• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pegintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

TINJAUAN LITERATUR

2.3 Pegintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

ICT dalam pendidikan mempunyai potensi untuk mempengaruhi perubahan dalam kaedah pengajaran (Dawes, 2001; Kaufman, 2014; Aslan & Zhu, 2016). Selain itu, guru menyumbang menerusi inovasi dalam pendidikan, oleh itu kompetensi ICT guru di sekolah perlu dilihat sebagai pra-syarat yang sangat bernilai untuk memudah cara pengajaran dan pembelajaran dalam era moden teknologi maklumat. ICT bukan hanya bermaksud menyedari matlamat pendidikan tetapi perlu dilihat sebagai faktor penting dalam menstrukturkan semula sistem pendidikan, pengenalan kepada model pendidikan yang interaktif, pedagogi pendidikan yang baharu, serta pembelajaran sepanjang hayat (Vitanova et al., 2015).

2.3 Pegintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Dalam usaha untuk merealisasikan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, tinjauan terhadap pelaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diambil kira. Beberapa aspek penting dalam menentukan tahap pengintegrasian ICT tersebut diperinci dan antaranya adalah aspek pemilihan guru yang berkualiti, kesesuaian kursus ICT serta faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian ICT di sekolah yang perlu diperhalusi (Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim, 2012). Bagi merealisasikan dasar tersebut, Saedah Siraj dan Mohammed Sani Ibrahim (2012) menggariskan beberapa panduan dalam pemilihan bakal guru untuk memastikan guru-guru yang dilahirkan berkualiti pada masa hadapan. Antaranya adalah pengambilan guru-guru pelatih perlulah dilakukan secara ketat dan teliti. Aspek seterusnya adalah program induksi untuk guru pelatih iaitu program khas untuk melatih dan membimbing guru-guru pelatih atau guru yang baru ditauliahkan samada di sekolah rendah atau sekolah menengah perlu diwujudkan (Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim, 2012). Program tersebut

30

seharusnya berbentuk modul yang mengambil kira aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu ada pada guru baharu dan mereka perlu dibimbing oleh “mentor terlatih”. Aspek berikut adalah penting iaitu latihan dan kursus berterusan dalam organisasi yang bertujuan agar guru sentiasa mendapat pendedahan terkini melingkungi pengetahuan, kemahiran dan sikap agar prestasi kerja mereka dapat dipertingkatkan (Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim, 2012). Hasrat ini dapat dilakukan melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti program dan kursus latihan semasa bekerja yang dapat menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi. Peruntukan untuk Kursus Dalam Perkhidmatan adalah sebanyak RM260 juta setahun dan salah satu kursus tersebut melibatkan kursus Kemahiran Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). Hasil dari kursus-kursus yang dijalankan, hasrat kementerian agar menjelang Jun 2007, 100,000 orang guru mampu mengintegrasikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK (Saedah Siraj & Mohammed Sani, 2012; Garba, Byabazaire & Busthami, 2015).

Selain kursus-kursus tersebut, program latihan serta kursus bagi guru sekolah rendah dan menengah juga turut dijalankan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)/Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG); namun didapati masih terhad sedangkan pelbagai kaedah ICT dikenal pasti dapat digunakan dalam mata pelajaran di sekolah (Md Nor Bakar & Rashita A. Hadi, 2008). Ini kerana pusat-pusat latihan tersebut telah dibekalkan dengan kemudahan ICT di samping kemudahan teknologi pendidikan yang lain. Tambahan lagi, PSPN dan PKG juga menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan teknologi kepada guru dan sekolah. Oleh itu, PSPN dan PKG memainkan peranan besar dalam membantu meningkatkan pembelajaran

31

dan pembelajaran berasaskan ICT di sekolah. Trinder (2008) menyatakan kompetensi berkembang daripada tiga komponen dalam kehidupan seharian seseorang iaitu pendidikan, latihan dan pengalaman. Beliau berpendapat setiap individu akan membawa pengetahuan asas dan kemahiran dalam perkhidmatan mereka, tetapi kompetensi diperoleh berdasarkan kepada pendidikan dan pengalaman yang mereka perolehi daripada pekerjaan. Hal ini juga sama bagi guru; justeru itu pelbagai jenis program pembangunan profesional yang berkaitan dengan pelaksanaan ICT telah dianjurkan untuk guru dalam perkhidmatan bagi meningkatkan kompetensi ICT. Ini seterusnya, memberi perubahan kepada amalan pengajaran dan pembelajaran seperti mengintegrasikan ICT dalam pengajaran di bilik darjah serta pembelajaran yang berkesan. Ini membuktikan bahawa latihan, latihan ulangan dan juga kursus berterusan dapat meningkatkan kompetensi ICT guru dan seterusnya dapat memanfaatkan penggunaan ICT dalam kelas dan seterusnya memanfaatkan murid.

Walaubagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh Wan Zah Wan Ali et al., (2009); Toh, Wan Mohd Fauzy Wan Ahmad, Wan Jaafar Wan Yahaya, Fong, Hairul Nizan Ismail dan Aminah Ayob (2006); Tondeur, van Braak, Sang, Voogt, Fisser, Ottenbreit-Leftwich et al. (2012); Agyei dan Voogt (2011) mendapati, kebanyakan program latihan ICT tidak mencapai objektif yang diharapkan oleh penganjur. Ini dapat dilihat setelah tamat program latihan tersebut, tidak banyak perubahan dari segi sikap dan amalan dalam pengajaran yang dapat diperhatikan (Fong et al, 2013). Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh KPM pada tahun 2010, didapati pengintegrasian ICT di sekolah adalah terhad (KPM, 2012). Kira-kira 80% guru

32

menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu dan hanya satu pertiga daripada murid menyatakan guru mereka kerap menggunakan ICT (KPM, 2012).

Salah satu halangan untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang dikenal pasti adalah kerana kurangnya kompetensi ICT guru, motivasi yang rendah dan kekurangan keyakinan dalam menggunakan teknologi baru dalam pengajaran (Balanskat et al., 2006; Brun & Hinostroza, 2014; Raman & Yamat, 2014). Ini disokong dengan satu kajian yang dilakukan untuk meninjau tahap kompetensi guru dalam mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kajian yang dilakukan oleh Williams, Coles, Richardson, Wilson dan Tuson (2000); Garba, Byabazaire dan Busthami (2015), yang mendapati kompetensi dan komitmen bakal guru untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih di tahap rendah dan sederhana. Antara punca yang dikenal pasti adalah kerana modul yang digunakan dalam program latihan yang diberikan tidak berpandukan kepada mana-mana standard kompetensi ICT sedia ada. Ini mengakibatkan latihan yang diberikan tidak dapat membantu mereka menyelesaikan permasalahan yang dihadapi (Fong et al., 2013). Apakah permasalahan sebenar disebalik situasi ini telah dikenal pasti berdasarkan analisis kajian lepas dalam bahagian seterusnya.