• Tidak ada hasil yang ditemukan

RUANG LINGKUP DAKWAH DAN PEMIKIRAN A. HASJMY

4.2.1 Makna Dakwah

Secara etimologis, kata dacwah (“dakwah” dalam bahasa Melayu)

berasal dari bahasa Arab derivasi (masdar) dari kata; xxxxxxx- XXXX- اااا- اااا yang bermaksud; “ajakan, panggilan, seru-an ataupun permohonseru-an (doa)”.1 usni Muhammad Ibrahim Ghaytas menerangkan bahwa kata dacwah secara literal

ada-lah kata bebas yang mengandung sejumada-lah makna, antara lain; suka kepada Allah, mohon bantuan, doa, seruan kebe-naran dan permohonan untuk memperoleh makanan.2cAbd

1Muhammad ibn Mukarram Ibnu Manzūr, Lisān al-‘Arab, Bayrūt: Dār al-Jīl, juz 2, 1988, hlm. 987; Tim Penyusun, 1996, hlm. 280.

2Husni Muhammad Ibrahim Ghaytas, Al-Dacwah al-Islāmiyyah fi

Al-al-Nacīm mengatakan bahawa secara bahasa dacwah

ber-makna ajakan kepada semua manusia untuk mengamal-kan suatu perkara, yang mencakup semua permintaan

(ta-lab) atau panggilan (nidā’).3

Kata dacwah4 dalam al-Qur’ān mengandungi makna yang syumul mencakup semua ajakan yang digunakan dalam konteks yang berbeza-beza dan pada umumnya difahami sebagai ajakan kepada kebaikan. Dalam surah al-Baqarah (2) ayat 221 umpamanya, kata dacwah

diguna-kan sebagai ajadiguna-kan kepada hal-hal yang baik (positif) sep-ertimana Allah mengajak manusia supaya melakukan hal-hal yang menjadikan mereka sebagai penghuni syurga dan memperolehi ampunan-Nya; dan terkadang kata dacwah

juga digunakan oleh orang-orang jahat yang berusaha menggesa orang lain kepada jalan yang sesat atau ke jalan neraka sepertimana juga kata dacwah digunakan oleh

Zu-laikha ketika mengajak Nabi Yūsuf a.s untuk melakukan perbuatan terlarang.5

Dakwah kepada hal-hal yang positif sering juga di-ungkapkan dengan istilah dacwah ilā al-khayr, amar

macrūf dan nahy munkar sebagaimana disebutkan dalam

al-Qur’ān surah Ali cImrān ayat 104. Dacwah ilā al-khayr atau

dalam bahasa al-Qur’ān disebut dengan yadcūna ilā al-khayr

mengikut tafsir Departemen Agama R.I diertikan sebagai

Islāmī, 1406/1985, hlm. 17.

3cAbd al-Nacim Muhammad Husnain, Al-Dacwah ilā’LLāh cala basīrah, Bayrūt: Dār al-Kutub, 1405/1984, hlm. 17-18.

4Kata dacwah disebutkan dalam al-Qur’ān dalam berbagai bentuk,

seperti ficil mādi (daca), ficil mudāric (yadcu), ficil amar (udcu), masdar (da

c-watan) dan sebagainya sebanyak 203 kali. Muhammad Fuad cAbd al-Bāqī, , Mucjam mufahras li alfāz Al-Qur’ān, Damaskus: Dār al-Rashīd,

1405 H/1984 M, hlm. 40.

ajakan, seruan atau pangilan pada “kebajikan”6. Rashīd Ridā menerjemahkan al-khayr dalam ayat tersebut den-gan al-Islām dalam makna generiknya yang universal, iaitu agama semua nabi dan rasul. Hal ini juga bermakna ba-hawa “al-khayr” merupakan kebaikan universal, iaitu ke-benaran agama Allah yang diturunkan untuk kepentingan umat manusia melalui wahyu-Nya. Rashid Rida juga ber-pendapat bahawa menyeru pada al-khayr, amar macrūf dan nahy munkar merupakan tingkatan dakwah di mana umat

Islam mengajak semua umat yang lain pada al-khayr

(al-Islam) dan menyertai umat ini dalam cahaya dan

hidayah-Nya.7 Dakwah ila al-khayr juga bermakna dakwah ilā

al-Islām atau dakwah ilā sibīlillāh (jalan Allah) sebagaimana

yang dimaksudkan dalam surah al-Nahl ayat 125. Adapun

amar macrūf dan nahy munkar bermakna memerintahkan

segala yang macrūf dan mencegah segala yang munkar.

Ungkapan amar macrūf menurut al-Baidawi sering

didefi-nisikan dengan “perintah pada apa yang dinyatakan dan disetujui oleh hukum-hukum Allah”.8 Manaka menurut Quraish Shihab dan jumhur ulama nahy munkar mengand-ungi makna mencegah, melarang atau perintah untuk meninggalkan segala sesuatu sama ada ucapan mahupun perbuatan yang bercanggah dengan ketentuan agama, akal dan adat istiadat yang benar.9 Oleh itu, dalam

penger-6Al-Qur’ān dan terjemahannya, Jakarta: Departemen Agama R.I,

1990, hlm. 93.

7Muhammad Rashīd Ridā, Tafsīr al-manār, juz 4, Qāhirah: Al-Hay’ah Al-Misriyyah Al-cAmmah Al-Kitāb, 1975, hlm. 27.

8Nazir al-Dīn Abi Sacid cAbd’Llāh Ibnu cUmar bin Muhammad Al-Baydāwī, Anwār al-tanzīl wa asrār al-ta’wīl, jil. 1, Bayrūt: Dār al-Fikr, t.th, hlm. 244-246.

9Quraish Shihab, Tafsir al-mishbah, Jilid 3, Jakarta: Lentera Hati, 2001, hlm. 162.

tian yang luas amar macrūf dan nahy munkar merupakan

bahagian dari makna dan aktiviti dakwah.10

Selain itu, mengikut Asep Muhiddin, al-Qur’ān juga mengungkapkan pelbagai istilah lain yang mengandungi makna dakwah kepada hal-hal yang positif, antaranya;

ta-bligh (penyampaian),11 taclīm (pengajaran) dan tarbiyah

(pendidikan),12 tadhkīr (peringatan),13 tabshīr (memberi

khabar gembira) dan tandhīr (memberi khabar takut).14 Oleh itu, dakwah secara etimologi diungkapkan dengan pelbagai terma dan mengandungi makna yang sangat luas mencakup semua ajakan (perkataan dan perbuatan) yang berupaya mempengaruhi siapa sahaja (langsung atau tidak langsung) menuju kebajikan dalam erti semua ajaran Is-lam diterima dan diamalkan secara kāffah (universal) da-lam segala aspek kehidupannya.

Adapun secara terminologis, para pakar (ulama) juga mempunyai rumusan atau definisi beragam mengenai

dacwah.15 Ibnu Taimiyah, cAli Mahfūz, Raūf Shalabī dan Al-Bāhī al-Khūli umpamanya, masing-masing mereka mempu-nyai rumusan (terminologi) dacwah. Ibnu Taimiyah memahami

10Muhammad Husain Fadlu’Llāh, Uslūb al-dacwah fī al-Qur’ān,

Bayrūt: Dār al-Zuhadā’ al-Tibācah wa al-Nashr wa al-Tawzīc, 1982, hlm. 19-20.

11Al-Qur’ān, cAli Imrān 3: 20; Al-Mā’idah 5: 67, 92 dan 99; Al-Racd 13: 40; Al-Nahl 16: 35 dan 82; Al-Nūr 24: 54; Al-Ankabūt 29: 18 dan Al-Shūrā 42: 48.

12Al-Qur’ān, Al-Baqarah 2: 31-33; Ali cImrān 3: 48; Al-Rahmān (55): 1-4.

13Al-Qur’ān, Tāhā 20: 3; Al-Zāriyāt 51: 55; Al-Wāqicah 56: 73; Al-Haqqah 69: 12 dan 48; Al-Muzammil 73: 19; Al-Mudaththir 74: 29, 49 dan 54; cAbasa 80: 11; dan Al-Ghāshiyah 88: 21-22.

14Al-Qur’ān, al-Saba’ 34: 28 dan Asep Muhiddin, Dakwah dalam

perspektif Al-Qur’an, Bandung: Pustaka Setia, 2002, hlm. 39-88.

dakwah sebagai suatu proses berkelanjutan yang ditujukan kepada madcu supaya mahu beriman, memahami dan

menja-lankan perintah Allah dan Rasul-Nya, terutamanya berkenaan dengan akidah dan ibadah wajib sekaligus mengajak madcu

un-tuk beribadah kepada Allah dengan ihsān. Hal ini dapat dilihat dari ungkapannya bahawa “dakwah merupakan suatu proses usaha untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, percaya dan taat terhadap apa yang telah diberitakan dan di-perintahkan yang meliputi dua kalimah syahadat, menegakkan shalat, menunaikan zakat, melaksanakan haji ; beriman kepada malaikat-Nya, hari kebangkitan, qada dan qadar serta menga-jak agar hamba menyembah Allah seakan-akan melihatnya”.16

cĀli Mahfūz mengatakan bahawa dacwah adalah

“me-motivasi umat manusia melaksanakan kebaikan dan men-gikuti petunjuk serta memerintah mereka berbuat makruf dan mencegahnya dari perbuatan munkar agar mereka memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat”.17 Dari

pen-gertian ini dakwah condong diertikan sebagai aktiviti untuk memotivasi madcu dalam melaksanakan kebaikan

dan petunjuk, amar macrūf dan nahy munkar supaya madcu

memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

Raūf Shalabī mengatakan bahawa dakwah adalah “gerakan untuk merealisasikan undang-undang (ihya al-nidham) Al-lah yang teAl-lah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w”.18 Rumusan Raūf Shalabī, meskipun ringkas namun makna yang terkandung di dalamnya cukup lengkap. Ia memahami dakwah sebagai perjuangan menegakkan agama tauhid, amar

16Taqi al-Dīn Ibn cAbd al-Salīm Ibnu Taimiyah, Majmūc al-fatāwā,

juz 15, Riyād: Matābic Al-Riyād, 1985, hlm. 185.

17ccĀli Mahfūz, Hidāyah al-murshidīn, Mesir: Dār Al-Misr, 1975, hlm. 7.

18Raūf Shalabī Al-Dacwah Al-Islāmiyyah fi cahdihā Al-Makki, Qāhirah:

macrūf dan nahy munkar dan menjalankan syari’at Islam secara

keseluruhan.

Al-Bāhi al-Khūli mengatakan bahawa “dakwah adalah usaha mengubah situasi kepada yang lebih baik dan sempurna, sama ada terhadap individu mahupun masyarakat”.19 Pengertian ini

menunjukkan bahawa esensi dakwah bukan hanya terletak pada usaha mengajak kepada keimanan dan ibadah sahaja, lebih daripada itu dakwah adalah usaha penyadaran manusia atas keberadaan dan keadaan hidup mereka. Barangkali inilah yang dimaksud oleh Munir Mulkhan, bahawa dakwah merupa-kan “usaha pemecahan suatu masalah dan pemenuhan keper-luan manusia”.20

Pengertian dakwah di atas, meskipun rumusannya berbe-za-beza, namun secara umum mempunyai titik temu bahawa dakwah merupakan usaha pelaku dakwah untuk mencipta-kan perubahan pada madcu (peribadi, jamaah atau

masya-rakat) sehingga pihak madcu menjadi lebih baik, sejahtera

dan bahagia dari kondisi sebelumnya sesuai dengan ajaran Islam yang kāffah sekaligus menjadikan ajaran Islam yang

kāffah sebagai pandangan hidup (way of life) dalam

kehidu-pan umat manusia. Oleh itu, dakwah mencakup semua ak-tiviti yang berorientasi pada penyelesaian pelbagai masalah umat dan pengembangan masyarakat ke arah pencapaian kemajuan dan kesejahteraan sosial. Amin Rais mengatakan bahawa segala macam proses rekonstruksi sosial (social

re-construction) yang multidimensi adalah sama dengan

dak-wah.21 Semua ini, pada asasnya bukanlah idea lain yang

19Al-Bāhī al-Khūlī, Tadhkirāt al-ducāh, Qāhirah: Maktabah Dār

al-Turāth, 1408/1987, hlm. 35.

20Abdul Munir Mulkhan, Ideaologisasi gerakan dakwah, Yogyakar-ta: SI Press, 1996, hlm. 205.

Mi-dimaksukkan begitu sahaja dalam cakupan makna dakwah sepertimana dianggap oleh Dale F. Eickleman dan James Piscatori,22 tetapi merupakan pemunculan kembali apa yang sepatutnya dikandungi oleh makna dakwah Islamiyah yang syumul. Inilah makna dakwah yang lebih komprehensif. 4.2.2. Hukum Dakwah

Para ulama sependapat bahawa hukum dakwah atau hukum berdakwah untuk menyampaikan Islam kepada seluruh umat manusia adalah wajib bagi umat Islam. Namun, mereka ber-beza pendapat antara apakah hukum dakwah tergolong fardu

cain atau fardu kifāyah.23 Perbezaan ini terjadi kerena mereka

berbeza pandangan dalam menafsirkan ayat al-Qur’ān seba-gai asas hukum kewajiban dakwah antaranya seperti berikut:

ا24 Maksudnya:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka

zan, 1991, hlm. 109-112.

22Mereka memandang bahawa idea kesejahteraan sosial masuk dalam cakupan dakwah adalah penambahan idea lain ke dalam makna dakwah (Dale F. Eickelman dan James Piscatori, Ekspresi politik

mus-lim, trj, Bandung : Mizan, 1998, hlm. 48-49).

23Husni Muhammad Ibrāhīm Ghaytas, 1406/1985, hlm. 18-20.

yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.25 Menurut keterangan al-Qurtūbī ada ulama yang menaf-sirkan “min” dalam kata “minkum” sebagai penjelasan bagi menunjukkan jenis (li bayān al-jinsi).26 Oleh itu, kewajiban berdakwah dianggap sebagai fardu cain, iaitu kewajiban bagi

tiap-tiap peribadi muslim, laki-laki ataupun perempuan, seh-ingga siapa sahaja yang tidak melakukan dakwah ia akan ber-dosa. Pandangan semacam ini, menurut Ibnu Kathīr,27 juga disandarkan pada hadith Nabi s.a.w seperti berikut;

ا.28

Maksudnya:

Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah merubahnya dengan tangan (kekuasaan). Jika tidak mam-pu merubah dengan tangan (kekuasaan) rubahlah dengan lisan. Jika tidak kuasa merubahnya dengan lisan rubahlah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman.

25Semua terjemahan ayat al-Qur’ān dalam tesis ini diambil dari

Qur’ān in Word Ver 1.2.0.

26Abu cAbd’Llāh Muhammad bin Ahmad al-Qurtūbī, Al-Jamic li ahkām Al-Qur’ān Al-Karīm, juz 2, Qāhirah: Dār al-Shacb, t.th, hlm. 1407.

27Abu al-Fidā’ Ismācīl bin cUmar bin Kathīr Ibnu Kathīr, Tafsīr

Al-Qur’ān Al-cAzīm, juz 2, Bayrūt: Dār al-Jail, 1410 H/1990 M, hlm.

391.

28Imām Muslim al-Husayn ibn al-Hajjāj Qushayri al-Nisapūri,

Sahīh Muslim, CD. Hadith Kutub al-Sittah (Hadith ke-80, Kitab Iman)

dan Ahmad bin Hambal, Musnad Ahmad bin Hambal, juz 2, Bayrūt: Dār al-Fikr, 1978, hlm. 20.

Kata “man” dalam hadith tersebut adalah kata yang bermakna umum yang mencakup setiap individu muslim ataupun muslimah supaya mencegah kemungkaran den-gan tanden-gan (kekuasaan), lisan ataupun hati. Oleh itu, mer-ubah kemungkaran adalah perintah yang diwajib bagi set-iap peribadi umat Islam menurut kadar kemampuan. Jika tidak mampu dilaksanakan dengan satu antara cara tersebut, maka dosa baginya dan dia keluar dari predikat iman yang hakiki. Hal ini sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w;

; (Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat).29 Amaran ini disampaikan Rasulullah s.a.w kepada um-atnya supaya mereka menyampaikan dakwah meskipun hanya satu ayat (perkataan). Ringkasnya, hadith ini juga menunjukkan bahawa setiap individu wajib (fardu cain) menyampaikan dakwah

menurut kadar kemampuannya.30

Sunggupun begitu jumhur ulama berpendapat bahawa hukum berdakwah adalah fardu kifayāh. Jika dakwah sudah dilakukan oleh sekumpulan orang maka gugurlah segala kewajiban dakwah atas seluruh kaum muslimin, sebab sudah ada yang melaksana-kan walaupun oleh sebilangan orang. Pandangan ini didasarmelaksana-kan pada penafsiran kata “min” dalam “minkum” yang diertikan den-gan li al-tabcid (sebahagian/bilangan) orang.31 Oleh itu, mengikut Zamakhshari perintah itu dianggap sebagai perintah wajib bagi

29Abu cIsā Muhammad bin cIsā bin Sūrah, Jamīc sahīh: sunan al-Tirmīdhī, juz 4, Bayrūt: Dār al-Kutub al-cImiyyah, 1987 M/1408 H, hlm. 615.

30cAbd’Llāh Nāsih cUlwān, Wujūd tablīgh al-dacwah: fadlu al-dacwah wa al-dāciyah, Qahirah; Dār al-Salām, 1406 H/1986 M, hlm. 7-12.

31Husni Muhammad Ibrāhīm Ghaytas, 1406/1985, hlm. 20-21 Yāsir bin Husain Barhāmī Al-Amru bi al-macrūf, t.tp: Al-Dacwah Al-Salafiyyah, t.th, hlm.7http://www.saaid.net /book/7/1134.doc, (24 April 2007); Khālid bin cUsmān al-Sabti, Al-Amru bi al-macrūf wa al-nahyu can al-munkar usūluhū wa dawābituhū wa adābuhū, Saudi Arabia: Al-Muntadī

sebilangan orang Islam yang mengetahui adanya hal yang munkar dan sekaligus mengetahui cara melaksanakan amar macrūf dan nahy munkar. Manakala terhadap orang-orang yang jahil,

kewa-jiban berdakwah tidak dibebankan kepadanya. Sebab, kejahilan-nya itu disyaki akan mengajak orang (madcu) kepada hal yang

munkar dan melarang kebaikan.32 Rashīd Ridā mengatakan

bah-wa surah al-Tawbah ayat 122 menjelaskan kebah-wajiban berdakbah-wah bagi orang yang sempurna ilmu dan faqih (alim) di bidang agama sehingga mesti ia menyampaikan atau mengajarkannya kepada orang lain.33

Berdasarkan huraian tersebut tampaknya hukum dak-wah antara fardu cain dan fardu kifāyah tidaklah bersifat

kaku, tetapi bersifat terbuka bergantung pada kemampuan

ci, situasi dan kondisi yang mengitari madcu. Jika seorang

muslim ialah orang yang jahil dan tidak ada kemampuan berdakwah padanya, maka sepatutnya kewajiban dan tang-gungjawab berdakwah tidak diserahkan kepadanya, kerana ditakutkan ia akan mengajak orang pada kesalahan.34 Jika di suatu tempat atau daerah tertentu tidak ada satupun orang yang melaksanakan dakwah, maka dosa akan ditanggung oleh seluruh umat. Dalam kondisi semacam ini, setiap peribadi umat Islam diwajibkan (fardu cain) berdakwah menurut kadar

kemampuannya. Begitu juga, ketika jumlah daci masih sedikit

di mana kemungkaran yang dilakukan oleh madcu sangat

tinggi dan kejahilan maharajalela, maka hukum berdakwah menjadi fardu cain bagi setiap individu menurut kadar

kemam-puannya. Akan tetapi, jika di suatu tempat (daerah) memer-lukan dakwah secara terus-menerus dan perlu melibatkan

32Abū al-Qāsim Mahmūd bin cUmar Zamakhsharī, Tafsīr

al-kashaf, juz 1, Qāhirah: Mustafā al-Halabi, 1392 H/1972 M, hlm. 452.

33Muhammad Rashīd Ridā, 1975, juz 11, hlm. 62-65.

jamaah tertentu, maka dalam keadaan seperti ini hukum ber-dakwah menjadi fardu kifāyah. Ertinya apabila ber-dakwah telah dilakukan oleh orang atau jamaah (organisasi) yang memiliki kemampuan dan keahlian, maka beban kewajiban itu akan gugur bagi yang lain dan dakwah bagi yang lain dalam kon-disi seperti itu menjadi sunnah muakkadah sebagai amal sal-ih.35 Menurut Yasir bin Husain Barhāmī bahawa hukum fardu

kifayāh dalam konteks amar macrūf dan nahy munkar sebagai

bahagian dari dakwah akan berubah menjadi fardu cain dengan

dua sebab iaitu; i. Orang itu (dāci) mempunyai kemampuan di

mana orang lain tidak ada yang menegakkan amar macrūf dan nahy munkar kerana mempunyai kelemahan atau kekurangan;

ii. Orang (dāci) yang sudah ditetapkan oleh negara untuk

me-negakkan amar macrūf dan nahy munkar.36

Selain itu, ada juga ulama yang berpendapat bahawa hu-kum dakwah adalah fardu cain sekaligus fardu kifayāh. Ulama

yang berpendapat semacam ini antaranya adalah Abu Zahrah dan Husni Muhammad Ibrāhīm Ghaytas. Menurut Abu Zah-rah, huruf min dari minkum dalam surah Ali cImran ayat 104 mempunyai dua makna; bayāniyah (penjelasan) dan li al-tabcīd

(sebahagian/sebilangan). Maksud “bayāniyah” di sini ada-lah semua umat Islam (setiap peribadi umat Islam) mestiada-lah menjadi umat yang berdakwah kepada kebajikan dalam erti menegakkan amar macrūf dan nahy munkar. Hal ini sesuai

den-gan makna ayat 110 surah Ali cImrān. Ketika disebut “semua umat Islam” (pentaklifan yang bersifat umum), maka dengan sendirinya setiap peribadi muslim berkewajiban menjalankan tugas dakwah menurut kemampuannya. Namun, pentaklifan

35Awaluddin Pimay, Paradigma dakwah humanis strategi dan metode

dakwah Prof. K.H. Saifuddin Zuhri, Semarang: RaSAIL, 2005, hlm. 33-34.

36Yasir bin Husain Barhāmī, t.th., hlm. 8. http://www.saaid.net/ book/7/1134.doc, (24 April 2007).

umum ini bukan bermaksud makna li al-tabcīd (sebahagian

/sebilangan) menjadi terhapus di mana umat Islam perlu membentuk jamaah khusus untuk menjalankan dakwah. Se-bab, dalam surah al-Tawbah ayat 122 dikehendaki ada jamaah khusus (tāifah) yang mendalami agama dan memberi perin-gatan (dakwah) kepada kaum mereka. Hal ini bermakna juga bahawa dalam konteks hukum dakwah umat Islam mempu-nyai dua kewajiban iaitu; i. Kewajiban setiap peribadi untuk menjalankan dakwah menurut kemampuannya; ii. Kewajiban membentuk, berpartisipasi atau menolong jamaah (organisa-si) tertentu sehingga berkemampuan menjalankan dakwah.37 Alasan yang hampir sama juga dikemukakan oleh Husni Mu-hammad Ibrāhīm Ghaytas. Ia dengan tegas mengatakan baha-wa hukum dakbaha-wah fardu cain atas setiap peribadi umat Islam

sesuai kemampuannya sekaligus fardu kifayāh atas umat Islam untuk membentuk jamaah atau organisasi dakwah.38

Jika disemak pelbagai pandangan di atas, tampaknya pan-dangan Abū Zahrah dan Husni Muhammad Ibrāhīm Ghaytas merupakan pandangan yang lebih lengkap (complementary) dalam melihat hukum dakwah. Dikatakan demikian, kerana keduanya berupaya mensintesiskan hukum dakwah sebagai

fardu cain sekaligus fardu kifāyah. Paduan semacam ini akan

memberikan implikasi yang lebih bermakna terhadap pelaku dakwah sebagai pihak yang paling bertanggungjawab dalam menjalankan dakwah di mana dakwah bukan hanya dianggap se-bagai kewajiban setiap peribadi muslim sahaja, tetapi juga setiap peribadi muslim dikehendaki mengambil peranan secara aktif dalam perjuangan dakwah secara berjamaah atau berorganisasi.

37Muhammad Abū Zahrah, Al-Dacwah ilā Al-Islām, t.tp: Dār Al-Fikr

Al-cArabi, 1973, hlm. 41-44.

Tambahan lagi, jika hukum dakwah semata-mata dianggap seba-gai fardu kifāyah, maka seolah-olah tanggungjawab menjalankan dakwah hanya khusus kepada jamaah, fi’ah, tāifah, organisasi tertentu saja atau ada satu orang sahaja yang menjalankan dak-wah dalam satu komunitas masyarakat sudah dipandang cukup manakala kaum muslimin lainnya merasa diri mereka sudah ter-bebas dari tanggung jawab dakwah. Jika kesan seperti ini benar-benar terjadi, maka kekuatan dakwah akan menjadi lemah. Pa-dahal kekuatan dakwah akan semakin kukuh jika ada sokongan kaum muslim sama ada peribadi, jamaah (organisasi) mahupun pemimpin negara dengan segenap pengurusinya.