• Tidak ada hasil yang ditemukan

BABDUA TINJAUAN BACAAN

2.10 Pedagogi e-Pembelajaran

----mendapati terdapat hubungan yang kuat antara penggunaan komputer dengan perubahan pedagogi di kalangan guru-guru sekolah menengah.

2.10 Pedagogi e-Pembelajaran

Badrul Khan (2001b) telah menggariskan beberapa strategi yang dapat

dilaksanakan melalui e-Pembelajaran. Antara kaedah dan strategi yang dicadangkannya adalah persembahan, demonstrasi, latih tubi, tutorial, permainan, bercerita, simulasi, main peranan, perbincangan, interaksi, pemodelan, fasilitasi, kolaborasi, perbahasan, lawatan luar, perantisan, kajian kes, perkembangan penjanaan I aktif (generative development) dan motivasi.

Paulsen (1995) menyatakan terdapat empat teknik yang dapat diklasifikasikan dalam komunikasi berperantaraan komputer (CMC-computer-mediated communication), teknik-teknik itu adalah teknik satu sendirian (one-alone techniques), teknik satu ke satu (one-to-one techniques), teknik satu ke banyak (one-to-many techniques) dan teknik banyak ke banyak (many-to-many techniques).

Jonassen (2000) menganggap penggunaan komputer oleh pelajar yang boleh melibatkan mereka berfikir secara bermakna sebagai alat kognitifyang diistilahkannya

.~

sebagai Mindtools. Penggunaan komputer secara berterusan oleh guru akan membentuk amalan konstruktivist seperti kolaboratif, tugasan berasaskan projek, aktiviti-aktiviti amali, e-mel, alat-alat kolaboratifberasaskan Internet (Becker & Ravitz, 1999).

Menurut Suryanarayan, Sujitesh Das dan Siddharth (2001), pembelajaran dalam talian kurang menggunakan kaedah 'top-down knowledge delivery' seperti kuliah, tetapi ianya lebih tertumpu kepada pembelajaran rakan sebaya dalam bentuk perbincangan kolaborasi dan projek berkumpulan atau berpasukan. Dalam pembelajaran kolaborasi,

--.

pelajar dikehendaki belajar sama banyak atau lebih banyak antara satu sama lain lebih daripada apa yang mereka dapat daripada guru mereka. Suryanarayan, Suritesh dan

Siddharth menamakan strategi ini sebagai 'horizontal/earning'. Internet memberi peluang kepada kedua-dua bentuk pembelajaran di atas.

Walaupun perkembangan teknologi sangat pesat, e-Pembelajaran dan teknologi yang digunakan untuk latihan dan pendidikan menurut Hall (200 1) adalah semata-mata untuk membantu proses pembelajaran dan bukannya untuk menggantikan kaedah pembelajaran yang telah terbukti berguna dan betjaya.

2.11 Pendidikan Dewasa (Andragogi) dan Gaya Pembelajaran

Pelajar dewasa menurut Kno~es, Holton dan Swanson (1998) adalah pelajar yang terarah kendiri dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri. Knowles merupakan pelopor yang mengemukakan konsep andragogi. Andragogi adalah satu sains dan seni dalam mempelajari bagaimana orang dewasa belajar. Beberapa andaian telah dibuat tentang cara bagaimana pelajar dewasa belajar. Andaian-andaian itu adalah;

i. Pelajar dewasa perlu mengetahui kenapa mereka perlu mempelajari sesuatu;

42

n. Pelajar dewasa adalah individu yang mempunyai konsep kendiri yangjelas dan mereka ini adalah pesonaliti yang bebas;

iii. Pelajar dewasa belajar melalui pengalaman;

iv. Pendekatan pembelajaran adalah melalui penyelesaian masalah;

v. Mereka akan bela jar dengan cepat dan berkesan jika topik itu mempunyai nilai semasa dan mereka ini bersedia untuk belajar; dan

vi. Mereka mempunyai motivasi yang tinggi kerana mereka belajar disebabkan oleh pengaruhi motivasi luaran. .

Oleh itu pelajar dewasa mempunyai kehendak, gaya, stail dan cara pembelajaran mereka yang tersendiri. Pembelajaran kendiri, pembelajaran bebas, pembelajaran

berautonomi, dan pembelajaran terarah kendiri adalah beberapa konsep pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan pendidikan dewasa. Pelajar-pelajar dalam latihan perguruan boleh -·

digolongkan ke dalam kategori pelajar dewasa.

Menurut Porter (1997, ms. 10),

Adult learners also represents a varity of learning styles. Some may find that traditional education methods, such as lecture and discussions are not the best ways to help them learn. Many may prefer hands-on activities, self-directed questions-and-answers sessions, observations of a task being performed or a process as it takes place, and graphics instead of text as a primary style of document. The interactive capabilities of some distance learning technologies, especially those available through the Internet, therefore, may be more attractive to adults.

Oleh itu pendekatan pembelajaran berasaskan e-Pembelajaran merupakan satu strategi alternatif yang sesuai untuk latihan perguruan, di mana gaya pembelajaran orang dewasa sesuai dengan pendekatan e-Pembelajaran yang lebih memberi kebebasan kepada pelajar untuk merangka sendiri pembelajaran mereka.

Driscoll (1998, ms. 13) menyatakan pengetahuan tentang ciri-ciri pelajar dewasa dan peranan sebagai fasilitator perlu diambil kira dalam mereka bentuk sesuatu modul latihan, "Designf;;g effective Web-based training (WBT) requires knowledge of the unique characteristic of adult learners and an understanding of the facilitators's role". Pelajar-pelajar dewasa perlu menentukan tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran mereka.

Pelajar dewasa perlu bebas memilihjenis, format dan tahap kesukaran pembelajarannya.

Conners (1998), menyatakan pelajar perlu "self-directed, accountable and responsible for iheir own learning as well as their learning environment'.

Porter (1997, ms. 13) mengulas lagi tentang gaya pembelajaran pelajar ini.

Menurutnya, "They may learn independently, at their own pace, in a convenient location, at a convenient time, about a greater variety of subjects, from a greater variety of institutions or educators I trainers". Selaras dengan ciri-ciri pembelajaran tersebut, penggunaan teknologi instruksional dapat membantu pelajar-pelajar dewasa mencapai matlamat pembelajaran mereka.

Meierhenry (1982) menegaskan penggunaan mikrokomputer boleh merevolusikan semua aspek pendidikan termasuklah pendidikan dewasa. Beliau menyatakan wataupun masih terdapat pelajar dewasa yang lebih menyukai pendekatan berbentuk tradisional tetapi ada pelajar dewasa yang suka kepada pendekatan pembelajaran individu, dan bagi mereka komputer berpotensi untuk mernenuhi hasrat corak pembelajaran mereka.

"

44

Seiring dengan itu, Knowles (1984), telah menggariskan contoh dalam mengaplikasikan prinsip-prinsip andragogi ke dalam reka bentuk latihan komputer;

i. Mereka perlu diterangkan kenapa aspek-aspek tertentu diajar (contohnya arahan, fungsi, operasi dan lain-lain);

ii. Arahan perlulah berbentuk atau berorentasikan tugasan di sebalik aktiviti hafalan. Aktiviti pembelajaran perlu dalam konteks tugasan biasa yang harus dilaksanakan;

111. Instruksi perlu mengambil kira perbezaan latar belakang pelajar yang berbagai.

Bahan-bahan pembelajaran dan aktiviti perlu mengikut tahap pengalaman lampau pelajar dalam komputer; dan

IV. Oleh kerana pelajar dewasa adalah pelajar yang terarah kendiri, instruksi perlulah membenarkan pelajar itu mencari dan meneroka sendiri. Bantuan dan pertolongan diberi apabila kesalahan dilakukan.

Prinsip-prinsip yang digariskan oleh Knowles ini memberi panduan kepada pereka bentuk instruksi dalam mereka bentuk instruksi atau modul instruksi mereka supaya sesuai dengan kehendak dan ciri-ciri pelajar ini.

2.12 Pembelajaran Maya

Pembelajaran maya atau virtual adalah berhubung secara langsung dengan institusi pendidikan maya. Institusi pendidikan maya adalah "an organization directly or indirectly uses ICTs to provide services" (The Commonwealth of Learning, 2000). Menurut Norton dan Sprague (2001), teknologi ini masih dalam proses perkembangan dan mereka

menganggap teknologi ini sebagai 'emerging technologies'. Bagi mereka teknologi ini memberi satu impak kepada pendidikan masa hadapan. Mereka memberi penekanan

"

kepada tiga bentuk teknologi yang memberi kesan kepada pembelajaran maya, iaitu kecerdasan buatan, realiti maya dan pembelajaran teragih (distributed learning).

Melalui e-Pembelajaran, pelajar akan belajar melalui aplikasi teknologi Internet dan pembelajaran akan berlaku secara segerak atau tidak segerak. Pembelajaran yang

dibantukan melalui Internet dan rangkaian komputer dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran maya. Oleh itu, Internet, web dan penggunaan rangkaian dapat menyokong pembelajaran yang berlaku secara maya. Chen dan Azam (1999, ms. 208- 209) memberi

-.

penjelasan tentang apa sebenamya pembelajaran maya. Bagi mereka, pembelajaran maya merujuk kepada penggunaan persekitaran pembelajaran elektronik untuk menghasilkan pembelajaran yang bennakna.

In one sense, it refers to the use of synchronous and asynchronous communication

----·-technologies in powerful and flexible learner-centred network In another sense the term is an oxymoron, because for learning to occur, learning has to be 'real'.

Virtual/earning, therefore, presumably refers to the use of electronic networked learning environment to achieve real learning or understanding among students.

Dalam pembelajaran maya, bahan kursus yang dibangunkan melalui perisian-perisian berasaskan web dan Intemet;merupakan satu elemen yang penting. Oleh itu, sebarang perisian kursus berasaskan web perlu digubal secara sistematik berasaskan prinsip-prinsip reka bentuk instruksi. Teknologi interaktif multimedia terutamanya Internet mempunyai potensi untuk mempersembahkan idea dan maklumat melalui proses

pembelajaran yang berstruktur kepada pelajar untuk mereka bebas meneroka dan seterusnya membina konsep, makna dan kefahaman sendiri. Di sini pembelajaran berlandaskan prinsip dan teori konstruktivisme akan berlaku.

I;

Dalam proses pembelajaran maya, aspek pedagogi tidak dapat diketepikan, terutamanya dalam menghasilkan perisian berasaskan web yang perlu berlandaskan teori-teori pembelajaran. Menurut Smith dan Hardaker (2000, ms. 3), "Evaluation of

underlaying pedagogy in virtual environment software production depends on broder theories of learning and cognition, which are defined in terms of one 's view on what knowledge is, how it is transferred, and what motivates us to learn" .

Dari situ, Smith dan Hardaker telah mengenal pasti tiga kategori teori dalam bidang ini, iaitu teori behaviorist I empirist, teori kognitif I rasional, dan teori situatif I pragmatis.

Oleh itu, melalui penggunaan teknologi Internet dan rangkaian serta berlandaskan teori-teori pembelajaran, pelajar akan dapat dibantu untuk mengalami suasana persekitaran pembelajaran maya.