Kepiawaian Kompetensi ICT guru-guru
3.3 Justifikasi pemilihan Teknik Delphi
3.3.2 Penggunaan teknik Delphi dalam kajian lepas
Teknik Delphi telah menjadi metodologi utama dalam kajian berkaitan pembangunan standard kompetensi terutama dalam bidang kesihatan, perniagaan serta pendidikan. Sebahagian kajian-kajian tersebut diterangkan semula seperti berikut. Salah satu kajian berkaitan pembangunan standard kompetensi ICT guru telah dijalankan oleh Fong et al. (2013) di Malaysia. Kajian tersebut bertujuan membangunkan satu standard kompetensi ICT bagi guru Matematik dan Sains. Kajian ini juga telah menggunakan teknik Delphi sebagai kaedah kajian dan hasil kajian tersebut, satu standard kompetensi ICT untuk guru Sains dan Matematik yang mengandungi lima kategori dan 17 indikator telah dihasilkan. Walaubagaimanapun, kajian tersebut tidak digeneralisasikan kepada pembangunan standard bagi guru-guru yang mengajar subjek lain.
Kajian seterusnya telah dilakukan oleh Wen dan Shih (2008) dimana kajian tersebut juga bertujuan membangunkan standard kompetensi ICT bagi guru-guru di Taiwan. Dalam kajian tersebut mereka telah membandingkan dua standard iaitu standard kompetensi ISTE-NETS dari Amerika Syarikat dan standard literasi kompetensi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Taiwan. Teknik Delphi juga
102
digunakan sebagai kaedah kajian untuk mendapatkan persetujuan panel pakar mengenai kompetensi ICT yang penting untuk guru-guru. Dapatan kajian ini menghasilkan satu standard kompetensi literasi ICT untuk guru-guru yang mengandungi tiga tahap iaitu tujuh standard, 15 indikator utama dan 32 indikator kedua yang melibatkan dimensi pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Antara kajian lain berkaitan penggunaan teknik Delphi telah dilakukan oleh Elwyn, O'Connor, Stacey, Volk, Edwards, Coulter et al. (2006), yang mana kajian mereka bertujuan membangunkan satu set kriteria kualiti dengan bantuan teknologi bagi sokongan keputusan untuk pesakit. Kajian mereka telah berjaya menyediakan satu senarai semak kualiti bagi pemaju, pengguna dan pembeli alat bantuan keputusan pesakit dan untuk itu, satu instrumen untuk mengukur kualiti alat bantuan keputusan kini sedang dibangunkan. Berdasarkan kajian yang menggunakan teknik Delphi dalam membangunkan standard atau kerangka, maka teknik Delphi juga sesuai untuk digunakan dalam kajian ini. Teknik Delphi terbukti dapat membantu sesebuah kajian yang memerlukan pandangan dari pakar tentang sesuatu isu. Jadual berikut menunjukkan beberapa kajian lepas yang menggunakan teknik Delphi dalam menyelesaikan permasalahan kajian:
103 Jadual 3.2
Perbandingan teknik Delphi dalam kajian lepas
Penyelidik Fokus Delphi Pusingan Saiz sampel
Dalkey & Helmer (1951)
Thomson (1985) Warner (1990)
Nambisan, Agarwal & Tanniru (1999) Schmidt, Lyytinen & Mark Keil (2001)
Bacon & Fitzgerald (2001)
Holsapple & Joshi (2002)
Dineke, Dolmans, Wolfhagen & van der Vleuten (2004) Wen & Shih (2008)
Fong, Ch’ng & Ping (2013)
Mitzman, King, Fastke, Hopson, Hoyle,
Levasseur...& Reynolds (2017)
li Leijen, Bert Slof, Liina Malva, Pihel Hunt, Jan van Tartwijk & van der Schaaf (2017)
Bilangan bom untuk mengurangkan pengeluaran munisi dengan
menyatakan amaun
Kenal pasti penggunaan humor sesuai dan tidak dalam psikoterapi
Mengenal pasti keperluan kompetensi pengurus Recreational Foodservice Pembangunan taksonomi konsep bagi tindakan reka bentuk organisasi Menganal pasti dan menentukan kedudukan risiko projek pembangunan
software:kajian antarabangsa
Pembangunan kerangka bagi bidang utama dalam bidang sistem maklumat Pembangunan kerangka kerja
deskriptif aktiviti manipulasi pengetahuan unsur
Pembangunan dan pengesahan kerangka kecekapan pengajaran bagi pendidikan tinggi
Meneroka kecekapan literasi maklumat untuk guru-guru sekolah rendah dan sekolah tinggi
Pembangunan standard kompetensi ICT
Pembangunan kurikulum pediatrik untuk staf perubatan kecemasan
Mengesahkan rubrik kompetensi berdasarkan prestasi 5 4 3 3 3 1 2 2 3 3 3 3 7 56 35 6 131 52 122 63 33 33 13 12-Estonian context 11-Dutch context
104 3.4 Prosedur pemilihan panel pakar
Proses pemilihan pakar bagi tujuan kajian ramalan Delphi adalah kritikal. Saiz pakar untuk kajian Delphi berbeza kerana teknik Delphi bergantung kepada dinamik kumpulan dan bukannya sampel statistik (O'Neill, Scott & Conboy, 2009). Dalkey & Helmer (1963) menyatakan minimum saiz yang sesuai untuk dijadikan panel pakar dalam teknik Delphi adalah seramai tujuh orang. Sementara itu, Delbecq et. al (1975) mencadangkan seramai 10 hingga 15 orang pakar perlu dinominasikan untuk setiap panel. Menurut Mullen (2003), saiz panel yang lebih besar perlu dinominasikan kerana tidak semua panel yang dihubungi akan bersetuju untuk menyertai sesuatu kajian. Dalam bekerja dengan pakar-pakar, adalah penting untuk memilih pakar yang berpengetahuan luas dalam bidang yang ingin dikaji dan syarat-syarat sebagai panel yang benar-benar pakar dalam bidang tersebut perlu dipastikan (Helmer, 1967).
Panel pakar dipilih bukan bertujuan mewakili demografi, tetapi untuk mendapatkan kepakaran mereka dalam menyumbangkan kepada kajian yang dilakukan. Bagi mendapatkan hasil kajian yang sah, Scheele (1975) mencadangkan panel pakar mesti dipilih daripada pihak berkepentingan atau ‘stakeholders’ yang akan terlibat secara langsung, pakar yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan kajian, dan fasilitator dalam bidang yang dikaji. Delbecq et. al (1975) telah menggariskan panduan terperinci dalam pemilihan pakar-pakar yang berkelayakan untuk teknik kajian kumpulan nominal, dan panduan dari mereka serta boleh diaplikasikan dalam pemilihan pakar bagi teknik Delphi.
Dalam proses Delphi yang dijalankan yang mana mereka menggambarkan prosedur tersebut dijalankan secara ketat yang bertujuan mengenal pasti pakar-pakar yang
105
berkaitan dengan bidang dan memberikan pakar-pakar untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut (Okoli & Pawlowski, 2004). Sesebuah kajian Delphi tidak bergantung kepada sampel statistik; tetapi memerlukan pakar-pakar yang benar-benar berkelayakan serta mempunyai pengalaman yang mendalam tentang isu-isu yang ingin dikaji.
Oleh itu, salah satu keperluan yang paling penting dalam menjayakan teknik Delphi adalah pemilihan pakar-pakar yang berkelayakan (Taylor, Judd & Moutinho, 1989). Panel pakar dalam teknik Delphi perlu memenuhi empat ciri “kepakaran” iaitu mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai isu-isu yang ingin dikaji, keupayaan dan kesediaan untuk mengambil bahagian, mempunyai masa yang mencukupi untuk mengambil bahagian dalam Delphi dan akhir sekali mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan (Adler & Ziglio, 1996). Menurut Fink (2012) pula, memandangkan kajian Delphi bertujuan mendapatkan pandangan pakar, maka persampelan bertujuan perlu dilakukan yang mana pakar yang dipilih tidak mewakili populasi umum, tetapi keupayaan mereka untuk menjawab soalan kajian (seperti dipetik Skulmoski, Hartman & Krahn, 2007). Walaubagaimanapun, disebabkan kajian Delphi memerlukan pakar yang mencukupi serta cadangan pakar tambahan diperlukan maka dalam kajian ini, teknik persampelan “snowball” digunakan bertujuan mendapatkan cadangan pakar tambahan yang seterusnya (Skulmoski, Hartman & Krahn, 2007).