• Tidak ada hasil yang ditemukan

FASA 5: PELAKSANAAN VIDEO PHOTOSHOP

Dalam dokumen BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN (Halaman 148-200)

MODEL ASSURE

3.8 FASA 5: PELAKSANAAN VIDEO PHOTOSHOP

Fasa Implementasi atau pelaksanaan dilakukan bagi tujuan memastikan Video Photoshop yang direka bentuk mencapai objektif yang telah ditetapkan (Aziz & Haryati 2010). Objek pembelajaran yang dibina mengikut proforma akan diimplimentasikan mengikut keutamaan berdasarkan reka bentuk antara muka dan reka bentuk themes yang dipilih dalam perisian Weebly Education.

Kursus Reka Bentuk Visual bertujuan menyediakan guru dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan serta memberi penekanan kepada aspek teoretikal, kemahiran dan amalan memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan dan media pembelajaran dan pengajaran, seterusnya berupaya menggunakan teknologi yang ada supaya dapat diintegrasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru pelatih didedahkan dengan pengetahuan mengenai konsep, teori dan amalan, pengurusan sumber, serta perkembangan teknologi pengajaran meliputi aspek reka bentuk pengajaran melibatkan pemilihan penghasilan, penggunaan dan penilaian media.

Pendedahan ini membantu guru pelatih mengintegrasikan teknologi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Perincian isi kandungan bertujuan menetapkan objektif supaya hasil pembelajaran yang akan dikuasai oleh guru pelatih supaya dapat (i) menjelaskan konsep, teori dan amalan serta perkembangan Reka Bentuk Visual, (ii) memilih, menghasil dan menggunakan Reka Bentuk Visual secara berkesan mengikut prinsip reka bentuk pengajaran, (iii) mengurus media dan sumber pendidikan dengan cekap dan beretika, (iv) mengaplikasikan kemahiran Reka Bentuk Visual dengan menggunakan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran, (v) mengintegrasikan kemahiran Reka Bentuk Visual dalam pengajaran dan pembelajaran dan (vi) menilai kesesuaian penggunaan Reka Bentuk Visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.9 FASA 6: PENILAIAN DAN PENYENGGARAAN

Fasa penilaian dan penyenggaraan dilaksanakan selepas menjalankan fasa pelaksanaan/implementasi (SPP IV Din 2014). Dalam masa yang sama, sekiranya terjumpa ralat yang tidak dapat dikenal pasti semasa proses pengujian kajian rintis, pembaikan akan dibuat. Di samping itu video perlu diubahsuai menurut perubahan proforma dari masa ke semasa. Fasa ini bertujuan untuk mengesan ralat yang masih ada selepas proses pengujian atau untuk mengubahsuai kandungan perisian yang terkini atau kehendak pengguna yang telah berubah.

Dalam fasa penyenggaraan, pelaksanaan dan pembaikan perlu dibuat secara berterusan sehingga pengkaji berpuas hati dengan hasil terakhir. Pembaikan untuk kajian ini dilakukan sebanyak dua kali. Kali pertama dibuat semasa implementasi untuk Kursus Dalam Perkhidmatan KEMAS mengenai Buku Digital menggunakan perisian Adobe Photoshop CC yang diadakan pada 14, 15, 16 Disember 2015 di IPG Kampus Pendidikan Islam. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada 20 orang guru KEMAS dari bidang Prasekolah yang mengambil kertas wajib Pendidikan Seni Visual.

Penilaian dan pembaikan dibuat selepas kuliah ini dan penilaian serta pelaksanaan kali kedua untuk fasa ini telah dibuat pada 11 Januari 2016 untuk PdP Seni Reka Grafik kepada 20 responden yang terdiri daripada guru pelatih yang pernah mengikuti kursus Teknologi Untuk PdP dalam topik Reka Bentuk Visual.

3.10 RESPONDEN DAN INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian kuantitatif dibentuk berdasarkan soal selidik yang dibina oleh Dr.

Ashfahani Zakaria (2014) yang telah diubahsuai bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan kajian. Responden kajian melibatkan guru pelatih secara langsung dalam proses mendapatkan data bagi melihat kebolehgunaan Video Photoshop serta pelaksanaannya di laman web yang ditetapkan. Responden terdiri daripada 80 orang guru pelatih PISMP ambilan Januari 2015/2016 IPG KPI yang menduduki subjek teras EDUP3053. Instrumen soal selidik fasa analisis keperluan telah disemak oleh dua orang pakar, manakala instrumen soal selidik kebolehgunaan Video Photoshop Fasa 6:

pelaksanaan pula Instrumen soal selidik fasa analisis keperluan telah disemak oleh dua orang pakar, manakala instrumen soal selidik kebolehgunaan modul fasa penilaian pula disemak oleh dua orang pakar bagi memastikan kesahan kandungan. Seterusnya kajian rintis secara bengkel dijalankan dengan penglibatan seramai 30 guru pelatih dan keputusan ujian rintis menunjukkan Cronbach Alpha bernilai antara 0.986-0.987 iaitu pada tahap tinggi. Bagi protokol temu bual, proses temu bual dijalankan untuk melihat kesesuaian dan kebolehgunaan soalan-soalan temu bual yang diberikan kepada guru pelatih, manakala instrumen pemerhatian ke atas penerapan kemahiran berfikir kreatif telah disahkan oleh seorang pakar kemahiran berfikir.

Pengkaji menggunakan kaedah persampelan purposif (purposive sampling) bagi tujuan pengukuran ciri-ciri populasi untuk mencapai objektif kajian. Pensampelan purposif, juga dikenali sebagai perspektif, penilaian perspektif atau subjektif ialah sejenis teknik persampelan bukan kebarangkalian. Penyelidik memilih sampel berdasarkan pengetahuan mereka tentang kajian dan populasi. Menurut Kaplan &

Saccuzzo (1982), nilai kebolehpercayaan antara 0.70 hingga 0.80 adalah nilai yang cukup baik untuk kebanyakan tujuan asas penyelidikan. Pengkaji memilih 80 responden bagi setiap kumpulan iaitu 40 responden kumpulan IST dan 40 responden kumpulan Tutorial.

Kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 guru pelatih PISMP bagi menentukan kebolehterimaan dan kesahan semua item dalam soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Kajian rintis dapat membantu memurnikan instrumen dan mengenal pasti

kekurangan instrumen sebelum menjalankan kajian sebenar (Gay & Airasian 2003).

Walaupun beberapa konstruk diadaptasi dari beberapa pengkaji yang lalu, namun konstruk diuji sekali lagi bagi menguji kebolehpercayaan item-item data yang ada dalam senarai semakan atau soal-selidik. Kaedah ketekalan dalaman yang digunakan dalam kajian rintis ini ialah kaedah Cronbach Alpha yang mana kaedah ini boleh digunakan untuk semua jenis data (Cohen, Manion & Morrison 2007; Norazah 2002).

Menurut Noraini (2012) dan Irwan Mahazir (2015), tujuan kajian rintis ialah bagi menguji dan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dan menguji kefahaman responden terhadap elemen yang terdapat dalam instrumen.

Kebolehpercayaan adalah merujuk kepada tahap ketekalan sesuatu skor yang diterima oleh individu yang konsisten apabila diberikan ujian semula atau dengan ujian yang sama pada masa yang berlainan (Anatasi 1982). Instrumen yang mempunyai nilai pekali yang lebih daripada 0.80 dianggap mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (Cohen, Manion & Morrison 2007). Tujuan kajian rintis ini adalah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian iaitu soal selidik ini telah dinilai oleh pakar kajian dengan tujuan mendapatkan respons terhadap kesahan item. Kebolehpercayaan instrumen kajian diukur menggunakan Pekali Alfa Cronbach di mana sesuatu alat ukuran dianggap baik sekiranya mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.70 ke atas. Tahap kebolehpercayaan menggunakan Pekali Alfa Cronbach bagi konstruk kumpulan IST terdiri daripada 10 konstruk yang masing-masing menunjukkan nilai item melebihi 0.7.

Keseluruhan 105 item menunjukkan Alfa Cronbach bagi kumpulan IST ialah 0.986.

Tahap kebolehpercayaan menggunakan Pekali Alfa Cronbach bagi konstruk kumpulan Tutorial pula terdiri daripada 10 konstruk yang masing-masing menunjukkan nilai item melebihi 0.7. Keseluruhan 105 item menunjukkan Alfa Cronbach bagi kumpulan Tutorial ialah 0.987. Jadual 3.3 berikut ialah nilai indeks kebolehpercayaan bagi 10 konstruk kajian hasil dari kajian rintis yang dijalankan. Jadual 3.4 - 3.13 menunjukkan nilai indeks kebolehpercayaan item bagi setiap konstruk.

Jadual 3.3 Tahap kebolehpercayaan konstruk menggunakan Pekali Alfa Cronbach

Bil. Konstruk IST TUTORIAL

Item Cronbach

Alpha Item Cronbach Alpha 1 Membangunkan media Video Photoshop

dalam talian di atas pelantar web

12 0.929 12 0.933

2 Kandungan Video Photoshop dalam talian 13 0.924 13 0.947

3 Kesesuaian bahasa Video Photoshop dalam talian

5 0.818 5 0.833

4 Pedagogi penyampaian Video Photoshop dalam talian

6 0.909 6 0.888

5 Kefungsian Video Photoshop dalam talian 10 0.934 10 0.940

6 Penerapan teori-teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme dan minimalis dalam Video Photoshop dalam talian

7 0.905 7 0.903

7 Pelbagai kaedah pembelajaran menggunakan KBAT dalam Video Photoshop dalam talian

13 0.948 13 0.945

8 Kebergunaan Video Photoshop dalam memberi kemahiran TMK Kepada pelajar PISMP menggunakan Photoshop

24 0.942 24 0.953

9 Kebergunaan Video Photoshop dalam kalangan pelajar PISMP untuk pembelajaran secara anjal

5 0.816 5 0.839

10 Kebergunaan Video Photoshop dalam kalangan pelajar PISMP untuk pembelajaran secara kendiri

10 0.896 10 0.910

KESELURUHAN 105 0.986 105 0.987

Secara keseluruhan Pembangunan Video Photoshop ini melibatkan pelbagai instrumen dan responden untuk tujuan taksiran masalah, analisis keperluan pengguna, analisis keperluan pembangunan Video Photoshop, penilaian Video Photoshop dalam talian secara kebolehgunaan I dan penilaian Video Photoshop secara kebolehgunaan II.

Instrumen dan responden terlibat dalam fasa-fasa berkaitan beserta output yang dihasilkan dalam setiap fasa seperti dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4 Kaedah/Instrumen dan Responden Kajian Mengikut Fasa Kajian dan Output Yang Dihasilkan dalam Setiap Fasa

FASA/OUTPUT KAEDAH/INSTRUMEN RESPONDEN

iii Seorang Subject Matter Expert (SME)

i. Borang soal selidik (Lampiran B)

i. Seorang pensyarah yang telibat dengan pengajaran Teknologi Pendidikan dan

i. Senarai semak keperluan kandungan Video ii. Analisis Dokumen

i. Pelajar dan Pensyarah

ii Proforma Teknologi Untuk P&P

iii. YouTube dan Video dalam talian perisian Grafik

i. Analisis dapatan kajian permulaan ii. Spesifikasi keperluan Video

i. Video–video diuji dan disusun mengikut urutan Photoshop dalam talian yang lengkap

i. 15 orang guru pelatih PISMP pengkhususan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab IPG Kampus Pendidikan

ii. 20 orang guru pelatih yang mengambil subjek Teknologi dalam P&P dan

3.11 RUMUSAN

Bab ini telah menerangkan model reka bentuk sistem Video Photoshop dan spesifikasi keperluan sistem Video Photoshop. Ini diikuti pula metodologi kajian yang menerangkan tentang reka bentuk sistem Video Photoshop yang merangkumi reka bentuk skrin antara muka, skrin pengenalan, skrin Video Photoshop, skrin EDUP3053, skrin tugasan, sumber serta latihan, skrin Ruang Perbincangan, Hantaran Tugasan / Refleksi, Blog, YouTube, Gallery dan lain-lain. Perkembangan teknologi dalam pembelajaran berasaskan Project Web Base Learning (PWBL) ini mengakibatkan peranan maklum balas menjadi semakin penting. Ini kerana fungsi maklum balas bukan sahaja sebagai membekal maklumat tetapi ia telah menjadi satu makanisme sebagai alat pemikir. PWBL melatih guru pelatih supaya aktif dalam pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna. Hal ini juga menjadikan proses pembelajaran itu lebih berpusat kepada guru pelatih. Sehubungan itu, fungsi ini harus diterapkan oleh pereka atau pembangun bahan intruksi dalam mereka bentuk sistem PWBL supaya lebih efektif.

Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran yang melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, berkomunikasi dan menyatakan idea-idea dengan jelas (komunikasi lisan dan tulisan), bekerja dalam kumpulan, memimpin dan juga kemahiran sosial (Rusmini 2011). Trilling & Fadel (2009) menyatakan kemahiran abad ke-21 terdiri daripada tiga set kemahiran iaitu kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran teknologi dan maklumat; dan juga kemahiran kerjaya dan kehidupan. Sorby (1999) pula mendefinisikan kemahiran teknikal sebagai kemahiran visualisasi yang merupakan kebolehan menggambarkan apa yang diperolehi melalui latihan atau amalan khusus.

Dalam menghadapi perubahan persekitaran dan juga kecanggihan teknologi pada masa kini, penguasaan pelajar dalam bidang akademik sahaja adalah tidak mencukupi. Ini kerana zaman teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan ini memerlukan gabungan kemahiran-kemahiran baharu seperti pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, sifat ingin tahu dan imaginasi, bekerjasama secara kolaborasi dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Semua kemahiran ini dikenali

sebagai kemahiran abad ke-21 yang perlu dijalinkan bersama dengan kemahiran akademik. Kemahiran abad ke-21 ini biasanya dikaitkan dengan pekerja berkemahiran tinggi dan individu yang jelas tentang peranan dan hala tuju masa hadapan. Pekerjaan masa hadapan lebih bertumpukan kepada penguasaan ilmu aras tinggi dan kemahiran aplikasi berbanding dengan pekerjaan pada masa dahulu yang memerlukan pekerja mengikut manual dan rutin. Ini merupakan cabaran kepada pendidik untuk menyediakan generasi sekarang persekitaran dan dunia pekerjaan yang belum wujud kepada mereka.

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Tujuan kajian ini ialah untuk membangunkan Video Photoshop kursus Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran bagi topik Reka Bentuk Visual yang menerapkan (i) Teori-teori pembelajaran kognitivisme, behaviorisme, konstruktivisme dan minimalisme, (ii) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), (iii) Pembelajaran anjal dan kendiri dan diuji (iii) Kebolehgunaan dan Kebergunaannya,. Di samping itu, kajian ini juga akan mengemukakan pendekatan, strategi dan kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan P&P menggunakan Video Photoshop. Selain dapatan pembangunan Video Photoshop, dapatan kajian juga memaparkan dapatan kepada soalan-soalan yang telah dibentuk dalam fasa taksiran masalah, yang meliputi beberapa aspek yang berkaitan profil dan kebergunaan Video Photoshop.

4.2 ANALISIS DATA

Data yang diperoleh daripada intrumen kajian meliputi analisis pembangunan dan kebolehgunaan Video Photoshop berdasarkan persoalan kajian.

a. Profil responden

Menurut Creswell (1994); Gay & Airasian (2003) kajian kuantitatif boleh ditakrifkan sebagai satu jenis penyelidikan empirikal ke dalam fenomena sosial atau masalah manusia, menguji teori yang terdiri daripada pembolehubah yang diukur dengan nombor dan dianalisis dengan statistik untuk menentukan sama ada teori itu menerangkan atau meramalkan fenomena minat.

Profil responden terdiri daripada 80 orang pelajar PISMP Semester 4 yang mengambil kursus Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran (EDUP3053) dari IPG Kampus Pendidikan Islam major Pendidikan Islam dan Bahasa Arab tahun 2015/2016. Pengkaji hanya memilih 40 orang responden yang terlibat dengan pembelajaran dalam waktu IST manakala 40 orang guru pelatih dipilih daripada kuliah tutorial. Kedua-dua kumpulan ini diberi peluang menggunakan Video Photoshop ini secara anjal dan kendiri pada waktu Independent Student Time (IST) dan Tutorial.

Persampelan kajian dilakukan secara rawak mudah kerana populasi yang dikaji telah dikenal pasti terlebih awal (Gay & Airasian 2000) iaitu pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) yang mengambil subjek Multimedia terutamanya dalam mempelajari perisian Adobe Photoshop. Menurut Gay (2003), kaedah tinjauan dalam kajian pendidikan deskriptif melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat daripada pelajar, pengajar atau mereka yang terlibat dalam proses pendidikan.

Bagi mengetahui tahap nilai min bagi tiap-tiap pemboleh ubah yang dikaji, penyelidik mengkategorikan dan menginterpretasikan skor min dalam tiga tingkatan.

Skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukan tingkatan rendah. Skor Min 2.34 hingga 3.66 berada pada tingkatan sederhana, manakala min 3.67 hingga 5.00 menunjukkan tahap tinggi. Ketiga-tiga tahap skor purata ini didasarkan kepada kajian Jamil (2002).

4.3 PEMBANGUNAN VIDEO PHOTOSHOP

Video Photoshop yang dibangun dalam kajian ini direka bentuk berasaskan skop yang telah ditentukan untuk mencapai matlamat dan objektif kajian. Reka bentuk Video Photoshop ini terdiri daripada beberapa video dan setiap video pula memaparkan isi kandungan yang dihasilkan menggunakan kaedah tutorial dalam penyampaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap video direka bentuk secara sistematik supaya memudahkan pengguna mengikuti tutorial secara dalam talian dalam format yang mudah difahami dan diikuti. Video Photoshop ini dinilai oleh dua orang pensyarah berpengalaman iaitu (i) Dr Murniza Muhammad memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Visual Informatik) Universiti Kebangsaan Malaysia, tahun 2017. Beliau merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi Maklumat IPGK Antarabangsa Kuala Lumpur dan (ii) Naquiyah Sapian @ Sopian memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

(Pendidikan) UTM dan Ijazah Sarjana Internet Komputant, Universiti Pendidikan Sultan Idris tahun 2013. Beliau merupakan Guru Cemerlang dan Penyelaras ICT Sekolah Menengah Engku Husin Kajang, Selangor. Mereka bersetuju bahawa Video Photoshop ini menepati proforma RMK dan piawai yang ditetapkan. Bahagian ini memaparkan beberapa skrin utama produk kajian ini.

a. Paparan Skrin Pembukaan

Rajah 4.1 menunjukkan paparan skrin pembukaan laman web Video Photoshop yang mengandungi menu Muqaddimah, Pembelajaran Abad ke-21, Video Photoshop, Latihan Pengukuhan dan seterusnya.

Rajah 4.1 Muka hadapan web Video Photoshop yang mengandungi menu-menu utama

Rajah 4.2 menunjukkan menu-menu Video Photoshop yang mengandungi 12 siri video. Setelah melalui proses pembelajaran, guru pelatih akan menggunakan kemahiran yang diperoleh dan mencuba idea baru menggunakan teknik yang dipelajari.

Pelajar boleh menghantar tugasan yang disediakan menggunakan borang hantar tugas kepada pensyarah yang berkenaan melalui menu ‘MORE’ sub menu Hantaran Tugasan/

Refleksi. URL blog yang mengandungi siri video RBV ini ialah di http://www.rosnahmadzain.com/.

Rajah 4.2 Menu-Menu Video Photoshop

b. Paparan Menu Pengenalan

Video Photoshop di reka bentuk menggunakan pendekatan tutorial, latih tubi dan tunjuk cara. Contoh pendekatan tersebut diaplikasikan seperti dalam rajah 4.5.1 dan seterusnya. Justeru, setiap video mengandungi latihan sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3. Rajah ini menunjukkan skrin pembelajaran Tajuk 1: Pengenalan Perisian Grafik. Di permulaan skrin antara muka, Tajuk dipaparkan setelah topik tersebut dipilih beserta dengan senarai objektif pembelajaran dan arahan pelaksanaan latihan diikuti dengan video latihan. Rajah 4.4 ialah menu Video Photoshop yang lain terdiri daripada 12 video kesemuanya. Seterusnya selepas melaksanakan latihan tersebut, pelajar boleh memilih video dan latihan seterusnya daripada menu video seperti dalam Rajah 4.5. Rajah 4.5.1 sehingga Rajah 4.5.6 menunjukkan langkah-langkah tutorial dan tunjuk cara mengenai topik Teks Pelbagai Bentuk.

Rajah 4.3 Muka hadapan laman web yang mengandungi sub-menu Video Photoshop

Rajah 4.4 Menu-menu video dalam laman web Video Photoshop

c. Paparan Persembahan Tutorial, Latih Tubi Dan Tunjuk Cara

Bahagian ini mengandungi pengetahuan dan kemahiran-kemahiran asas tentang perisian photoshop yang hendak disampaikan kepada pengguna. Persembahan

maklumat ini melibatkan penggunaan teks, grafik dan juga audio untuk memudahkan pelajar menguasai konsep yang diperkenalkan. Maklumat akan dipersembahkan secara ringkas tetapi tepat supaya tidak berlaku lebihan maklumat (cognitive load). Ini untuk mengelakkan pelajar dari hilang tumpuan dan minat. Berikut adalah contoh langkah-langkah Video Photoshop yang disediakan:

Rajah 4.5 Ruang Latihan Tutorial PdP Photoshop

Rajah 4.5.1 Langkah 1: Tutorial Teks Pelbagai Bentuk

Rajah 4.5.2 Langkah 2: Tutorial Teks Pelbagai Bentuk

Rajah 4.5.3 Langkah 3: Tutorial Teks Pelbagai Bentuk

Rajah 4.5.4 Langkah 4: Tutorial Teks Pelbagai Bentuk

Rajah 4.5.5 Langkah 5: Tutorial Teks Pelbagai Bentuk

Rajah 4.5.6 Langkah 6: Tutorial Teks Pelbagai Bentuk

d. Paparan Maklumbalas Interaksi dan Tugasan Pelajar

Untuk menilai kefahaman dan mengukuhkan kemahiran guru pelatih, soalan-soalan latihan dan aktiviti-aktiviti menyelesaikan masalah akan diberikan pada setiap peringkat konsep yang diperkenalkan. Seperti juga persembahan maklumat, selain dari teks soalan dan aktiviti ini juga akan diperjelaskan lagi dengan penggunaan grafik, animasi dan audio. Latihan dan aktiviti yang diberikan adalah berdasarkan persembahan maklumat tadi. Maklumbalas pelajar akan dibuat berdasarkan penilaian ke atas persembahan berkumpulan semasa sesi tutorial. Tugasan boleh dihantar menggunakan borang hantar tugasan yang disediakan. Di sini pelajar akan dicadangkan sama ada untuk meneruskan lagi tutorial dengan mempelajari konsep baharu atau mencuba semula (latih tubi) jika ia tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang disediakan.

Rajah 4.6 Ruang Maklumbalas Interaksi dan Tugasan Pelajar

4.4 ANALISIS DESKRIPTIF PEMBANGUNAN VIDEO PHOTOSHOP

Pembangunan Video Photoshop untuk latihan RBV dinilai berdasarkan Antara Muka (item 1-12), Kandungan (item 13-25), Bahasa (item 26-30), Pedagogi Penyampaian (item 31-36), Kefungsian (item 37-46), dan Penerapan teori-teori pembelajaran kognitivisme, behaviorisme, konstruktivisme dan minimalis (item 47-53) dalam Video Photoshop diterapkan bagi membentuk kemahiran TMK dalam menghasilkan bahan sumber pembelajaran yang berkualiti. Jadual 4.1 hingga 4.6 menunjukkan skor min (SM), dan sisihan piawai (SP) bagi menilai tahap persetujuan peserta kajian terhadap aplikasi perisian Video Photoshop untuk aktiviti tutorial RBV bagi setiap konstruk.

4.4.1 Membangunkan Pelantar Web Untuk Sumber Video Yang Diuji Kebolehgunaan dari aspek:

Soalan kajian 1:

Bagaimanakah membangunkan media Video Photoshop dalam talian di atas pelantar web dari aspek:

(i) Antara Muka

Skrin Antara Muka Video Photoshop dibangun berdasarkan reka bentuk skrin, struktur navigasi (sistem menu) dan video interaktif. Gabungan ketiga-tiga aspek ini menghasilkan skrin Video Photoshop yang mempunyai tema yang konsisten daripada sudut grafik, warna dan jenis tulisan disesuaikan dengan kecenderungan pengguna remaja yang menjadi peserta kajian (Rajah 4.7). Montaj dalam bentuk persembahan animasi juga diletakkan pada muka depan bagi menambah daya tarikan terhadap Video Photoshop. Bar menu turut disediakan pada muka hadapan bagi memudahkan peserta bernavigasi dari satu skrin ke skrin yang lain. Selain itu, video dan latihan pengukuhan disediakan secara dalam talian untuk memudahkan peserta mencapai dan membuat rujukan berkaitan pengeditan imej dan teknik mereka bentuk visual. Pelajar boleh mengakses modul bercetak menggunakan bar menu dalam bentuk PDF serta boleh dimuat turun dan dicetak oleh pelajar bagi memudahkan lagi rujukan dibuat.

Rajah 4.7 Skrin Muka Depan Video Photoshop dalam talian

a) Dapatan Pelajar IST

Jadual 4.1 menunjukkan pelajar IST menyatakan “Penggunaan simulasi dalam Video menarik” adalah paling tinggi (min 4.750), diikuti “Penggunaan grafik atau warna dalam Video menarik”, masing-masing (min 4.700). Seterusnya “Reka bentuk skrin

paparan Video menarik” (min 4.675), “Skima warna Video menarik” (min 4.625) dan

“Paparan skrin Video dapat meningkatkan minat” dan “Warna latar belakang Video menarik”, masing-masing (min 4.615). Seterusnya “Suara dalam Video sesuai dan menarik” (min 4.575), “Antara muka Video menarik” (min 4.550), “Warna teks Video sesuai dan menarik” (min 4.475). Dua ciri paling lemah ialah “Persembahkan Video memaparkan susunan teks yang jelas atau berkesan”, “Saiz atau jenis teks dalam Video menarik”, masing-masing (min 4.425). Nilai min keseluruhan ialah 4.594 dengan sisihan piawai 0.405.

b) Dapatan Pelajar Tutorial

Jadual 4.1 menunjukkan pelajar Tutorial menyatakan “Penggunaan grafik dalam Video menarik”, (min 4.700) adalah paling tinggi, diikuti “Penggunaan Warna atau Simulasi dalam Video menarik” dan “Skima warna video menarik”, masing-masing (min 4.650).

Seterusnya “Reka bentuk skrin paparan Video menarik” (min 4.625), “Warna latar belakang Video menarik” (min 4.600), “Antara muka Video menarik” (min 4.525), P”aparan skrin Video dapat meningkatkan minat” dan “Suara dalam Video sesuai serta menarik”, masing-masing (min 4.500), “Persembahkan Video memaparkan susunan teks yang jelas serta berkesan” (min 4.350). Tiga ciri paling rendah ialah “Saiz atau jenis teks dalam Video menarik”, masing-masing (min 4.325) dan “Warna teks Video sesuai serta menarik” (min 4.200). Nilai min keseluruhan ialah 4.522 dengan sisihan piawai 0.461.

Pelbagai definisi antara muka telah dikemukakan oleh penyelidik lepas, namun kebanyakan kajian menyatakan bahawa antara muka adalah medium komunikasi antara manusia dan sistem yang diterjemahkan dalam bentuk permukaan skrin. Oleh itu, dalam kajian ini antara muka merujuk kepada permukaan skrin komputer bagi memudahkan interaksi dengan manusia. Adnan, Ali & Ahmad (2015) dalam kajian Hazwani Nordin

& Dalbir Singh (2017) menakrifkan antara muka sebagai satu alat atau program yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan sistem komputer. Antara muka

& Dalbir Singh (2017) menakrifkan antara muka sebagai satu alat atau program yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan sistem komputer. Antara muka

Dalam dokumen BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN (Halaman 148-200)

Dokumen terkait