• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROFIL A. HASJMY

2.2 Salasilah A. Hasjmy

2.3.1 Faktor Pendidikan

Pendidikan pertama yang diterima A. Hasjmy dari keluarg-anya, terutama nenekanda Nyak Puteh adalah pendidikan agama seperti belajar membaca al-Qur’ān, rukun iman, ru-kun Islam, doa dan tata cara mendirikan salat, sejarah Rasu-lullah s.a.w, sejarah sahabat empat, hikayat Hasan-Husein, hikayat perang Badar dan kisah-kisah perang Aceh melawan

sitas Sumatera Utara, Medan. Dahlia A. Hasjmy lahir 14 Mei 1953. Pernah belajar (tidak tamat) pada Jabatan Bahasa Inggris Fakultas Keguruan Universitas Syiah Kuala. Kamal A. Hasjmy lahir 21 Jun 1955, ia memperoleh gelar Sarjana Ekonomi dari fakultas Ekonomi Universitas Jayabaya, Jakarta (A. Hasjmy (pnyt.), 1997, hlm. 237-238; Hasan Basri, Teungku A. Hasjmy: Pengembang tradisi keilmuan dan perekat ulama umara. Dlm. Tim Penulis IAIN Ar-Raniry, 2004, hlm. 467-468).

Belanda yang ketika itu masih berlangsung. Jadi, nenekanda Nyak Puteh adalah guru pertama A. Hasjmy selepas ibun-danya, Nyak Buleuen, meninggal dunia ketika A. Hasjmy masih berumur empat tahun.10 Kepandaian nenekanda Nyak Puteh dalam bidang baca al-Qur’ān dan tulis baca huruf Arab Jawi menjadi modal untuk mendidik A. Hasjmy semasa kecil terutamanya pendidikan membaca al-Qur’ān dan dasar-dasar agama yang kuat. A. Hasjmy belajar “al-Qur’ān Kecil” atau “Juz Amma”. Setiap kali selesai salat maghrib, sepertimana tradisi dalam masyarakat Aceh, Nyak Puteh mengajarinya pelajaran asas agama Islam iaitu rukun iman, rukun Islam, doa dan tatacara shalat lima waktu dan sejarah Islam, yakni sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat. Sejarah ini diajarkan dalam bentuk hikayat secara puitis seperti Hikayat

Muhammad aneuk Abdullah (hikayat Nabi Muhammad anak

Abdullah), hikayat sahabat peut (hikayat sahabat empat), hi-kayat Hasan Husein dan hihi-kayat prang bada (hihi-kayat perang Badar) Nenekanda Nyak Puteh juga sering menceritakan ke-pada A. Hasjmy mengenai hal ehwal peperangan dan hikayat perang sabil.11 Pendidikan dalam keluarga ini menjadi dasar utama bagi pembentukan peribadi A. Hasjmy yang kemudian disokong oleh pendidikan pada masa-masa berikutnya.

Selain itu, A. Hasjmy juga belajar di Meunasah, sebagai tempat pendidikan pada masa itu, di kampungnya

sendi-10A. Hajsmy, 1985, hlm. 31-34.

11Hikayat Perang Sabil adalah suatu hikayat yang membangkitkan semangat perang yang sentiasa dinyanyikan dalam sejarah perang Aceh melawan penjajahan Belanda. Hikayat Perang Sabil ini dikarang oleh Teungku Chik Pante Kulu (lahir 1836 M), seorang ulama besar dan motivator perang Aceh melawan Belanda. Lihat Nur Chalis Sofyan, Teungku Chik Pante Kulu: ulama dan penyair motivator perang Aceh. Dlm. Tim Penulis IAIN Ar-Raniry, 2004, hlm. 1-29.

ri, Montasik. Pada tahun 1921 dalam usia 7 tahun, ia di-masukkan ke Sekolah Rakyat atau dalam bahasa Belanda disebut Volk school di Montasik, Aceh Besar yang didirikan oleh pemerintah Belanda. Lama belajar di sekolah ini hanya tiga tahun. Di sekolah ini kebanyakan gurunya berasal dari Mandailing dan Minangkabau. Terhadap kenyataan ini A. Hasjmy menyimpulkan bahawa para guru itu sangat berjasa dalam usaha mencerdaskan “angkatan baru Aceh” di mana rakyat Aceh selama berpuluh-puluh tahun hidup dalam sua-sana perang mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan bangsanya yang kemudian menjadi bangsa Indonesia yang besar. Kemudian, pada tahun 1924 A. Hasjmy dimasukkan ke Sekolah Dasar Negeri atau dalam bahasa Belanda disebut Guverment Inlandsch School (GIS) juga di Montasik. Lama belajar disekolah ini hanya dua tahun. Jadi, pendidikan seko-lah dasar A. Hasjmy hanya lima tahun, tiga tahun di Volk school dan dua tahun di Guverment Inlandsch School (GIS). 12 Belajar di sekolah Belanda bagi A. Hasjmy penuh dengan cabaran. Sebab kempen anti penjajahan Belanda sudah san-gat mengakar dalam masyarakat Aceh sehingga dalam tahun sepuluhan dan duapuluhan apapun yang datang dari kebi-jakan pemerintah Belanda, termasuk pembangunan institu-si pendidikan tidak diterima oleh majoriti masyarakat Aceh sehingga mereka tidak mahu menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Belanda, kerana khawatir anak-anak mereka akan menjadi “kafir ” atau akan “dikafirkan”,13 meskipun mereka sentiasa diujuk rayu oleh Hulubalang sebagai kaki tangan pe-merintah Belanda. Ketika para Hulubalang menganggap

ba-12A. Hajsmy, 1985, hlm. 31-38.

13Ismail Yakub, Gambaran pendidikan di Aceh sesudah perang Aceh-Belanda sampai sekarang. Dlm. Ismail Sunny et al, 1980, hlm. 330.

hawa pendekatan ujuk rayu sudah tidak berjaya, maka dicuba dengan mempergunakan kekuatan “polis Hulubalang ” untuk memberikan tekanan kepada ibu bapa yang mempunyai anak usia sekolah supaya dimasukkan ke sekolah Belanda. Jika pihak ibu bapa membangkang, maka akan disekap beberapa hari oleh “polis Hulubalang ”.14 Pendekatan ini ternyata juga tidak berjaya sepertimana yang diharapkan, bahkan banyak sekolah Belanda dibakar oleh masyarakat sebagai sinambung sebuah peperangan resmi terhadap Belanda yang tidak pernah dinyatakan berhentinya.15 Oleh itu, pendidikan anak-anak usia 6 sampai 7 tahun masih tetap diberikan di lingkungan keluarga sahaja. Kalaupun para ibu bapa membolehkan anak-anaknya masuk ke sekolah Belanda hanyalah anak-anak yang sudah berumur sepuluh tahun ke atas, setelah mereka men-erima doktrin pendidikan agama di rumah.

Agak berbeza dengan nenekanda Nyak Puteh, meskipun ia sangat membenci Belanda dan menganggap Raja Belanda yang kafir tidak boleh memerintah rakyat Aceh yang Islam, namun ia mempunyai faham bahawa belajar sekalipun di “sekolah kafir” dibolehkan. Nenekanda Nyak Puteh berkata kepada cucunya, A. Hasjmy dalam bahasa Aceh; “geutanyou

ureung Islam wajib tameureunou, beuthat u naggrou Cina keudeh ; meunankeuh hadih Nabi geutanyou” (Kita orang Islam wajib

be-lajar, sekalipun ke Negeri Cina ; begitulah hadith nabi kita).16 Pandangan ini menjadi dokongan kuat bagi A. Hasjmy un-tuk terus belajar pada sekolah Belanda, iaitu Volk school dan Guverment Inlandsch School (GIS). Sungguhpun begitu, pada

14A. Hasjmy, 1985 hlm. 34-35.

15A. Hasjmy, 1978b, hlm. 10-18; A. Hasjmy, 1976a, hlm. 43-50; A. Hasjmy, 1985, hlm. 36.

petang hari A. Hasjmy juga belajar di Dayah (zāwiyah).17 Selepas tamat GIS, Teungku Hasjim berkeinginan supaya puteranya A. Hasjmy belajar di sekolah HIS (Holland Island-sche School), tetapi tidak diterima. Sebab, sekolah HIS hanya dikhaskan bagi putera-puteri Belanda, pegawai Belanda dan Hulubalang. Manakala Teungku Hasjim, ayah A. Hasjmy adalah putera Pang Abbas, seorang musuh Belanda. Belanda memang sentiasa menjalankan politik adu domba (devidea et

impera) dan diskriminasi dalam bidang pendidikan sehingga

A. Hasjmy belajar lagi di Dayah Montasik.18

Pada tahun 1928 ia mulai belajar di madrasah dengan sistem baru (Sekolah Menengah Islam Moden) yang diubuhkan oleh Teungku Muhammad Yunus Reudeup. Madrasah ini menggu-nakan sistem pendidikan klasikal dan berbeza dengan sistem pendidikan tradisional yang menggunakan sistem halaqah. Penubuhan madrasah moden ini merupakan konsekuensi lo-gis dari pembaharuan sistem pendidikan Islam yang terjadi di kawasan Timur Tengah, khususnya Mesir. Di madrasah inilah A. Hasjmy belajar cara baris-berbaris dan kepanduan (kepramukaan).19

17Anon. Memoar, Tempo, no. 48, 26 Januari 1991, hlm. 45. Kata

Dayah berasal dari kata bahasa Arab, “zawiyah”. Orang Aceh

menye-butnya dengan Dayah atau Deah. Secara lughawi, zawiyah bermakna “sudut”. Dalam sejarah pendidikan Islam klasik, zawiyah bermakna pendidikan yang diberikan pada sudut-sudut Mesjid al-Haram. (A. Hasjmy,1978b,, hlm. 66-69). Kemudian, istilah zawiyah berkembang menjadi suatu sistem pendidikan tradisional di dunia Islam, termasuk di Aceh. Sistem pendidikan zawiyah (dayah) ini disebut juga dengan sistem pendidikan pondok, pesantren atau surau. Azyumardi Azra (pnyt.), Perspektif Islam di Asia Tenggara, Jakarta: Yayasan Obor In-donesia, 1991,hlm. xviii ; Hanun Asrohah, Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: Logos Wacana Ilmu, 2001, hlm. 148-149.

18A. Hasjmy, 1985, hlm. 38.

Pada tahun 1930 A. Hasjmy belajar di Sekolah Menengah Islam Pertama di Seulimum. Di Seulimum, ia juga belajar di lembaga pendidikan dayah, iaitu Dayah Keunalo, pimpinan Teungku Abdul Wahab. Selepas itu, atas saran nenekanda Nyak Puteh A. Hasjmy belajar di Thawalib School, Tingkat Menengah iaitu sekolah Islam setaraf dengan SLTA (Seko-lah Lanjutan Tingkat Atas) di mana tempoh belajarnya tiga tahun.20 Pada tahun 1932, A. Hasjmy beserta hampir dua puluh orang pemuda (pelajar) pergi belajar ke Padang. A. Hasjmy memilih Madrasah Thawalib Padang Panjang. Ma-drasah Thawalib mempunyai dua tingkatan iaitu MaMa-drasah

ibtidaiyah dan Madrasah Thanawiyah. Madrasah Ibtidaiyah

tempoh belajarnya empat tahun, pelajar yang diterima yang telah tamat GIS. Manakala Madrasah Thanawiyah tempoh be-lajar tiga tahun dan pebe-lajar yang diterima di sini ialah pebe-lajar yang berjaya menamatkan sekolah dasar (pesantren) dan berjaya menempuh peperiksaan awal. Selepas berjaya me-nempuh peperiksaan awal A. Hasjmy ditempatkan langsung dalam kumpulan pelajar Madrasah Thanawiyah tahun per-tama. Ia berjaya memperoleh kelulusan pada tahun 1935.21 Selama belajar di Madrasah Tawalib Padang Panjang, A. Hasjmy selain menerima pelbagai pelajaran agama dan pela-jaran umum seperti ilmu pendidikan, ilmu jiwa, sejarah dan lain-lain, juga menerima semangat kemerdekaan dan perge-rakan yang disampaikan oleh para guru. Pelajaran apapun yang diajarkan memang sentiasa dihubungkait dengan se-mangat kebangsaan, cita-cita kemerdekaan dan para murid diajak untuk menjadi pemimpin. Bahkan, kitab pelajaran yang digunakan adalah kitab yang mengandungi semangat

20Anon. Memoar, Tempo, no. 48, 26 Januari 1991, hlm. 45.

kemerdekaan seperti cIzah al-nashi’īn karya Shaykh Mustafā

al-Ghalāyainī, seorang pemimpin pergerakan kemerdekaan Shiria dan kitab cilmu al-nafs karya Mukhtar Lutfi.

Ketika A. Hasjmy pulang ke Aceh pada tahun 1935, ilmu yang diperoleh di Madrasah Tawallib diajarkan dan dikem-bangkan di Perguruan Islam Seulimum di bawah bimbingan Teungku Abdul Wahab sambil menyempurnakan sistem baru pendidikan Islam di Madrasah tersebut bersama den-gan Ibrahim Ali. Perguruan Islam Seulimum (PIS) kemu-dian dikembangkan menjadi dua tingkat iaitu Madrasah

Ib-tidaiyah dan Madarasah Thanawiyah. Kurikulumnya disusun

hampir sama dengan kurikulum Madrasah Thawalib Padang Panjang dan Perguruan Muslim Bukit Tinggi. Dengan usaha yang sungguh-sungguh akhirnya Perguruan Islam Seuli-mum menjelma menjadi “Perguruan Agama” yang berkuali-ti dan termasyhur di Tanah Aceh di mana pelajarnya datang dari seluruh Aceh.22

Selepas Perguruan Islam Seulimum berkembang baik se-suai kurikulum baru, pada tahun 1938 A. Hasjmy bersama Said Abubakar berangkat ke Padang, Sumatera Barat, untuk menyambung pendidikan di Al-Jamicah al-Islāmiyyah, jabatan Adāb al-lughah wa tārīkh al-thaqāfah al-Islāmiyyah (Perguruan

Islam jabatan Sastra dan Sejarah Kebudayaan Islam) yang dipimpin Ustaz Mahmud Yunus (alumnai Universiti Dār

al-cUlūm, Kairo). Al-Jāmicah al-Islāmiyyah ini setaraf “Akademi”,

tempoh belajarnya empat tahun.23 Selama belajar di sini A. Hasjmy semakin terpengaruh dengan idea pembaharuan dan pergerakan yang disampaikan oleh Mahmud Yunus, Muhk-tar Luthfi dan para guru lainnya. Hal ini tentu semakin

mem-22A. Hasjmy, 1985, hlm. 48-53.

perkukuh semangat pembaharuan dalam jiwa A. Hasjmy un-tuk membangun dan mengadakan pembaharuan pendidikan sebagai bahagian dari gerakan dakwahnya di Aceh.

Sungguhpun begitu, idea pembaharuan Islam teruta-manya pembaharuan sistem pendidikan Islam sudah lama berkembang di Aceh. Idea ini disampaikan oleh Syeikh Abdul Hamid Samalanga, seorang ulama yang sempat melarikan diri ke Mekkah dari sergapan tentara Belanda sekitar tahun 1926.24 Ketika berada di Mekkah, ia mengirim surat khabar

Umm al-qura ke Aceh di mana dicelah-celah teks surat khabar

ini, ditulis idea pembaharuan pendidikan yang disampaikan kepada ulama Aceh, Teungku Haji Abdullah Ujong Rimba. Idea ini kemudian dikembangkan oleh ulama PUSA (Per-satuan Ulama Seluruh Aceh) di bawah pimpinan Teungku Muhammad Daud Beureueh.25 Oleh itu, idea pembaharuan ini bukanlah sesuatu yang baru bagi A. Hasjmy. Tambahan lagi, sepertimana dipaparkan sebelum ini bahawa pada ta-hun 1928 A. Hasjmy sendiri pernah belajar di Madrasah Montasik di mana sistem pendidikan di Madrasah ini sudah mengalami pembaharuan, bukan lagi mengikuti sistem pen-didikan dayah (zawiyah). Madrasah ini dibina dan dilakukan pembaharuan oleh Teungku Muhammad Yunus Reudeup.

Idea mengenai pergerakan bagi A. Hasjmy juga bukan hal baru sehingga ketika idea pergerakan dan semangat kemerde-kaan yang disampaikan oleh para gurunnya diterima “bagaikan gayung bersambut”. Sebab di Aceh sendiri masih dalam suasana perang gerila. Oleh itu, ketika pulang ke Aceh ia terus mengam-bil bahagian dalam organisasi PUSA. Hal ini semakin diperkuat

24Misri A. Muhsin, Sejarah perkembangan pendidikan di Aceh,

Jur-nal Didaktika, no. 2, vol. 3, September 2002, hlm. 7-8.

oleh saranan dan himbauan Mahmud Yunus yang hadir dalam kongres PUSA yang pertama di mana ia mengajak muridnya yang berasal dari Aceh supaya menjadi penyokong PUSA.26

Sebagai pelajar pada Jabatan Sastera dan Sejarah Kebu-dayaan Islam di al-Jāmciah al-Islāmiyyah, A. Hasjmy juga

berupaya menggunakan ilmu sastera dan sejarah sebagai pendekatan dakwah. Sambil belajar, ia sudah menggunakan sastera sebagai media penyampaian dakwah dengan menulis pelbagai karya sastera. Minatnya yang besar dalam bidang sastera menjadikan ia mampu menganalisis pelbagai karya sastera ulama Aceh seperti Ruba’i karya Hamzah Fansuri, Hi-kayat Perang Sabi, HiHi-kayat Pocut Muhammad dan lain seba-gainya sehingga ia diiktiraf sebagai “pengamat sastera Melayu klasik Aceh yang gigih”.27 Ia bahkan mampu menterjemahkan ayat-ayat al-Qur’ān dengan gaya bahasa sastera yang indah.28 Kegemaran dan kepakarannya dalam bidang sastera bukan hanya diakui sebagai sasterawan Indonesia angkatan “pujang-ga baru”, tetapi ju“pujang-ga diakui di kawasan nusantara. Selain itu, ia juga menggunakan pendekatan sejarah dan falsafah dalam pengembangan pemikiran dakwahnya di mana dengan kedua pendekatan ini pemikiran dakwahnya hampir semuanya di-hubungkait dengan data sejarah dan rasional sebagai hasil analisis yang secara tajam dan mendalam.

Selepas menyelesaikan pendidikan di al-Jāmicah al-Islāmiyyah, A. Hasjmy kembali lagi ke Seulimum dan dia

di-angkat menjdi Guru Kepala dalam tahun 1939-1942 Masihi. Lebih kurang sepuluh tahun kemudian, dalam tahun

1951-26A. Hasjmy, 1985, hlm. 80.

27Abu Hassan Syam, Pengamat sastera Melayu klasik Aceh yang gigih. Dlm. Badruzzaman Ismail et al., 1994, hlm. 95.

28A. Hasjmy, 1982, hlm. 2-34; A. Hasjmy, Apa tugas sasterawan

1953 Masihi, A. Hasjmy menyambung lagi pendidikan formal di Fakultas Hukum Universiti Islam Sumatera Utara, Med-an.29 Namun, ia tidak sempat menamatkan belajar di Univer-siti ini, mungkin kerana kesibukannya sebagai pegawai kera-jaan. Tambahan lagi kondisi politik pada waktu itu, hampir semua tokoh Aceh di Medan, termasuk A. Hasjmy, ditangkap oleh tentara pemerintah kerana dituduh terbabit dalam pem-berontakan D.I/TII (Darul Islam/Tentera Islam Indonesia) di Aceh yang meletup pada 21 September 1953 Masihi.

Meskipun A. Hasjmy tidak sempat menamatkan belajar pada taraf Perguruan Tinggi, namun perjalanan pendidikan di sekolah Belanda, dayah (zawiyah), madrasah dan al-Jāmicah al-Islāmiyyah bukan hanya menjadikan ia mampu memahami

“ilmu umum” dan “ilmu agama”, tetapi juga mahu menerima pemikiran pembaharuan dan semangat pergerakan Islam yang berkembang pada masanya. Kesedaran akan pentingnya ilmu pengetahuan yang disokong oleh semangat belajar dan daya baca yang tinggi menjadikan A. Hasjmy mampu mema-hami dan menguasai banyak cabang ilmu pengetahuan.30 Hal

29A. Ghazali, 1978, hlm. 11.

30Dalam salah satu surat yang dikirim kepada puterinya, ketika A. Hasjmy mengenang kesunyiannya menulis surat kepada anaknya bahawa ia merasa ada kawan bicara ketika ia masuk kamar perpus-takaan, di sana sepanjang hari dan sepanjang malam dapat berbicara dengan Plato, Aristoteles, Thomas Aquinas, Dante, Adam Smith, Gib-bon, Kant, Kenneth Gragg, Wilfred Canwell Smith, H.A.R. Gibb, Mo-hammad Asad, MuMo-hammad Iqbal, Rabendrat Tagore, Imam Syafi’I, Imam Bukhari, al-Mawardi, Imam al-Ghazali, al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Rusyd, Ibnu Sina, Ibnu Hazm, Ibnu Arabi, Ibnu Rumy, Abu Tamam, Syeikh Muhmmad Abduh, Syeikh Muhammad Rasyid Ridha, Sayyid Qutub, Abdul Qadir Audah, Ibnu Taimiyah, Syauqi Beyk, al-Manfa-luthi, Hasbi Shiddiqi, HAMKA, Sutan Takdir Alisyahbana dan bera-tus-ratus ulama sarjana lainnya (A. Hasjmy, Risalah akhlak surat ayah

ini, selain dipengaruhi oleh pendidikan sejak kecil, juga kese-darannya untuk mengamalkan firman Allah ayat 1-5 surah al-cAlaq.31 Kecemerlangan A. Hasjmy memahami banyak cabang ilmu pengetahuan menjadi modal utama bagi pengembangan ilmu keislaman, terutama ilmu dakwah dan pembangunan masyarakat Aceh pada khususnya.

Jika disemak karya A. Hasjmy dalam bidang dakwah misalnya, pemikirannya juga dipengaruhi oleh ulama pembaharuan Timur Tengah seperti Ibnu Taimiyah den-gan karyanya al-Imān, Sayyid Qutub denden-gan tafsirnya Fi

Zilāl al-Qur’ān, Muhammad cIzzah Durūzah dengan

kary-anya al-Dustūr al-Qur’ānī dan Muhammad Al-Ghazālī dengan karyanya Maca Allāh dirāsah fī al-dacwah wa

al-ducāh. Sebab pemikiran mereka ini sering kali dijadikan

sebagai rujukan dan sandaran oleh A. Hasjmy dalam penu-lisan karyanya Dustur dakwah, terutamanya ketika menaf-sirkan ayat-ayat al-Qur’ān dan keterangan lainnya yang ber-hubungkait dengan dakwah. Pemikiran dakwah A. Hasjmy juga bersentuhan dengan Mohammad Natsir sebagai tokoh dakwah dan tokoh politik MASYUMI (Majlis Syrura Mus-limin Indonesia) dengan karyanya Fiqh dakwah dan Toha Yahya Omar dengan karyanya Ilmu dakwah di mana kedua karya ini juga dijadikan sebagai referensi dalam pengem-bangan konsep dakwahnya.