘Abd Allāh al-Jawi al-Falimbani, dan Faqīh Husein b. Faqīh ‘Abd Allāh al-Falimbani.130 Yang menyebabkan berlakunya perbezaan dalam aspek nama tersebut kerana al-Falimbani tidak menjelaskannya dalam karya-karya beliau. Walau bagaimanapun, Wan Mohd. Saghir berpendapat bahawa nama ‘Abdul Rahman adalah lebih
meyakinkan kerana terdapat lebih banyak sumber atau maklumat mengenainya.131 _______________
126 Nama ini adalah bersumber daripada satu manuskrip Syeikh Muhammad Yāsīn b. ‘Īsā al-Fadānī (Padang) dalam karangan beliau iaitu al-‘Iqd al-Farīd min Jawāhir al-Asānid di mana beliau menyebut di hujung nama al-Falimbānī sebagai al-Āsyī al-Shahīr bi al-Falimbani (orang Aceh yang masyhur dengan al-Falimbānī), dipetik dari Wan Mohd. Saghir Abdullah (1996M), Syeikh Abdus Shamad Palembang, Ulama
Shufi Dan Jihad Dunia Melayu, Kuala Lumpur, h. 10. Hj. Wan Mohd. Saghir Abdullah (2000M), op.cit., h. 8. 127 Nama ini adalah bersumber daripada satu salinan manuskrip al-‘Urwat al-Wuthqā, dalam simpanan Wan Mohd. Saghir Abdullah di mana penyalin manuskrip tersebut menisbahkan nama al-Falimbani sebagai
al-Fatānī, lihat Ibid., h. 8.
128 Muhammad ‘Uthman el-Muhammadī (1989M), Ajaran Tasawwuf Mengikut Syeikh ‘Abd al-Samad
Palembang, Seminar Sufi Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5, Kuala Lumpur, h. 4. 129 Hj. Wan Mohd. Saghir Abdullah (2000M), op.cit., h. 1-2.
130 Ibid., h. 4-5.
131 Ibid., h. 8.
Sejarah ayahanda al-Falimbani hanya boleh didapati dari al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah di mana diperihalkan bapanya seorang ulama dan pendakwah yang berasal dari Sana‘a, Yaman, dan sering melakukan perjalanan ke India dan Jawa sebelum menetap di Kedah di Semenanjung Melayu. Ayahnya datang ke Palembang, kemudiannya dilantik menjadi mufti negeri Kedah pada awal abad ke-18 iaitu semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa132. Manakala ibu al-Falimbani bernama Radin Ranti adalah seorang wanita Palembang yang diperisterikan oleh Syeikh ‘Abd al-Jalīl ketika beliau balik ke Palembang, selepas beberapa bulan dari perlantikan sebagai mufti Kedah setelah sebelumnya menikahi Wan Zainab, puteri Dato’ Seri Maharaja Dewa di Kedah. Bilangan adik beradik al-Falimbani juga tidak diketahui melain dua orang adiknya iaitu Wan ‘Abd al-Qādir dan Wan ‘Abd Allāh133, anak kepada Wan Zainab.
Wan ‘Abd al-Qādir kemudiannya dilantik sebagai mufti Kedah menggantikan bapanya, manakala Wan ‘Abd Allāh memangku gelaran Seri Maharaja Putera Dewa. Mengenai zuriat al-Falimbani, hanya seorang sahaja diketahui setakat ini iaitu anaknya yang bernama Fatimah, tetapi biodata mengenainya belum diketahui secara lengkap.134
2.2.2 Tarikh dan Tempat Kelahiran
Menyentuh tentang kelahiran al-Falimbani, sumber mengenainya tidak diketahui secara tepat. Setakat ini hanya boleh didapati daripada buku al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah.135
______________
132 Muhammad Hasan b. Tok Kerani Mohd. Arshad (1968M), al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kuala Lumpur : DBP, h. 92-97. Hj. Wan Mohd. Saghir Abdullah (2000M), op.cit., h. 10-11.
133 Ibid., h. 15. 134 Ibid., h. 49.
135 Muhammad Hasan b. Tok Kerani Mohd. Arshad (1968M), op.cit., h. 92-97. Beliau adalah keturunan dari ayahanda al-Falimbani dengan silsilahnya dari saudara lelaki al-Falimbani iaitu Wan ‘Abd al-Qādir. Lihat h. 287.
Mengikut sejarah Kedah, sultan Mahmud Jiwa (m. 1778M)136 menggantikan saudaranya sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah Yang Maha Mulia (m. 1710M)137 yang mangkat.138Sultan kemudiannya melantik gurunya Syeikh ‘Abd al-Jalīl b. Syeikh ‘Abd al-Wahhāb al-Mahdānī; seorang pendakwah di Palembang dan berasal dari Yaman untuk menjawat jawatan sebagai mufti negeri Kedah dan kemudiannya dikahwinkan dengan anak Datok Seri Maharaja Dewa bernama Wan Zainab. Selepas berlalu perkahwinan ini beberapa bulan, datanglah seorang murid beliau dari Palembang bertujuan memohon supaya beliau pulang ke Palembang disebabkan murid-murid lain merinduinya.
Ketika di Palembang, beliau dikahwinkan pula dengan Raden Ranti. Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan Allāh SWT seorang anak lelaki yang diberi nama ‘Abd al-Samad.
Berdasarkan sumber ini, dapat diandaikan bahawa al-Falimbani lahir pada awal abad ke-18 M iaitu selepas tahun 1122H / 1710M di Palembang.139
2.2.3 Pendidikan
Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani mendapat pendidikan asas daripada ayahanda ______________
136 Beliau ialah Tuanku Muhammad Jiwa, ditabal menjadi Sultan Kedah pada 1122H / 1710M. M. C. Quzwain mencatat tarikh penabalan ini pada 1710M. Lihat M. Chatib Quzwain (1986M), Mengenal Allah Suatu Studi
Mengenai Ajaran Tasawwuf Syeikh Abdus Samad al-Falimbani, Kuala Lumpur : Thinkers Library, h. 10. 137 Beliau ialah Tuanku Ahmad Tajuddin, adinda kepada Sultan Muhammad Jiwa, ditabalkan menjadi Sultan yang ke-18 dalam silsilahnya menggantikan ayahandanya yang mangkat, baginda kemudian memakai gelaran Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah 1 dan memerintah Kedah selama 4 tahun (1706-1710M).
138 Muhammad Hasan b. Tok Kerani Mohd. Arshad (1968M), op.cit., h. 110-113.
139 M. C. Quzwain mencatatkan tarikh lahir al-Falimbani pada tiga atau empat tahun selepas tahun 1700M iaitu berdasarkan tarikh penabalan Sultan Muhammad Jiwa. Oleh itu, fahaman beliau dalam aspek umur al-Falimbani melebihi satu dekad dari tarikh sebenarnya kerana penabalan berlaku pada 1710M. Lihat M. C. Quzwain, op.cit., h. 10. Bandingkan dengan Muhammad Hasan b. Tok Kerani Mohd. Arshad (1968M), op.cit., h. 110-113.
sendiri iaitu Syeikh ‘Abd al-Jalīl di Kedah. Kemudian Syeikh ‘Abd al-Jalīl menghantar kesemua anaknya ke Pondok di Negeri Patani untuk mempelajari pelbagai ilmu keislaman secara sistem pondok dengan lebih mendalam lagi. Dinyatakan bahawa kemungkinan Syeikh ‘Abd al-Samad dan dua saudaranya iaitu Wan ‘Abd Allāh dan Wan ‘Abd al-Qādir telah memasuki beberapa Pondok yang terkenal. Di antara Pondok yang sangat terkenal ialah Pondok Pauh Bok, Pondok Bendang Gucil di Kerisik, atau Pondok Kuala Bekah ataupun Pondok Semala yang semuanya terletak di Patani.140
Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbānī telah dipandang sebagai seorang yang alim sewaktu masih berada di Patani lagi, kerana beliau adalah kepala kepada talā‘at (tutor) menurut istilah pengajian pondok, namun ayahnya masih berusaha untuk menghantar anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke tanah suci Mekah al-Mukarramah. Merupakan suatu tradisi pada zaman tersebut di mana kemampuan seseorang itu belum boleh dianggap memadai walaupun telah banyak memiliki ilmu pengetahuan jika tidak menjadikan Mekah dan Madinah, tempat yang penuh berkah buat menimba ilmu. Faktor inilah yang menyampaikan Syeikh ‘Abd al-Samad ke Mekah dan Madinah. Di catatkan bahawa al-Falimbani belajar di Mekah sekitar 30 tahun dan di Madinah selama 5 tahun bersama-sama dengan rakan-rakannya iaitu Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjārī, Syeikh Abdul Wahab Pengkajen, Syeikh Daud b. ‘Abd Allāh al-Patani dan ramai lagi.
2.2.4 Karya-karyanya
Hasil karya al-Falimbani umumnya adalah dalam bidang keilmuan Islam. Pengkhususan beliau adalah dalam ilmu Tasawuf di samping bidang keagamaan lain iaitu _____________
akidah dan fekah termasuk bidang jihad. Dua buah karya beliau yang paling terkenal dan masih beredar di pasaran hingga kini ini ialah Hidāyat al-Sālikīn dan Sayr al-Sālikīn. Keseluruhan karyanya yang telah diketahui adalah seperti berikut :
1. Zahrat al-Murīd fī Bayān Kalimat al-Tawhīd. Karya ini menyentuh atau berkisar mengenai persoalan ‘aqīdah dan tawhīd. Penulisannya selesai pada 1178H / 1764M. Al-Falimbani mengatakan bahawa karangannya ini berdasarkan siri kuliah yang diberikan oleh Syeikh ‘Abd al-Mun‘im al-Damanhūrī, iaitu seorang ulama Mesir yang disampaikan di Mekah pada tahun 1763M. Karya ini menggunakan bahasa Melayu atas permintaan mereka yang tidak memahami bahasa Arab. Ianya pernah dicetak di Mekah pada tahun 1331H / 1912M iaitu di percetakan Matba‘ah al-Taraqqi al-Mājidīyah al-‘Uthmāniyyah.
2. Risālah Pada Menyatakan Sebab Yang Diharamkan Bagi Nikah. Selesai penulisannya