Kepiawaian Kompetensi ICT guru-guru
2.8 Analisis standard kompetensi ICT guru-guru luar negara
2.8.2 Standard kompetensi ICT bagi guru UNESCO
Standard kompetensi ICT bagi guru UNESCO telah dibangunkan oleh United
Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), dan telah
diterbitkan pada tahun 2011. Polisi standard UNESCO mengambil kira perbezaan negara dari segi matlamat ekonomi dan sosial serta situasi ekonomi dan sosial agar dapat digunakan untuk membentuk pembaharuan dalam pendidikan berkaitan ICT negara dan strategi perkembangan profesional guru bersesuaian untuk menyokong matlamat perkembangan ekonomi dan sosial (Law & Plomp, 2009).
Standard ini juga memenuhi keperluan untuk kegunaan negara yang berkongsi matlamat yang sama tetapi mempunyai keadaan ekonomi dan sosial yang berbeza, seterusnya memerlukan laluan yang berbeza untuk mencapai matlamat tersebut. Polisi standard UNESCO (2008) merangkumi matlamat dasar dan amalan untuk pelaksanaan ICT dalam pendidikan untuk negara yang menyertai Secondary
63
menyertainya. Sebagai contoh, fokus kurikulum untuk ICT dalam pendidikan di negara China adalah bagi meluaskan akses kepada pendidikan melalui penghantaran jarak jauh melalui ICT dan untuk memperkembangkan kompetensi asas ICT (Law & Plomp, 2009).
Matlamat utama projek UNESCO ICT Competency Framework for Teachers (ICT-CFT) adalah menyediakan garis panduan untuk merancang program pendidikan guru dan latihan yang dapat mempersiapkan guru atau memudahkan pembangunan profesional mengenai integrasi pedagogi ICT yang berkesan (UNESCO, 2008). Pada tahun 2002, UNESCO’s Information for All Programme telah menubuhkan seksyen IFLA baru pada kompetensi ICT. Tujuan utama seksyen ini pula untuk menggalakkan dan meningkatkan lagi kerjasama antarabangsa dalam pembangunan pendidikan kemahiran maklumat dalam semua jenis perpustakaan. UNESCO's
Information for All Programme (IFAP, 2009) telah memperkenalkan model dan
standard untuk mengukur kompetensi ICT. IFAP telah menyatakan bahawa “kompetensi ICT adalah sebahagian daripada set kemahiran golongan dewasa yang bersepadu yang perlu dilaksanakan secara berkesan dalam semua aspek kehidupan mereka”.
IFAP juga menyatakan bahawa “... kompetensi ICT adalah keupayaan individu untuk mengenal pasti maklumat mereka; mengesan dan menilai kualiti maklumat; menyimpan dan mendapatkan semula maklumat; menggunakan maklumat secara berkesan dan beretika, dan menggunakan maklumat untuk mencipta serta menyampaikan pengetahuan”, (IFAP, 2009). Oleh itu, definisi bagi kompetensi ICT hampir sama, semuanya berkaitan dengan pembelajaran dan mendapatkan kemahiran
64
tentang masalah berkaitan maklumat (UNESCO, 2008). Berdasarkan standard kompetensi ICT UNESCO untuk guru, dengan menyilangkan tiga pendekatan pengajaran berdasarkan kapasiti pembangunan manusia iaitu literasi maklumat, mendalami pengetahuan dan penciptaan pengetahuan dengan enam aspek tugasan guru iaitu memahami ICT dalam penilaian kurikulum pendidikan, pedagogi, ICT, organisasi dan pentadbiran serta pembelajaran guru yang profesional maka satu kerangka yang terdiri dari 18 modul dibina. Penerangan tentang tiga pendekatan pengajaran adalah seperti berikut (UNESCO, 2008):
Literasi maklumat
Dasar pendekatan literasi teknologi adalah untuk membolehkan pelajar, orang ramai dan tenaga kerja untuk menggunakan ICT bagi menyokong pembangunan sosial dan meningkatkan produktiviti ekonomi. Dasar berkaitan termasuklah meningkatkan jumlah penuntut, menyediakan sumber-sumber yang berkualiti tinggi kepada semua dan meningkatkan kemahiran literasi. Guru seharusnya sedar tentang dasar ini dan mengenal pasti komponen-komponen yang membentuk program pendidikan yang sesuai dengan matlamat dasar ini. Pada peringkat awal pembangunan standard ini, kompetensi guru yang berkaitan dengan pendekatan literasi teknologi termasuk kemahiran asas literasi digital dan konsep kewarganegaraan digital. Mereka juga seharusnya bersama-sama berkeupayaan untuk memilih dan menggunakan sumber digital dan bukan digital untuk melengkapkan objektif standard kurikulum, pendekatan penilaian, perancangan unit dan kaedah pengajaran didaktik. Guru juga seharusnya mampu menggunakan ICT untuk menguruskan data kelas dan menyokong pembelajaran profesional mereka.
65 Mendalami pengetahuan
Dalam mendalami pengetahuan bagi meningkatkan keupayaan pelajar, orang ramai dan tenaga kerja; bertujuan menambah nilai kepada masyarakat dan ekonomi serta menggunakan pengetahuan yang diperoleh dalam mata pelajaran sekolah untuk menyelesaikan masalah yang kompleks, masalah yang berkepentingan tinggi yang mungkin dihadapi dalam situasi sebenar pekerjaan, masyarakat dan kehidupan. Dengan pendekatan ini, guru perlu memahami matlamat dan keutamaan dasar sosial dan mengenal pasti, mereka bentuk serta menggunakan aktiviti bilik darjah khusus untuk menangani matlamat dan keutamaan. Kompetensi guru yang berkaitan dengan pendekatan mendalami pengetahuan termasuklah keupayaan menguruskan maklumat, tugasan permasalah berstruktur dan mengintegrasikan perisian yang terbuka dan aplikasi tertentu berkaitan kaedah pengajaran berpusatkan murid dan projek kerjasama bagi menyokong murid mendalami pemahaman konsep utama dan pertanyaan mereka mengenai permasalahan dunia sebenar yang kompleks.
Penciptaan pengetahuan
Tujuan pendekatan penciptaan pengetahuan pula bagi meningkatkan produktiviti dengan mewujudkan pelajar, orang ramai dan tenaga kerja yang sentiasa terlibat dan mendapat manfaat dari penciptaan pengetahuan, inovasi dan pembelajaran sepanjang hayat. Dalam pendekatan ini, guru bukan sahaja dapat mereka bentuk aktiviti bilik darjah yang dapat memajukan matlamat dasar ini tetapi juga mengambil bahagian dalam pembangunan program-program di sekolah mereka. Pendekatan ini membolehkan kurikulum bukan sahaja sekadar subjek pengetahuan di sekolah malah pengetahuan sosial untuk mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran ini berkaitan penyelesaian masalah, komunikasi, uji kaji, pemikiran kritikal dan mempamerkan
66
kreativiti. Guru yang kompeten dalam pendekatan penciptaan pengetahuan akan dapat mereka bentuk sumber pembelajaran berasaskan ICT dan persekitaran; menggunakan ICT untuk menyokong pembangunan penciptaan pengetahuan dan kemahiran pemikiran kritikal, menyokong pembelajaran reflektif dan mewujudkan pengetahuan untuk murid dan masyarakat. Mereka juga memainkan peranan utama bersama rakan-rakan untuk mewujudkan dan melaksanakan visi sekolah sebagai masyarakat yang berasaskan inovasi dan pembelajaran yang berterusan yang disokong oleh ICT.
Standard kompetensi ICT bagi guru UNESCO diringkaskan seperti berikut:
Rajah 2.4. Standard kompetensi ICT UNESCO (2008)
Sumber : UNESCO (2008)