• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROFIL A. HASJMY

2.2 Salasilah A. Hasjmy

2.3.2 Faktor Organisasi

Selain faktor pendidikan, organisasi juga merupakan faktor yang banyak mempengaruhi pemikiran A. Hasjmy.

Sentu-menujukkan bahawa A. Hasjmy bukan hanya giat belajar siang dan malam, tetapi juga memiliki bacaan yang luas mengenai karya tulis para tokoh tersebut.

han dunia organisasi mulai membentuk peribadi dan pe-mikirannya sejak ia belajar di Padang Panjang. Organisasi HPII (Himpunan Pemuda Islam Indonesia) merupakan or-ganisasi pertama tempat ia beroror-ganisasi sebagai Wakil Ket-ua Pimpinan Cabang Padang Panjang. Melalui organisasi ini, ia menerima semangat pergerakan dari pemimpin PERMI (Persatuan Muslimin Indonesia). Perlu diketahui bahawa PERMI merupakan organisasi politik sehingga dalam pel-bagai kesempatan, terutama dalam pertemuan HPII, maka pemimpin dan anggota PERMI sentiasa membina para anggota HPII dengan semangat pergerakan, kemerdekaan dan sejarah pergerakan dalam dunia Islam. Tambahan lagi organisasi HPII boleh dianggap sebagai “anak kandung” organisasi PERMI sehingga hampir semua tokoh PERMI juga berperanan dalam HPII. Antara mereka ialah Mukhtar Lutfi, Ilyas Ya’kub, Duski Samad, Rasuna Said dan Zainal Abidin Ahmad sebagai tokoh PERMI, Rahmah El-Yunusiah (Pemimpin Madrasah Diniyah Puteri Padang Panjang) dan HAMKA. Ceramah mereka begitu mempengaruhi pe-mikiran A. Hasjmy dan kawan-kawannya sehingga mereka cepat-cepat masuk dalam parti politik. Berkenaan dengan hal ini A. Hasjmy menulis seperti berikut:

Dengan mendengar pidato pembinaan dari tokoh-to-koh partai (parti) politik PERMI, kami menjadi ma-tang politik, bahkan ada di antara kami yang mama-tang- matang-nya melewati umur mudamatang-nya, sehingga cepat-cepat menceburkan (masuk) diri ke dalam organisasi politik sekalipun dengan memalsukan umurnya yang sebe-narnya belum sampai 18 tahun tapi dengan akal kan-cil disulap (dilakukan di luar aturan resmi) menjadi 18

tahun atau lebih. Penyulapan (aktiviti di luar aturan resmi) demikian banyak terjadi. Di antara para pemuda yang berbuat demikian, iaitu (yang masih saya ingat); Muhammad Ali Piyeung, Mahmud Harun Idie, Abubakar Takengon, Teuku Banta Syam Padang Tiji, A. Hsjmy Mon-tasiek, Abdussalam Blangkeujren, Kalikobat Takengon, Abdul Jalil Takengon dan Teuku Ali Basyah Montasiek. Dengan jalan ini kami lulus masuk PERMI dan mendapat kesempatan luas untuk mendapat pendidikan politik.32 Ketika pulang ke Aceh, A. Hasjmy juga mendirikan organi-sasi SPIA (Serikat Pemuda Islam Aceh) pada tahun 1935 Masihi yang kemudian berubah nama menjadi PERAMIINDO (Persa-tuan Angkatan Muda Islam Indonesia). Tak lama kemudian ia melanjutkan belajar ke al-Jāmicah al-Islāmiyyah. Ketika ia

pu-lang ke Aceh selepas menamatkan al-Jāmicah Islāmiyyah, iapun

mulai bergabung dalam PUSA. Perlu diketahui bahawa PUSA adalah sebuah organisasi ulama yang secara dejure bukanlah parti politik, sebab pemerintah Belanda melarang parti politik. Tetapi, secara tersembunyi PUSA juga merupakan organisasi ulama yang berpolitik.

Peranan PUSA dalam melakukan pembaharuan pendidikan dan pergerakan, terutama untuk melawan bangsa penceroboh dan kaki tangannya memang mengukir sejarah yang gemi-lang33 sehingga pemikiran A. Hasjmy sebagai tokoh muda

32A. Hasjmy, 1985, hlm. 61-65.

33PUSA (Persatuan Ulama Seluruh Aceh) didirikan di Matang Geu-lumpang Dua (Kecamatan Peusangan) Aceh pada 12 rabiul Awal 1358 H, bertepatan dengan 5 Mei 1939. Mengenai pelbagai peranannya dalam bidang agama, pendidikan, mengusir penjajah dan pergolakan sila dibaca karya Muhammad Nur el-Ibrahimy, Tgk. M. Daud Beureueh

turut dipengaruhi oleh PUSA dalam menghadapi pelbagai persoalan umat. Pengaruh ini, bukan hanya kerana kedeka-tannya dengan para pimpinan PUSA seperti Teungku Mu-hammad Daud Beureueh, Teungku Abdul Wahab Seulimum, Teungku Amir Husein al-Mujahid dan lain sebagainya seh-ingga ia sangat memahami peribadi para ulama PUSA, tetapi juga kerana ia mengambil peranan aktif dalam pergerakan bersama PUSA dan organisasi lain di bawah PUSA (Pemuda PUSA dan Kasyafatul Islam), terutamanya untuk mengusir bangsa penceroboh hingga Indonesia memperolehi kemerde-kaan. Hal ini tentu menjadikan A. Hasjmy sangat memahami perjuangan PUSA, besarnya penglibatan dan pengorbanan rakyat Aceh di bawah pengaruh ulama PUSA dalam meraih ke-merdekaan Indonesia. Hal ini tentu juga menjadi modal yang berharga bagi A. Hasjmy dalam menghadapi pelbagai masalah di Aceh di kemudian hari.

Pada sudut yang lain, A. Hasjmy juga memahami benar sikap dan kebijakan yang tidak bijak yang dilakukan pemerintah pusat terhadap kepentingan rakyat Aceh selepas Indonesia merdeka dan masa-masa sesudahnya, meskipun rakyat Aceh sudah men-gorbankan segalanya untuk mempertahankan kemerdekaan Indonesia. Namun, ketika meletusnya pemberontakan DI/TII (Darul Islam/Tentara Islam Indonesia), sebagai reaksi keras ter-hadap kebijakan pemerintah pusat tersebut, ia tidak mengam-bil bahagian dalam pemberontakan itu dan tidak menyalahkan munculnya pemberontakan yang dipimpin oleh ulama PUSA dan kawan seperjuangannya. Sebab, ia tahu betul hakikat perjuangan ulama PUSA dan rakyat Aceh yang berupaya mendirikan Negara Islam, yakni Negara Islam Indonesia yang bersifat federal. Tamba-han lagi, pemimpin pemberontakan adalah Teungku Muhammad Daud Beureueh, ulama dan pemimpin yang dikenal bukan hanya

sebagai pemimpin PUSA, tetapi juga sebagai bekas “Gabenor Mi-liter” yang menguasai wilayah Aceh, Langkat dan Tanah Karo. A. Hasjmy sendiri pernah bekerja sebagai seorang kaki tangan “Gabenor Militer” dengan pangkat “Mayor Tituler”.34 Pada waktu yang sama, ia juga tidak menampakkan secara nyata kesalahan pemerintah pusat, meskipun ia tahu bahawa pemerintah pusat sudah salah jalan, bahkan dirinya pun sebagai pegawai kerajaan pada awal pemberontakan dimasukkan ke dalam penjara selama lapan bulan.35

Sikap tidak menyalahkan mana-mana pihak tersebut muncul kerana ia sedar bahawa salah-menyalahkan akan mengeruhkan suasana dan tidak menyelesaikan masalah. Tambahan lagi, ia se-dar bahawa pemerintah pusat sudah dipengaruhi oleh pihak yang tidak suka terhadap tegaknya Negara Islam Indonesia, teruta-manya pihak non-muslim, PKI (Partai Komunis Indonesia) dan orang nasionalis sekuler. Akhirnya ia memilih bersabar sambil me-mikirkan jalan keluarnya. Sikap A. Hasjmy ini di kemudian hari ternyata memberi pengaruh yang signifikan dalam menjalank-an dakwah di Aceh, terutama dalam menghadapi konflik bersenjata (DI/TII) di mana ia tampil sebagai tokoh yang berusaha mendamaikan antara pihak DI/TII Aceh dengan pemerintah pusat (Indonesia).36 Semua ini tidak terlepas dari kematangan politik yang diperolehi melalui organisasi sama ada ketika ia masih belajar di Padang Panjang mahu-pun ketika berjuang di Aceh.

A. Hasjmy, memang sangat suka berorganisasi dan ia sentiasa mengambil bahagian dalam pelbagai organisasi

34A. Ghazaly, 1978, hlm. 46.

35A. Hasjmy, Surat-surat dari penjara (surat-surat ayah kepada

puteri-nya), Jakarta: Bulan Bintang, 1976b, hlm. 11, 20, 67-72 dan 93.

36Hardi, Daerah Istimewa Aceh latar belakang politik dan masa

sama ada organisasi sosial mahupun organisasi politik se-hingga organisasi bukan hanya mempengaruhi kehidupan-nya, tetapi juga berjuang dan berdakwah melalui organisasi. Hal ini boleh dilihat dengan jelas dalam huraian mengenai pengalaman dakwahnya dalam bab lima di mana organisasi dijadikan sebagai satu model dakwah dalam mengatasi pel-bagai masalah yang melanda masyarakat Aceh. Peranannya dalam pelbagai organisasi yang dikukuhkan dengan pelbagai macam bentuk perjuangan lainnya sama ada melalui karya mahupun pembangunan umat menjadikan ia bukan hanya dikenal di daerah Aceh, tetapi namanya harum di nusantara. Pemerintah Indonesia pun menaruh simpati kepadanya se-hingga ia pun pernah diangkat sebagai Gabenor Aceh pada masa pemerintahan “orde lama” (Presiden Soekarno) den-gan tugas yang amat berat dan mendapati anugerah “Bin-tang Maha Putera Utama” pada masa pemerintahan “orde baru” (Presiden Soeharto).37