Kepiawaian Kompetensi ICT guru-guru
3.6 Prosedur teknik Delphi yang telah diubahsuai dan analisis data Delphi Prosedur pentadbiran soal selidik dalam teknik Delphi ini mengikut prosedur yang
3.6.1 Soal selidik pusingan I
Soal selidik pusingan I telah dihantar kepada pakar pada hari sama mereka bersetuju untuk menyertai kajian menggunakan peranti perantara yang menjadi pilihan pakar sama ada melalui emel, laman web atau fax. Soal selidik pertama ini sangat ringkas yang mengandungi senarai kompetensi ICT yang dikumpul dari lima standard kompetensi dari luar negara termasuk International Society for Technology in
Education- National Education Technology Standards (ISTE-NETS), UNESCO ICT Soal selidik Pusingan
I (Penyelidik dan
panel pakar)
Analisis Data Pusingan I
Soal selidik Pusingan II (Penyelidik dan
panel pakar)
Analisis Data Pusingan II
Soal selidik Pusingan III (Penyelidik dan
panel pakar) Analisis Data
120
Competency Framework for Teachers (ICT-CFT), National ICT Competency Framework Australia. National ICT Competency Standard (NICS) dan France Competence Reference Framework: Computing and Internet Certificate (C2i).
Berdasarkan soal selidik pusingan I ini, pakar diminta menandakan item-item kompetensi ICT guru yang penting serta memberikan cadangan item kompetensi ICT lain yang perlu diukur (rujuk Lampiran C).
Pakar juga diminta memberikan komen dan menyatakan sekiranya terdapat kompetensi ICT lain yang perlu diukur selain yang terdapat dalam senarai item. Dalam fasa ini, keputusan pakar dianggap sebagai satu kumpulan yang sama dan jawapan mereka dianggap sebagai jawapan individu. Hal ini kerana, dalam kajian lepas menunjukkan keputusan berdasarkan kumpulan yang heterogenus adalah lebih kreatif berbanding kumpulan homogenus (Delbecq et al., 1975). Dalam sesebuah kajian Delphi, proses yang melibatkan kreativiti berlaku apabila panel pakar diminta untuk menyatakan faktor manakala dalam peringkat untuk menentukan kepentingan item mereka hanya perlu memberikan pertimbangan. Dalam pusingan ini pakar diminta untuk menandakan item-item yang penting untuk diukur bagi guru berdasarkan soalan dalam bentuk skala Likert 7 mata. Menurut Lewis (1993), penggunaan skala Likert 7 mata dalam kajian menghasilkan korelasi yang kuat dalam keputusan ujian-t berbanding skala mata yang lain. Ini menunjukkan bahawa tiada skala yang lebih signifikan dan lebih baik berbanding mana-mana skala dalam kajian-kajian sebelum ini (Diefenbach Weinstein & O’Reilly, 1993).
Panel diberi tempoh selama dua minggu untuk menjawab soal selidik tersebut. Ini sesuai dengan pernyataan Delbecq et al. (1975) yang berpendapat panel Delphi
121
digalakkan untuk diberi masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk menjawab soal selidik agar tidak terlalu memberi tekanan kepada mereka. Seterusnya, satu emel dihantar dalam masa tiga hari sebelum tempoh berakhir bertujuan mengingatkan ahli panel. Disebabkan ahli panel perlu diberi masa untuk menjawab soal selidik, maka Ludwig (1997) (seperti dipetik Hsu & Sandford, 2007) menyatakan, “salah satu kelemahan teknik Delphi adalah dari segi tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan semula soal selidik bagi setiap pusingan dan melambatkan proses”. Sehubungan itu, memandangkan proses pembangunan borang kaji selidik, mengumpul data dan proses mentadbir soal selidik adalah berhubung kait dengan proses pengulangan, maka langkah untuk memastikan panel pakar menjawab soal selidik dalam masa yang ditetapkan; salah satunya dengan menggalakkan mereka menjawab soal selidik atau melakukan analisis data dalam masa yang ditetapkan serta penyelidik perlu mengedarkan soal selidik untuk pusingan yang seterusnya tepat pada masa.
Setelah tamat tempoh dua minggu, 20 buah borang soal selidik dikembalikan membawa kepada 100% kadar respon daripada pakar. Data pusingan I dianalisa dan dapatan yang diperoleh digunakan untuk membangunkankan soal selidik pusingan II. Dalam analisis respon dari soal selidik pusingan I, item-item yang ditandai penting dimasukkan semula bersama item yang telah dicadangkan bertujuan membina soal selidik pusingan II. Selain itu, sebarang item baharu yang dicadangkan oleh pakar juga dimasukkan dalam soal selidik pusingan II. Walaubagaimanpun, dalam pusingan I kajian ini, tiada cadangan item tambahan daripada panel pakar; membolehkan kesemua 65 item asal dimasukkan dalam borang soal selidik pusingan II (rujuk Lampiran D).
122 3.6.2 Proses analisis data Delphi
Menurut Murphy, Black, Lamping, McKee, Sanderson, Askham dan Marteau (1998) yang mencadangkan penggunaan median dan julat antara kuartil atau ‘interquartile
range’ berbanding min dan sisihan piawai dalam aplikasi teknik Delphi kerana nilai
median dan julat antara kuartil didapati lebih kukuh. Julat antara kuartil (IQR) adalah ukuran serakan bagi median dan melibatkan pertengahan iaitu 50 peratus daripada pemerhatian (Sekaran, 2003). Oleh itu, nilai IQR yang kurang daripada 1 bermaksud lebih daripada 50 peratus pandangan jatuh di bawah skala 1 mata (De Vet, Brug, De Nooijer, Dijkstra & De Vries, 2005). Ini adalah ukuran yang sering digunakan dalam kajian Delphi, dan secara umumnya diterima sebagai cara menentukan konsensus yang lebih objektif dan teliti (Heiko, 2012).
Walaubagaimanapun, menurut Faherty (1979), penggunaan kuartil sisihan (nilai julat antara kuartil dibahagi dua) lebih baik digunakan kerana sisihan yang kurang daripada satu mata bagi skala mata menunjukkan pengkelompokan skor yang rapat yang mewakili konsensus. Oleh itu, kuartil sisihan digunakan dalam menentukan tahap konsensus item dalam kajian ini. Ini juga disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Fong et al. (2013) yang juga menggunakan kuartil sisihan dalam menentukan tahap konsensus.
Dalam kajian ini, terdapat dua analisis data dilakukan bagi setiap pusingan Delphi; analisis konsensus bagi item dan analisis konsensus antara pakar. Analisis konsensus item dilakukan berdasarkan nilai kuartil sisihan. Bagi kajian ini, tahap konsensus item ditentukan dengan nilai (tahap tinggi, tahap sederhana dan tiada konsensus) dan tahap kepentingan pula ditentukan dengan nilai (sangat tinggi dan rendah). Bagi
123
menentukan tahap konsensus yang mana tahap tinggi (sekiranya kuartil sisihan adalah kurang dari atau sama dengan 0.5), tahap sederhana (sekiranya kuartil sisihan adalah antara 0.5 dan 1) dan tiada konsensus (sekiranya kuartil sisihan adalah lebih dari 1). Bagi tahap kepentingan pula ditentukan dengan tahap tinggi (apabila nilai median adalah 4 dan ke atas) serta tahap rendah (apabila nilai median adalah kurang dari 3.5).
Analisis tahap konsensus antara panel pakar pula diukur menggunakan Kendall’s
coefficient of concordance (Schmidt, Lyytinen & Mark Keil, 2001). Kaedah ini
digunakan untuk mengukur persetujuan antara beberapa panel pakar yang sedang menilai mengenai sesuatu objek atau perkara (Legendre, 2005). Untuk meminimumkan ‘bias’ dalam menentukan kedudukan item-item untuk soal selidik pusingan I, item kompetensi yang ditentukan kedudukan disenaraikan secara rawak untuk setiap ahli panel oleh penyelidik. Untuk pusingan II, item disenaraikan dalam urutan kedudukan yang ditentukan panel pakar secara purata.
Jika dilihat dalam kajian lepas, nilai konsensus antara pakar meningkatkan secara beransur-ansur selepas setiap pusingan soal selidik. Dalam menentukan tahap konsensus antara panel pakar, pekali Kendall’s coefficient of concordance (W) digunakan (Schmidt, 1997). Sekiranya nilai W<=0.3 bermaksud persetujuan yang lemah, W>=0.5 bermaksud persetujuan yang sederhana dan nilai W>0.7 bermaksud tahap konsensus yang tinggi antara pakar. Proses analisis data bagi menentukan tahap konsensus item dan tahap konsensus pakar menggunakan perisian Statistical
124
pusingan soal selidik Delphi boleh dihentikan sekiranya salah satu keadaan di bawah dicapai:
i. Pekali ‘concordance’ (W) menunjukkan nilai konsensus yang tinggi (W>0.7). ii. Tahap konsensus antara panel pakar mendatar (tiada kenaikan pada tahap
konsensus) dalam dua pusingan yang berturutan.