• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perbezaan Pengajaran Agama dengan Pendidikan Agama

Dalam karyanya, Mengapa Umat Islam mempertahankan

pen-didikan Agama dalam Sistem Penpen-didikan Nasional, A. Hasjmy

se-cara tegas mengatakan bahawa antara “pengajaran agama” dan “pendidikan agama” terdapat perbezaan yang sangat mendasar. Menurut A. Hasjmy, “pengajaran agama” berorientasi kepada pengajaran agama sebagai ilmu pengetahuan setakat untuk diketahui bukan untuk diamalkan sepertimana yang dilakukan di negeri-negeri kapitalis yang sekuler. Termasuk dalam penga-jaran agama, segala agama yang ada di dunia, sama ada “agama samawi” (Yahudi, Nasrani dan Islam) mahupun “agama manu-siawi” (agama buatan manusia).13

Sebagai akibat dari “pengajaran agama”, maka ramai orang non muslim yang “alim” tentang agama Islam, bah-kan mereka mengambil gelar sarjana dalam bidang Islam sepertimana Prof. Dr. Snuck Hougrunye, Dr. Van der Plaas, Prof. Dr. Drewers, Lord Kromers dan sebagainya. Mereka ini mempelajari agama Islam hanya sebagai ilmu penge-tahuan, bukan untuk diamalkan, setakat untuk diketahui manakala mereka tetap bukan muslim. Hal seperti ini dike-nali pula dengan amalan ilmiah pihak yang mengikuti jejak dan langkah orang-orang “orientalisme”. Begitu pula seba-liknya, banyak ulama Islam yang taat kapada Allah namun ‘alim’ tentang Nasrani sepertimana Yoesoef Syou’ib, Prof. Dr. A. Mukti Ali dan sebagainya. Dalam konteks ini, fungsi “pengajaran agama” hanya untuk mengajarkan agama se-bagai satu pelajaran yang setaraf dengan pelajaran-pelaja-ran ilmu sosial ataupun ilmu fizikal. 14

“Pengajaran agama” seperti itu sudah berlaku bukan hanya di perguruan tinggi di Eropa dan Amerika yang menganut paham “sekularisme”, tetapi juga di perguruan tinggi Islam. “Pengajaran agama” ditetapkan dalam kuri-kulum hanya setakat untuk diketahui, bukan diamalkan. Sebagai contoh, penetapan mata pelajaran “perbandingan agama” dalam kurikulum Fakulti Usuluddin di IAIN selu-ruh Indonesia merupakan bukti nyata pemberlakuan “pen-gajaran agama” di perguruan tinggi Islam.

Adapun “pendidikan agama” menurut A. Hasjmy berorien-tasi mengajarkan ilmu-ilmu agama (Islam) agar para pelajar menjadi manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa

Agama dalam Sistem Pendidikan Nasional, Jakarta: Bulan Bintang,

1979, hlm. 10.

kepada Tuhan Yang Maha Esa. Dalam konteks Indonesia, hal ini tentu selaras dengan “pancasila”, rukun pertamanya “Ketuhanan Yang Maha Esa”; dan UUD 45 yang menyatakan bahawa “Negara berdasarkan Ketuhanan Yang Maha Esa”.15

Dengan merujuk kepada “pancasila” dan “UUD 45”, maka bangsa Indonesia mestilah dididik dan dibina agar menjadi manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, sehingga dengan demikian mereka menjadi orang yang bertaqwa, menjalankan ajaran-ajaran agama dan melaksanakan ibadah sespertimana yang ditetapkan agama. Sebab, matlamat pendidikan nasional yang pertama-tama ialah meningkatkan ketaqwaan kepada

Tuhan Yang Maha Esa, kecerdasan, keterampilan, mempert-inggi budi pekerti, memperkuat kepreribadian dan memperte-bal semangat kebangsaan... Hal ini, menurut A. Hasjmy tidak

akan terwujud dengan “pengajaran agama”, tetapi mestilah dengan menetapkan “pendidikan agama” dalam kurikulum sekolah sejak tadika sampai ke perguruan tinggi.16 Tambah-an lagi, “pendidikTambah-an agama” merupakTambah-an bahagiTambah-an daripada pendidikan nasional yang amat diperlukan oleh rakyat In-donesia yang mayoriti muslim.

3.5 Respon A. Hasjmy Terhadap Isu Sekularisme Pen-didikan di Indonesia.

Kata “sekularisme”secara etimologis diambil dari kata “secu-lar”. Kata “secular” berasal dari Bahasa Latin, “saeculum”, yang mengandungi makna; “dunia, abad, waktu”, “temporal”, “dun-iawi”, “masa” atau “generasi” dalam erti waktu temporal, dan berkenaan dengan benda-benda yang tidak dianggap sakral,

15Ibid., hlm. 10

jauh dari muatan keagamaan, tidak rohani.17 Kata ini juga di-maknai dengan “segala hal yang berhubungan dengan dunia ini” dan “dibezakan dengan hal-hal yang bernilai agama”.18 Kata ini kemudian ditambah akhiran “isme” sehingga menjadi “sekularisme” yang bermakna “paham sekular”.

Istilah “sekularisme” pertama kali diperkenalkan oleh Geroge Jacob Holyoake (1817-1906), seorang sarjana In-ggris, sebagai sebuah gagasan alternatif untuk menga-tasi ketegangan panjang antara otoriti agama dan otoriti negara di Eropa. Dengan sekularisme, agama dan negara memiliki otoritinya sendiri-sendiri: negara mengurusi poli-tik manakala agama mengurusi gereja. 19 Di negeri Islam contoh yang nyata ialah apa yang berlaku di Turki, di-mana Kemal Attaturk setelah berkuasa dia memberlaku-kan sekularisme dengan melepasmemberlaku-kan ajaran atau kebiasaan agama Islam jauh daripada semua kegiatan pemerintah.20

Seorang pemikir Eropah terkenal, Harvey Cox dalam bu-kunya The Secular City: Secularization and Urbanization in

Theological Perspective, menjelaskan bahawa dunia ini tidak

lebih rendah dari dari dunia agamis dan “sekularisme” ada-lah faham penduniawian hal-hal yang memang bersifat

dun-17Lorens Bagus, Kamus Filsafat, (Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, cet. II, 2000), hlm. 980 dan http://4ld1. wordpress.com /2010/03/02/

pengertian-sekularisme/ (5 November 2010).

18Abi Bakar, Pengertian Ilmaniyah atau Sekularisme, http:// abiba-kar blog. com/kritik-liberal/pengertian-%E2%80%98ilmaniah atau

sekularisme/(5 November 2010)

19Luthfi Assyaukanie, Islam Benar versus Islam Salah, (Depok: Kata Kita, cet. I, 2007), hlm. 241.

20Mochtar Effendy, Ensiklopedi Agama dan Filsafat, (Diterbitkan oleh Penerbit Universitas Sriwijaya dan diedarkan khusus oleh PT. Widyadara, cet. I, 2001), 5: 264.

iawi.21 Menurut Muhammad Qutb (1986) “sekularisme” di-ertikan sebagai iqamatu al-hayati ‘ala ghayri asasin min al-dini, yakni dibangunnya struktur kehidupan di atas landasan se-lain agama (Islam).22 Oleh itu, menurut Yusuf al-Qaradawi, sepatutnya “secularism” bukan diterjemahkan dalam Bahasa Arab dengan “’ilmaniyyah”, tetapi diterjemahkan dengan “laa

diniyah” atau “dunyawiyah” yang maknanya tidak hanya

la-wan ukhrawi sahaja tetapi memiliki makna lebih spesifik lagi yakni: sesuatu yang tidak ada hubungkait dengan agama

(al-din), atau: sesuatu yang hubungannya dengan agama adalah

hubungan lawan.23

Faham sekular tersebut merambah ke semua aspek kehidu-pan manusia, termasuk bidang pendidikan sehingga mun-cullah “sekularisasi pendidikan” dengan “sistem pendidikan sekular” di mana perkara agama dipinggirkan dari dunia pen-didikan. Dalam konteks Indonesia, faham sekular dan “sistem pendidikan sekular” sebenarnya bukanlah perkara baru. Sejak pencerobohan bangsa-bangsa Eropah (Portugis, Inggris,

Be-21Adnin Armas, Pengaruh Kristen-Orientalis terhadap Islam Liberal:

Dialog Interaktif dengan Aktivis Jaringan Islam Liberal, (Jakarta: Gema

Insani Press, cet. II, 2004), hlm. 8-11

22Ismail Yusanto, Muhammad, dkk. Menggagas Pendidikan Islami. Bogor; Al-Azhar Press. 2004.

23Kata “sekularisme” menurut Naguib al-Attas, sepatutnya diter-jemahkan ke dalam Bahasa Arab dengan perkataan hunalaniyyah be-rasal dari dua kata Arab; “huna” yang bermaksud di sini dan “al-an” yang bermaksud kini. Jadi al-hunalaniyyah adalah faham “kedisini-kinian” yang tercermin dalam istilah secularism. Berdasarkan kajian etimologi, al-Attas menyimpulkan bahwa terjemahan sekularisme ke dalam bahasa Arab sebagai ‘almaniyyah sebenarnya tidak menjelaskan pengertian ide itu sendiri yang secara konseptualnya lebih mendekati idea waqi’iyyah yang berhubungkait dengan aliran positivisme. Ugi Su-harto, Istilah Sekularisme Menurut Al-Attas dan Al-Qardhawy, http://

landa) ke seluruh nusantara, termasuk Indonesia, sejak itu pula “sekularisme” mulai menapakkan kakinya di sana. Sistem pendidikan sekularpun terus berkembang biak di mana-mana.

Selepas Indonesia merdeka, sistem pendidikan sekular warisan penceroboh masih dipertahankan oleh pemerintah peribumi. Pelajaran agama (agama Islam) memang sudah di-masukkan ke dalam kurikulum pendidikan secara nasional, namun masih terhad beberapa jam sahaja. Sungguhpun be-gitu, usaha pihak-pihak tertentu, termasuk orang-orang yang berfaham sekular, untuk menghapus pelajaran agama dalam sistem pendidikan nasional masih ada.

Pada awal tahun 1979 berkembang isu dalam masyarakat Indonesia, bahawa ada sejumlah “pakar pendidikan” yang berkeinginan mengecilkan, bahkan kalau boleh mentiada-kan “pendidimentiada-kan agama” di dalam sistem pendidimentiada-kan nasion-al mulai daripada tadika, sekolah hingga perguruan tinggi umum. Konon kabarnya, idea yang hendak mengeluarkan “pendidikan agama” dari kurikulum pendidikan nasional di-gerakkan oleh segelintir “pakar pendidikan” dari perguruan tinggi tertentu. Mereka ini berkeinginan memberikan makna yang salah mengenai “pendidikan agama” di sekolah-sekolah umum, dengan gagasan mereka yang maksudnya kira-kira ialah “memberkan pengetahuan tentang agama-agama besar yang ada di Indonesia, sehingga pengetahuan anak didik tidak terbatas pada agamanya sendiri”. Khusus untuk perguruan tinggi, menurut keinginan mereka, pelajaran agama dicuku-pkan satu semester sahaja; pelajaran agama akan diberikan dengan matlamat memperkenalkan 5 agama besar yang di-akui di Indonesia, namun tidak boleh dibanding-bandingkan; dan pensyarahnya hanya seorang pensyarah agama untuk ke-lima agama besar tersebut.

Pada 30 Mei 1979, dalam berita Harian Kompas dipapar-kan tentang ceramah Sumitro Djojohadikusumo, Timbalan Pengetua Komisi Pembaharuan Pendidikan Nasional. Ce-ramah yang diucapkan di aula IKIP Rawamangun Jakarta, bertepatan dengan acara Pekan Dies Natalis IKIP Jakarta yang ke 15, antaranya dijelaskan seperti berikut:

“Untuk kurikulum pendidikan umum, ia menyatakan perlunya usaha menyerasikan pendidikan dengan ke-butuhan masyarakat di masa depan. Maka isi kuri-kulum hendaknya berkisar pada usaha memecahkan masalah-masalah yang dihadapi bangsa kita. Hal ini berarti isi kurikulum harus meningkatkan keterampi-lan untuk menunjang pembangunan pertanian, indus-tri dan pertambangan. Dan isi kurikulum itu harus mampu meningkatkan kemampuan nasional dalam pengembangan dan penerapan ilmu pengetahuan, pe-nelitian ilmiah dan teknologi.”24

Terhadap isu tersebut A. Hasjmy sangat risau. Ia kha-watir sekali, jika isu-isu tersebut benar-benar diwujudkan oleh pemerintah. Sebab, pernyataan tersebut dinilai ber-canggah dengan Garis Besar Haluan Negara (GBHN) yang menetapkan bahawa “pendidikan nasional berdasarkan atas pancasila dan bermatlamat untuk meningkatkan ket-aqwaan Tuhan Yang Maha Esa, kecerdasan, keterampilan…” Menurut A. Hasjmy, senadainya Sumitro Djojohadikusu-mo bermaksud supaya pernyataannya tidak bercanggah dengan GBHN, maka sepatutnya ia mengucapkan seperti berikut;

“isi kurikulum harus meningkatkan ketaqwaan terh-adap Tuhan Yang Maha Esa dan keterampilan untuk menunjang pembangunan pertanian, industri dan pertambangan…”25

Jika disemak respon A. Hasjmy terhadap pernyataan Sumitro tersebut, memberi kesan bahawa pernyataan Sum-itro bersifat “sekuler”, kerana ia melupakan nilai agama (ket-aqwaan terhadap Tuhan Yang Maha Esa) dalam kandungan kurikulum. Sebaliknya, respon A. Hasjmy terhadap pernyatan Sumitro yang bersifat sekuler itu menunjukkan bahawa A. Hasjmy menolak upaya “sekularisme” dalam kurikulum pen-didikan nasional.

Penolakan tersebut tampaknya berhubungkait bukan hanya bercanggah dengan “pancasila”, UUD 45 dan GBHN (Garis-garis Besar Haluan Negara), tetapi juga dengan penolakannya ter-hadap “pengajaran agama” di sekolah-sekolah dan perguruan tinggi. A. Hasjmy, justeru mengisytiharkan pelaksanaan “pen-didikan agama” mulai daripada tadika, sekolah dasar hingga perguruan tinggi. Jika Indonesia memberlakukan “pengajaran agama” dalam sistem pendidikan nasional, bukan melaksana-kan “pendidimelaksana-kan agama”, maka hal ini tidak ada bezanya dengan apa yang berlaku di Negara-negara sekular, alias hal itu juga ba-hagian dari “sekularisme” pendidikan. Hal ini jelas bercanggah dengan kehendak rakyat Indonesia yang majoriti muslim. Seku-larisme pendidikan pun semakin maharajalela. Bahkan, kata A. Hasjmy, seandainya “pendidikan agama” berjaya dihapuskan dalam sistem pendidikan nasional, maka mungkin sekali pada suatu masa nanti “pancasila” akan terhapus di Indonesia dan tercapailah maksud “imperalis komunis” (penceroboh komunis)

tanpa mengeluarkan pelor.26

Kerisauan terhadap “sekularisme pendidikan” di Indonesia sebenarnya sudah berlangsung lama. Di Aceh misalnya, sejak sistem pendidikan sekular ditubuhkan oleh Belanda, majoriti rakyat Aceh menolaknya, murid-murid yang belajar di sekolah Belanda dikhawatirkan akan menjadi “kafir” sepertimana bang-sa penceroboh.27 Antara sebabnya ialah kerana dalam kurikulum sokolah Belanda tidak diajarkan pendidikan agama. Kalaupun kemudian ada diajarkan, hanya sedikit sekali jam pelajaran-nya. Itupun hanya sebagai langkah politik untuk menarik minat rakyat, kiranya rakyat mahu belajar di sekolah Belanda.

Berkenaan dengan “pendidikan agama” dalam kurikulum pendidikan nasional setakat ini memang belum dihapuskan, meskipun jam pelajarannya sedikit sekali berbanding dengan pelajaran lainnya. Namun kerisauan sepertimana yang dikemu-kakan A. Hasjmy tetap sahaja berlaku. Nasib “pndidikan agama” dalam sistem pendidikan nasional, hampi-hampir belum ada perubahan yang menggembirakan berbanding dengan apa yang berlaku dalam sistem pendidikan Belanda tempo dulu. Justeru faham sekuler semakin mengakar dalam sistem pendidikan na-sional. Sebagai contoh, dalam Udang-undang Sistem Pendidikan Nasional (Sisdiknas) yang diluncurkan pada tahun 2003 paham sekular terlihat dengan jelas. Dalam “Bab prinsip penyelengga-raan pendidikan pasal 4” disebutkan bahawa: Pertama, pendidi-kan diselenggarapendidi-kan secara demokratis dan berkeadilan serta tidak diskriminatif dengan menjunjung tinggi hak asasi manu-sia, nilai keagamaan, nilai kultural dan kemajemukan bangsa.

Kedua, pendidikan diselenggarakan sebagai satu kesatuan yang

26Ibid., hlm. 8

27Ismail Yakub, Gambaran pendidikan di Aceh sesudah perang Aceh-Belanda sampai sekarang. Dlm Ismail Suny et al. 1980, hlm. 330, A. Hasjmy, 1985, hlm. 34-36.

sistemik dengan sistem terbuka dan multimakna. Ketiga, pen-didikan diselenggarakan sebagai suatu proses pembudayaan dan pemberdayaan peserta didik yang berlangsung sepanjang hayat.

Keempat, pendidikan diselenggarakan dengan memberi

ketela-danan, membangun kemauan, dan mengembangkan kreativitas peserta didik dalam proses pembelajaran. Kelima, pendidikan diselenggarakan dengan mengembangkan budaya membaca, menulis, dan berhitung bagi segenap warga masyarakat.

Kee-nam, pendidikan diselenggarakan dengan memberdayakan

se-mua komponen masyarakat melalui peran serta dalam penye-lenggaraan dan pengendalian mutu layanan pendidikan.

Jika disemak beberapa prinsip penyelenggaraan pendidi-kan tersebut sungguh amat nyata bahawa undang-undang pendidikan nasional telah dirasuki paham sekular. Cuba lihat, hal utama yang harus dijunjung tinggi adalah hak asasi ses-eorang sehingga hak asasi itu paling utama di atas dari prin-sip agama, nilai-nilai agama tidak boleh berbenturan dengan nilai-nilai hak asasi manusia. 28

Selain itu, terlihat pula ketidakseimbangan dalam erti sistem pendidikan Indonesia lebih mengutamakan kepada perkembangan tingkat intelektual dan mengesampingkan keimanan. Ungkapan “nilai keagamaan” yang hanya mun-cul dalam satu kata dari sekian ayat bagaikan “mangsa” dari sebuah kompromi politik. Nilai keimanan terkesan bukanlah suatu pendukung bagi peningkatan mutu pendidikan, biarkan semakin meluasnya pergaulan bebas, yang penting intelektu-aliti tetap terjaga. Itulah kesannya. Fenomena ini, jika tidak diubahsuai dengan segera, dikhawatirkan sistem pendidikan nasional akan menjadi “pintu masuk” bagi proses

pendangka-28Rifqi Akbar, “Sekali Lagi, Sekularisme dalam Pendidikan Nasion-al”, http://www. hidayatullah.com/kolom/opini (5 November 2010).

lan iman dan moraliti rakyat Indonesia. Gejala ini semakin nyata di mana ramai pelajar dan anggota masyarakat lain-nya terbabit dalam kes-kes yang tidak bermoral, semacam perkelahian antar pelajar, pergaulan bebas, hisap dadah dan sebagainya. Semua gejala ini antara “buah pahit” yang tumbuh daripada sistem pendidikan nasional yang terkesan “sekular” dan mengetepikan “pendidikan agama”. Oleh itu, penolakan A. Hasjmy terhadap penghapusan “pendidikan agama” dan isu sekularisme dalam sistem pendidikan nasional merupakan se-suatu yang amat tepat dan penolakan itu sudah sepatutnya diperjuangkan sepanjang masa.

RUANG LINGKUP DAKWAH DAN PEMIKIRAN