• Tidak ada hasil yang ditemukan

RIWAYAT HIDUP IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH DAN SUMBANGANNYA KEPADA PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM

3.3 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN SERTA PENGLIBATAN IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH DUNIA ILMU DAN PENDIDIKAN

3.3.2 Guru-Guru Ibn Qayyim al-Jawziyyah

Walaupun Ibn Qayyim al-Jawziyyah bermazhab Hanbali samada dalam mazhab fikah, mahupun akidah, namun Ibn Qayyim al-Jawziyyah mempunyai ilmu yang luas, mantap dan mendalam dalam semua cabang ilmu daripada mazhab lainnya. Ini kerana beliau menuntut ilmu dari ulama pelbagai mazhab yang masyhur dan mempunyai kompetensi yang tinggi. Pada peringkat awal Ibn Qayyim al-Jawziyyah mendapat pendidikan daripada ayahnya Abu Bakr bin Ayyub. Beliau telah mempelajari ilmu faraid daripada ayahnya. Pada ketika itu ayahnya memang terkenal sebagai pakar dalam ilmu faraid.22

20Ahli sejarawan Dinasti Mamluk yang paling terkenal. Dilahirkan di Mesir dari keturunan Baklabak.Tokoh ini pernah menduduki beberapa jabatan penting antaranya sebagai wakil Qadhi dan sebagai pengajar di Kota Damsyik. Popularitinya meningkat naik hasil dari karyanya yang terkenal iaitu al-Mawa‘iz wa al-I„tibar fi Dhikr Khitat wa al-Athar (Nasihat dan iktibar tentang beberapa catatan dan kisah terdahulu), lihat,Philip K. Hitti (2010),History of The Arab,Rujukan Induk dan Paling Otoritatif tentang Sejarah Peradaban Islam, (terj.) R. Cecep Lukman Yasin dan Dedi Slamet Riyadi, Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta, h. 882.

21Bakr b. „Abdullah Abu Zayd (1980),op.cit., h.33.

22Ibid.,h. 99.

110

Antara guru-guru Ibn Qayyim Jawziyyah yang masyhur ialah Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah,23Sulayman Taqiyy al-Din ibn Hamzah ibn Ahmad ibn Qudamah al-Maqdisi (m. 1315M) yang merupakan ketua hakim mazhab Hanbali di Damsyik, Safi al-Din al-Hindi (m.1333) ulama mazhab Shafi„i, juga dikenal sebagai salah seorang penyoal siasat Ibn Taymiyyah dalam peristiwa pemenjaraan Ibn Taymiyyah pada tahun 1306. Berikutnya ialah seorang guru wanita bernama Fatimah binti Jawhar al-Ba„labakkiyah (m.1311), Isma‘il Majduddin bin Muhammad al-Farra Harani (m. 729 H), Ibn Muflih atau nama penuhnya Muhammad bin Mufraj al-Miqdasi al-Hanbali (m.763H), al-Zamlakani (m. 727) yang merupakan ulama besar mazhab Shafi„i di Syam pada waktu itu. Seterusnya„Abd al-Rahman Shihab al-Din al-Nabulusi(m.1298) atau disebut oleh Ibn Qayyim dengan al-„abir yang bermaksud pentafsir mimpi kerana gurunya ini adalah mahir dalam ilmu tafsir mimpi.24 „Imad al-Din Abu al-„Abbas Ahmad ibn Ibrahim al-Wasiti (m. 1311) yang terkenal sebagai ulama mazhab Hanbali yang menjalani kehidupan sufi, beliau ialah pentafsir awal kepada kitab tasawuf Manazil al-Sa‟irin karya Ansari al-Harawi (m. 1089), namun demikian gurunya ini tidak sempat untuk menyempurnakan huraian Manazil al-Sa‟irin dengan lengkap. Kemungkinan inilah yang memberi inspirasi kepada Ibn Qayyim al-Jawziyyah untuk menulis karya tasawuf beliau yang terkenal iaitu

23Nama penuh beliau ialah Taqiyy al-Din Abu al-„Abbas Ahmad b. Shihab al-Din „Abd al-Halim b.

Majd al-Din „Abd al-Salam b. Abi Muhammad „Abd Allah b. Abi al-Qasim al-Khidr b. Muhammad b. al-Khidr „Abd Allah Taymiyyah al-Harrani. Ibn Taymiyyah merupakan figur ulama yang terkenal diabad pertengahan tamadun Islam. Seorang faqih yang dianggap sebagai pencetus utama kepada gerakan kebangkitan Islam sepanjang zaman dari gerakan perjuangan Muhammad Abdul Wahab(1703-1787) Jamal al-Din al-Afghani(1838-1897), Muhammad „Abduh (1849-1905) hinggalah kepada gerakan aliran salaf serta reformis moden pada hari ini. Ismail Raji al-Faruqi(1921-1986) umpamanya menyifatkan Ibn Taymiyyah sebagai “The first and greatest reformer”. Terkenal dengan gelaran Shaykh al-Islam, mendapat pendidikan daripada para ulama terkenal di Syria seterusnya menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan perjuangan di medan ilmu, mengajar, memberi ceramah, menulis buku, dan mengeluarkan fatwa berdasarkan mazhab Hanbali. Lihat Mohd Farid Mohd Sharif (2010), Ibn Taymiyyah on Jihad and Baghy. Pulau Pinang:Penerbit Universiti Sains Malaysia, h. 12-13; Abdul Rahman Haji Abdullah (1997),Pemikiran Islam di Malaysia. Jakarta:

Gema Insani Press, h. 24: Ismail R. Al-Faruqi (1995), Islam. USA: Amana Publications, h.78.

24Livnat Holtzman (2009), h . 209

111

Madarij al-Salikin yang merupakan huraian yang amat komprehensif terhadap kitab Manazil al-Sa‟irin.25

Guru-guru Ibn Qayyim Jawziyyah seterusnya ialah Abu Bakar bin al-Musnad Zayn al-Din Ahmad bin Abd al-Da‟im (m.718H), Al-Musnid Zayn al-Din Ibrahim bin „Abd Rahman bin Taj al-Din Ahmad bin al-Qadi Abu al-Nasr al-Shirazi (m.714).26 Ibn Maktum (m.716H), Al-Kahhal (m. 730H), Ibn „Asakir (tarikh lahir dan tarikh meninggal tidak diketahui), Sulayman Taqiyuddin Abu al-Fadhl bin Hamzah bin Ahmad bin Ahmad bin Qudamah al-Miqdasi al-Hanbali (715H), Abdullah Abu Muhammad bin „Abd al-Hakim bin Taymiyyah al-Namiri, saudara kepada Ibn Taymiyyah (727H), Ala al-Din al-Kandi al-Wada‟ (tarikh lahir dan tarikh meninggal tidak diketahui), Isa Sharaf al-Din b. Abd al-Rahman al-Muta‟im (m.709), Majd al-Din al-Tunisi (tarikh lahir dan tarikh meninggal tidak diketahui), Muhammad Qadi Badr Din b. Ibrahim bin Jama„ah Kannani Hamawi Shafi‟i (m. 733H), Muhammad Shams Din Abu „Abdullah b. Abu Fath al-Ba„labaki (m.709H), Ibn Shahwan (tarikh lahir dan tarikh meninggal tidak diketahui), Abu „Abdullah al-Hafiz Muhammad bin Ahmad bin Uthman (tarikh lahir dan tarikh meninggal tidak diketahui), Yusuf Jamal Din bin Zaki Din “Abd al-Rahman al-Qada‟i al-Kalbi, al-Dimashqi al-Shafi‟i atau dikenali sebagai al-Mizzi (m.742H), al-Khalili atau nama penuh beliau Abu Abdullah Muhammad b. Uthman (tarikh lahir dan tarikh meninggal tidak diketahui), Ibn Jama‟ah atau nama penuhnya

25Senarai guru-guru Ibn Qayyim al-Jawziyyah ini dicatat oleh beliau sendiri dalam beberapa buah buku karangan beliau seperti dalam kitab I„lam al-Muwaqqi„in, Madarij al-Salikin, Ahkam Ahl al-Zimmah dan sebagainya. Juga oleh penulis-penulis biografi Ibn Qayyim al-Jawziyyah seperti Ibn Kathir, Ibn Rajab, al-Safadi dan lain-lain.. Lihat Ibn Kathir (t.t.), op.cit., h. 134; Salah al-Din b. Khalil b. Aybak al-Safadi (1949) al-Wafi bi al-Wafiyyat. Istanbul: Matba‟ah Dar al-Ma‟arif, juz 2, h. 271.

Bakr b. Abdullah Abu Zaid (1980), op.cit, hh. 99-110.

26‘Awd Allah Jad Hijazi menyatakan bahawa Ibn al-Shirazi yang dimaksudkan sebagai guru Ibn Qayyim Jawziyyah ialah Kamal Din Ahmad bin Muhammad b. Abdullah b. Hibbatullah b. al-Syirazi(m.736), iaitu seorang kadi yang mengajar di beberapa buah madrasah di Damsyik. Lihat „Awd Allah Jad Hijazi (1972), Ibn Qayyim al-Jawziyyah wa Mawqifuhu min al-Tafkir al-Islami. Kaherah:

Majma„ al-Buhuth al-Islamiyyah, h.43.

112

„Izz al-Din b. „Abd al-„Aziz (tarikh lahir dan tarikh meninggal tidak diketahui) dan lain-lain.27

Para penulis biografi Ibn Qayyim al-Jawziyyah juga mencatatkan buku-buku yang dipelajari oleh beliau daripada guru-guru tersebut. Antara kitab atau buku terkenal yang dipelajari Ibn Qayyim Jawziyyah ialah Muhassal karya Fakhr al-Din al-Razi (m. 1210) yang merupakan antara kitab induk kepada ilmu kalam aliran Asha‘irah, demikian juga dengan kitab al-Ihkam karya Safi al-Din al-„Amidi (m.1233), Mukhtasar Abi al-Qasim al-Haraqi, al-Muqna‟ oleh Ibn Qudamah,28 semua kitab-kitab gurunya Ibn Taymiyyah dan lain-lain. Ibn Qayyim juga telah mempelajari kitab-kitab aliran Ash‟ari ini secara bersungguh-sungguh dan menamatkan bacaan kitab-kitab tersebut di hadapan sekurang-kurangnya dua orang guru iaitu Safi al-Din al-Hindi dan Ibn Taymiyyah. Oleh yang demikian pengetahuan beliau terhadap pemikiran akidah mazhab Ash‟ari adalah luas dan mendalam. Pada mulanya memang beliau terpesona dengan pemikiran kalam Ash‟ari sehinggalah beliau bertemu dan berguru dengan Ibn Taymiyyah. Dalam qasidah kafiyah al-shafiyah, Ibn Qayyim al-Jawziyyah menyifatkan corak pemikiran Ash„ari seumpama burung yang dikurung di dalam sangkar yang hanya mampu makan dedak sedangkan burung yang lain lepas bebas menikmati buahan yang manis didahan pokok yang bertebaran. Buah-buahan yang manis adalah simbolik kepada al-Quran dan al-Sunnah, manakala dedak adalah gambaran kepada buku-buku ilmu kalam

„Asha‘irah.29

Di antara guru-guru Ibn Qayyim al-Jawziyyah di atas, Ibn Taymiyyah mendapat penghargaan yang tertinggi dari Ibn Qayyim Jawziyyah. Ibn Qayyim

27Bakr b. Abdullah Abu Zayd (1980), op.cit.,h. 99-110.

28„Awd Allah Jad Hijazi (1972), Ibn Qayyim wa Mawqifuhu min al-Tafkir al-Islami. Kaherah:

Majma„ al-Buhuth al-Islamiyyah, h. 43.

29Livnat Holtzman (2009), op.cit., h. 209.

113

Jawziyyah mula berguru dengan Ibn Taymiyyah pada tahun 712H/1313M sebaik sahaja Ibn Taymiyyah kembali dari Mesir setelah menetap disana selama tiga tahun.

Ketika itu Ibn Qayyim al-Jawziyyah berusia 21 tahun. Beliau berguru dengan Ibn Taymiyyah selama 16 tahun iaitu sehingga gurunya meninggal dunia di penjara pada tahun 728H/1328M, pada masa itu Ibn Qayyim al-Jawziyyah berusia 37 tahun.30

Kedua tokoh ini iaitu Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan gurunya berkongsi pemikiran dan nasib yang hampir sama, sekalipun latar belakang keluarga, personaliti dan gaya hidup yang berbeza. Ibn Taymiyyah memang telah dilahirkan dari kalangan keluarga ulama besar di Damsyik, Ibn Taymiyyah juga digambarkan sebagai seorang aktivis politik dan terlibat dalam polemik-polemik agama juga dalam bidang ketenteraan. Beliau juga memiliki keperibadian yang berani, bersuara lantang serta jiwa pejuang yang penuh semangat dan bergelora, beliau juga dilaporkan tidak pernah berkahwin. Sedangkan Ibn Qayyim al-Jawziyyah disifatkan sebagai seorang ulama yang menjalani kehidupan yang lebih tenang kerana tidak banyak terlibat dalam aktiviti politik mahupun ketenteraan.Beliau juga mempunyai isteri dan anak-anak untuk disarai.31Ketenangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah ini kerana dipengaruhi oleh suasana zaman dimana umat Islam pada ketika itu telahpun selesai menghadapi peperangan salib serta telah selesai menghadapi serangan daripada tentera Tatar. Manakala zaman Ibn Taymiyyah pula, negara umat Islam dalam pergolakan, mereka sibuk menghadapi peperangan salib dan juga serangan daripada tentera Tatar.32

30Livnat Holtzman (2009), op.cit., h. 210.

31Ibid., 210.

32Mohd Takiyuddin Ibrahim (1999),“Konsep Tauhid dan Sifat-Sifat Allah Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah.” Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, APIUM, h.35.

114

3.3.3 Kerjaya dan Penglibatan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam Dunia ilmu