• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Pemikiran dan Ketokohan Ibn Qayyim al-Jawziyyah Dalam Pel- Pel-bagai Bidang Ilmu

ISLAMIC EDUCATIONAL THOUGHT OF IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH : AN ANALYSIS OF MIFTAH DAR AL-SA‘ADAH

1.6 TINJAUAN LITERATUR

1.6.2 Kajian Pemikiran dan Ketokohan Ibn Qayyim al-Jawziyyah Dalam Pel- Pel-bagai Bidang Ilmu

Kajian tentang ketokohan dan pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam pel-bagai bidang telah banyak dikaji samada di peringkat sarjana mahupun di peringkat ijazah kedoktoran, mahupun dalam bentuk penulisan buku-buku khususnya dalam litera-tur keilmuan sarjana Timur tengah dan Barat. Kajian terawal tentang Ibn Qayyim al-Jawziyyah yang dapat dikesan oleh pengkaji ialah karya „Awd Allah Jad Hijazi bertajuk Ibn Qayyim wa Mawqifuhu min al-Tafkir al-Islami. Karya ini merupakan tesis kedoktoran beliau yang dikemukakan kepada kepada Universiti Azhar pada tahun 1947, diikuti oleh kajian „Abd „Azim Abd Salam Sharaf Din berjudul Ibn Qayyim al-Jawziyyah: „Asrihi wa Minhajuhu wa Ara‟uhu fi al-Fiqh wa al-„Aqa‟id wa al-Tasawwuf

30

(1955), Livingston, J.W., Ibn Qayyim al-Jawziyyah: A Fourteenth Century Defense Against Astrological Divination and Alchemical Transmutation (1971), Muhammad Ahmad al-Sinbati dengan tesis beliau Minhaj Ibn Qayyim fi al-Tafsir(1972), Tahir Sman Hamudah dengan tesis beliau Ibn Qayyim Jawziyyah; Juhuduhu fi Dars al-Lughawi (1975/1396H) Ahmad Maher al-Baqri dengan tesis kedoktoran beliau yang berjudul Ibn Qayyim min Atharihi al-„Ilmiyyah (1976/1397H).

Seterusnya ialah Abdullah Muhammad Jar al-Nabi dalam tesis kedoktoran beliau yang diterbitkan pada tahun 1981 bertajuk Ibn Qayyim al-Jawziyyah wa Juhuduhu fi

„Aqidah al-Salaf, Abdul al-Fattah Lashin dalam tesis beliau yang diterbitkan pada 1982 berjudul Ibn Qayyim wa Hissuhu al-Balaghi fi al- Tafsir, Bakar Ibn Abdullah Abu Zaid dengan buku berjudul Ibn Qayyim al-Jawziyyah; Hayatuhu wa atharuhu pada tahun 1990. Diikuti kemudiannya dengan tesis kedoktoran oleh Jamal bin Muhammad al-Sayyid yang diterbitkan pada tahun 2004 berjudul Ibn Qayyim al-Jawziyyah wa Juhudu-hu fi Khidmah al-Sunnah al-Nabawiyyah wa „Ulumuha. Seterusnya yang terkini yang berjaya ditemui oleh pengkaji ialah tesis kedoktoran oleh Abdullah bin Muhammad Amru yang diterbitkan pada tahun 2006 berjudul Akhlak Baina Madrasatayn al-Salafiyyah wa al-Falsafiyyah Ibn Maskawayh wa Ibn Qayyim Namuzajan.

Kajian-kajian tentang pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah yang dilakukan oleh penulis-penulis di atas menjelaskan lagi tentang ketokohan dan kekayaan pemikiran Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau telah menghasilkan penulisan yang hebat dalam pelbagai bidang seperti akhlak, ilmu kalam, akidah, feqah, tasawwuf, sirah, bahasa, nahu dan sebagainya yang membuktikan pemikiran tokoh ini yang bersifat

ency-31

clopedic52. „Awd Allah Jad Hijazi umpamanya mengupas dan menganalisis kedudukan keunggulan Ibn Qayyim dalam pemikiran akidah. Beliau meletakkan Ibn Qayyim al-Jawziyyah sebagai antara tokoh-tokoh utama aliran salafiyyah yang menyandarkan sum-ber pemikiran mereka kepada al-Quran dan al-sunnah tanpa mentakwilkannya, tidak sebagaimana yang dilakukan oleh para ahli falsafah dan ahli ilmu kalam.53

Ahmad Maher al-Baqri54dan Abdul al-Fattah Lashin55pula telah menganalisis keunggulan Ibn Qayyim dalam aspek linguistik.56Manakala Muhammad Ahmad al-Sinbati menyerlahkan ketokohan dan sumbangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam bi-dang tafsir al-Quran.Manakala Jamal bin Muhammad al-Sayyid pula menganalisi ke-tokohan dan sumbangan Ibn Qayyim dalam bidang hadis.

Dalam kepustakaan Malaysia dan Indonesia pula pengkaji telah melakukan tinjau literatur dibeberapa institusi pengajian tinggi di Universiti Malaya, Universiti Kebang-saan Malaysia dan beberapa Universiti di Indonesia.Antara karya-karya yang berjaya diteliti oleh pengkaji ialah ialah kajian Mohd Takiyuddin Hj Ibrahim dalam disertasi sarjananya, Konsep Tauhid dan Sifat-sifat Allah Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah57. Disertasi ini mengandungi lima bab, juga mengunakan metodologi yang sama dengan pengkaji di atas dalam mengumpulkan data-data kajian. Disertasi ini membincang dan

52Ibid, h. 8.

53Lihat „Awd Allah Jad Hijazi (1972), Ibn Qayyim al-Jawziyyah wa Mawqifuhu min al-Tafkir al-Islami.

Kaherah: Majma‟ al-Buhuth al-Islamiyyah.

54Lihat Ahmad Maher al-Baqri (1987), Ibn Qayyim Min Atharihi al-„Ilmiyyah. Iskandariyyah: Muassasah Syabab al-Jami‟ah.

55 Lihat Abdul al-Fattah Lashin (1982),Ibn Qayyim wa Hissuhu al-Balaghi fi al-Tafsir.Beirut: Dar al-Ra‟id al-Arabi.

56Ahmad Maher al-Baqri (1987), Ibn Qayyim Min Atharihi al-„Ilmiyyah. Iskandariyyah: Muassasah Shabab al-Jami„ah.

57Mohd. Takiyuddin Hj. Ibrahim (1999), “Konsep Tauhid dan Sifat-sifat Allah Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah”, Disertasi Sarjana, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM.

32

menganalisis pemikiran Ibn Qayyim dalam bidang tauhid dan secara khususnya mengenai sifat-sifat tuhan yang menjadi isu perbahasan utama dikalangan tokoh-tokoh ilmu kalam.Disertasi ini menyerlahkan ketokohan Ibn Qayyim dalam bidang akidah dan pemikiran Islam.

Ahmad Ikbal Mohd Yusof menerusi tesis sarjana di Universiti Islam An-tarabangsa Malaysia yang bertajuk Ibn Qayyim‟s Critique of Philosophical Sufism: The Refutation of al-Tilimsani‟s Version of Wahdat al-Wujud.58Dalam tesis tersebut Mohd Ikbal mengemukakan pandangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah terhadap beberapa konsep dalam tasawuf falsafah yang dikemukakan oleh al-Tilimsani (m.690H/1291M) teruta-manya berkenaan dengan konsep Wahdah al-Wujud. Menurut Ahmad Ikbal, pandangan Ibn Qayyim terhadap tasawuf adalah mengikut aliran pemikiran mazhab Hanbali khu-susnya bersamaan dengan pandangan gurunya Ibn Taymiyyah. Selari dengan pemikiran gurunya Ibn Qayyim al-Jawziyyah tidak menolak tasawuf secara keseluruhan tetapi hanya menolak tasawuf berbentuk falsafah seperti yang dipopularkan oleh Ibn „Arabi dan pendokong-pendokongnya seperti al-Tilimsani melalui konsep Wahdah al-Wujud.

Masthurhah bt. Ismail menerusi disertasi sarjananya yang bertajuk, Analisis Terhadap Pandangan Ibn Qayyim Al-Jawziyyah Mengenai Hak Beragama Orang Bukan Islam Di Dalam Negara Islam : Kajian Dalam Ahkam Ahl al-Dhimmah.59Disertasi ini menganalisis pemikiran Ibn Qayyim yang menyentuh hak-hak beragama orang bukan Islam di dalam negara Islam. Sumber primer kepada kajian ini ialah buku karangan Ibn

58 Ahmad Ikbal Mohd Yusof (2004), “Ibn Qayyim‟s Critique of Philosophical Sufism: The Refutation of al-Tilimsani‟s Version of Wahdat al-Wujud. Tesis Sarjana Usuluddin dan Perbandingan Agama Kuliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, UIAM.

59 Masthurhah Ismail (2007), “Analisis Terhadap Pandangan Ibn Qayyim Al-Jawziyyah Mengenai Hak Beragama Orang Bukan Islam Di Dalam Negara Islam : Kajian Dalam Ahkam Ahl al-Dhimmah”.Disertasi Sarjana, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

33

Qayyim al-Jawziyyah sendiri iaitu Ahkam Ahl al-Dhimmah60.Kajian yang mengandungi lima bab ini menyerlahkan ketokohan dan pemikiran Ibn Qayyim dalam bidang perun-dangan Islam bukan sebagai tokoh pendidikan secara khusus sebagaimana yang akan dikaji oleh penulis.

Mohd Izwan Md Yusof dalam disertasi sarjananya, Metodologi Ibn Qayyim al-Jawziyyah Dalam Kitab al-Amthal fi al-Qur'an61. Disertasi yang mengandungi lima bab ini menganalisis dan mengkaji metodologi pemikiran Ibn Qayyim dalam mentafsirkan beberapa amsal ataupun misalan dalam al-Qur‟an. Kajian bercorak kualitatif ini menyer-lahkan ketokohan dan kewibawaan Ibn Qayyim dalam bidang tafsir melalui kitabnyaal-Amthal fi al-Qur‟an bukan sebagai tokoh pemikiran pendidikan sebagaimana yang akan dikaji oleh penulis.

Nurazmallail Marni dalam kertas kerja yang bertajuk “Hadis Psikoterapi Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah Dalam Kitab al-Tibb al-Nabawi”62 telah menganalisis dan menjelaskan pemikiran Ibn Qayyim dalam perubatan hati dan keroha-nian. Kertas kerja yang dibentang di Seminar Warisan Nabi ini secara langsung dan tid-ak langsungnya menyerlahkan ketokohan Ibn Qayyim dalam bidang psikoterapi dan perubatan rohani.

60Lihat Ibn Qayyim al-Jawaziyyah (2002), Ahkam Ahl al-Dhimmah. Lubnan: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, cet. 2.

61Mohd Izwan Md Yusof (2007), “Metodologi Ibn Qayyim Jawziyyah Dalam Kitab Amthal Fi al-Qur'an”. Disertasi Sarjana, Jabatan al-Qur‟an dan al-Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

62 Nurazmallail Marni (2007), “Hadis dan Psikoterapi menurut Ibn Qayyim Jawziyyah Dalam Kitab al-Tibb al-Nabawi” dalam Robiatul Adawiyah Mohd @ Amat et.al (2007),ProsidingSeminar Warisan Nabi.

Negeri Sembilan: Fakulti Pengajian al-Qur‟an dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

34