1.8 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
1.12.10 Konsep Konstruktivisme
Menurut Allen (2012) pendekatan pengajaran secara konstruktivisme melibatkan kognitif iaitu pembinaan sesuatu konsep atau fakta baharu dalam mental mereka berdasarkan pengetahuan atau pengalaman lepas. Manakala Ahmad Jelani (2011) mendefinasikan secara umum bahawa pendekatan konstruktivisme adalah berkonsepkan penjanaan ilmu.
Dalam konteks kajian ini, pendekatan konstruktivisme yang digunakan mengambil kira pedekatan yang telah dicadangkan oleh pihak kurikulum Teknologi untuk PdP yang diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Subjek EDUP3052. Setiap tutorial Video Photoshop mengandungi latihan berpusatkan guru
pelatih yang dipelbagaikan aktiviti secara tutorial tunjuk cara dan latihtubi. Tutorial Video Photoshop memberi ruang dan peluang kepada guru pelatih mengembangkan idea sendiri dengan pembelajaran konsep baharu yang secara tidak langsung menerapkan kemahiran berfikir kreatif. Kemahiran berfikir kreatif merupakan pemikiran autentik, mencari sesuatu yang baharu, mencari penyelesaian baharu kepada masalah lama dan menyokong pemikiran sedia ada (Canan & Fatime 2010).
1.12.11 Konsep Minimalisme
Kajian Nurul Azita Salleh et al. (2012) menyatakan teori minimalisme Carroll (1990), ialah teori yang melibatkan seni dan rekaan terutama seni visual dan musik. Peranan teori ini adalah untuk menentukan penempatan maklumat dan penggunaan gambar, warna dan muzik yang sesuai yang diatur dengan kemas dan lengkap di papan cerita sesuatu projek serta memperoleh hasil yang menarik dan berkesan ke arah memahami pengguna. Rasional bagi teori ini adalah untuk menentukan bahawa setiap penempatan maklumat dengan susunan reka bentuk gambar, warna dan muzik pada pembangunan perisian papan cerita dapat diatur dengan sempurna, teratur dan rapi sesuai dengan prosedur yang dinyatakan. Konsep teori ini diaplikasikan dalam reka bentuk pembangunan Video Photoshop untuk memudahkan pembelajaran anjal dan kendiri bagi guru pelatih IPG.
Pembangunan kandungan Video Photoshop banyak melibatkan penerapan teori minimalis yang mana aplikasi ini membenarkan guru pelatih untuk bebas memulakan pembelajaran secepat mungkin. Selain dari penerapan aktiviti sokongan, maklumat dalam kandungan Video Photoshop turut dipadatkan pemahaman guru pelatih tanpa mengubah konsep asal pembelajaran RBV. Pengguna juga bebas untuk ke mana-mana topik tanpa mengikut turutan dan tanpa menghabiskan tutorial pada satu-satu paparan terlebih dahulu. Tambahan pula, penghuraian fungsi alatan kadangkala agak panjang untuk memberi kefahaman dan penjelasan yang terperinci kepada guru pelatih. Oleh yang demikian, penerapan teori minimalisme di dalam aplikasi perisian photoshop bertujuan untuk memadatkan penjelasan yang panjang agar menjadi lebih padat dan ringkas bagi memudahkan guru pelatih memahami sesuatu kandungan.
Guru boleh menggunakan pelbagai media untuk menyusun pengajaran dan pelajar tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu hala sahaja. Dengan menggunakan media seperti modul pengajaran terancang, buku kerja, video, visual dan sebagainya, pengajaran boleh dirancang mengikut tahap kebolehan pelajar. Dengan menggunakan media yang pelbagai, pelajar akan berasa seronok menyebabkan perubahan tingkahlaku pelajar akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran akan berlaku dengan lebih mudah (Azura et al 2014).
1.12.12 Independent Student Time (IST)
Rasional kursus atau Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) PdP EDUP3052 ialah guru pelatih perlu menguasai dan mengaplikasi kemahiran pelbagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih juga dapat mengintegrasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk pengajaran dan pembelajaran. Kerangka proforma kursus atau modul pembelajaran guru pelatih, Independent Student Time, (IST) ialah 60 jam merangkumi 12 topik. Pada waktu IST, setiap topik diberi soalan tugasan kepada guru pelatih untuk bersedia semasa sesi tutorial. Pada waktu IST guru pelatih membaca dan mencari bahan mengikut topik dengan belajar secara kendiri.
Strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan mod kuliah, tutorial, pembentangan, dan perbincangan. Strategi pentaksiran pencapaian guru pelatih dalam kursus ini ditentukan menerusi dua bentuk pentaksiran, iaitu kerja kursus (70%) dan peperiksaan (30%) dalam Proforma Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (RMK 2015). Salah satu daripada tajuk kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ialah Reka Bentuk Visual yang mana guru pelatih perlu mengenal pasti perisian, perkakasan dan aksesori yang digunakan dalam penghasilan bahan bantu mengajar.
1.12.13 Tutorial
Sesuai dengan perkembangan globalisasi, teknik pengajaran dan pembelajaran juga perlukan inovasi dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang lebih kreatif. Dalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, kaedah tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran RBV berdasarkan susunan dan urutan yang
merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem. Tutorial merupakan Computer Assisted Teaching and Learning yang digunakan bagi maksud mempersembahkan bahan pengajaran baru yang mana mempunyai beberapa langkah-langkah penerangan yang tersusun (Allesi & Trollip 1991). Menurut Khairulnisak & Wan Ahmad Jaafar (2016), guru pelatih dapat menggunakan aplikasi berulang kali sehingga faham tanpa bergantung sepenuhnya kepada pensyarah.
Strategi pembelajaran tutorial adalah cara yang digunakan oleh guru pelatih dalam pembelajaran reka bentuk visual melalui video aplikasi perisian photoshop untuk menguasai teknik dan kemahiran menyunting imej. Dalam strategi ini, maklumat diberikan berbantukan contoh dan diikuti dengan soalan atau aktiviti. Jadi cara ini dapat memberi peluang kepada guru pelatih untuk belajar mengikut kadar dan kemampuan diri (Simonson & Thompson 1997). Pembelajaran tutorial dengan sedikit kaedah simulasi digunakan untuk memberi lebih gambaran mengenai langkah-langkah mereka bentuk (design). Kaedah ini dipilih kerana memudahkan cara penyampaian isi kandungan melalui langkah-langkah yang tersusun. Kaedah ini juga diikuti dengan tindak balas guru pelatih semasa latihan atau aktiviti-aktiviti menyunting imej untuk memantapkan penguasaan teknik serta kemahiran guru pelatih menggunakan aplikasi perisian photoshop dan dapat belajar dengan selesa mengikut tahap kemampuan mereka.
1.12.14 Latih tubi
Kaedah latih tubi merupakan salah satu strategi pengajaran yang terbukti sesuai untuk mengukur tahap kognitif pelajar dan telah digunakan di dalam bilik darjah secara meluas (Bloom 1984; Alessi & Trollip 1985; McArthur et al. 1993; Yusup 2001). Latih tubi juga merupakan strategi pengajaran yang ideal bagi sistem pengajaran bantuan komputer yang memberi tumpuan kepada pembelajaran secara individu (Alessi &
Trollip 1985; Blignaut & Knoetze 1999).
Langkah-langkah pembelajaran penguasaan secara latih tubi dalam kajian ini ditunjukkan oleh rajah 4.1. Pada permulaannya, guru pelatih yang hendak
menggunakan Video Photoshop ini perlulah membuka laman web http://rosnahahmadzain.com terlebih dahulu dan memasukkan kata laluan. Rajah 3.4 dan rajah 3.5 menunjukkan skrin permulaan Video Photoshop yang mengandungi menu pengenalan, menu tutorial video, latihan pengukuhan, sumber dan penghantaran tugasan.
Untuk mengukuhkan pengetahuan asas dan kemahiran menggunakan perisian photoshop ini, strategi pembelajaran latih tubi dilihat dapat membantu meningkatkan kefahaman konsep dan penguasaaan kemahiran melalui latihan yang banyak, pelbagai bentuk dan pendekatan (Jamalludin & Zaidatun 2003). Menurut Norazah Yusof et al.
(2008), strategi pembelajaran teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Ia bertujuan untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya. Pada masa ini, latih tubi merupakan pendekatan atau strategi yang popular digunakan dalam pembangunan perisian pembelajaran berbantukan berkomputer (PBK). Guru pelatih diberi latihan pengukuhan secara berturutan bagi membuat aktiviti ulangkaji. pelatih juga akan diberikan masa mengulangi latihan dalam Video Photoshop bertujuan membantu mengukuhkan kefahaman pelajar. (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir 2003). Dalam erti kata lain, strategi latih tubi dapat menilai semula kandungan yang telah diajar kepada pelajar.
Penggunaan strategi pembelajaran latih tubi membantu mengatasi masalah kekangan masa dikalangan pensyarah kursus Teknologi untuk PdP untuk memberi latihan kepada guru pelatih. Guru pelatih mengulangkaji di mana-mana pada masa yang sesuai dengan jadual mereka dan mendapat mengukuh kemahiran menggunakan komputer.
1.12.15 Tunjuk cara
Beberapa kaedah yang digunakan semasa mengajar melalui tutorial video photoshop dalam talian ini ialah kaedah tunjuk cara, latih tubi dan projek. Melalui pendekatan ini guru pelatih disediakan dengan latihan-latihan yang telah disusun mengikut elemen visual daripada peringkat pengenalan kepada peringkat mencipta (Taksonomi Bloom 1999). Proses ini boleh diulang-ulang sehingga guru pelatih berpuas hati dan faham akan langkah-langkah yang diajar dan kemudian meneruskan latihan kepada tajuk yang lain. Kaedah tunjuk cara pula bersesuaian dengan latihan-latihan yang agak sukar yang
mana guru pelatih boleh mencuba sendiri latihan yang diberi sebelum dan selepas sesi kuliah diadakan. Kaedah tunjuk cara mudah difahami oleh pelajar yang mempunyai kecerdasan visual yang tinggi (Staff Writers 2013; Willmot et al. 2012).
1.12.16 Pembelajaran secara anjal
Pembelajaran secara anjal di sini berlaku apabila pelajar bebas memilih bila-bila masa untuk menggunakan perisian ini. Guru juga tidak terikat dengan faktor masa untuk mempastikan pelajar berpeluang menggunakan perisian ini iaitu sama ada pembelajaran berlaku di dalam kuliah atau di luar jadual rasmi. Menurut Mohd. Noorhadi et al. (2017) para pelajar perlu didedahkan dengan pengunaan media teknologi ICT yang dapat meningkatkan kemahiran untuk mendapatkan informasi dan pengetahuan dalam proses PdP di dalam bilik kuliah dan juga di luar kampus.
Menurut Siti Fatimah & Nor Sakinah (2003), selain dari faktor masa, pembelajaran secara anjal juga bermaksud situasi yang boleh menampung keperluan individu untuk belajar mengikut kadar kendiri. Video Photoshop ini memberi kesempatan kepada guru pelatih untuk meneroka maklumat-maklumat yang diberi mengikut keselesaan mereka. Dengan ini juga kaedah ini dapat mengukuhkan kefahaman mereka apabila mereka tidak terikat dengan masa untuk memahirkan diri dengan kandungan persian. Secara tidak langsung pembelajaran secara anjal berjaya memotivasikan pelajar untuk terus belajar. Sementara itu, Rusmanto 2012 menyatakan bahawa kriteria untuk bahan pembelajaran yang baik adalah fleksibel, mudah dikemas kini, bahan berkaitan kandungan, sah dan mesra pengguna. Rekabentuk Video Photoshop ini juga adalah bersifat anjal apabila pelajar bebas memilih sama ada mereka hendak meneruskan menggunakan Video Photoshop atau keluar. Mereka juga bebas memilih mana-mana peringkat tutorial yang disediakan dalam Video Photoshop ini.
1.12.17 Pembelajaran Kendiri
Menurut Kamus Dewan secara atas talian melalui web http://prpmv1.dbp.gov.my, pembelajaran kendiri membawa maksud situasi pembelajaran yang membolehkan
pelajar belajar mengikut kadar kebolehan kendiri. Pembelajaran dalam talian telah membawa revolusi kepada sistem pendidikan dengan memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara fizikal dan mental dalam pembelajaran. Menurut Saedah Siraj (2004) pembelajaran kendiri menggalakkan pelajar untuk belajar secara kendiri dalam ruang kesediaan mental dan fizikal pelajar.
Pembangunan pembelajaran perisian kendiri merupakan satu yang penting dalam menyokong pembelajaran pelajar. Menurut Hassan (2008) dalam pembelajaran kendiri, simulasi dan visualisasi dalam perisian dipersembahkan akan memperkukuhkan lagi pembelajaran dan disamping bantuan unsur agen dalam sesuatu perisian digerakkan oleh motivasi instrinsik. Pembelian komputer pada masa kini telah dilengkapkan dengan perisian multimedia yang dibekalkan terus di dalam komputer.
Kemudahan ini banyak membantu pengajaran dan pembelajaran secara kendiri kerana dapat disampaikan dengan cara yang lebih menarik dan menyeronokkan (Noreliana 2012). Tujuan utama pembelajaran ini untuk meningkatkan pembelajaran kendiri dan penguasaan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Kajian ini membentangkan hasil penilaian kritikal pengajaran berasaskan video yang berperanan dalam menggalakkan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar di kalangan pelajar. Penggunaan video banyak membantu pendidik untuk memudah aktiviti pengajaran di samping pelajar lebih seronok untuk belajar secara kendiri.
Pembelajaran berpusatkan pelajar mampu menghasilkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan menurut Syamsulaini Sidek &
Mashitoh Hashim (2016). Selain itu, penggunaan video ini juga mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam usaha memberi motivasi dan sekaligus menarik minat dalam pembelajaran secara kendiri.
1.12.18 Konstruk Kebergunaan
Kebergunaan dilihat berkait dengan pengalaman pengguna menggunakan atau menerima sebarang servis atau bantuan (Tamil Selvan 2015). Namun dalam konteks kajian ini, kebergunaan adalah merujuk sejauhmana penerima bantuan iaitu guru pelatih IPG terhadap Video Phothosop yang dibangunkan sama ada membantu memenuhi
keperluan guru pelatih di dalam proses pembelajaran. Kajian reka bentuk pembangunan melibatkan model penilaian kebergunaan yang meliputi faktor kefungsian, keanjalan dan kendiri. Penilaian kebolehgunaan 1 dan kebolehgunaan 2 dijalankan sebanyak dua kali untuk memastikan Video Photoshop mempunyai kriteria kemudahan kawalan dalam suatu perisian menyokong pendapat Clark & Mayer (2002).
Kebergunaan video Photoshop melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam aktiviti-aktiviti seperti menganalisis maklumat, mereka cipta, mengecam pola dalam aktiviti seperti menghasilkan bentuk, warna, saiz, susunan dan reka letak imej. Dapatan analisis deskriptif berikut menunjukkan wujud kemahiran KBAT dalam pembelajaran menggunakan Video Photoshop dalam talian ini. Aktiviti-aktiviti Video Photoshop untuk latihan dinilai berdasarkan konstruk (item 77-98). Item-item bagi konstruk kebergunaan dianalisis menggunakan skor min (SM), dan sisihan piawai (SP) bagi menilai tahap persetujuan peserta kajian terhadap kebergunaan Video Photoshop dalam memberi kemahiran kepada pelatih PISMP menggunakan Photoshop.
Video Photoshop yang dibangunkan dapat membantu guru pelatih IPG meningkatkan tahap kemahiran menguasai perisian grafik dalam menyelesaikan masalah reka bentuk visual. Guru pelatih boleh belajar secara optimum dengan mengikuti tutorial secara langkah demi langkah, di mana-mana dan bila-bila masa.
Video boleh diulang-ulang kerana butang video boleh pause, stop, and rewind untuk melihat kaedah tunjuk cara dan menguasai pembelajaran dengan afektif.
1.13 RUMUSAN
Bab ini menjelaskan latar belakang, penyataan masalah, konteks kajian, tujuan, objektif, persoalan, dan kerangka konsep kajian reka bentuk dan pembangunan video bagi meningkatkan kemahiran teknologi maklumat & komunikasi (ICT) guru pelatih IPG.
Video Photoshop yang dibangunkan memfokus kepada penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Seterusnya, kepentingan, batasan, skop serta definisi pemboleh ubah kajian turut dibincangkan. Definisi operasional istilah penting juga akan dinyatakan sebelum merumuskan bab ini.
Teknologi web direka bentuk untuk memenuhi keperluan guru pelatih abad ke-21. Pembinaan media Video Photoshop diharap akan meningkatkan minat guru pelatih menghasilkan PdP lebih bermutu. Selain itu, melalui sistem ini, guru pelatih dapat menjadikan Video Photoshop ini sebagai media pembelajaran dalam mereka bentuk dan bahan rujukan sebelum dan semasa sesi perkuliahan berlangsung. Secara tidak langsung, sistem ini mampu menjana guru pelatih agar lebih kreatif dan kritis dalam pemikiran mereka. Proses kerja juga akan menjadi lebih teratur dan sistematik di samping guru pelatih akan lebih yakin untuk melibatkan diri dalam perbincangan semasa sesi perkuliahan berlangsung. Teknologi ICT memberi ruang penerokaan dan persekitaran pembelajaran yang lebih luas kepada para guru pelatih dalam mendapatkan bahan sumber pembelajaran.
Reka bentuk Video Photoshop memilih persekitaran pembelajaran bervisual sebagai asas dalam pembangunan video dan laman web. Penerapan KBAT dalam reka bentuk Video Photoshop menyokong kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran guru pelatih menggunakan dan mengendalikan aplikasi perisian komputer berkaitan RBV dalam menghasilkan bahan pengajaran. Video Photoshop yang dibangunkan boleh digunakan berulang kali sebagai bahan bantu mengajar pada masa hadapan.
Selain itu, Video Photoshop dapat membantu mengatasi masalah kesuntukan masa pensyarah bagi melakukan demonstrasi subtajuk tertentu berkaitan kurikulum ini. Guru pelatih pula berpeluang menggunakan Video Photoshop sebagai pengukuhan pembelajaran kendiri mereka secara anjal mengikut kemampuan guru pelatih sama ada semasa kuliah atau waktu IST.
BAB II
KAJIAN KEPUSTAKAAN
2.1 PENGENALAN
Menurut Mohd Nor Hajar Hasrol Jono et al. (2013), Dato 'Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah mengarahkan Dasar e-Pembelajaran (National e-Learning) untuk merancang dan menyampaikan satu rangka kerja dan hala tuju bagi pelaksanaan e-pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPTM) untuk tempoh lima (5) tahun dari 2011 hingga 2015. Oleh itu, IPTM akan mampu untuk bergerak ke hadapan dalam aspek yang lebih baik daripada e-pembelajaran dan membantu untuk menyokong pembelajaran yang lebih peribadi, fleksibel, mudah alih, dan bersifat memenuhi permintaan (on-demand manner).
2.2 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN VIDEO
Pelajar hari ini membesar dalam dunia teknologi terkini termasuk telefon bimbit, kamera digital dan internet. Digambarkan sebagai "Gen-X, Millennials, Nintendo dan Generasi Net" (Tapscott 2009, Olsen 2005, Oblinger 2003, Tapscott 1997), mereka bermain permainan dalam dunia 3-D, mendengar podcast, rakan-rakan mesej segera, mendengar muzik, penulis video mereka sendiri untuk www.youtube.com dan bekerjasama dalam penciptaan 'cerita digital' untuk ePortfolio mereka. Mereka menyerap maklumat dengan cepat, imej dan video serta teks, daripada pelbagai sumber secara serentak. Mereka beroperasi pada apa Prensky (2004) menerangkan sebagai,
"twitch speed ", mengharapkan jawapan segera dan maklum balas.
Pelbagai teknologi boleh digunakan mengikut teknik dan strategi tingkah laku untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada pelajar agar mereka dapat merealisasikan objektif pengajaran (Faizah 2017). Dalam persekitaran sumber daya ICT, alat teknologi seperti Video Photoshop boleh berfungsi sebagai rangsangan yang melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran untuk memperoleh pengetahuan (Norhasyimah Hamzah et al. 2018).
Menurut Zac Woolfitt (2015) literasi digital ialah kompeten dengan pelbagai alat digital untuk tujuan pendidikan yang bervariasi atau sebagai penunjuk (indicator) yang berkeupayaan untuk menilai secara kritis sumber yang ada dalam web (Johnson, Adams Becker, Estrada & Freeman 2015). Jacobs (2013) memberikan gambaran keseluruhan mengenai perbincangan mengenai kemahiran abad ke-21 dan jurang yang wujud antara pelajar dan pensyarah. Laporan Kaltura, mengenai video dalam pendidikan, Kaltura (2015) mendefinisikan literasi digital sebagai keupayaan untuk mencari, mengatur, memahami, menilai, menganalisis, mencipta dan menyampaikan maklumat menggunakan teknologi digital dan mereka meramalkan bahawa peranan pensyarah akan beruba daripada pensyarah kepada fasilitator pembelajaran aktif. Pada masa kini, penting institusi Pengajian Tinggi menyediakan pelajar dengan satu set kemahiran yang sesuai untuk belajar dengan berkesan menggunakan teknologi. Jumlah pembelajaran dalam talian semakin berkembang, dengan itu mempunyai tahap asas literasi digital merupakan titik permulaan yang penting untuk pembelajaran yang berkesan. Maka menjadi anggungjawab institusi Pendidikan Tinggi untuk memastikan pelajar membangunkan kemahiran abad ke-21, kemahiran yang diperlukan untuk masyarakat berasaskan pengetahuan (Bates 2015). Oleh itu, para pendidik perlulah bersifat proaktif dan sanggup membangunkan bahan pembelajaran multimedia bagi menarik minat ramai guru pelatih terhadap kursus Teknologi Maklumat untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang merupakan kursus teras yang wajib dikuasi oleh semua guru pelatih IPG.
Digitalisasi berterusan mempunyai kesan yang besar terhadap persekitaran kerja tradisional tetapi alat digital bukan hanya mengambil peluang daripada ekonomi;
mereka juga menyediakan peluang baru bagi orang untuk menyumbang kerja (Brynjolfsson & Mcafee 2014). Menjadi tanggungjawab Pendidikan Tinggi untuk
memastikan pelajar membangunkan kemahiran abad ke-21, iaitu kemahiran yang diperlukan untuk masyarakat berasaskan pengetahuan' (Bates 2015). Literasi digital bersamaan dengan kompeten dengan pelbagai alat digital untuk tujuan pendidikan yang bervariasi, atau sebagai penunjuk mempunyai keupayaan untuk menilai secara kritis sumber yang terdapat di web (Johnson, Adams Becker, Estrada & Freeman 2015).
Jacobs (2013) memberikan gambaran keseluruhan mengenai perbincangan mengenai kemahiran abad ke-21 dan jurang yang wujud antara pelajar dan pensyarah. Kaltura (2015) mendefinisikan literasi digital sebagai keupayaan untuk mencari, mengatur, memahami, menilai, menganalisis, mencipta dan menyampaikan maklumat menggunakan teknologi digital dan meramalkan peranan pensyarah akan berubah daripada pensyarah kepada fasilitator dalam persekitaran pembelajaran aktif.
Infrastuktur teknologi ICT di institusi pengajian tinggi perlu menyediakan pelajar satu set kemahiran yang sesuai untuk belajar dengan berkesan menggunakan teknologi.
Pembelajaran yang dilakukan secara online kini, menekankan kemahiran tahap asas literasi digital dan titik permulaan yang penting untuk pembelajaran yang berkesan.
Pendidikan tinggi perlu melihat ke hadapan dan tidak ketinggalan melibatkan pembinaan serta menyokong pelajar dalam membangunkan pendekatan untuk belajar dalam talian melalui video.
Proses pengajaran dan pembelajaran dikatakan lebih menarik dan bermanfaat dengan penggunaan video kerana elemen dalam video mampu memberi pengalaman baru dalam pengajaran dan pembelajaran (Ngu Hang Ling 2012; Asniza Khalid 2011;
Ismail Zain 2002). Penggunaan video dalam PdP yang popular sekarang adalah EduwebTV dan Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula dipilih oleh universiti terkemuka dunia, Massachusetts Institute of Technology (MIT) dari Amerika Syarikat untuk melaksanakan projek Blended Learning Open Source Science or Math Studies (Blossoms) bagi meningkatkan pencapaian dan peratusan enrolmen pelajar sains dan matematik di negara kita ( Zaleha 2016). Pengurus Projek Blossoms UTM-MIT, Dr. Zaleha Abdullah (2016) berkata, sejak dilancarkan pada Januari 2013, 185 guru dari Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan terlibat dalam penghasilan video-video pengajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang berkualiti bagi rujukan masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Proses penghasilan
video ini tidak memberi penekanan terhadap aspek teknologi tetapi membantu guru untuk mengajar mata pelajaran STEM dalam suasana pembelajaran yang lebih menarik, interaktif dan kolaboratif. Menurut Zaleha (2016), proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan video Blossoms menggalakkan penglibatan aktif pelajar dan berbentuk pembelajaran secara penerokaan manakala guru pula bertindak sebagai fasilitator.
Setakat ini, sebelas video Blossoms telah dimuat naik ke laman https://blossoms.mit.edu/ dan boleh dimuat turun secara percuma untuk digunakan oleh guru dalam PdP masing-masing.
Satu kajian empirikal baru-baru ini dengan jumlah 6.9 juta sesi menonton video merentas platform edX Open Massive Online Course (MOOC) menunjukkan bahan persembahan di bawah enam minit menyebabkan penglibatan pelajar yang lebih besar (Guo 2014; Lidia Mihaela & Florin 2016; Nur Syazwani 2016). Penyelidikan sokongan yang dijalankan di sekolah Amerika Syarikat dan United Kingdom dan institusi
Satu kajian empirikal baru-baru ini dengan jumlah 6.9 juta sesi menonton video merentas platform edX Open Massive Online Course (MOOC) menunjukkan bahan persembahan di bawah enam minit menyebabkan penglibatan pelajar yang lebih besar (Guo 2014; Lidia Mihaela & Florin 2016; Nur Syazwani 2016). Penyelidikan sokongan yang dijalankan di sekolah Amerika Syarikat dan United Kingdom dan institusi