• Tidak ada hasil yang ditemukan

BABDUA TINJAUAN BACAAN

2.21 Rangka Kerja Konseptual Penyelidikan

kekurangan kewangan.

Cabaran-cabaran inilah yang dihadapi dan bakal dihadapi oleh institusi latihan perguruan yang memilih untuk mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam melatih bakal-bakal guru. Masyarakat mengharapkan institusi latihan dapat menyediakan guru permulaan seperti yang sekolah kehendaki, dan sekolah pula

menghendaki guru-guru yang dapat menggunakan teknologi dengan baik. Cabaran kepada institusi latihan menjadi semakin besar dan ketara.

2.21 Rangka Kerja Konseptual Penyelidikan

Teori konstruktivisme, peristiwa instruksi, komponen instruksi dan model '

proses keputusan inovasi dikemukakan dalam rangka kerja penyelidikan ini untuk mengukur sikap, pengetahuan dan amalan pedagogi, serta mengukur hubungan korelasi antara pemboleh ubah-pemboleh ubah.

\

2.21.1 Pedagogi Berasaskan Teori Konstruktivisme

Seperti yang diterangkan dalam (2.9.3), konstruktivisme adalah satu pendekatan teori pembelajaran yang mempunyai hubungan dengan psikologi kognitif. Ianya adalah sebagai satu teori pembelajaran yang fokusnya kepada keupayaan pelajar untuk membina makna dan membentuk pembelajaran mereka sendiri. Sebagai satu pendekatan amalan instruksi, konstruktivisme mempunyai hubungan dengan pelbagai tahap proses

pembelajaran. Konstruktivisme dapat dihubungkan dengan teori psikologi kognitif dan dapat dikembangkan lagi kepada konstruktivis sosial. Oleh itu, prinsip-prinsip

konstruktivisme adalah sesuai untuk e-Pembelajaran kerana ia berkait dengan pembelajaran berpusatkan pelajar.

Pendapat konstruktivisme menyatakan proses pembelajaran boleh ditingkatkan jika disediakan peralatan dan persekitaran yang sebenar dan pelajar dilibatkan secara aktif (Yusup, 2000). Media instruksional perlulah berfungsi supaya pelajar dapat membina pemahaman melalui interaksi sosial mereka. Dari segi pendekatan instruksi, guru perlu memberi tumpuan kepada pembelajaran bercorak kumpulan, koperatif, kolaboratif dan mereka bentuk bahan berpandukan model yang berasaskan prinsip-prinsip

konstruktivisme. Oleh itu, pengetahua.n dalam mengendalikan proses instruksi berasaskan prinsip-prinsip konstruktivisme amat perlu dalam program e-Pembelajaran.

2.21.2 Strategi dan Peristiwa lnstruksi (Event of Instruction)

'

Melaksanakan instruksi adalah aspek yang penting selain daripada mereka bentuk, membina dan menentukan media yang hendak digunakan. Aspek penyampaian isi

pelajaran serta melaksanakannya perlu diberi keutamaan. Gagne (1977) menerangkan yang instruksi boleh dirancang pada setiap peristiwa pembelajaran. Gagne menggariskan

82

sembilan peristiwa instruksi (Rozhan, 2002; Kearsly, 2001; Yusup & Sharifah Alwiah, 1999; Yusup, 1998; Gagne & Medsker, 1996; Driscoll, 1994; Gagne, 1977) iaitu;

a. Mendapatkan perhatian;

b. Menyatakan objektif pembelajaran;

c. Mengingatkan semula pelajaran lepas;

d. Menyampaikan pelajaran;

e. Memberi panduan I bantuan;

·--f. Mencungkil perlakuan pelajar;

g. Mendapat gerak balas yang betul;

h. Membuat penilaian prestasi;

1. Mengukuh ingatan dan pindahan pembelajaran.

Sembilan peristiwa instruksi yang diterangkan ini adalah sama untuk semua jenis hasil pembelajaran (Gagne & Medsker, 1996). Peristiwa instruksi ini dapat digunakan dalam konteks latihan terarah guru dan juga bentuk instruksi kendiri yang kebanyakannya digunakan dalam kursus berasaskan komputer.

2.21.3 Komponen Model Instruksi (Model of Instruction)

Satu lagi model instruksi yang sesuai untuk pembelajaran berasaskan komputer adalah komponen instruksi yang digariskan oleh Alessi dan Trollip (1991 & 2001) melalui empat peringkat perkembangan instruksi. Keempat peringkat perkembangan itu adalah;

a. Mempersembahkan maklumat;

b. Mengarah dan membantu pelajar;

c. Latihan oleh pelajar;

d. Penilaian pembelajaran.

-:}

I t

f

Menurut Allesi dan Trollip (2001) keempat-empat aktiviti perlu berlaku supaya pembelajaran menjadi efisien dan afekti£

2.21.4 Model Proses Keputusan Inovasi (Model of the Innovation-Decision Process)

Menurut Kosma (1999) dalam bidang teknologi instruksional, kemajuan yang pesat dalam IT telah mendesak ke arah refomasi dalam pendidikan. Refomasi ini mewujudkan keperluan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang terima guna (adoption) dan difusi atau penerapan serta konsep inovasi dalam teknologi instruksional.

Oleh itu, model proses keputusan inovasi perlu diketahui oleh ahli-ahli teknologi instruksional.

Model ini dikemukakan oleh Rogers (1995), yang menyatakan bahawa keputusan seseorang terhadap inovasi bukanlah sesuatu tindakan yang spontan. Keputusan ini adalah satu proses yang berlaku melalui serta mengambil masa dan mengandungi beberapa siri tindakan dan keputusan. Oleh itu Rogers mengemukakan beberapa tahap atau peringkat urutan dalam model proses keputusan inovasi. Model ini mengandungi lima peringkat dalam saluran komunikasi iaitu Peringkat Pengetahuan; Peringkat Pengaruhi I Pujukan;

Peringkat Membuat Keputusan; Peringkat Pelaksanaan; dan Peringkat Pengesahan. Rajah 2.6, menerangkan proses yang mana seseorang individu, kelompok, organisasi atau unit yang membuat keputusan perlu lalui mulai daripada peringkat pertama iaitu pengetahuan dalam sesuatu inov~si, kepada pembentukan sikap terhadap inovasi, kepada kei:mtusan untuk menerima atau menolak, terus kepada pelaksanaan idea-idea baru, dan hinggalah kepada pengesahan penerimaan keputusan itu.

\

I ,

---Keadaan Awal (Prior Conditions) I. Amalan sebelum 2. Rasa perlu I masalah 3.1novasi

4. Norma sistem sosial

SALURAN KOMUNIKASI

r-····-·-····-·-·---···-·~····-····--····--···--~···-· ··-·-···-·-···-··-r---·-··-·--·--1

j Pengetahuan>

Ciri-ciri Pembuat

I

Keputusan I. Ciri Sosio ckonomi 2. Pemboleh ubah

Ciri-ciri Inovasi yang

I

Boleh Dilihat I. Kclebihan Relatif 2. Kcscrasian~

(Adoption) "-..._ / Pcncrimaan Kcmudian

/~

2. Pcnolakan / Tidak Bcrtcrusan (Rejection) ' - - - . Penolakan Bcrtcrusan

Rajah 2.6 : Model Peringkat Dalam Proses Keputusan Inovasi Surnber: Rogers (1995, ms. 163)

a. Tahap Pengetahuan

84

Tahap pengetahuan adalah tahap apabila seseorang individu, kumpulan atau unit yang membuat keputusan mengetahui adanya inovasi teknologi, didedahkan kepada inovasi dan memperolehi sedikit kefahaman bagaimana inovasi itu berfungsi.

Bagaimanapun individu atau kurnpulan yang memperolehi pengetahuan tentang inovasi ada yang bersifat aktif atau pun pasif .

Pengetahuan tentang inovasi ini akan bersifat aktifkerana setiap manusia pada dasarnya memiliki keperluan, minat, dan sikap terhadap inovasi teknologi. Terdapat kemungkinan inovasi yang ditemui adalah secara kebetulan sahaja, tetapi kriteria yang lebih penting adalah bagaimana individu memberikan perhatian terhadap inovasi, sikap terhadap inovasi, minat dan juga keperluan. Rogers (1995) seterusnya membahagikan pengetahuan ini kepada 'awareness-knowledge', 'how-to-knowledge' dan 'principles-knowledge'.

b. Tahap Pengaruhi I Pujukan

Tahap ini adalah peringkat proses membuat keputusan sama ada menerima atau menolak inovasi tadi setelah individu-atau kumpulan membentuk sikap negatif

(unfavorable attitude) atau positif (favorable attitude) terhadap inovasi. Tahap pengetahuan lebih berbentuk kognitif, tetapi dalam tahap ini, ia lebih bersifat afektif.

Seseorang individu mulai membentuk sikap terhadap inovasi selepas mengetahui tentang

~i idea-idea baru itu. Pada tahap ini individu itu lebih terlibat secara psikologi dan cuba memperolehi maklumat dengan lebih Ian jut. Di sini individu itu membentuk satu persepsi terhadap inovasi. Pada tahap ini hasil penting dalam proses ini adalah sikap terhadap inovasi itu dan ini akan menyebabkan perubahan dalam tingkah laku.

c. Tahap Keputusan

Pada tahap ini individu, kelompok atau unit membuat keputusan itu perlu membuat pilihan sama ada untuk menerima atau menolak inovasi. Penerimaan adalah satu keputusan untuk menggunakan sepenuhnya satu inovasi. Penolakan adalah satu keputusan untuk tidak menerima inovasi itu. Keputusan untuk menerima atau menolak inovasi itu boleh berlaku dengan menguji atau mencuba inovasi itu untuk melihat faedahnya. Bagi kebanyakan individu, aktiviti ini perln dilakukan sendiri untuk memantapkan keputusan penerimaan atau penolakan. Tetapi bagi sesetengah individu, proses ujian inovasi dilakukan oleh anggota kumpulannya dan ini sudah memadai baginya untuk membuat keputusan menerima atau menolak. Terdapat dua jenis penolakan, iaitu penolakan aktif dan penolakan pasif.

86

d. Tahap Pelaksanaan

Tahap ini berlaku apabila individu, kelompok atau unit yang membuat keputusan 1 akan menggunakan inovasi itu. Tahap-tahap sebelum ini merupakan proses mental, dan

t

dalam tahap ini illdividu akan membentuk perubaban pada tingkab laku, dan inovasi

r. digunakan dalam situasi sebenar. Ketidakpastian sama ada kesan inovasi itu baik masih

t~

tetap ada pada individu di peringkat ini, walaupun keputusan untuk menerimanya sudahpun dilakukan.

Pada peringkat ini pencarian maklumat secara aktif masih berlaku. Agen perubahan berperanan untuk menyediakan sokongan teknikal kepada pelanggan mereka. Rogers (1995) menyatakan masalah adalah lebih serius apabila penerima itu adalah sebuah organisasi. Ini adalah kerana ban yak individu terlibat dalam sebuah organisasi.

e. Tahap Pengesahan

Peringkat akhir ini adalah apabila individu atau sekelompok individu mencari pengukuhan terhadap keputusan yang telah dibuat, ataupun mengubah keputusan menerima atau menolak inovasi apabila terdedah kepada maklumat yang bercanggah tentang inovasi itu. Tahap pengesahan ini, akan tetap berlanjutan walaupun keputusan untuk menerima atau menolak satu iRovasi telahpun dibuat. Pada tahap ini, individu akan cuba untuk mengelak daripada berlakunya percanggahan atau kesumbangan inovasi (dissonance) atau pun mengurangkan percanggahan itujika ianya wujud.

Teori konstruktivisme dan e-Pembelajaran merupakan satu inovasi dalam '

pendidikan amnya dan proses mengintegrasikannya dalam instruksi khasnya. Oleh itu penerimaan e-Pembelajaran akan melibatkan tahap-tahap dalam proses keputusan inovasi.

!

Dalam penerimaan program e-Pembelajaran untuk diintegrasikan dalam instruksi proses dan tahap-tahap ini akan berlaku pada diri pensyarah, kelompok mereka dan juga organisasi latihan guru.

Daripada perbincangan tentang teori konstruktivisme, peristiwa instruksi dan model proses keputusan inovasi, dirumuskan idea-idea tersebut dalam satu model rangka kerja konseptual penyelidikan yang dapat digambarkan dalam rajah 2. 7 ini.

Instruksi Kaedah/Strategi

e-Pembelajaran

} I

Intemet/Rangkaian ... - ... , PJJ

Konvensional

... ___ ... , Pembelajaran Maya

Teori lnstruksional Pelajar:

• PraPerkhidmatan

• Dlm Perkhid.matan

Persekitaran e-Pembelajaran di institusi perguruan melalui mod konvensional dan mod jarak jauh menggunakan teknologi instruksional

Rajah 2. 7 : Kerangka Ketja Konseptual Penyelidikan

Model ini menerangkan tentang sikap pensyarah teknologi pendidikan yang

mempunyai hubungan dengan pengetahuan. Pengetahuan ini merujuk kepada pengetahuan dalam e-Pembelajaran, pengetahuan dalam aspek pedagogi dan andragogi serta teori-teori instruksional. Pengetahuan merupakan tahap awal dalam pendedahan kepada inovasi dan melalui pengetahuan sikap akan terbentuk untll'k menerima inovasi itu. Sikap mereka juga

'"

L

i

1

I< ,.

88

dipengaruhi oleh amalan instruksi yang menjadi pegangan dan amalan mereka. Sarna ada mereka masih malm mengekalkan cara instruksi konvensional atau pun mengarah kepada penggunaan pendekatan e-Pembelajaran. Aspek ini akan mempengaruhi mereka sama ada mahu menerima inovasi e-Pembelajaran ini.

Pensyarah teknologi pendidikan perlu mempunyai pengetahuan dalam aspek teori

· dan strategi instruksi. Amalan instruksi yang berlandaskan kepada teori-teori

pembelajaran dan instruksional serta strategi instruksi akan memantapkan penggunaan aplikasi e-Pembelajaran yang disampaikan kepada pelajar, sama ada pelajar

praperkhidmatan atau dalam perkhidmatan. Penyampaian isi kandungan kursus oleh pensyarah boleh disampaikan secara konvensional, melalui e-Pembelajaran ataupun secara pembelajaran campuran iaitu secara interaksi bersemuka, secara pembelajaranjarakjauh,

· -dmpembelajaran maya.

2.22 Kesimpulan dan Penutup

Melalui penerangan di atas, konsep e-Pembelajaran, pembelajaranjarakjauh, teori-teori pembelajaran dan instruksional serta pendekatan pembelajaran campuran telah dibincangkan serta disokong oleh beberapa penyelidikan dalam dan luar negara Konsep-konsep ini berkait rapat dalam meny€tdiakan satu persekitaran pembelajaran tanpa bertatap muka antara pel ajar dengan pensyarah dan juga persekitaran pembelajaran campuran.

Penggunaan istilah 'telematics' bagi menerangkan tentang komputer dan TMK oleh Curran dan Fox (1999) adalah satu usaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran maya yang akan menujuk arah kepada corak pembelajaran beberapa tahun yang akan datang. Tetapi penggunaan 'telematics' bukanlah bererti pendekatan ini adalah pendekatan yang terbaik berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain. Pendekatan ini walau

bagaimanapun masih berhadapan dengan pelbagai isu, kerana penggunaan teknologi memerlukan perancangan yang teliti dalam asepk pedagogi, teknikal, kewangan, staf, penilaian, dan pengukuran dan juga aspek kesan yang akan dihadapi dalam jangka masa pendek dan panjang. Namun begitu semuanya bergantung kepada sikap pengajar dalam menerima guna inovasi serta seterusnya bertindak sebagai 'role-model'.

·--.

-

--

~--~

f

'

,

i

' f

r. .•

t/

r;

r

BABTIGA

METODOLOGI PENYELIDIKAN