• Tidak ada hasil yang ditemukan

Matlamat (ahdaf) adalah sesuatu yang hendak dicapai mela-lui ucapan, tulisan, tindakan, perbuatan atau usaha tertentu. Matlamat di sini dimaksudkan sebagai pemberi arah bagi gerak langkah kegiatan dakwah. Sebab, tanpa matlamat yang jelas, seluruh kegiatan dakwah akan sia-sia. Tambahan lagi bila dit-injau secara sistem, maka matlamat pendidikan boleh dipan-dang sebagai bahagian dari subsistem pendidikan sepertima-na juga matlamat dakwah merupakan subsistem dari dakwah.

Matlamat pendidikan dalam pandangan A. Hasjmy ter-dapat keragaman rumusan dalam beberapa karyanya yang berbeza. Jika disemak definisi pendidikan Islam sepertimana dihuraikan sebelum ini, maka di dalamnya mengandungi matlamat pendidikan Islam sebagai akibat atau harapan dari penanaman “kesedaran beriman” dan “beramal salih” yang be-rasaskan ilmu pengetahuan. Akibat atau harapan dalam defi-nisi pendidikan Islam tersebut adalah terwujudnya manusia sebagai makhluk sosial yang menghayati ajaran-ajaran Islam

dalam segala kehidupannya, baik kehidupan peribadi ataupun

5Pewujudan manusia sebagai makhluk sosial ini akan dibahas lebih lanjut dalam pembahasan mengenai “matlamat pendidikan” A. Hasjmy.

kehidupan jama’ah, baik dalam kehidupan politik, kehidupan

ekonomi ataupun dalam kehidupan sosial”.6 Jadi secara

ring-kas matlamat pendidikan Islam yang terkandung dalam definisi tersebut adalah terwujudnya makhluk sosial yang menjadikan ajaran Islam sebagai pedoman dalam menjalani dan menata hidup, sama ada kehidupan peribadi, kumpulan, politik, ekonomi mahupun dalam kehidupan bermasyarakat. Selanjutnya dalam Bunga Rampai, juga disebutkan be-berapa matlamat pendidikan Islam dengan menganalisis beberapa ayat al-Qur’an. Antara matlamat pendidikan yang terpenting, iaitu;7

Membina

a. manusia muslim yang beriman dan beramal

salih, sehingga memenuhi syarat menjadi khalifah Allah di atas bumi, yang bertugas memakmurkan dunia-raya ini. Matlamat ini dirumuskan berasaskan kepada pema-haman A. Hasjmy terhadap Q.S. an-Nur: 55-56.

Membina

b. manusia mukmin yang beramar makruf dan

bernahi munkar sehingga mereka memiliki syarat-syarat untuk ditampilkan menjadi ummat pilihan di depan mata dunia. Matlamat ini dirumuskan berasaskan kepada pe-mahaman A. Hasjmy terhadap Q.S. Ali Imran: 110. Membina

c. jama’ah ansarullah, yang bertugas

melak-sanakan dakwah Islamiyyah dengan himah kebijaksanaan dan ajaran-ajaran indah, sebagai syarat mutlak bagi kaum muslimin untuk menjadi ummat yang beruntung dan mendapat kemenangan. Matlamat ini dirumuskan beras-askan pemahaman A. Hasjmy terhadap Q.S. Ali Imran: 104 dan al-Nahl: 125.

Membina

d. angkatan dakwah yang tugasnya berjihad

6A. Hasjmy, 1978b, hlm. 52

membela rakyat melarat yang tertindas dengan segala daya, dana dan jiwa, sebagai syarat mutlak untuk menda-pat ampunan Allah dan kemenangan di dunia dan di akhirat. Matlamat ini dirumuskan berasaskan kepada pemahaman A. Hasjmy terhadap Q.S. anl-nisa’ 74-75 dan al-Shaff: 10-12.

Dalam tulisannya, Konsepsi Ideal Darussalam, dirumuskan bahawa matlamat pendidikan adalah “membina manusia

pan-casila yang bertaqwa kepada Allah, berjiwa besar,

berpengeta-huan luas dan berbudi luhur.”8 Rumusan matlamat pendidikan

ini, dilihat dari sudut tahun penerbitan tulisan tampaknya dirumuskan dalam tahun 1969. Padahal, rumusan ini sudah digagas sejak awal pembangunan Kopelma Darussalam ta-hun 1958. Oleh itu, rumusan ini boleh dipandang sebagai ba-hagian daripada matlamat pembangunan “Konsepsi Pendidi-kan Darussalam” di mana pada hari ini Kopelma Darussalam menjadi komplek pendidikan kebanggaan masyarakat Aceh.

Jika disemak secara mendalam, rumusan matlamat pen-didikan dalam “Konsepsi Ideal Darussalam” tersebut, sekurang-kurangnya mengandungi empat matlamat pendidikan; iaitu; 1) Membina manusia yang bertaqwa kepada Allah, yakni ma-nusia yang menjalankan segala perintah Allah dan meninggal-kan segala larangan-Nya; 2) Berjiwa besar, yakni manusia yang berjiwa tauhid, hanya takut dan tunduk kepada Allah; 3) Berpengetahuan luas, yakni mempunyai ilmu pengetahuan agama dan umum; 4) Berbudi luhur, yakni bukan hanya set-akat megakui bahawa “kebenaran” sebagai sesuatu yang terpuji

8A. Hasjmy, Konsepsi Ideal Darussalam, dalam Komisi Redaksi, 10

Tahun Darussalam dan hari Pendidikan Propinsi Daerah Istimewa Aceh,

dan “kedustaan” sebagai sesuatu yang tercela, tetapi mendidik persaan halus dalam jiwa sebagai member arah kepada manu-sia untuk mengghunakan fungsi pancaindera secara pantas dan meninggalkan segala perbuatan dan perkataan tercela.9

Dalam karyanya, Apa Sebab Rakyat Aceh Sanggup Berperang

Puluhan Tahun Melawan Agressi Belanda, A. Hasjmy juga

meru-muskan matlamat pendidikan yang dibahagikan kepada em-pat bidang, iaitu;

Pertama, matlamat pendidikan akal, yakni berusaha

menyedarkan akal dalam segala seginya, membangun daya kekuatan dan aneka perlengkapannya dan melatih berfikir secara sistematis dan sehat sehingga manusia sanggup menggapai kenyataan dan keadaan di ling-kungannya dan sanggup bertindak menghadapi segala cabaran hidup dengan tabah. Kedua, matlamat pen-didikan akhlak, yakni membina budi pekerti dan adab dengan menaburkan sifat-sifat terpuji semacam go-tong-royong, pengorbanan, tunduk dan patuh kepada siapa yang mesti dipatuhi, keikhlasan, kecintaan kerja, kebersihan, keberanian mempertahankan kebenaran, percaya diri, berpegang teguh kepada kebenaran dan sebagainya. Ketiga, matlamat pendidikan rasa, yakni memperhalus rasa dari satu segi dan member pengara-han dari segi yang lain sehingga sipunya rasa (murid) merasa bahawa dalam melaksanakan pekerjaan yang mesti dilakukan terdapat kelezatan dan kegembiraan. Manakala terhadap perbuatan yang mesti dijauhinya terdapat “rasa” kepedihan jiwa dan ketiaadaan

tenter-9Syabuddin Gade,Tujuan pendidikan dan dakwah menurut A. Hasjmy: Analisis siombiotik dan relevansi kekinian, dalam Jurnal

Is-lamuna Media Ilmu Keislaman, Vol. 1, No. 1, Banda Aceh: Syahara

am. Keempat, matlamat pendidikan keindahan, yakni membangkitkan rasa keindahan dalam jiwa manusia dan membentuk emosi mereka ke arah keindahan, melatih dan membiasakan mereka menghargai kein-dahan sehingga manusia akan menghargai ketinggian nilai-nilai maknawi dalam kehidupan masyarakat. 10 Keempat rumusan matlamat pendidikan tersebut bu-kanlah murni pemikiran A. Hasjmy, tetapi kutipan dari karya Amin Marsa Kandil, bertajuk Usul al-Tarbiyah wa Fann

al-Tadris. Sungguhpun demikian, A. Hasjmy tentu setuju

dengan sependapat Amin Marsa Kandil tersebut. Sebab, ke-empat bidang matlamat pendidikan itu digunapakai oleh A. Hasjmy sebagai teori dalam menganalisis karya sastera

“Hikayat Perang Sabil”,11 dimana karya sastera ini dianggap

mengandungi nilai pendidikan yang mampu mempengaruhi (mendidik) akal manusia, khususnya rakyat Aceh, mendidik akhlak, mendidik rasa dan memberikan nilai-nilai keinda-han dalam jiwa mereka, meskipun negara mereka (Kera-jaan Aceh Darussalam) sedang dibakar api peperangan.12 Jika disemak rumusan matlamat pendidikan dalam pelbagai karya A. Hasjmy tersebut, maka dapat dikatakan secara ringkas bahawa matlamat pendidikan mengikut pandangan A. Hasjmy ialah mendidik seluruh potensi manusia supaya menjadi

manu-sia yang bertaqwa kepada Allah, berjiwa besar, berpengetahuan

luas dan berbudi luhur; manusia muslim yang beriman dan

be-10A. Hasjmy, Apa Sebab Rakyat Aceh Sanggup Berperang Puluhan

Tahun Melawan Agressi Belanda, Jakarta: Bulan Bintang, 1977, hlm.

63-65

11Hikayat ini ditulis oleh Teungku Chik Pante Kulu, seorang ulama Aceh yang kharismatik .

ramal salih; manusia mukmin yang beramar makruf dan bernahi munkar; jama’ah ansarullah yang bertugas melaksanakan dak-wah Islamiyyah dengan himah kebijaksanaan dan ajaran-ajaran indah; angkatan dakwah yang tugasnya berjihad membela rakyat melarat yang tertindas dengan segala daya, dana dan jiwa;

makhluk sosial yang menjadikan ajaran Islam sebagai pedoman

dalam menjalani dan menata hidup, sama ada kehidupan perib-adi, kumpulan, politik, ekonomi mahupun dalam kehidupan bermasyarakat; manusia yang sanggup menggapai kenyataan dan keadaan di lingkungannya dan sanggup bertindak mengh-adapi segala cabaran hidup dengan tabah; manusia yang berani dan berpegang teguh kepada kebenaran; manusia yang memi-liki rasa amar makruf dan nahi munkar; manusia yang memimemi-liki rasa keindahan dalam jiwa manusia dan menghargai ketinggian nilai-nilai maknawi dalam kehidupan masyarakat yang selaras dengan ajaran Allah.

3.4 Perbezaan Pengajaran Agama dengan Pendidikan