• Tidak ada hasil yang ditemukan

France Competence Reference Framework: Computing and Internet Certificate (C2i) Certificate (C2i)

Kepiawaian Kompetensi ICT guru-guru

2.8 Analisis standard kompetensi ICT guru-guru luar negara

2.8.5 France Competence Reference Framework: Computing and Internet Certificate (C2i) Certificate (C2i)

Objektif pembangunan C2i level 2 yang diterbitkan oleh France Official Bulletin of

National Education (BOEN) pada Mac 2004, adalah bertujuan mengesahkan

kemahiran profesional yang diperlukan oleh semua guru di Perancis bagi melaksanakan pedagogi, mengambil kira aspek pendidikan dan masyarakat dalam tugasan mereka (Terrades, 2010). Berdasarkan C2i level 2, ICT perlu digunakan bermatlamat untuk mengawal persekitaran profesional dan digital, untuk memperoleh kecekapan yang diperlukan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan bertujuan memikul tanggungjawab profesional dalam sistem pendidikan. Selain itu, ICT juga perlu digunakan untuk berkerja di persekitaran maya menggunakan alat-alat secara kolaboratif, mereka bentuk dan menyediakan kandungan pengajaran dan situasi pembelajaran. ICT juga digunakan bagi mengimplementasikan pedagogi dan pengajaran serta melaksanakan kaedah penilaian.

C2i level 2 dibahagikan kepada dua domain iaitu domain A iaitu kompetensi umum

yang berkaitan tugasan bagi guru dan domain B iaitu kompetensi yang diperlukan untuk mengintegrasikan ICTE dalam amalan pekerjaan guru. Domain A dibahagikan kepada tiga iaitu A1: Kebiasaan dengan persekitaran kerja digital, A2: Pembangunan kompetensi pembelajaran sepanjang hayat dan A3: Tanggungjawab profesional dalam konteks sistem pendidikan. Domain B pula dibahagikan kepada empat bahagian iaitu B1: Bekerja dalam rangkaian dengan menggunakan peralatan pekerjaan secara kolaboratif, B2: Mereka bentuk dan persediaan kandungan pengajaran dan situasi pembelajaran, B3: Pelaksanaan dalam pengajaran serta B4: Penggunaan prosedur penilaian.

75

Dalam bahagian A1 iaitu kebiasaan dengan persekitaran kerja digital, kompetensi melibatkan pengetahuan minimum yang dikehendaki oleh mana-mana guru untuk menggunakan ICT dalam setiap aspek amalan bekerja samada dalam pentadbiran atau pedagogi. Kedua-dua aspek tersebut akan memudahkan guru mengendalikan pekerjaan. Kumpulan pertama kompetensi ini bertujuan dalam pemahaman dan kebiasaan dengan persekitaran yang mana guru bekerja, dalam peringkat teknikal dan persekitaran masyarakat. Kedua-dua kompetensi bertujuan mencapai komunikasi yang berkesan dan berfikir secara baik dengan persekitaran pendidikan (pihak pengurusan, ibu bapa, murid-murid serta pihak lain) dan keberkesanan penggunaan sumber profesional. Kebolehan memahami dan penggunaan sumber dalam persekitaran membolehkan guru-guru menyesuaikan diri dengan perubahan yang dihadapi samada dalam pekerjaan atau perubahan teknologi dan organisasi.

Bahagian A2 adalah pembangunan kompetensi pembelajaran sepanjang hayat yang menggambarkan aspek profesional guru tidak terhad dalam tempoh latihan sahaja. Ini kerana potensi teknologi pendidikan dan pembangunan rangkaian bagi memudahkan pembelajaran jarak jauh dalam pendidikan peringkat tinggi dan juga di sekolah. Dalam pembelajaran peringkat dewasa juga, guru dikehendaki untuk meneruskan pembelajaran mereka secara bebas, menggunakan sumber penyelidikan, kerja-kerja saintifik dan didaktik dan juga sumber yang dijana oleh rangkaian institusi dan komuniti berasaskan disiplin atau pedagogikal.

Bahagian A3 iaitu tanggungjawab profesional dalam konteks sistem pendidikan merumuskan tanggungjawab profesional dalam konteks sistem pendidikan adalah isu utama dalam pembangunan profesionalisme guru. Dengan wujudnya rangkaian,

76

justeru meningkatkan risiko dalam tugasan guru dan seterusnya risiko dari murid. Oleh itu, penting untuk guru meningkatkan kompetensi dalam bahagian ini agar mereka dapat mendidik murid dalam persekitaran ICT. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan secara seimbang dalam komunikasi interpersonal seperti dalam persekitaran maya (laman web, blog dan sebagainya). Jadual seterusnya adalah kompetensi-kompetensi yang terdapat dalam domain A.

Jadual 2.4

Domain A: Kompetensi umum yang berkaitan tugasan bagi guru

Domain Kompetensi

A1. Kebiasaan dengan persekitaran kerja digital

A11. Mengenal pasti sumber pegawai ICT dan peranan mereka dalam persekitaran setempat, serantau atau persekitaran luar A12. Belajar menggunakan komponen ICT yang pelbagai (contoh: lokasi dan alatan ICT) yang ada dalam persekitaran kerja A13. Memilih dan menggunakan sumber dan perkhidmatan yang ada dalam persekitaran kerja digital

A14. Mengenal pasti dan menggunakan alatan yang sesuai untuk komunikasi dengan profesional dan pengguna dalam sistem pendidikan.

A15. Mengumpul dan menyusun sumber, menggunakan sumber profesional

A2: Pembangunan kompetensi dan pembelajaran sepanjang hayat

A21. Menggunakan sumber atas talian atau sistem pembelajaran jarak jauh untuk pembelajaran personal

A22. Merujuk hasil penyelidikan yang menghubungkan pengetahuan, pembelajaran dan ICTE

A23. Sentiasa peka dengan perkembangan pedagogikal, organisasi dan saintifik melalaui pertukaran rangkaian yang berkaitan amalan kerja dalam bidang-bidang, disiplin dan tahap pengajaran tertentu

A3: Tanggungjawab profesional dalam konteks sistem pendidikan

A31. Menyesuaikan diri mengenai bagaimana seseorang mempamerkan diri dan komunikasi dengan individu dan konteks yang berbeza (institusi, awam, swasta, dalaman, luaran)

A32. Peka terhadap isu dan mematuhi peraturan melibatkan sumber seperti memeriksa kesahan maklumat

A33. Peka terhadap perundangan dan keperluan yang berkaitan dengan penggunaan ICTE secara profesional,

terutamanya melibatkan: perlindungan bagi kebebasan individu dan umum, keselamatan personal, perlindungan kanak-kanak, kerahsiaan maklumat, harta intelek dan imej.

A34. Memastikan diri dan orang lain mematuhi terma penggunaan, termasuk aspek pendidikan kewarganegaraan. Sumber: Rogard dan Cochard (2008)

77

Seterusnya dalam domain B pula di bahagian B1 iaitu bekerja dalam rangkaian dengan menggunakan peralatan pekerjaan secara kolaboratif, guru dikehendaki untuk menyediakan situasi pembelajaran dan kerja secara kolaboratif. Dalam tugasan yang dilakukan, mereka perlu bekerja dalam rangkaian bersama rakan sekerja lain dan keseluruhannya dengan sekolah dan penglibatan organisasi. Dalam bahagian B2 pula iaitu mereka bentuk dan menyediakan kandungan pengajaran dan situasi pembelajaran, guru dikehendaki untuk menggabungkan ICTE dalam pengajaran tradisional dan kaedah inovatif yang mana pendekatan individu kepada pembelajaran, tugasan kelas, komunikasi berkumpulan dan cara bagaimana untuk memperkembangkan pembelajaran luar kelas dan sebagainnya. Dalam bahagian B3, iaitu pelaksanaan dalam pengajaran melibatkan aplikasi dalam kelas yang mengambil kira situasi tugasan yang melibatkan murid.

Guru perlu membantu murid dalam penggunaan teknologi digital dalam penggunaan ICTE dalam seharian. Ini bermaksud pengajaran secara bersemuka dan pada masa hadapan aktiviti secara jarak jauh dapat dibina dan satu persekitaran yang bermaksud dapat dicipta agar kompetensi ini dapat diaplikasikan. Bahagian terakhir iaitu B4 pula iaitu prosedur penilaian yang memastikan guru untuk mempunyai kompetensi-kompetensi untuk penilaian dalam disiplin mereka. Namun begitu, terdapat juga bidang tertentu yang menggunakan kompetensi-kompetensi ini yang tidak berkaitan disiplin tetapi melibatkan semua guru. Pengetahuan mengenai pelbagai bentuk penilaian, aplikasi sebenar dan pengetahuan tentang peralatan ICT yang boleh digunakan dalam penilaian mesti menjadi sebahagian daripada pendekatan profesional guru. Jadual dibawah adalah ringkasan mengenai domain B.

78 Jadual 2.5

Domain B: Kompetensi yang diperlukan untuk mengintegrasikan ICTE guru

Domain Kompetensi

B1. Bekerja dalam rangkaian dengan menggunakan peralatan pekerjaan secara kolaboratif

B11. Mencari prosedur, indeks, berkongsi dan bergilir maklumat dan dokumen serta sumber dalam persekitaran digital

B12.Menyumbang dalam hasil kerja atau projek usahasama dalam kalangan disiplin, antara disiplin atau kumpulan pendidikan

B13.Menyusun, koordinasi dan mengetuai yang diberikan dalam rangkaian disiplin, antara disiplin atau kumpulan pendidikan

B2. Mereka bentuk dan persediaan kandungan pengajaran dan situasi pembelajaran

B21.Mengenal pasti situasi pembelajaran yang sesuai untuk menggunakan ICTE

B22. Mencipta situasi pembelajaran dan penilaian menggunakan perisian umum atau perisian yang spesifik dengan disiplin, bidang atau tahap pendidikan B23.Mereka bentuk situasi pembelajaran dan penilaian mengambil kira pendekatan pencarian maklumat B24.Menyediakan sumber yang bersesuaian dengan murid dan situasi pembelajaran yang pelbagai, memilih antara format dan media yang sedia ada dan memerhati peraturan komunikasi

B25.Mereka bentuk situasi pembelajaran dan memperkenalkan komponen sistem pembelajaran jarak jauh

B3. Pelaksanaan dalam pengajaran B31.Mengetuai situasi pembelajaran, mengambil peluang potensi ICT yang ada (tugasan kelas, tugasan individu, tugasan berkumpulan yang kecil)

B32.Mengurus pertukaran antara aktiviti yang menggunakan ICTE dan aktiviti yang tidak menggunakan ICTE

B33.Menguruskan perbezaan waktu dan kaedah bekerja, secara bersemuka dan jarak jauh, dalam mengambil kira kepelbagaian murid dan pelatih

B34.Menggunakan ICTE untuk menyokong dan membimbing murid atau pelatih dalam menjalankan tugasan mereka, projek dan penyelidikan

B35.Menjangkakan permasalahan teknikal dan tahu bagaimana untuk menanganinya

B4. Penggunaan prosedur penilaian

B41.Mengenal pasti kerangka kompetensi ICT (B2i, C2i) yang diimplemetasi dalam situasi pembelajaran ke atas murid atau pelatih

B42.Menyertai proses penilaian kompetensi ICT (B2i, C2i)

B43.Menggunakan alatan untuk tujuan penilaian dan memerhati pembelajaran pelajar

79