• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual 4.1: Edisi-edisi Kitab Miftah Dar al-Sa‘adah Bil Perpustakaan

5 UIAM Foundation

4.7 TUJUAN PENULISAN DAN SASARAN PENULISAN KITAB

Ibn Qayyim al-Jawziyyah telah menerangkan objektif penulisan buku ini dengan jelas dalam mukaddimah perbahasan tentang kelebihan ilmu. Menurut beliau

27 Miftah Dar al-Sa‟adah (1996) juz. 1, h. 215.

28 Lihat indeks edisi awal Miftah Dar al-Sa„adah,(1996) juz. 1, h. 306.

169

objektif penulisan buku Miftah Dar al-Sa„adah adalah untuk memberi kefahaman secara mendalam terhadap kepentingan dua perkara dalam hidup manusia iaitu ilmu dan kehendak (al-‟Ilm wa al-Iradah). Pada pandangan beliau kedua-dua perkara tersebut adalah sangat penting kerana kedua-duanya menjadi penentu kepada kebahagian dan kesempunaan hidup seseorang manusia. Martabat dan kedudukan manusia samada di dunia dan akhirat ditentukan berdasarkan dua faktor tersebut iaitu kemahuan dan kehendak yang mengangkat darjatnya dan ilmu yang menerangi jalannya. Berdasarkan tujuan tersebut Ibn Qayyim al-Jawziyyah telah menghuraikan 153 kelebihan ilmu secara terperinci berdasarkan hujah-hujah al-Quran, hadis dan pemikiran para ulama dan ilmuan dari berbagai sumber. Huraian yang terperinci tersebut merangkumi hampir 323 muka surat.29 Manakala huraian dan penjelasan tentang kehendak atau al-Iradah pula dijelaskan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah secara terperinci dalam bahagian kedua kitab ini.

Merujuk kepada kelebihan ilmu, pengkaji mendapati hampir semua ayat-ayat al-Quran dan hadis yang masyhur menyentuh tentang kepentingan dan kelebihan ilmu diketengahkan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam kitab ini. Beliau juga telah memasukkan kata-kata hikmah yang lengkap dan sempurna dari tokoh-tokoh yang sudah umum diketahui memiliki ungkapan yang masyhur dan penuh dengan ciri-ciri motivasi dalam mengalakkan umat Islam menuntut ilmu iaitu Saidina Ali b. Abi Talib (K.W.) dan Mu‟az b. Jabal (R.A.). dan lain-lain. Sebagai contoh ialah ungkapan yang masyhur daripada Mu‟az b. Jabal;

“Pelajarilah ilmu, mempelajarinya kerana Allah membawa kepada takwa, menuntutnya adalah ibadah, berwacana dan berbincang tentangnya adalah

29 322 Mukasurat berdasarkan edisi terkini yang digunakan dalam kajian ini manakala dalam edisi sebelumnya seperti edisi cetakan maktabah al-Mutanabbi hanya merangkumi 132 mukasurat. Lihat Shams al-Din Abi Abdullah Muhammad bin Bakar Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1996) Miftah Dar Al-Sa‟adah Wa Manshur Walayat Al-„Ilm Wa‟l-Iradah. Saudi Arabia: Dar Ibn Affan li Nashr wa al-Tawzi‟ hh. 219-541,: Shams al-Din Abi „Abdullah Muhammad bin Bakar Ibn Qayyim al-Jawziyyah (t.t) Miftah Dar Al-Sa‟adah Wa Manshur Walayat Al-„Ilm Wa‟l-Iradah. Kaherah: Maktabah al-Mutanabbi hh. 48-180.

170

tasbih, mengkaji dan menyelidik adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak tahu adalah sedekah, mengorbankannya kepada yang berhak adalah kedekatan dengan Allah S.W.T. Dengan ilmu, Allah S.W.T dikenal, disembah serta diesakan, dengan ilmu, halal dan haram diketahui, dan dengan ilmu hubungan silaturrahim disambung. Ilmu adalah teman dikala sendiri, kawan dikala kesepian, petunjuk dikala gembira, penolong dikala berada dalam bahaya, pendamping dimasa kekosongan, teman disisi orang-orang terasing, mercu tanda jalan ke syurga. Allah mengangkat berbagai kaum dengan ilmu sehingga menjadikan mereka pemimpin dan tokoh yang diteladani sebagai petunjuk jalan kepada kebaikan. Bekas-bekas perjalanan mereka diikuti dan perbuatan mereka dicatat.30

Ungkapan Mu‟az b. Jabal yang masyhur ini juga dimuatkan oleh al-Ghazali dalam Ihya‟ Ulum al-Din.31

Merujuk kepada sasaran kitab ini ditulis, Ibn Qayyim al-Jawziyyah telah menyatakan dengan jelas bahawa sasaran pembaca kitab ini adalah kepada golongan yang diistilah oleh beliau sebagai golongan ulul albab.32 Dalam beberapa fasal dalam kitab ini Ibn Qayyim al-Jawziyyah menerangkan kan ciri-ciri ulul albab. Menurut beliau, ulul albab adalah golongan yang dikurniakan penglihatan mata hati atau basirah oleh Allah S.W.T. Mereka diberi kekuatan dalam ibadat dan pandangan yang tajam tentang agama. Mereka adalah para ulama dan orang yang berilmu yang paling tahu tentang kebenaran ketika orang lain masih lagi diliputi keraguan serta berbeza pendapat. 33 Golongan ini memiliki ilmu pada tahap yakin dan dapat membezakan antara kebenaran, kebatilan serta perkara-perkara shubhah.34 Golongan ulul albab ini juga adalah golongan yang disifatkan sebagai golongan yang adil dalam kalangan umat. Mereka ini diisyaratkan oleh Nabi Muhamamad S.A.W sebagai golongan yang berani menolak penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh

30 Miftah Dar al-Sa‟adah (1996), juz. 1, h. 394-395.

31 Abu Hamid al-Ghazali (t.t) Ihya‟ Ulum al-Din. Kaherah: Matba‟ah al-Istiqamah, h. 11.

32 Miftah Dar al-Sa„adah(1996) juz. 2, h. 313.

33 Ibid, juz. 2, h. 312

34 Ibid, juz. 1, h. 442

171

orang-orang yang zalim, serta membetulkan tafsiran-tafsiran yang salah dari para ilmuan palsu dan orang-orang yang jahil.35

Golongan ulul albab pada pandangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah juga adalah golongan ulama yang melaksanakan proses ilmu pada tahap tertinggi iaitu menulis kitab-kitab. Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Allah S.W.T. tidak akan mencabut nyawa golongan yang dipilih olehNya sebagai ulama kecuali orang itu telah menanamkan ilmu dan hikmah yang diketahuinya samada ke dalam hati rakan-rakan atau pelajar-pelajarnya mahupun melalui penulisan kitab-kitab yang dapat dimanfaatkan oleh manusia selepasnya.36

Berdasarkan ciri-ciri tersebut jelas menunjukkan bahawa sasaran kitab ini bukan untuk bacaan golongan awam tetapi lebih menjurus kepada golongan intelektual peringkat tinggi seperti para ahli pendidikan tinggi, para mufti dan penggubal undang-undang syariah. Beberapa nasihat Ibn Qayyim al- Jawziyyah kepada para pencari ilmu dalam kitab ini menjelaskan lagi sasaran kitab ini ditujukan. Antaranya nasihat Ibn Qayyim al-Jawziyyah kepada golongan yang sedang mencari kebenaran:

“…apabila anda ingin mengetahui kebenaran samada hak atau batil lepaskan ia dari baju lafaznya, dan bersihkan hatimu dari kecenderungan dan kebencian, dan hendaklah berfikir dengan adil. Jangan seperti orang yang menimbang pendapat para sahabatnya dengan sepenuh hati tapi giliran ia menimbang pendapat lawannya ia seperti memandang kepada percikan api.37

Dalam nasihat tersebut Ibn Qayyim menyarankan agar golongan ilmuan melakukan analisis secara mendalam. Analisis tersebut hendaklah diteliti dengaan hujah-hujah yang bersifat pro dan kontra serta berlaku adil dengan kebenaran tanpa mengira kebenaran itu pada pendapatnya atau pada pendapat lawan. Beliau juga

35 Ibid, juz. 1, h. 451

36 Ibid, juz. 1, h. 461.

37 Ibid, juz. 1, h. 444.

172

meminta para ilmuan supaya tidak tergesa-gesa mengeluarkan keputusan atau tindakan:

“ Allah S.W.T mencintai orang yang mempunyai ilmu dan tidak tergesa-gesa. Ia tidak bertindak hingga mengetahui dan meyakini apa yang sedang melanda. Ia tidak terburu-buru mengeluarkan keputusan atau melakukan tindakan sebelum benar-benar mengetahuinya dengan mendalam. Ingat, tergesa-gesa adalah dari syaitan…”38

Nasihat di atas mengambarkan bahawa ilmuan yang dimaksudkan ialah para ulama atau intelektual yang berkuasa mempengaruhi dan membuat keputusan dalam masyarakat. Berdasarkan kepada bukti-bukti dan ciri-ciri di atas pengkaji melihat bahawa sasaran kitab ini adalah untuk para ilmuan dan intelektual peringkat tinggi.

Hal ini dikukuhkan lagi dengan keseluruhan isi kandungan kitab ini yang merangkumi pemikiran pendidikan dari sudut teoritis yang memerlukan kerja-kerja pemikiran tahap tinggi.