• Tidak ada hasil yang ditemukan

BABDUA TINJAUAN BACAAN

2.1 Pengintegrasian Teknologi

pembelaj aran dan instruksional serta peranan teknologi instruksional. Perbincangan juga difokuskan kepada peranan pengajar dan isu-isu pedagogi dan andragogi yang berkaitan dengan pembelajaran elektronik yang berpotensi untuk membantu proses pembelajaran pelajar. Perbincangan juga ditumpukan kepada peranan institusi perguruan dalam

.. ···

menyediakan persekitaran e-Pembelajaran dan pembelajaran campuran (blended learning) sebagai altematif jika institusi perguruan masih mahu mengekalkan interaksi bersemuka dalam melatih bakal-bakal guru.

2.1 Pengintegrasian Teknologi

Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan telah menunjukkan satu trend perkembangan dari penggunaan teknologi bercorak konvensional kepada teknologi komputer dan digital. Pengintegrasian komputer dalam pendidikan sekarang memerlukan penambahbaikan dalam aspek instruksi. Guru-guru perlu berpengetahuan, berkemahiran serta bersikap positif dalam aspek penggunaan teknologi dalam instruksi. Berbanding dengan penggunaan teknologi, peranan guru sebagai individu yang terlibat dalam membentuk pelajar adalah lebih penting kerana teknologi hanyalah sebagai alat dan

c ..

~~ pengupaya.

r

Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan teknologi dapat meningkatkan kecenderungan pelajar untuk belajar. Connors (1998), menyatakan bahawa pelajar akan

t

mendapati mereka lebih cenderung dan mudah belajar dengan menggunakan teknologi,

•~

... technologies enhance the learning process by empowering them to have greater control over the acqusition of knowledge and skills. They will find that they can access their own compentencies individual difference in goals, learning styles and abilities. They may even discover that they learn easily, enjoyable and successfully than ever before, because they are more actively engaged in the learning process.

Pembelajaran elektronik dapat menyesuaikan suatu persekitaran pembelajaran dengan pelbagai tahap dan kehendak pelajar. Pembelajaran berasaskan teknologi juga dapat memudahkan pembelajaran pelajar yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran.

Guru-guru sentiasa mencari kaedah serta strategi dan juga kemahiran-kemahiran baru untuk diimplementasikan dalam proses instruksi mereka supaya dapat disesuaikan dengan kehendak pelajar. Dalam mengintegrasikan teknologi komputer dan sumber

daripada Internet ke dalam kurikulum, para guru perlu mencari aspek pedagogi yang sesuai disamping penguasaan dalam subjek mereka. Guru perlu mengintegrasikan teknologi komputer dalam kurikulum, rancanganmengajar, unit-unit pembelajaran dan juga dalam persembahan mereka. Melalui pendekatan ini teknologi bukan menjadi fokus utama dalam instruksi, tetapi bagaimana ia diterapkan dalam proses pembelajaran pelajar. Teknologi komputer dan sumber Internet digunakan untuk pelajar-pelajar memperoleh mak.lumat baru serta membina pengalaman supaya pembelajaran mereka lebih bermakna (meaningful learning). Oleh itu komputer perlu digunakan dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan

22

dijadikan sumber yang dapat disesuaikan dengan minat dan kehendak aktiviti pembelajaran.

2.2 Sejarah Teknologi Instruksional

Menurut Raja Maznah (2001), sejarah bidang teknologi instruksional telah bermula dari tahun-tahun 1900an dengan bermulanya bidang ~visual instruction' seperti penghasilan

· dan penggunaan bahan-bahan visual seperti filem, gambar, slaid dan realia. Penggunaan media visual uniiik digunakan dalam proses instruksi mula meningkat pada awal tahun 1920an. Raja Maznah menggunakan Rajah 2.1 di bawah untuk menerangkan sejarah

perkembangan teknologi instruksional. Online Learning

...

-Instructional Media

Behaviourist Objectives Audio Visual

Communication

System Approach Programmed

Instruction

Microcomputer

IDMode/s

Visual Instruction

1920 1930 1940 1950 1960 1970 1980 1990

Rajah 2.1 : Sejarah Teknologi Instruksional

Pengedaran masa serta perkembangan teknologi telah menunjukkan potensi teknologi komputer berkembang dengan pesat se_~ali. Mulai daripada komputer kepada

2000

teknologi Internet dan web telah menjadikan e-Pembelajaran sebagai satu agenda yang popular. Menurut Stenson (2001) sejarah perkembangan e-Pembelajaran boleh

dibahagikan kepada empat fasa

iaitu:-1. Pra 1983: Era Pengajaran Pembelajaran Terarah Pengajar

Sebelum komputer menjadi alat dalam membantu guru dalam proses pengajaran mereka, guru merupakan individu yang paling dominan. Interaksi antara guru dan pelajar hanya berlaku dalam persekitaran bilik drujah.

n. 1984 - 1993 : Era Multimedia

Bermula dengan aplikasi Window 3.1, Macintosh dan CD-ROM, perkembangan teknologi ini merupakan agenda penting pada waktu ini. Walau bagaimanapun interaksi dalam bilik drujah dan persembahan yang dinamik tidak banyak menggunakan bahantara (medium) ini.

iii. 1994-2000: Tunas Permulaan Web

Melalui perkembangan teknologi web, kemunculan e-mel, 'media player' dan 'streamed audio I video' telah mula mengubah corak atau bentuk bahantara multimedia.

iv. 2001 dan seterusnya

Reka bentuk laman web semakin maju dan canggih, 'rich streaming media ' (real audio /video) dan Iebar jalur yang tinggi akan menukar sepenuhnya cara

bagaimana pendidikan akan disampaikan. Penyampaian yang terarah guru serta penyampaian yang berintraktif sekarang dapat dilakukan melalui web dan dapat disampaikan kepada pelajar yang lebih ramai.

24

2.3 Teknologi Pendidikan di Institusi Perguruan

Penggunaan dan perkembangan teknologi dalam latihan guru di Malaysia telah bermula di sekitar tahun 1960an. Pada masa ini pelbagai media konvensional seperti alat pandang dengar (APD) telah mula digunakan seperti gambar, filem, slaid, poster, carta dan bahan audio. Guru-guru APD telah dilatih di Maktab Perguruan Ilmu Khas (Yusup, 1998).

Pada tahun-tahun 70an berlaku perkembangan media komunikasi seperti radio dan televisyen di institusi perguruan. Perkembangan seterusnya adalah tertubuhnya unit Teknologi Pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas yang menawarkan kursus setahun kepada guru-guru terlatih (Yusup, 1998).

Pada tahun-tahun 80an, penggunaan media pengajaran seperti OHP, projektor slaid dan video telah bermula. Penggunaan komputer dan aplikasi komputer telah bermula

·

-dai~ latihan perguruan pada sekitar akhir 80an dan awal tahun 90an sehingga kini.

Penggunaan aplikasi Internet mula giat digunakan pada tahun 1996 sehingga perkembangan pesat WWW sekarang.

Subjek teknologi pendidikan telah mula menjadi satu kurikulum khusus dalam latihan perguruan bermula pada tahun 1981 dengan pengenalan subjek Teknologi Sistem Pengajaran (Yusup, 1998). Kursus dalam perkhidmatan, iaitu kursus khas setahun dalam teknologi pendidikan telah mula diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas bermula tahun 1960 dan dilanjutkan di Institut Perguruan Darulaman pada tahun 1990.

Sekarang semua pelajar wajib mengambil subjek teknologi pendidikan atau . pengurusan sumber pengajaran pembelajaran. Subjek ini penting bagi mendedahkan dan

menyediakan bakal guru dengan kaedah-kaedah dan teknologi bam yang dapat membantu pelajar mencapai matlamat pembelaj.aran dengan }ebih berkesan.

2.4 Pendidikan Sekolah Bestari dan Latihan Perguruan

Program sekolah bestari merupakan salah satu agenda aplikasi Koridor Raya Multimedia (MSC). Secara umumnya program sekolah bestari melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengurusan pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek rintis kepada 84 buah sekolah bestari (Smart School Project Team, 1997).

Sekolah .b-estari ini adalah sebuah institusi pembelajaran yang mengamalkan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah secara bestari supaya dapat menyediaJcan pelajar-pelajar dalam menghadapi era maklumat. Corak serta amalan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bestari adalah berbeza daripada yang diamalkan di sekolah-sekolah konvensional. Corak pembelajaran bestari lebih berpusatkan pelajar, dengan pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam mencapai objektif pembelajaran mereka. Mereka akan terlibat dalam pembelajaran aktifmelalui gerak kerja berkumpulan, pembelajaran bercorak koperatif dan kolaboratif dengan menggunakan pelbagai strategi pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan projek. Guru akan berperanan sebagai penyampai isi pelajaran dan serentak dengan itu juga bertindak sebagai fasilitator.

Teknologi maklumat dan komunikasi ekan menjadi pengupaya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui MSC dan program sekolah bestari ini

e-Pembelajaran mula diperkenalkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

2.5 e-Pembelaj~ran

Konsep e-Pembelajaran yang semakin popular telah mendapat tempat dalam bidang pendidikan selepas penggunaannya dalam program latihan sektor koporat. Melalui laporan 'Thee-Bang Theory', Block dan Dobell (1999, rns. 3) menyatakan bahawa, "The

26

technology is not only a driver for more learning, but it is also an enabler of electronic learning (e-learning)". e-Pembelajaran mempunyai potensi dalam bidang pendidikan dan menurut Block dan Dobell, e-Pembelajaran semakin cepat diiktirafkehadirannya dalam sektor koporat, institusi pendidikan tinggi dan 'K -12 schools ' yang meliputi tahap persekolahan daripada tadika hinggalah hujung sekolah menengah. Penggunaan media elektronik dapat mempercepatkan serta memudahkan proses pembelajaran (Jamaluddin, 2000). Teknologfkomputer juga berjaya membuat pelajar belajar dengan kadar yang cepat dengan kadar pemahaman dan ingatan yang tinggi (yV olgemuth, 1996). Oleh itu

perkembangan sertapengaruh e-Pembelajaran memberi satu petanda baik kepada pendidikan dalam menghadapi era digital.

e-Pembelajaran berkait rapat dengan konsep elektronik digital dan rangkaian komputer. e-Pembelajaran menggunakan Internet dan rangkaian untuk menyalurkan maklumat, dan ianya adalah satu pendekatan pembelajaran yang inovatif yang melibatkan strategi-strategi baru seperti kursus-kursus berasaskan web dan Internet (Connors, 1998).

Menurut Abdul Razak (2000, ms. 4), "e-Pembelajaran adalah satu proses

pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan, kaedah penyampaian, pengajaran yang memberi pengalaman persekitaran dan servis yang hendak diberikan". Menurutnya lagi keempat-empat komponen ini merupakan asas penting di dalam e-Pembelajaran.

Konsep e-Pembelajaran selanjutnya dianggap sebagai suatu pengaruh penggunaan media serta sumber elektronik terutamanya sumber Internet ke atas pengalaman

pembelajaran pelajar, dan dalam perkembangan terbaru e-Pembelajaran adalah apabila 'e' sekarang tidak lagi membawa konotasi perkataan elektronik. 'e' itu dikatakan membawa maksud pengalaman (Rozhan, 2000; Masie, 1999). Pelajar akan menguasai pengalaman

selepas betjaya mengeksplotasikan dan menggunakan maklumat dari Internet. Menurut Masie (1999),

Business is adding the letter 'e' in front of a lot of words in the last of the 1990's.

E-commerce, e-business, e-shoping, e-transactions, and now e-learning. The 'e' has come to stand for a Digital Age and internet focused transformation of a business process. 'e' literally means the 'electronic' personification of a

commerce; shopping or learning. But, it also means modern, internet age, 'venture ---.

capital friendly ' and on-line.

Menurut Masie (1999), e-Pembelajaran membawa pengertian yang luas yang merangkumi pembelajaran "on-line learning, web-based training, CBT, technology assisted, distance learning". Badrul Khan (2001a), pula menyatakan terdapat pelbagai istil~ yang boleh dinamakan melalui aktiviti e-Pembelajaran seperti "Web-Based Learning (WBL), Based Instruction (WBI), Internet-Based Training (IBT}, Web-Based Training (WBT}, Distributed Learning (DL), Advanced Distributed Learning (ADL), Online Learning (OL), etc". Hall (2001) pula menyenaraikan beberapa istilah yang boleh dikategorikan sebagai e-Pembelajaran iaitu 'computer-based training' (CBT}, 'distance learning', 'desktop training', 'desktop video conferencing ', 'interactive training',

assisted instruction ', 'self-paced training', 'multimedia training', 'computer-based training', 'Internet-'computer-based training', 'Intranet-'computer-based training', 'Online training' dan

'Net-based training'.

e-Pembelajaran menurut Masie menggambarkan penggunaan teknologi dan pengalaman pembelajaran. Pengalaman merupakan komponen yang mustahak dalam e-Pembelajaran, dan di sinilah menurut Masie nilai sesuatu pembelajaran itu wujud,

28

Experience is an essential component of e-learning, for it is where the values lies.

If

we don't focus on the experience dimensions of learning, we run the risk of

mistaking the publishing of information for learning and training. Just taking a course outline and putting it into HTML is not the best of e-learning. That is really only just about delivering reading through the network.

Oleh itu program e-Pembelajaran yang berteraskan kepada teori dan prinsip-prinsip konstruktivisme merupakan satu usaha ke arah mengwujudkan keupayaan pelajar untuk membentuk pengetahuan daripada pengalaman melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang direka bentuk oleh guru.

Masie (1999), menggariskan beberapa dimensi pengalaman dalam e-Pembelajaran yang melibatkan faktor-faktor seperti penglibatan, perasaan ingin tahu, simulasi dan

,, ..

--latihan, pemulihan, melatih, pembelajaran rakan sebaya, pembelajaran tindakan,

pelaksanaan sokongan, kegigihan, penilaian dan tindak balas, dan budaya pengajaran. Di sini budaya pengajaran adalah suatu elemen yang penting untuk membentuk pengalaman pembelajaran pelajar.

2.6 Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System)

Belajar melalui kemudahan lliternet atau pembelajaran secara dalam talian akan melibatkan penggunaan e-mel, FTP (jile transfer protocol), kumpulan perbincangan (newsgroup), papan buletin dan perisian kursus dalam talian. Pelbagai jenis perisian kursus berasakan web dapat digunakan untuk menyediakan pakej pembelajaran melalui Internet.

Alat pengarangan web atau sistem pengurusan pembelajaran (Learning Management System) dapat menyediakan satu pelantar pembelajaran serta menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang berkesan.

Di Malaysia, beberapa pusat pengajian tinggi telah menggunakan alat pengarangan web atau sistem pengurusan pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Contohnya Sekolah Teknologi Maklumat, Universiti Utara Malaysia telah menggunakan Learning Space Forum (Abdul Razak, 2000). Universiti Tun Abdul Razak (UNIT AR) telah menggunakan The Virtual Online Instructional Support System (VOISS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPS I) dan Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) telah menggunakan sistem

pengurusan pembelajaran WebCT(WebCT, 2001).

Satu kajian berbentuk penerokaan telah dijalankan oleh Volery (2001) untuk mengenal pasti faktor-faktor kejayaan kritikal berhubung dengan pengajaran berasaskap web secara jarak jauh. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengambil subjek Global Business 650 di University Curtin ofTechnology, Australia. Kursus ini direka bentuk melalui sistem pengurusan pembelajaran WebCT. Ini disebabkan oleh ciri-ciri WebCT yang memerlukan kepakaran teknikal yang minima dari pihak pembangun bahan pembelajaran dan dari pihak pelajar (Volery, 2001).

Dalam kajian ini data diperolehi melalui soal selidik menggunakan lima skala likert, dan statistik Korelasi Pearson digunakan untuk mengukur hubungan di antara keberkesanan pengajaran dan teknologi. Hasil kajian mendapati penggunaan video berada di peringkat rendah, pembacaan dan penggunaan perpustakaan maya berada pada peringkat sederhana. Slaid, kuiz dan papan buliten berada pada kadar penggunaan yang tinggi. Kuiz pula digredkan sebagai paling tinggi kerana ia lebih berunsur interaktif dan pelajar

- f

.

I

I

i ~

30

berupaya menghantar jawapan kuiz itu dan mendapat maklum balas dan penilaian segera.

Kajian ini juga mendapati ada hubungan yang signifikan an tara keberkesanan pengajaran dan teknologi.

Smith dan Hardaker (2000) telah menjalankan satu penyelidikan tentang

pengajaran berasaskan Internet ke atas pelajar-pelajar siswazah dalam bidang kejuruteraan, perakaunan, seni ~~ka dan komputer di Huddersfield University Business School dengan menggunakan perisian Courselnfo, Blackboard Inc. Modul subjek Pengurusan Perniagaan digunakan kerana semua pelajar dari kurnpulan ini rnengambil kursus tersebut. Dapatan kajian diperolehi daripada data kualitatifyang dikurnpulkan daripada tutorial elektronik rnelalui komen-komen dan pengalaman pembelajaran maya. Peratus dan frekuensi dip_erolehi daripada bilangan penggunaan Iaman web (web page hits).

Dapatan kajian rnembuktikan bahawa kaedah penyampaian yang berasaskan gaya pembelajaran individu membuat pelajar berrninat untuk menggunakan pendekatan e-Pembelajaran. Perisian yang digunakan untuk membantu dan menyokong suasana pembelajaran berasaskan Internet terbukti efektifkepada staf dan pelajar. Pelajar-pelajar yang mengikuti perbincangan elektroQ.ik rnendapati ianya sangat membantu untuk mereka memahami sesuatu topik rnelalui soal jawab. Melalui kajian tersebut, Smith dan Hardaker tel:ili membentuk satu kerangka kerja e-Pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

Walaupun pelbagai perisian berasaskan web atau sistem pengurusan pembelajaran boleh digunakan oleh pengajar, "Persoalan utama yang harus ditimbulkan bukanlah mengenai peralatan atau jenis perisian yang hendak dibangunkan bagi tujuan e-Pembelajaran tetapi adakah kita sebagai pendidik-pendidik berkeyakinan untuk

menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk tujuan pembelajaran" (Abdul Razak, 2000, ms. 4).

2.7 Model Pembelajaran Dalam Talian (On-line Learning Model)

Terdapat pelbagai pendekatan dalam melaksanakan program pembelajaran dalam talian. Kaedah serta strategi penyampaian bagi kursus-kursus ini berbeza antara satu institusi dengan ~:f!stitusi lain. Manson (1998) telah beijaya mengenal pasti tiga model kursus yang dijalankan secara dalam talian.-Beliau telah mengkategorikan tiga model seperti

berikut:-r

1. Model Kandungan + Sokongan (Content + Support Model)

Model ini memisahkan antara kandungan kursus berbentuk Iaman web dengan sis~em sokongan berbentuk tutorial yang lazimnya disampaikan mdalui e-mel. Kandungan

kursus ini boleh digunakan untuk membantu instruksi. Pelajar menggunakan kandungan kursus secara berasingan daripada komunikasi berbentuk e-mel. Fokus kursus ini hanya kepada kandungan kursus secara dalam talian.

ii. Model Sekelompok Berpusat (Wrap Around Model)

Kursus-kursus dalam bentuk ini adalah direka bentuk khas. Interaksi pelajar adalah secara dalam talian dengan kemudahan yang terdapat dalam bahan yang telah disediakan.

Model ini lebih menekankan kepada pembelajaran berasakan sumber. Tugas pengajar adalah lebih luas d~pada model yang pertama. Fokus kursus itu adalah kepada komunikasi secara dalam talian.

32

111. Model Integrasi (Integrated Model)

Model ini mengandungi kedua-dua aspek di atas (kandungan dan komunikasi).

Kursus mengandungi aktiviti kolaboratif dan mengandungi aktiviti individu dan kumpulan.

Kursus berlaku secara dalam talian melalui perbincangan, akses maklumat, memproses maklumat dan menjalankan tugasan. Model ini dapat mewujudkan satu komuniti belajar.

Walau bagaimanapun, sesuatu kursus itu bolehjuga diklasifikasikan mengikut penggunan komp~nen secara dalam talian mengikut hubungan lokasi pelajar:

1. Jika pelajar itu adalah pelajar sepenuh masa, maka komponen dalam talian itu hanyalah sebagai tambahan kepada kursus bercorak konvensional.

ii. Jika pelajar itu adalah pelajar separuh masa, pendekatan hibrid adalah sesuai, di mana kursus itu dijalankan dalam bentuk campuran konvensional,

-'

bersemuka dan komponen-komponen dalam talian (e-Pembelajaran).

iii. Jika pelajar itu bekerja sepenuhnya dan terasing serta jauh dari kampus, kursus sepenuhnya adalah berbentuk dalam talian.

2.8 Rangka Kerja e-Pembelajaran (e-Learning Framework)

Badrul Khan (2000) telah mengemukakan satu kerangka kerja e-Pembelajaran untuk digunakan dalam melaksana dan. mereka bentuk program e-Pembelajaran yang boleh menggunakan atribut-atribut dan sumber-sumber daripada Internet dalam menghasilkan satu persekitaran pembelajaran yang bermakna. Berbagai faktor terlibat dalam

perlaksanaan sistem e-Pembelajaran, dan Badrul Khan telah mengemukakan Iapan dimensi dalam rangka kerja e-Pembelajaran beliau. Kelapan-lapan dimensi dalam kerangka ini boleh digunakan untuk merangka kursus-kursus dalam talian dalam pelbagai disiplin.

Beliau telah membahagikan Iapan dimensi itu kepada;

/

Sumber : Badrul Khan (2000) Rajah 2.2 : Rangka Kerja e-Pembelajaran i. Dimensi Pedagogi

Dimensi ini merujuk kepada proses instruksi dan pembelajaran. Isu-isu yang terlibat dalam dimensi ini adalah tentang objektif, kandungan, pendekatan reka bentuk, penyusunan, kaedah dan strategi serta perantaraan persekitaran e-Pembelajaran.

u. Dimensi Teknologi

Dimensi ini mengkaji tentang isu .. isu tentang infrastruktur teknologi dalam persekitaran e-Pembelajaran. Ini termasuk perancangan infrastruktur, perkakasan dan perisian.

iii. Dimensi Reka Bentuk Antara Muka '

Dimensi ini melihat kepada keseluruhan program. Ini termasuk bagaimana format halaman dan reka bentuk Iaman, reka bentuk kandungan, navigasi (navigation), dan ujian kebolehgunaan.

34

1v. Dimensi Penilaian

Penilaian e-Pembelajaran ini tennasuk penilaian pelajar dan penilaian instruksi serta persekitaran pembelajaran.

v. Dimensi Pengurusan

Dimensi ini merujuk kepada penyenggaraan persekitaran pembelajaran dan pengagihan maklumat.

vi. Dimensi Sumber Sokongan

Sumber sokongan ini akan mengkaji tentang sokongan dalam talian dan sumber yang diperlukan untuk meningkatkan dan menggalakan persekitaran pembelajaran yang bennakna.

vii. Dimensi Etika

Persoalan etika adalah berhubung rapat dengan kepelbagaian sosial dan budaya, kecondongan, kepelbagaian geografi, kepelbagaian pengguna, mudah memperolehi maklumat, kesantunan, dan isu-isu perundangan.

viii. Dimensi Institusi

Dimensi ini menitik beratkan tentang isu-isu pentadbiran dan pengurusan akademik serta perkhidmatan kepada pelajar-pelajar dalam program e-Pembelajaran.

Satu rangka kerja e-Pembelajaran yang berpusatkan pelajar telah dikemukakan oleh Smith dan Hardaker (2000). Rangka kerja ini menunjukkan program e-Pembelajaran yang berpusatkan pelajar memerlukan bahan pembelajaran berasaskan web; kumpulan

perbincangan elektronik secara pembelajaran segerak dan tidak segerak; perpustakaan elektronik; jumal atau buku teks; tutorial dan kuliah. Keenam-enam elemen ini akan menuju ke arah kualiti dan penilaian program.

e-Learnlng Framework

r• ... _ .. ,. .... _ ... · · - - · · · - - · ... - ... ..

. .

: I

i Web Based i

: Learning Material :

I L•"""'

~ ~ous/asynchronous)l

1 E-D''"'"''" a ... , i

S~d~t l

~1~ ::::

, Tutorials

E-Libraries

1- "'r==~~~ I

. . . · · · - · · · · - · · . . . 4

Quality and Assessment

Sumber : Smith dan Hardaker (2000)

Rajah 2.3: Rangka Kerja e-Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Fitri Suraya dan Johan (2000) pula telah mengemukakan satu rangka kerja e-Pembelajaran. Rangka kerja ini melibatkan tiga komponen utama, iaitu manusia, infostruk:tur, dan aplikasi teknologi.

2.9 Teori-teori Pembelajaran Berasaskan Teknologi Komputer

Teknologi komputer telah menunjukkan kemampuannya dalam mengendalikan maklumat berbentuk digital menggunakan aplikasi-aplikasi multimedia dan Internet.

Menurut Mohamad (2002), kemajuan dan perkembangan ICT adalah berlandaskan industri dan perniagaan, maka dalam sektor pendidikan perkembangan dan aplikasi ICT perlulah dilihat berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran dan instruksional. Oleh itu,

keberkesanan penggunaan teknologi ini perlulah diukur dengan melihat sejauh manakah teknologi ini diintegrasikan bersama-sama berlandaskan teori-teori pembelajaran dan instruksi onal.

36

Perry (2001) dalam model pedagoginya menyatakan terdapat lima teori pembelajaran iaitu teori Behaviourism, Cognivistism, Constructivism, Cognitive

t

apprenticeship dan Conversations.

;.

"'

~I . t I

Bates (1995), menyatakan adalah amat perlu difikirkan bersama-sama dengan keputusan untuk menggunakan teknologi dalam pendidikan dan latihan tentang apakah proses pembelajaran yang berlandaskan teori-teori pembelajaran yang hendak digunakan.

Pemilihan teknologi yang akan digunakan adalah bergantung kepada siapakah dan bagaimana pelajar itu belajar. Bates menyarankan tiga teori pembelajaran, iaitu behaviourisme, kognitif dan humanisme.

f

Kepentingan teori-teori pembelajaran ini turut dikongsi oleh Suryanarayan, Sujitesh

r

Das dan Siddharth (2001). Menurut mereka;

'""'

··---

~-~·· As technology has moved forward, the dominant models of/earning have changed from behaviourist, through objectivist, to constructivist. In the objectivist model,

knowledge is located outside the learner, and exists separately from the learning context. In the constructivist model the learner, in acts of understanding constructs knowledge (Fry et al., 1999). The Internet, particularly the hypermedia nature of the Web is viewed as a perfect -uehicle for creating 'constructivist' environments.

Constructivists feel students should be able to independently explore an

information space to obtain content, higher-level concepts and learn how to learn.

Constructivist learning environments provide multiple paths for students to explore with teachers performing a guidance role.

Teori-teori pembelajaran berasaskan teknologi ini dapat disusur daripada

Teori-teori pembelajaran berasaskan teknologi ini dapat disusur daripada