• Tidak ada hasil yang ditemukan

BABDUA TINJAUAN BACAAN

2.14 e-Pembelajaran dan Latihan Guru

Proses pembelajaran dan latihan masa kini telah banyak dipengaruhi oleh perubahan semasa. Perubahan yang p6sat ini adalah kesan daripada pengaruh teknologi maklumat. Proses instruksi dan pembelajaran telah beransur-ansur bertukar dari format konvensional (bilik darjah) yang berpusatkan guru kepada bentuk pembelajaran dalam talian dan secara maya yang memberi penekanan kepada pemusatan pelajar. Bahan bacaan dan teks bukan lagi berbentuk cetak, tetapi telah mula berubah kepada bentuk digital dan berasaskan aplikasi Internet, web dan rangkaian.

50

Mehlinger dan Powers (2002) mengemukakan satu rangka keija bagaimana pembelajaranjarakjauh dan pendidikan guru boleh dilaksanakan bersama dan bagaimana penggunaan teknologi pembelajaranjarakjauh dapat dipraktikan. Rajah 2.4 menunjukkan bagaimana ketiga-tiga komponen iaitu pembelajaran jarak jauh, pendidikan guru serta persekitaran teknologi boleh digabungkan untuk menjayakan penggabungan teknologi pembelajaran jarak jauh dan pendidikan guru.

--.---Rajah 2.4 : Penggabungan Teknologi, Pembelajaran Jarak Jauh dan Pendidikan Guru Sumber: Mehlinger & Powers (2002, ms. 254)

Dalam sektor koporat, perubahan telah berlaku hila pihak pengurusan telah mula berubah dari memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk melatih staf secara

konvensional kepada latihan staf secara e-Pembelajaran. Latihan berbentuk ini lebih menjimat masa dan wang. Latihan boleh terus beijalan tanpa perlu menghantar stafkeluar untuk menjalani latihan formal. Stafboleh terns berkeija disamping mengikuti latihan kerana program latihan yang diikuti secara e-Pernbelajaran akan berlaku secara 2417 (24 jam, 7 hari seminggu) (Rosenberg, 2001). Oleh itu kos latihan dapat dikurangkan dan staf baru tidak perlu diambil. Konsep ini boleh dipraktikan dalam latihan perguruan di

Malaysia dan konsep ini telah dilaksanakan di beberapa buah negara membangun seperti Afrika Selatan, Korea Selatan, dan India.

Melihat kepada peluang dan kemungkinan ini, latihan guru di Malaysia tidak terlepas dari fenomena ini. Di Malaysia, perancanganjangka panjang untuk melaksanakan Pembelajaran dalam latihan perguruan telah bermula pada tahun 2000. "Peranan e-Learning dalam latihan perguruan dilihat berpotensi di BPG. Penggunaannya memberi peluang mereka meningkatkan tahap keyakinan dan literasi komputer. Strategi latihan guru melalui PJJ, Internet, CD-ROM, CAl dan CAL akan diberi keutamaan" (Abu Bakar, 2000, ms. 4).

Usaha untuk melatih guru melalui e-Pembelajaran telah digariskan dalam strategi pelaksanaan e-Pembelajaran di semua institusi perguruan Malaysia di bawah kelolaan

. . . . .. ---··

Bahagian Pendidikan Guru (Abu Bakar, 2000). Antara perancangan yang dapat dirumuskan adalah:

i. Mempertingkatkan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi di semua institusi perguruan secara berperingkat-peringkat;

u. Merancang jaringan maklumat (Iaman web) yang lebih informatif, interaktif dan berorientasikan perkhidmatan~

m. Merancang, melaksana dan memantau strategi pembelajaran (kurikulum);

1v. Menjalankan pemuafakatan dan jaringan dengan agensi-agensi dan badan koporat;

v. Merancang untuk melatih tenaga mahir bagi menghadapi kekangan tenaga mahir yang berkelayakan;

v1. Peruntukanjangka pendek I jangka panjang untuk menampung pelaksanaan e-Pembelajaran; dan

-.52

vii. Merancang sistem pentaksiran dan penilaian.

Latihan perguruan secara jarak jauh telah lama diamalkan oleh beberapa buah negara The National Council of Educational Research and Training dan Jndra Gandi Open University telah berjaya menjalankan pembelajaranjarakjauh kepada guru-guru dalam perkhidmatan secara interaktif (Santosh, 2000). Kejayaan dan pengalaman mereka melatih guru-guru ini adalah melalui penggunaan video sehala dan sistem audio dua hala Latihan dalam perkhidmatan ini menjadi penting kerana di India terdapat lebih kurang 0.24 juta guru yang tidak berkelayakan, dan pertambahan guru-guru tidak terlatih semakin meningkat kerana kerajaan-kerajaan negeri terns mengambil guru-guru yang tidak terlatih serta tidak berkelayakan. Jika latihan secara bersemuka (f2f) hendak dilaksanakan, guru-guru ini terpaksa meninggalkan kelas dan pelajar untuk menjalani latihan dan pelajar akan

.. __ ..

.__.,--·

· -kehilangan banyak masa interaksi pembelajaran. Oleh itu, pendekatan pendidikanjarak jauh memberi peluang yang lebih luas dalam penyediaan latihan perguruan, "distance education offers the opportunity of providing in-service training for large number of teachers spread over vast geographical area" (Santosh, 2000, ms. 69).

Namun begitu, pertikaian tentang pendekatan pembelajaranjarakjauh dengan kaedah tradisional terns berlaku. Menurut Karsono (1993), pendekatan jarak jauh di negara-negara Asia seperti Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan pada mulanya tidak digemari kerana ramai lagi yang masih berpegang pada prinsip pembelajaran gaya

Confucious. Ada pihak yang tidak percaya bahawa pendekatan pembelajaran berdasarkan sistem pendidikan jarak jauh berkesan dalam latihan perguruan.

American Federation of Teachers (AFT), dalam konvensyen AFT 2000 telah meluluskan resolusi menetapkan satu set piawai untuk menjelaskan tentang ciri-ciri kursus

yang dijalankan secara dalam talian kepada penganjur-penganjur program pendidikan jarak jauh. Beberapa prinsip telah digariskan yang antaranya adalah tentang;

1. Pusat pengajian perlu terus mengawal aspek bentuk, kelulusan dan penilaian kursus-kursus jarakjauh;

u. Pelajar-pelajar jarak jauh perlu diberi maklumat awal tentang keperluan kursus, peralatan yang diperlukan, teknik-teknik untuk betjaya dalam persekitaran pembelajaranjarakjauh, dan juga keperluan kepada latihan sokongan teknikal sepanjang tempoh kursus;

m. Interaksi guru-pelajar perlu seperti prosedur dalam kursus-kursus konvensional;

iv. Bahan-bahan perpustakaan dan peluang penyelidikan perlu diadakan;

v. Penilaian ke atas pengetahuan, kemahiran dan pencapaian pelajar perlu sekerap penilaian dalam kursus berasaskan bilik darjah;

v1. Bimbingan dan kaunseling akademik perlu ada dan diberikan sama seperti kepada pelajar-pelajar dalam kampus;

vii. Bagi program ijazah perlu dimasukkan ketja kursus berasaskan bilik darjah, dengan pengecualian kepada pelajar diberikan secara kes demi kes bagi mereka yang tidak dapat terlibat dalam pendidikan secara bilik darjah.

Lebih daripada 70 peratus pengamal pembelajaranjarakjauh dalam tinjauan berpendapat komunikasi semasa dan sama tempat adalah bahagian yang paling kritikal dalam pengalaman seseorang pelajar (AFT, 2000).

Bagi menangani masalah ini BPG telah menggariskan supaya, "Konsep-konsep asas dan teori pembelajaran mata pelajaran tersebut boleh dikuliahkan secara 'on-line' tetapi tugasan diberikan secara berterusan, maklum balas pensyarah perlu cepat dan kemas

/

54

kini. Sementara itu aktiviti praktikal atau projek akan dijalankan secara tradisi" (Abu Bakar, 2000, ms, 7).

Dalam latihan perguruan, aplikasi Internet dan web mempunyai potensi melatih bakal-bakal guru dan guru-guru dalam perkhidmatan. Menurut Tan (1997), penggunaan Internet dalam pembelajaranjarakjauh berkemungkinan dapat memberi pilihan untuk kursus latihan guru dalam perkhidmatan. Aplikasi Internet dapat menyediakan

perkhidmatan untuk melatih guru-guru praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan dengan bentuk pembelajaran secara segerak dan pembelajaran tidak segerak.

Elemen-elemen pembelajaran segerak menggunakan bentuk komunikasi seperti bilik atau ruang sembang (IRC -Internet Relay Chat) seperti MiRC dan ICQ

(http://www.icq.com); MUDs, MOOs, MUSEs; Sidang Video; Sidang Audio; Kemudahan

·~ ----·---..

Whiteboard atau gabungan kemudahan video, audio dan whiteboard seperti CU-SeeMe (http://cu-seeme.cornell.edu) dan NetMeeting.

Elemen-elemen pembelajaran tidak segerak pula menggunakan bentuk komunikasi seperti e-mel; listservs; papan buliten; usenet dan newsgroup; dan Telnet.

Oleh itu, sesebuah organisasi pengajian dan latihan seperti institusi perguruan perlu mempunyai persediaan yang cukup untuk•menjalankan program e-Pembelajaran. Menurut Yusup (1998), kemajuan sesebuah organisasi itu bukan terletak kepada kecanggihan teknologi yang digunakan, tetapi diukur juga kepada sistem pengurusan organisasi itu sendiri disamping bidang-bidang lain seperti sains tingkah laku, komunikasi antara manusia dan reka bentuk instruksi yang berperanan meningkatkan prestasi instruksi dan pembelajaran.

Oleh itu, institusi perguruan perlu memikirkan serta merancang tentang perkara-perkara penting dalam melaksanakan e-Pembelajaran dengan mengambil kira aspek rangkaian dan kakitangan teknikal, kerana tanpa sokongan ini rangkaian komputer akan cepat musnah dan rosak. Satu aspek lagi adalah tentang hak cipta, di mana aspek

perundangan sepertijenis-jensi maklumat yang boleh diakses, fail-fail yang boleh dimuat simpan dan hasil ketja pelajar yang mungkin bukan hak mereka. "BPG perlu peka resolusi Sidang Pleno Seminar Pertama Keselamatan Rangkaian dan Maklumat (Infosecurity,

-~-2000). Resolusi ini menekankan isu keselamatan maklumat yang disebar dengan pantas melalui teknologi digital. Tiga pendekatan yang dicadangkan ialah melalui perundangan, teknologi menentangjenayah siber dan etika kesopanan siber" (Abu Bakar, 2000, ms. 7).

Dapatlah disimpulkan bahawa perancangan, pengurusan dan pentadbiran e-Pembelajaran yang strategik bukan semata-mata menitik beratkan aspek mengadakan perkhidmatan atau menyediakan tapak web sahaja tetapi menjangkau lebih daripada itu.

Aspek-aspek infrastruktur, infostruktur, teknikal dan perundangan perlu diteliti.

Oleh itu, bentuk latihan perguruan perlu berubah dari aspek stail atau gaya

mengajar, falsafah latihan guru dan pendekatan pedagogi yang masih berpusatkan guru dan instruksi langsung (direct instruction). Masajuga perlu diperuntukan dan diberi untuk mereka bentuk kursus berasaskan web dan Internet.

Pelajar-pelajar serta institusi perguruan memerlukan khidmat sokongan yang lebih sistematik, "They need a strong support system in place to grow, gain satisfactionary and avoid feelings of alienation and isolation. External support without internal structural changes will not lead to successful implementation of a distance learning program"

(Connors, 1998).

56