• Tidak ada hasil yang ditemukan

BABDUA TINJAUAN BACAAN

2.17 Sikap Terhadap Teknologi Komputer

Gagne dan Medsker (1996) mendefinisikan sikap sebagai, "attitudes as an internal

-

--~

states that influence (moderates) an individual choice of personel action" (ms. 39). Aksi individu ini mungkin terhadap sesuatu benda, orang atau pun kejadian atau pun peristiwa seperti sikap terhadap komputer atau pun program e-Pembelajaran.

Sikap terhadap komputer mempunyai hubungan dengan pengetahuan dan

kemahiran mereka terhadap teknologi tersebut. Menurut Wong (2002), darjah kesediaan teknologi maklumat boleh diukur melalui pengetahuan, kemahiran dan sikap. Oleh itu, ketiga-tiga pemboleh ubah ini mempunyai hubungan dala."ll mengukur penerimaan mereka terhadap teknologi.

Dalam mod~l penerimaan terhadap teknologi (Technology Acceptance Model-TAM) yang diperkenalkan oleh Davis, menyatakan tujuan TAM adalah untuk

menyediakan asas dalam membuktikan kesan faktor-faktor luaran terhadap kepercayaan dalam sikap dan niat (Davis, Bagozzi dan Warshaw, 1989). Rajah 2.5, model TAM

/

menganjurkan dua kepercayaan khusus yang berkaitan dengan tingkah laku dalam penerimaan terhadap komputer, iaitu, 'melihat kepentingan penggunaan' dan 'melihat kemudah gunaan'. 'Melihat kepentingan penggunaan' ditakrifkan sebagai jangkaan kemungkinan perasaan pengguna tentang penggunaan sistem yang khusus akan dapat meningkatkan mutu persembahan dalam konteks organisasi. 'Melihat kemudah gunaan' pula merujuk kepada drujah di mana pengguna menjangkakan yang sistem itu bebas daripada bebanan usaha. TAM beranggapan yang penggunaan komputer boleh ditentukan

--oleh niat dalam tingkah laku untuk menggunakan sistem itu. Niat tingkah laku untuk menggunakan dilihat sebagai ditentukan kedua-duanya oleh sikap seseorang itu terhadap penggunaan sistem dan melihat faedah dan kepentingan daripada penggunaannya. Oleh itu di sini kepercayaan, sikap dan niat adalah faktor penting dalam penerimaan komputer.

External Variables

ease of use

intention to use

Actual system use

Rajah 2.5 : Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model- TAM) Sumber: Davis, Bagozzi & Warshaw (1989, ms. 985)

Pada tahap pengaruhi (persuasion stage) dalam proses keputusan inovasi (Rogers, 1995) pembentukan sikap adalah penting, sama ada sikap menyokong atau sebaliknya.

Oleh itu sikap adalah penting dalam penerimaan sesuatu inovasi seperti e-Pembelajaran.

Nor Azilah (1999) telah menjalankan kajian berdasarkan Model Proses Keputusan lnovasi Roger terhadap persepsi guru dalam latihan yang sedang mengikuti program ljazah

62

Sarjana Muda Pendidikan di USM. Seramai 83 orang guru dalam latihan telah terlibat dalam kajian berbentuk kualitatif dan kuantitati£ Data diperolehi daripada kajian sepanjang tiga tahun. Hasil kajian menunjukkan beberapa faktor yang memberi kesan terhadap pelaksanaan teknologi di sekolah. Antara faktor yang dikemukakan oleh guru adalah (1) penentangan terhadap perubahan, (2) sikap guru, (3) perkembangan

profesionalisme (latihan, masa, dan sokongan), (4) akses, dan (5) kos.

Pada tahun-keempat Nor Azilah (2000) menjalankan kajian yang sama terhadap 87 guru dalam latihan. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat maklumat keadaan sebenar tentang penggunaan komputer di sekolah. Hasil kajian mendapati inovasi dalam

penggunaan komputer berlaku di sekolah. Guru-guru berpendapat pentadbir sekolah berperanan besar sebagai agen perubahan serta pendorong terhadap penggunaan komputer

dfsek~lah.

Rakan sekerja juga memainkan peranan penting dalam penggunaan komputer

di sekolah. Faktor-faktor yang sama seperti kajian tahun 1999 masih disebut oleh guru-guru.

Terdapat banyak kajian tentang sikap terhadap komputer di dalam dan luar negara.

Kajian-kajian ini ditumpukan untuk mengukur sikap pelajar, pensyarah dan juga pentadbir terhadap penggunaan komputer. King (J994) dalam kajian yang menggunakan reka bentuk tinjauan terhadap pelajar-pelajar sekolah rendah di Australia menggunakan dua instrumen iaitu soal selidik dan temubual, dan statistik yang digunakan adalah frekuensi dan

ANOV A. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan pendedahan komputer dalam bilik darjah tidak semestinya mengarah kepada perubahan dalam persepsi pelajar. Bukti kukuh menunjukkan perhatian pelajar tentang penggunaan komputer tidak mempunyai kaitan dengan komputer itu sendiri, tetapi melibatkan faktor-faktor lain termasuk kekurangan

akses kepada komputer dan bagaimana komputer itu digunakan. Satu lagi faktor adalah 'role model' yang ditunjukkan oleh guru.

Altun (1996) telah menjalankan kajian berbentuk tinjauan terhadap 36 orang pensyarah di enam buah universiti ya11.g berbeza di Turki. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferens. Kajian ini telah melihat tentang pelaksanaan IT daJ.am latihan guru di Turki. Keputusan kajian mendapati keseluruhan kebiasaan pensyarah terhadap IT berada-pada tahap sederhana. Pensyarah menunjukkan sikap positif dan

·---..

bersemangat terhadap penggunaan IT dalam latihan perguruan. Hasil dapatan juga menunjukkan perkembangan staf adalah penting. Altun dalam kajiannya mencadangkan supaya umur dan perbezaan jantina boleh menjadi faktor yang penting dan perlu dikaji dalam kajian selanjutnya.

Christensen (1997) telah mengkaji tentang kesan pengintegrasian teknologi ke atas sikap guru dan pelajar mereka terhadap teknologi maklumat (IT). Penyelidikan ini

berbentuk quasieksperimen yang dijalankan terhadap 60 orang guru menggunakan dua instrumen yang mengukur atribut yang sama untuk mengukur sikap. Perbezaan skor praujian dan pasca ujian dij alankan untuk menentukan perbezaan yang berlaku. Keputusan penyelidikan mendapati kumpulan guru.yang menerima pendidikan pengintegrasian komputer menunjukkan sikap yang positifterhadap IT. Hasil penyelidikanjuga mendapati pendidikan pengintegrasian teknologi berasaskan kehendak (needs-based technology integration education) menggalakkan sikap yang positifterhadap IT di kalangan guru-guru. Dapatan penyelidikan mendapati sikap guru yang positif terhadap IT dapat menggalakkan sikap yang positif di kalangan pelajar mereka.

64

Dalam kajian oleh Murphy dan Greenwood (1998) dengan menggunakan kaedah tinjauan menggunakan soal selidik yang di pos terhadap sekumpulan 87 orang pensyarah dan 119 pelajar di tiga buah institusi latihan guru di Ireland Utara mendapati pensyarah kerap menggunakan kemudahan ICT seperti pemerosesan perkataan, e-mel, Internet, kumpulan perbincangan, penggunaan komputer dalam penyediaan instruksi dan juga penggunaan dalam instruksi. Pensyarah juga mempunyai akses komputer yang baik.

Dalam analisis tentang kesan akses komputer ke atas sikap terhadap komputer, dapatan kajian menunjukkan ada hubungan yang signifikan terhadap akses komputer. Korelasi yang signifikan didapati antara akses terhadap komputer dengan tahap penggunaan setiap kemudahan itu. Tetapi pensyarah merasakan mereka tidak dilatih sebaiknya dalam ICT.

Mereka memberi respon bahawa latihan yang lebih banyak dalam ICT dapat meningkatkan kehoi~han mereka mengajar. menggunakan komputer. Kebanyakan pensyarah

menggunakan komputer untuk pemerosesan perkataan dan e-mel. Dapatan yang lain menunjukkan pensyarah muda lebih kerap menggunakan komputer dan lebih berkeyakinan daripada pensyarah yang melebihi umur 45 tahun. Mereka menggunakan komputer secara am dan juga dalam instruksi. Tidak terdapat korelasi yang signifikan an tara pensyarah yang umur melebihi 45 tahun dengan p~nggunaan kemudahan komputer, tetapi pensyarah yang berumur bawah daripada 45 tahun dilaporkan mempunyai korelasi yang positif (p <

0.05) dengan penggunaan e-mel dan dengan penggunaan komputer untuk penyediaan instruksi.

Kajian tinjauan oleh Jusni (1995) terhadap 67 orang pensyarah di Institut Perguruan Darulaman menunjukkan pensyarah-pensyarah mempunyai sikap yang positifterhadap

f

'

penggunaan komputer, tetapi penggunaan secara profesional mereka berada pada tahap yang sederhana.

Dalam kajian oleh Abang, Hong dan Aliza (2001) terhadap 224 orang pensyarah di tiga buah maktab perguruan negeri Johor mendapati pensyarah-pensyarah ini

menggunakan komputer secara sederhana dalam tugas-tugas mereka. Kebanyakan penggunaan hanyalah untuk penyediaan latihan dan soalan-soalan peperiksaan.

Penggunaan kompl.iter untuk tujuan instruksi (CAQ jarang digunakan. Hasil kajian menunjukkan yang pensyarah-pensyarah ini mempunyai sikap yang positif dan keresahan yang rendah terhadap komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Fadil (2002) pula telah melakukan kajian tinjauan terhadap lima buah institusi perguruan di Lembah Kelang. Soal selidik telah digunakan untuk memperolehi data

darip~da 56 orang pensyarah daripada Jabatan Sains, Matematik, llmu Pendidikan, Bahasa, dan Teknologi Maklumat. Statistik deskriptif dan inferens (Ujian-t dan AN OVA)

digunakan, dan basil kajian mendapati pensyarah cenderung dan bersedia untuk menerima perubahan terhadap sesuatu inovasi. Hasil kajian mendapati faktor sikap merupakan penghalang terhadap implementasi IT di institusi perguruan. Hasil kajian menunjukkan hanya Jabatan Teknologi Maklumat y~gjelas menunjukkan signifikan dalam penggunaan penggunaan IT. IT oleh pensyarah lain hanyalah diterima sebagai elemen untuk membantu instruksi. Dapatan ini bersamaan dengan dapatan Abang, Hong dan Aliza. Antara halangan penggunaan IT adalah penggunaan komputer, kekurangan latihan dan khidmat sokongan teknikal. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang negatif an tara umur dengan penggunaan IT.

66

Selanjutnya, penyelidik tidak menjumpai kajian-kajian tentang sikap pensyarah institusi perguruan Malaysia terhadap pengintegrasian komputer dalam instruksi.