1.8 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
1.12.6 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Takrifan (Wikipedia 2008) teknologi maklumat dan komunikasi atau teknologi termasuk peralatan seperti radio, televisyen, telefon bimbit, sistem satelit, bahan cetak dan video, dan teknologi seperti komputer dan rangkaian, perkakasan dan perisian, realiti maya, aplikasi pendidikan jarak jauh, teknologi komputer dan teknologi antaramuka. Apabila merujuk kepada TMK dalam kajian ini, ia merujuk kepada komputer yang berkaitan dengan aplikasi perisian. Berkemahiran menggunakan teknologi maklumat dan media dalam PdP dan mengaplikasikan serta menyesuaikan dengan pedagogi serta konsep dan teknik pembelajaran Abad Ke-21 menjadi pilihan pendidik masa kini. Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software. ICT menurut Yueh et al. (2013) ialah penggunaan teknologi ini khususnya dalam bidang pendidikan, memberi satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru serta pembelajaran pelajar. ICT juga disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas (Abdul Manaf et al., 2015).
Pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi mampu menyediakan pembelajaran kendiri yang berpusatkan pelajar yang boleh diakses secara anjal dengan kemudahan Internet yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi.
Persekitaran pembelajaran begini menurut Nazarenko (2014) mewujudkan pembelajaran maya yang terdapat pautan kepada sumber media pembelajaran secara demonstrasi yang sistematik dan boleh diulang-ulang oleh guru pelatih seperti media video. Penghasilan video dalam talian merujuk kepada proses mereka bentuk dan membangunkan sumber pengajaran dan pembelajaran Photoshop yang berfungsi sebagai perisian komputer yang memaparkan tutorial mereka bentuk visual.
Kajian ini memilih strategi pengajaran tutorial, tunjuk cara dan latih tubi untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran teknikal menggunakan perisian grafik.
Menurut Irwan, Norazah, Rosseni (2016) penggunaan bahan pengajaran mestilah bersesuaian berdasarkan kehendak serta keperluan pelajar dalam usaha menyediakan kaedah penyampaian yang mudah difahami dan menyediakan tenaga kerja yang
berkemahiran tinggi. Menurut Isham (1997), kemahiran visualisasi adalah kebolehan seseorang mencipta, memanipulasi dan kemudiannya berkomunikasi secara lisan atau grafik sesuatu imej mental yang ada dalam pemikirannya. Oleh itu, kemahiran visualisasi bukan sahaja terikat kepada proses pembentukan imej dalam minda seseorang, tetapi juga boleh dilihat melalui proses penyampaian maklumat sama ada berbentuk bahasa percakapan mahupun berbentuk visual.
Kecekapan dan kemahiran menggunakan komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. Kajian ini melibatkan kemahiran TMK yang didefinisikan secara operasional sebagai kemahiran mengintegrasi ICT dalam PdP bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran bertujuan untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran menurut Pisapa (1994) iaitu guru perlu mengintegrasikan ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.12.7 Pelantar Web
Pelantar web yang boleh digunakan oleh vloggers untuk memuat naik kandungan video mereka, sememangnya berbeza. Sebenarnya apabila seseorang yang aktif di blog dengan menggunakan salah satu pelantar blog seperti Tumblr, Blogspot, Wordpress, Weebly dan sebagainya, mereka boleh memuat naik kandungan video kerana terdapat ciri-ciri yang memungkinkan untuk melakukannya (Eribka et al. 2017). Weebly adalah salah satu pembangun laman blog terhebat. Weebly pelantar web menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk mendapatkan laman web dan blog dalam talian.
Pelantar Weebly Education dipilih untuk menjadi tapak tutorial Adobe Photoshop dalam talian. Fungsi utama Weebly Education ialah menjadikan pelantar CMS (Content Management System) yang membenarkan web diubahsuai. Elemen-elemen kandungan (seperti teks, foto, peta dan video) dalam pelantar Weebly hanya perlu menyeret dan meletakkannya (drag and drop) untuk membangunkan sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Teks disunting sama seperti dalam pemproses
perkataan. Membina laman web anda dilakukan secara langsung, terus dari pelayar web.
Tidak perlu proses instalasi aplikasi dan tidak perlu bimbang untuk upgrades apa-apa aplikasi (Fred Isaac 2018). Pelantar Weebly Education dipilih untuk menjadi tapak tutorial Adobe Photoshop dalam talian. Fungsi utama Weebly Education ialah menjadikan pelantar CMS (Content Management System) yang membenarkan web diubahsuai.
Weebly mewujudkan reka bentuk yang unik dan moden dengan imej yang disesuaikan dan latar belakang warna. Setiap antara muka lebar dan mudah hanya seret dan jatuh (drag and drop) ke halaman berfungsi seperti laman mini sendiri dan boleh mengandungi pelbagai elemen reka bentuk seperti latar belakang warna, teks, imej dan video. Unsur-unsur baru ini membolehkan pelantar web menambah lebih banyak variasi dan penyesuaian dengan menyusun bahagian secara bebas ke dalam susun atur halaman yang dibangunkan (Fred Isaac 2018).
1.12.8 Konsep Kognitivisme
Teori kognitivisme ialah teori yang melibatkan proses pemikiran. Beberapa tokoh terkenal seperti Bruner (1960), Gagne (1962), Lewin (1986), Ausubel (1963), Piaget (1970), Kohl (1976) dan Koffka (1922) menyatakan teori ini dikaitkan dengan proses dalaman fikiran yang mana idea-idea berlaku dan tidak dapat dilihat melalui pergerakan fizikal. Rasional di sebalik memilih teori kognitivisme untuk penyelidikan ini ialah untuk guru pelatih IPG melibatkan diri dan dapat menggunakan pemikiran aktif mereka untuk mendapatkan dan mengingati setiap maklumat yang dibentangkan dan mengembangkan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran RBV.
Dalam kajian ini, setiap maklumat yang dibentangkan menerusi aplikasi perisian grafik yang dibangunkan ini menggunakan pelbagai elemen multimedia. Hamzah et al.
(2010) menyatakan bahawa elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi dan audio dapat membantu menghasilkan proses kognitif selain menarik perhatian dan visi peserta yang aktif. Oleh itu, aplikasi multimedia dalam aplikasi perisian grafik ini lebih tertumpu kepada penggunaan elemen grafik dan video kerana maklumat yang diterima melalui elemen ini lebih mudah difahami dan diingati.
1.12.9 Konsep Behaviorisme
Konsep behaviorisme berpendapat bahawa hasil proses pembelajaran dapat diukur dengan pemerhatian tingkah laku; ia bergantung kepada hubungan rapat antara atribut atau sikap pelajar (seperti kecerdasan, latar belakang sosial dan keupayaan) dan hasil pembelajaran (Zainal Abidin Zainuddin et al. 2010). Selepas pembelajaran, pengguna lebih tertumpu kepada teori pembelajaran behaviourisme yang menyokong pembangunan pembelajaran berasaskan talian yang berkaitan dengan Unit Pemprosesan Pusat. Oleh itu, teori behaviorisme boleh memastikan perubahan tingkah laku tindak balas pelajar terhadap pembelajaran berasaskan talian.
Berdasarkan video yang menggunakan pendekatan tutorial, tunjuk cara dan latih tubi serta latihan yang dibangunkan oleh penyelidik, teori ini dapat menyokong perubahan persepsi pelajar tentang pembelajaran di depan komputer. Sebagai contoh, pensyarah boleh memberi kredit kepada pelajar yang membentangkan latihan mereka, dengan pujian dan rangsangan seperti tutorial secara kendiri dan seterusnya, akan mendorong pelajar untuk meningkatkan pembelajaran mereka. Sebagai kesimpulan, kajian teoritikal tingkah laku boleh berlaku kerana hubungan antara rangsangan dan tindak balas dalam proses T & L berasaskan web menurut Norhasyimah Hamzah et al.
(2018) dalam Development of Central Processing Unit Teaching Using Web-Based Learning.