• Tidak ada hasil yang ditemukan

RIWAYAT HIDUP IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH DAN SUMBANGANNYA KEPADA PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM

3.3 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN SERTA PENGLIBATAN IBN QAYYIM AL-JAWZIYYAH DUNIA ILMU DAN PENDIDIKAN

3.3.3 Kerjaya dan Penglibatan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam Dunia ilmu dan Pendidikan

Kegiatan intelektual Ibn Qayyim al-Jawziyyah merangkumi aktiviti pengajaran di madrasah, memimpin madrasah al-Jawziyyah, memberi fatwa dan mempertahankan fatwa yang diyakininya dengan melakukan dialog dan perdebatan ilmiah, mengarang dan menyusun buku. 33 Kegiatan intelektual tersebut menggambarkan kesempurnaan seorang ilmuan dan ulama besar. Aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah di madrasah telah dimulai semenjak beliau masih muda lagi iaitu diketika Ibn Taymiyyah masih hidup. Hal ini dibuktikan berdasarkan laporan Ibn Rajab bahawa semasa gurunya meninggal iaitu ketika Ibn Qayyim al-Jawziyyah berusia 37 tahun beliau telah mempunyai murid-murid yang ramai dan ternama dan mereka semua memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah.34

Madrasah pada zaman Ibn Qayyim al-Jawziyyah juga di zaman kegemilangan tamadun Islam sebelumnya seperti madrasah Nizamiyah dan sebagainya adalah setaraf dengan universiti atau kolej universiti pada hari ini. Sistem dan kegiatan intelektual madrasah adalah diketuai dan dilaksanakan oleh ulama-ulama besar dan intelektual terbilang pada zamannya. Menurut para muridnya seperti Ibn Kathir, Ibn Rajab, Dhahabi dan lain-lain, Ibn Qayyim Jawziyyah mengajar di Madrasah Sadariyah, selain dari itu Hafiz Sakhawi menyatakan bahawa Ibn Qayyim al-Jawziyyah bukan sahaja mengajar di Madrasah al-Sadariyah bahkan juga dipelbagai masjid dan madrasah lainnya yang berselerak di sekitar kota Damsyik pada waktu itu dan seluruh para imam telah memanfaatkan ilmu Ibn Qayyim

33Bakr b. „Abdullah Abu Zayd (1980), op.cit., h. 38-43.

34Ibn Rajab (1953), op.cit.,h. 449.

115

Jawziyyah. 35Selain daripada mengajar beliau juga merupakan pimpinan bagi Madrasah al-Jawziyyah yang diasaskan oleh bapa beliau.36

Keistimewaan yang menonjol pada diri Ibn Qayyim al-Jawziyyah selain dari mendapat pendidikan dari ulama-ulama besar pada zamannya ialah beliau juga telah melahirkan segugusan murid-murid yang menjadi tokoh ulama dan intelektual terbilang sepanjang zaman. Antara murid beliau yang terkenal tersebut selain dari penulis biografi beliau yang telah dinyatakan sebelum ini ialah dua orang anaknya yang juga telah dinyatakan sebelum ini iaitu Sharaf al-Din, Jamal al-Din „Abdullah bin Imam Shams al-Din Muhammad Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan Burhanuddin Ibrahim bin Shams al-Din Ibn Qayyim al-Jawzziyyah. Diikuti pula al-Subki atau nama penuhnya „Ali b. Abd Kafi b. „Ali b. Tamam Subki Taqi Din Abu al-Hasan (d.1355), 37Ibn „Abd al-Hadi atau nama penuhnya Muhammad Shams al-Din Abu „Abdullah b. Ahmad b.‟Abd Hadi b. Qudamah Maqdisi Salihi al-Hanbali (m.1343), seorang pengarang yang prolifik, Ibn Rajab menyatakan bahawa beliau telah mengarang hampir tujuh puluh karya yang sebahagiannya mencapai seratus jilid.38 Selanjutnya ialah al-Nablisi atau nama penuhnya Shams al-Din Abu

„Abdullah b. „Abd al-Qadir b. Muhyiddin Uthman al-Hanbali (m.797H), al-Ghazi atau nama penuhnya Muhammad b.Muhammad b. al-Khadr al-Ghazi al-Shafi„i (m.808H), al-Firuzabadi atau nama penuhnya Muhammad b. Ya„qub b. Muhammad Abu Tahir Firuzabadi Shafi‟i Majd Din (m.1414) pengarang Qamus

35Bakr b. „Abdullah Abu Zayd (1980), op.cit., h. 40.

36Ibn Rajab (1953), op.cit., h. 449.

37Shihab al-Din Ahmad Ibn Hajar al-„Asqalani (t.t) Al-Durar al-Kaminah fi A„yan Al-Mi‟ah al-Thaminah. Beirut: Dar Ihya‟ al-turath al-„Arabi, juz. 3, h. 134.

38Biografi lanjut tentang tokoh ini dapat dilihat dalam karya al-Dhahabi berjudul Tabaqat al-Huffaz, jil.4, h.1508; Al-„Imad, Abu al-Fallah „Abd al-Hay al-Hanbali (t.t) Shadharat al-Dhahab fi Akhbar man al-Dhahab. Kaherah: Maktabah al-Qudsi, j.6, h. 141.

116

Muhit, dan seterusnya al-Maqarri atau nama penuhnya Muhammad b. Muhammad b.

Ahmad b. Abu Bakr al-Qarshi al-Tilmisani (m.759H).39

Sebagai seorang ulama besar yang memiliki ilmu yang mendalam beliau sentiasa dirujuk oleh individu-individu tertentu untuk mendapat fatwa dalam berbagai permasalahan yang timbul. Berkenaan dengan hal ini al-Dhahabi menyatakan bahawa Ibn Qayyim al-Jawziyyah merupakan sumber ilmu kepada para sahabat Ibn Taymiyyah, beliau mengeluarkan fatwa, mengajar, mengemukakan pendapat dan produktif dalam bidang penulisan.Penglibatan beliau dalam dunia akademik ini memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan ilmu-ilmu Islam. Kerana fatwa-fatwa beliau yang bertentangan dengan fatwa dari ulama-ulama yang bersekongkol dengan pemerintah maka seringkali terjadi dialog dan perdebatan.

Bahkan kerana fatwa-fatwa tersebut beliau disiksa dan dipenjara.40

Peristiwa yang paling penting dalam sejarah penglibatan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam dunia akademik dan keilmuan ialah peristiwa beliau dipenjarakan bersama gurunya Ibn Taymiyyah dalam mempertahankan fatwa keharaman menziarahi kubur dan maqam para wali dan orang-orang soleh (ziyarat qubur al-awliya wa al-salihin).41Keterangan lanjut tentang penangkapan Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan gurunya Ibn Taymiyyah dalam penjara pada tahun 1326M dapat dilihat dalam Kitab al-Suluk li Ma„rifah Duwal al-Muluk, tulisan Taqi al-Din Ahmad ibn „Ali al-Maqrizi (m.1442). Menurut al-Maqrizi, sebaik sahaja Ibn Taymiyyah ditahan, Ibn Qayyim al-Jawziyyah pula telah dihukum dengan diarak di atas keldai mengelilingi jalan-jalan di Damsyik dengan dilontari berbagai-bagai kata penghinaan. Beliau kemudiaannya dipenjarakan bersama gurunya dipenjara

39Bakr b. Abdullah Abu Zayd (1980), op.cit., hh. 109-110.

40Abdul Aziz bin Abdullah al-Ahmad (2006) Kesihatan Jiwa: Kajian Korelatif Pemikian Ibn Qayyim dan Psikologi Moden. Muh. Iqbal Kadir (terj.), Jakarta: Pustaka Azzam, h.30.

41Livnat Holtzman (2009), op.cit., h.211.

117

Damsyik. Menurut al-Maqrizi ada dua punca utama Ibn Qayyim al-Jawziyyah ditangkap dan dipenjarakan iaitu pertama berhubung dengan fatwa Ibn Qayyim al-Jawziyyah yang mengatakan bahawa menziarahi kubur dan makam para wali termasuk kubur Nabi Muhammad S.A.W adalah perbuatan bidaah dan bercanggah dengan ajaran Islam. Kedua ialah persetujuan beliau dengan fatwa Ibn Taymiyyah berkenaan permasalahan talak tiga dengan satu lafaz.Menurut beliau talak tiga yang diungkapkan dengan satu lafaz dikategorikan sebagai talak satu. Fatwa-fatwa beliau ini adalah bertentangan dengan fatwa ulama-ulama semasa pemerintah pada masa itu.42

Kehidupan Ibn Qayyim al-Jawziyyah di dalam penjara telah memantapkan lagi keilmuan dan kekentalan jiwa serta imannya kepada Allah S.W.T. Di dalam penjara beliau menyibukkan dirinya dengan membaca dan bertafakur terhadap isi kandungan al-Quran. Beliau juga mengambil peluang untuk menuntut ilmu secara intensif dengan gurunya Ibn Taymiyyah. Menurut penulis biografi Ibn Qayyim al-Jawziyyah, di dalam penjara inilah juga beliau mendapat pengalaman-pengalaman kerohanian seperti dhawq atau jamaknya adhwaq, 43 mawajid atau jamaknya mawjud44dan sebagainya yang memantapkan beliau dengan ilmu-ilmu tasawuf.

42Livnat Holtzman (2009), op.cit., h. 211.

43Dalam literatur tasawuf, lafaz dhawq dapat difahami dalam dua definisi iaitu definisi epistemologi dan definisi ontologi. Dalam definisi epistemologi dhawq diertikan sebagai satu metode pencapaian pengetahuan sebagaimana yang difahami dan dirasai oleh kaum sufi. Kedua dalam pengertian ontologi, iaitu dhawq difahami sebagai konsep dan wacana yang berkembang di kalangan para sufi.

Para sufi meyakini bahawa dengan pengamalan ajaran tasawuf yang benar memungkinkan seseorang sufi memperolehi pengetahuan secara intuitif (dhawqiyyah). Hal ini dimungkinkan kerana mereka memiliki kondisi yang teramat sedar terhadap kehadiran Tuhan.Lihat Idrus al-Kaf (2008) “Dhawq”

dalam Kautsar Azhari Noer et.al (ed.), Ensiklopedi Tasawuf. Bandung: Penerbit Angkasa, jil. 1, hh.

333-334.

44Mawajid pula berasal dari kata wajd yang bererti menemukan, mengetahui. Dalam tasawuf istilah ini digunakan untuk menyebut seseorang yang tenggelam dalam ekstase yang diperolehi kerana kehadiran Tuhan. Salah satu cara yang paling kuat untuk meraih wajd adalah dengan mengundang kemabukan (tawajud) melalui sama‟, muzik dan pembacaan puisi. Cara lain ialah melalui tazakkur (mengingat, zikir), tafakur (merenung), dan secara tulus meneladani orang yang memiliki wajd.

Ketika kedatangan wajd seorang sufi mungkin menangis, mengeluh, menjerit dan berteriak keras, mungkin juga bergerak (menari) dan bahkan mungkin pengsan dan tidak sedarkan diri. Kerana itu orang yang tidak mengetahui keadaan mereka menyebutnya sebagai darwish yang melolong atau

118

Hasilnya beliau dapat menghuraikan dengan jelas istilah-istilah tasawuf dalam usaha menolak tasawuf yang sesat dan menyeleweng dari landasan Quran dan al-Sunnah.45

Selepas kematian gurunya Ibn Taymiyyah, perkembangan intelektual Ibn Qayyim al-Jawziyyah mencapai tahap kematangan dan kemendirian yang sangat membanggakan.Jika dulunya beliau dibayangi oleh ketokohan dan kemasyhuran gurunya, tetapi kini beliau telah membentuk imejnya yang tersendiri sebagai sebagai sarjana dan ulama besar yang dikagumi dan disegani. Salah satu faktor kemantapan yang tidak boleh diabaikan ialah lawatan-lawatan ilmiah yang dilakukan oleh beliau untuk bertemu dengan sarjana-sarjana lain di luar dari kota Damsyik. Lawatan beliau ke Kaherah umpamanya dilaporkan oleh al-Maqrizi sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Ibn Qayyim al-Jawziyyah sendiri ada menyebutkan tentang peristiwa pemergiannya ke Mesir dalam karya tahap kematangannya iaitu Ighathat al-Lahfan min Masayid al-Shaytan. Dalam kitab tersebut Ibn Qayyim menyebut bahawa beliau telah berbincang dengan beberapa orang doktor pakar di Kaherah berkenaan dengan faedah berbekam dalam mengeluarkan racun dari tubuh. Dalam kitab hidayah al-hayara pula Ibn Qayyim al-Jawziyyah menyatakan bahawa beliau pernah melakukan dialog dan perdebatan dengan pimpinan Yahudi dalam permasalahan akidah. Ibn Qayyim al-Jawziyyah telah berjaya mematahkan hujah Yahudi tersebut yang menuduh Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi palsu.46

Pelbagai dialog dan perdebatan yang telah dilakukan oleh beliau telah memantapkan lagi ilmu dan pengalaman Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam dunia darwish yang menari. Lihat Salahuddin (2008), „Wajd‟ dalam Kautsar Azhari Noer et.al (ed.) Ensiklopedi Tasawuf. Bandung: Penerbit Angkasa, jil. 111, hh. 1417-1420. Bacaan lanjut tentang wajd sila rujuk, Armstrong, Amatullah (1995), Sufi Terminology: The Mystical Language of Islam, Kuala Lumpur: A.S. Noordeen; Hujwiri, Abu al-Hasan „Ali ibn Uthman ibn „Ali al-Ghaznawi (1974), al-Kashf al-Mahjub. Kaherah: al-Majlis al-A‟la li al-Shu‟un al-Islamiyyah; Suhrawardi, Shihab al-Din Abu Hafs „Umar (1966), al-„Awarif al-Ma‟arif. Beirut: Dar al-Kitab al-„Arabi

45 Livnat Holtzman (2009), op.cit., h. 212.

46 Ibid.; Bakr b. Abdullah Abu Zayd (1980), h.33

119

pendidikan. Beliau seterusnya meneruskan usaha dan misi dakwah dalam pelbagai isu akidah dan perundangan lebih komplek khususnya penolakan beliau terhadap beberapa permasalahan dalam akidah Muktazilah dan Asha‘irah.47

Pada tahun 1331 dalam usia 39 tahun, beliau melakukan pengembaraan untuk menunaikan haji di Mekah bersama rombongan ulama, para hakim dan intelektual Damsyik yang diketuai oleh Amir „Izz al-Din Aybak.48 Penyertaan beliau dalam rombongan orang-orang kenamaan ini menggambarkan bahawa kemasukan beliau ke penjara tidak menjejaskan reputasi beliau sebagai seorang sarjana dan ulama besar yang disegani.49

Sebilangan murid Ibn Qayyim al-Jawziyyah seperti Ibn Rajab dan lain-lain melaporkan bahawa Ibn Qayyim al-Jawziyyah telah melakukan ibadat haji berulangkali dan tinggal menetap sebagai penduduk Mekah. Disamping memfokuskan dirinya untuk beribadat, keberadaan beliau di kota Mekah juga diwarnai dengan usaha mencari dan menekuni ilmu pengetahuan. Ketekunan beliau dalam usaha-usaha keilmuan ini dibuktikan dengan jelas melalui penghasilan beberapa karya yang hebat semasa beliau berada di kota Mekah. Antara karya-karya tersebut ialah Miftah Dar al-Sa„adah wa Mansyur Walayah al-„Ilm wa al-Iradah, Rawdah Muhibbin wa Nuzhat Mushtaqqin, Zad Ma‟ad Fi Hady Khair

al-„Ibad, Bada‟i al-Fawa‟id, Tahdhib Sunan Abu Da‟wud dan Al-Furusiyah.50