• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sepanjang pemerhatian dan penelitian awal penulis terhadap bahan-bahan bertulis sama ada

dalam bentuk buku ataupun kajian-kajian ilmiah berbentuk disertasi, tesis dan sebagainya dalam bidang pengajian Islam (bidang hadīth) di beberapa buah Universiti di Malaysia, belum terdapat kajian khusus terhadap hadīth-hadīth dalam kitab Sayr al-Sālikīn Karya Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani ini.

Berhubung dengan kajian atau mentakhrījkan hadīth-hadīth dalam sesebuah kitab bagi menentukan darjatnya masing-masing telah banyak dilakukan, baik oleh tokoh-tokoh hadīth yang masyhur zaman ini menerusi penulisan kitab-kitab takhrīj dan tahqīq mahupun kajian-kajian berbentuk disertasi dan tesis peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Kitab-kitab yang ditakhrījkan oleh tokoh-tokoh hadīth tersohor tertumpu kepada kitab-kitab karangan ulama terkenal yang berbahasa Arab. Manakala kajian-kajian dalam bentuk disertasi dan tesis khususnya di Malaysia, kebanyakannya tertumpu kepada kitab-kitab bertulisan jawi hasil karangan para ulama Melayu Nusantara. Tokoh-tokoh Hadīth terkemuka yang mengarang kitab takhrīj al-Hadīth antaranya seperti :

1. Syu‘ayb al-Arna’ūt Abū Fadl ‘Abd al-Rahīm al-‘Irāqī (m. 806H). Beliau telah mentakhrīj dan menyemak hadīth-hadīth dalam kitab Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn menerusi kitab beliau al-Mughnī ‘an haml al-asfār fī Takhrīj mā fī al-Ihyā’ min al-Akhbār, di mana beliau menghukum bahawa ada di antara hadīth-hadīth dalam Ihyā’ sebagai da‘īf dan mawdū‘, ataupun bukan berasal daripada ucapan Rasūlullah .

2. Ulama Hadīth tersohor abad ini iaitu Muhammad Nāsir al-Dīn al-Albānī pula telah mentakhrīj hadīth-hadīth dalam kitab al-Halāl wa al-Harām karya Dr. Yūsuf al-Qaradāwī menerusi kitab beliau Ghāyah al-Murām fī Takhrīj al-Halāl wa al-Harām, di mana al-Albānī telah menghukumkan bahawa terdapat sejumlah hadīth dalam kitab Halal dan Haram itu sebagai da‘īf.

Walaupun Sayr al-Sālikīn dikatakan sebagai ringkasan dari kitab Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn

bernama Lubāb Ihyā’ ‘Ulūm al-Dīn, namun ianya bukanlah kitab Ihyā’ kerana al-Falimbani banyak membuat penambahan dari sumber-sumber lain sehingga kitabnya itu boleh dianggap sebuah karya tersendiri. Demikian juga dengan hadīth-hadīth yang dimuatkan, di mana al-Falimbani banyak menaqalkan dalam kitab beliau Sayr al-Sālikīn hadīth-hadīth yang tidak dinyatakan di dalam kitab Ihyā’ sehingga penulis perlu menyemak dan mencarinya dengan merujuk semula kepada kitab-kitab asal hadīth terutama Kutub al-Sittah termasuk kitab al-Muwattā’ oleh Imām Mālik, Musnad Imām Ahmad b. Hanbal dan lain-lain, juga kitab-kitab takhrīj dan tahqīq karangan para ulama Hadīth sebelum menghukumkan sesebuah hadīth tersebut sama ada sahīh, hasan, da‘īf dan mawdū‘.

Manakala kajian atau mentakhrījkan hadīth-hadīth dalam bentuk disertasi dan tesis

(tumpuan kepada kitab-kitab jawi) antaranya ialah :

1. Kamaruddin Ali, “Hadīth-hadīth Di Dalam Kitab al-Durr al-Nāfis : Takhrīj dan Ulasan”.57

______________

57 Kamaruddin Ali (1998M), “Hadīth-hadīth Di Dalam Kitab al-Durr al-Nāfis : Takhrīj Dan Ulasan”, (Latihan Ilmiah Sarjana Muda [B.A], Jabatan Al-Qur’an dan al-Hadīth, API, UM).

2. Hanizan Harun @ Wahab, “Hadīth-hadīth Dalam Tanbih al-Ghāfilīn, Bāb al-Ghībah : Takhrīj Dan Ulasan”.58

3. Ahmad Hilmi Ahmad Zohdi, “Sumbangan Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani Terhadap Pengajian Tasawuf : Takhrīj Dan Ulasan Hadīth-hadīth Dalam Bab 4 Kitab Hidāyah al-Sālikīn”.59

4. Mazlan Sidek, “Hadīth Dalam Kitab al-Durr al-Thamīn Karangan Syeikh Dāwud al-Fatānī : Takhrīj Dan Ulasan”.60

5. Fauzi Deraman, “Kedudukan Hadīth Dalam kitab Jawi : Satu Kajian Terhadap Karya-karya Dāwud b. Abdullah al-Fatānī”.61

Beberapa kitab takhrīj karangan tokoh-tokoh Hadīth terkemuka dan beberapa kajian

ilmiah berbentuk disertasi dan tesis dalam bidang takhrīj seperti di atas diharap banyak memberi manfaat dan membantu penulis dalam melaksanakan kajian ini biarpun ianya daripada kitab yang berlainan dengan kitab kajian penulis.

Berhubung dengan sejarah hidup pengarang Sayr al-Sālikīn iaitu Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani dan karya-karyanya pula, telah ada dibahaskan dalam beberapa tulisan, baik berbentuk buku mahupun kertas-kertas kerja oleh ilmuan tempatan. Misalnya, Wan Mohd. Saghīr Abdullah ada membincangkan secara sederhana mengenai sejarah hidup _______________

58 Hanizan Harun @ Wahab (1998M), “Hadīth-hadīth Dalam Tanbīh al-Ghāfilīn, Bāb al-Ghībah : Takhrīj

Dan Ulasan”, (Latihan Ilmiah Sarjana Muda [B.A], Jabatan al-Qur’an dan al-Hadīth, API, UM).

59 Ahmad Hilmi Ahmad Zohdi (2002M), “Sumbangan Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani Terhadap

Pengajian Tasawuf : Takhrīj Dan Ulasan Hadīth-hadīth Dalam Bab 4 Kitab Hidāyah al-Sālikīn”, (Latihan

Ilmiah Sarjana Muda [B. A], Jabatan al-Qur’an dan al-Hadīth, API, UM).

60 Mazlan Sidek (2004M), “Hadīth Dalam Kitab al-Durr al-Thamīn Karangan Syeikh Dāwud al-Fatānī :

Takhrīj Dan Ulasan”, (Latihan Ilmiah Sarjana [M.A], Jabatan al-Qur’an dan al-Hadīth, API, UM).

61 Fauzi Deraman (1997M), “Kedudukan Hadīth Dalam Kitab Jawi : Satu Kajian Terhadap Karya-karya

Dāwud b. Abdullah al-Fatānī”, (Kajian Ilmiah Doktor Falsafah [Ph.D], Jabatan al-Qur’an dan al-Hadīth,

pengarang kitab ini di samping ulama Nusantara yang lain menerusi buku beliau bertajuk Penyebaran Islam & Silsilah Ulama’ Sejagat Dunia Melayu (berjilid).62

Kajian berbentuk disertasi pula, antaranya seperti “Suatu Kajian Analisis Terhadap

Beberapa Fahaman ‘Abd al-Samad al-Falimbani Dalam Tasawuf Dengan Merujuk Kepada

Kitab Sayr al-Sālikīn-nya” oleh Mohd. Adli b. Mohd. Amin.63

Selain itu, ialah beberapa tulisan berbentuk kertas kerja dalam Seminar Pemikiran Ulama’ ‘Abd al-Samad al-Falimbani (diadakan pada 30 Disember 2002 di Dewan Kompleks al-Bukhārī, Alor Setar), antaranya yang bertajuk Antara Unsur Tradisional Dengan Unsur Intelektual Dalam Karya ‘Abd al-Samad al-Falimbani Dengan Merujuk Khas Kepada Sayr al-Sālikīn-nya oleh ‘Uthmān el-Muhammadī, ‘Abd al-Samad al-Falimbani dan Angkatannya Dalam Tamadun Keilmuan Melayu oleh Wan Mohd. Saghir Abdullah, dan ‘Abd al-Samad

al-Falimbani – Tema Dan Orientasi Pemikirannya oleh Sidek Fadhil.64

Selepas meneliti maklumat yang diperolehi, bolehlah disimpulkan bahawa kajian yang berkaitan dengan kitab lama (klasik) khususnya dalam bidang takhrij al-Hadīth adalah masih kurang berbanding kajian yang menyentuh isu-isu kontemporari masa kini.