Kepiawaian Kompetensi ICT guru-guru
2.8 Analisis standard kompetensi ICT guru-guru luar negara
2.8.7 Perbandingan standard-standard kompetensi ICT guru sedia ada
Standard kompetensi ICT International Society for Technology in
Education-National Education Technlogy Standard (ISTE-NETS) dibina bertujuan sebagai
panduan untuk fakulti pendidikan guru dan arahan untuk pustakawan dalam membangunkan pengajaran literasi untuk bakal guru. Tujuan kedua bagi membolehkan pengukuran dan penilaian hasil pengajaran dan kurikulum berdasarkan penanda aras yang telah ditetapkan (Education and Behavioral Science Section, 2011). ISTE National Educational Technology Standards for Teachers (2004; 2008) diterangkan berdasarkan elemen-elemen berikut:
1. Kategori utama – Ia meliputi aspek-aspek umum mengenai pengetahuan dan kemahiran guru yang merujuk kepada tugasan guru yang tertentu.
80
2. Indikator/Penunjuk – Ia menerangkan kualiti yang diperlukan oleh guru professional.
3. Item – Ia digunakan sebagai kriteria penilaian bagi mendapatkan bukti setelah pengetahuan dan kemahiran dalam praktikal sebenar diaplikasikan.
Seterusnya, matlamat utama standard kompetensi ICT Unesco ICT Competency
Framework for Teachers (ICT-CFT) adalah menyediakan garis panduan untuk
merancang program pendidikan guru dan latihan yang akan mempersiapkan guru atau memudahkan pembangunan profesional mengenai integrasi pedagogi ICT yang berkesan (UNESCO, 2008). Berbeza dengan standard kompetensi ICT ISTE-NETS,
UNESCO ICT Competency Framework for Teachers (ICT-CFT) menerangkan
elemen-elemen kompetensi menerusi pendekatan pengajaran dan aspek tugasan guru seperti dibawah. Dengan menyilangkan tiga pendekatan pengajaran berdasarkan kapasiti pembangunan manusia iaitu: literasi maklumat (technology literacy)., mendalami pengetahuan (knowledge deepening) dan penciptaan pengetahuan (knowledge creation) dengan enam aspek tugasan guru iaitu: memahami ICT dalam penilaian (understanding ICT in education), kurikulum pendidikan (curriculum
assessement), pedagogi (pedagogy), ICT (ICT), organisasi dan pentadbiran
(organization and administration), pembelajaran guru yang profesional (teacher
professional learning); maka satu kerangka yang terdiri dari 18 modul dibina.
Seterusnya, National ICT Competency Standard (NICS) untuk guru pula dibina bertujuan menyediakan guru-guru untuk menjadi pengguna yang bertindak melalui pelbagai cara dalam penyelesaian masalah serta membantu guru-guru dan murid
81
untuk memperoleh manfaat daripada teknologi. National ICT Competency Standards (NICS) diterangkan berdasarkan elemen-elemen berikut:
Standard Title (Tajuk standard)
Tajuk standard adalah kenyataan yang menerangkan bidang utama bagi kompetensi yang perlu diukur.
Standard Descriptor (Huraian standard)
Huraian standard adalah penerangan ringkas mengenai kemahiran set yang diliputi oleh standard.
Statements (Pernyataan)
Pernyataan menerangkan dari segi hasil kepada bidang-bidang utama kompetensi yang diliputi oleh standard. Pernyataan memberi tumpuan kepada prestasi dan dibuktikan.
Indicators (Penunjuk)
Penunjuk bertujuan mengenal pasti tindakan individu yang biasanya akan mengambil masa untuk melaksanakan bidang kompetensi yang diperincikan dalam satu kenyataan yang berkaitan. Ini membuktikan pencapaian kemahiran tertentu atau tahap pengetahuan kompetensi dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
Sementara itu, National ICT Competency Framework dibina bertujuan sebagai panduan untuk perkembangan professional bagi guru-guru, bakal guru, guru yang baru mula menggunakan ICT, guru yang telah mahir menggunakan ICT serta pendidik guru di Australia (Commonwealth Department of Education, Science and
Training, Australia, 2001). National ICT Competency Framework Australia
82
i. Kemahiran ICT, pengetahuan, proses-proses dan sikap;
ii. Pemahaman mendalam mengenai subjek dan perancangan serta pembinaan kurikulum;
iii. Implementasi kurikulum menerusi kelas/perancangan dan pengurusan suasana pembelajaran yang berkesan serta pedagogi yang berkesan;
iv. Pemerhatian keatas murid, penilaian dan laporan;
v. Kompetensi pentadbiran termasuk membuat dan merancang keputusan.
Objektif pembangunan C2i level 2 pula bertujuan mengesahkan kemahiran profesional yang diperlukan oleh semua guru di Perancis bagi melaksanakan pedagogi, mengambil kira aspek pendidikan dan masyarakat dalam tugasan mereka (Terrades, 2010). France Competence Reference Framework: Computing and
Internet Certificate (C2i) dibahagikan kepada beberapa bahagian berikut:
i. Mengawal persekitaran profesional dan digital;
ii. Menguasai kompetensi yang diperlukan untuk pembelajaran sepanjang hayat; iii. Tanggungjawab professional dalam sistem pendidikan;
iv. Menggunakan jaringan untuk berkomunikasi melalui alatan ICT;
v. Mereka bentuk dan menyediakan bahan pengajaran dan situasi pembelajaran; vi. Implementasi pedagogikal;
vii. Implementasi penilaian metodologi.
Menurut Bloom, kompetensi ICT bagi guru adalah memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap (pengiktirafan bagi nilai, fungsi dan peranan maklumat) dalam mengaplikasikan teknologi maklumat untuk mendapatkan, menganalisis, menilai, menguruskan dan mensintesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah yang
83
dihadapi ketika pengajaran (Wen & Shih, 2008). Jika dilihat kepada standard-standard kompetensi ICT yang diterangkan sebelum ini, terdapat standard-standard kompetensi yang menjadikan tiga dimensi iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap sebagai asas dalam pembangunan standard. Menurut Wen dan Shih lagi, dimensi pengetahuan merujuk kepada seseorang guru perlu memahami sifat dan kepelbagaian berkenaan maklumat, biasa dengan kaedah dalam pencarian maklumat serta berupaya untuk mendapatkan, menerangkan, menyusun serta menilai maklumat yang diperoleh.
Dimensi kemahiran pula merujuk kepada kebolehan seseorang guru untuk menggunakan peralatan ICT dalam mendapatkan maklumat, memproses dan menyebarkan maklumat tersebut serta mempunyai kemahiran asas dalam komputer, media dan sistem rangkaian. Seterusnya, bagi dimensi sikap yang merujuk kepada keupayaan seseorang guru untuk menyedari nilai dan kepentingan teknologi maklumat yang dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Namun, tidak semua pembangunan standard kompetensi ICT yang mengambil kira ketiga-tiga dimensi tersebut dalam pembangunan standard mereka (Wen & Shih, 2008). Kebanyakan standard kompetensi ICT yang sedia ada hanya menekankan kepada dimensi pengetahuan dan kemahiran sahaja.
Menurut Kreijns, van Acker, Vermeulen dan van Buuren (2013), faktor sikap menjadi hubungan yang paling kuat kepada keinginan menggunakan ICT dalam pendidikan. Seseorang guru tidak akan menggunakan teknologi dengan berkesan sekiranya mereka tidak mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi dalam pendidikan walaupun mereka mempunyai pengetahuan dan
84
kemahiran mengenai teknologi tersebut (Wen & Shih, 2008). Oleh itu, kajian pembangunan kepiawaian kompetensi ICT ini akan menitik beratkan ketiga-tiga dimensi tersebut. Jadual berikut meringkaskan perbandingan standard kompetensi luar negara berdasarkan ketiga-tiga dimensi tersebut:
Jadual 2.6
Perbandingan berdasarkan aplikasi dimensi pengetahuan, kemahiran dan sikap standard-standard kompetensi ICT guru luar negara
Standard Pengetahuan Kemahiran Sikap
NETS.T / / X Unesco / / X Australia / / * NICS / / * C2i / / * / - Diaplikasikan X - Tidak diaplikasikan
* - Diaplikasikan sebahagian (hanya sebahagian item kompetensi ICT sahaja yang terlibat merujuk kepada dimensi sikap)