• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hempasan Ombak

Dalam dokumen KOMSAS Tg 3.pdf (Halaman 70-79)

Sinopsis

 Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah di dalam perut, Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Syarikat Batik Nusantara yang telah diusahakan oleh bapanya lebih 20 tahun. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Farid kerana ketidakmampuan anak-anaknya yang lain. Namun begitu, syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan. Pak Nik, pekerja syarikat itu memberitahu Farid bahawa batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu menggerhanakan syarikat mereka. Untuk mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah bercadang untuk menggadaikan tanah dan barang kemasnya. Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali pertama dengan pekerja-pekerjanya. Dalam mesyuarat tersebut, Farid mahu syarikat menjual batik dalam bentuk siap dipakai dengan  jenama tersendiri. Farid turut mencadangkan agar bengkel diperbesar dan mesin baharu dibeli. Pada suatu hari, Farid mengunjungi pejabat pemborong binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya. Mokhsein memaklumkan sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu mahu memonopoli pengeluaran batik. Syarikat itu menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis. Kemudian, Mokhsein menerangkan “strategi terkunci” yang perlu dilakukan oleh Farid untuk mengukuhkan syarikatnya semula. Farid turut berjumpa dengan Zuraida, bekas rakan sekelasnya yang berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu untuk bertanyakan khabar. Dalam pertemuan yang lain, Zuraida berjanji mahu membantu Farid dengan menjualkan batik keluaran syarikat Farid tanpa mengenakan sebarang komisen. Namun begitu, dia mahu Farid mengeluarkan batik bentuk baharu untuk menarik perhatian pembeli. Untuk memastikan tindakannya lebih pantas, Farid bertemu dengan Mokhsein. Farid menunjukkan kertas kerja “Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara”. Seterusnya, Farid membina bengkel tambahan serta membeli peralatan dan bahan batik moden yang berjumlah RM75 ribu. Hal yang berkaitan dengan tenaga pengajar batik moden akan diuruskan oleh Mokhsein.

Sebagai usahawan yang berjaya, Mokhsein diundang untuk merasmikan bangunan bengkel batik moden. Pada hari tersebut, Hartini Noor, adik sepupu Mokhsein turut hadir. Hartini Noor diberikan tanggungjawab untuk mereka corak batik, selain membimbing pekerja baharu yang berkaitan dengan batik canting. Zuraida melahirkan rasa cemburu terhadap kehadiran Hartini Noor. Farid mengunjungi Zuraida di gerainya untuk menghilangkan rasa cemburu rakannya itu. Farid menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman dan hanya bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya. Kemudian, Zuraida melihat kerja-kerja mencanting batik di bengkel Farid. Selanjutnya, pemilik Syarikat Batik Rajawali, iaitu Mukhtar begitu marah apabila mendapat tahu bahawa batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan. Hal ini demikian kerana, batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin bahawa batik pilihan pengguna pada masa kini merupakan keluaran syarikat pesaingnya, iaitu Syarikat Batik Nusantara. Kemudian, Mukhtar ke gerai anak saudaranya, Zuraida. Dia sangat marah apabila mendapati batik corak baharu dijual di gerai Zuraida. Mukhtar memberikan amaran kepada Zuraida agar tidak menjual batik itu. Jika Zuraida masih berdegil, dia akan merobohkan gerai Zuraida. Farid pula menerima amaran dalam bentuk surat layang. Dia diingatkan agar memutuskan hubungan dengan Zuraida dan batik keluarannya tidak menguasai pasaran. Jika amaran tersebut tidak dipandang serius, padah yang lebih besar akan menantinya. Hajah Zaoyah bertekad mahu melaporkan perkara itu kepada pihak polis walaupun Farid ingin menyelesaikannya sendiri. Farid segera berjumpa dengan Zuraida setelah mendapat panggilan telefon daripadanya. Zuraida memberitahu Farid tentang larangan bapa saudaranya, Mukhtar agar tidak menjual batik moden yang dikeluarkan oleh syarikat Farid. Farid menerima penjelasan Zuraida menyebabkan Zuraida menitiskan air mata kerana terharu. Sementara itu, berlaku kekecohan di bengkel batik moden kepunyaan Farid. Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri kerana tidak berpuas hati dengan kedua-dua lelaki itu yang telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Azmi dan Masri menyatakan bahawa mereka meninggalkan syarikat itu kerana tidak dibayar gaji walaupun sudah bekerja selama dua bulan. Berlaku pertengkaran antara mereka. Mahmood yang seakan-akan hilang akal mencekik leher baju Azmi dan mahu memasukkan kepala Azmi ke dalam kawah yang mengandungi lilin panas. Disebabkan Masri tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi, dia menerpa ke arah Mahmood lalu mencurahkan lilin panas daripada canting ke muka Mahmood. Kemudian, Mahmood segera melarikan diri. Ketika jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan oleh bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bengkel batik moden dijilat api. Bengkel tersebut tinggal rangka dan lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik musnah termasuklah batik-batik yang baru siap. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin bahawa kebakaran itu bermotifkan  jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis. Di balai polis, Inspektor Rusman menjelaskan bahawa pihaknya telah memberkas Mahmood di sebuah klinik ketika lelaki itu sedang menerima rawatan kerana tersiram lilin batik. Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pihak polis turut memberitahu Farid bahawa pemilik syarikat tersebut ialah Mukhtar bin Yusof. Tidak beberapa lama kemudian, pihak polis berjaya menangkap Mukhtar. Dia membuat rayuan untuk menjamin dirinya, tetapi telah ditolak. Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel batik moden, Mokhsein menemui Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu memberikan semangat kepada Farid semula.

Zuraida pula menjelaskan bahawa dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM kerana kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan. Zuraida memberitahu Farid bahawa banyak kolej yang terdapat di Kuala Terengganu  jika dia mahu menimba ilmu. Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun. Kemudian, Farid dan Zuraida mengikut Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.

Tema

Tema novel ini ialah kegigihan remaja dalam usaha memajukan perniagaan peninggalan arwah ayahnya. Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah di dalam perut, Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Syarikat Batik Nusantara. Ketika Farid menerima tanggungjawab tersebut, syarikat menghadapi masalah kewangan. Untuk mengatasi masalah itu, ibu Farid, Hajah Zaoyah terpaksa menggadaikan tanah dan barang kemasnya. Seterusnya, Farid belajar ilmu perniagaan menerusi bekas pekerja ayahnya, iaitu Mokhsein. Bengkel baharu dibina dan batik corak moden dikeluarkan. Namun begitu, kemajuan syarikatnya tidak disenangi oleh Mukhtar. Atas arahan Mukhtar, samseng telah membakar bengkel Farid. Farid reda atas ketentuan Allah dan berazam mahu membangunkan syarikatnya semula.

Persoalan

1. Jatuh bangun dunia perniagaan.

Farid yang menguruskan Syarikat Batik Nusantara mengalami kesulitan kerana aliran perbelanjaan  yang tidak lancar, sedangkan sebelum ini syarikat maju dan terkenal terutamanya di Kuala

Terengganu.

2. Bersederhana dalam menjalani kehidupan.

 Walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara, namun Farid lebih selesa menggunakan motosikal atau kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. 3. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan warisan keluarga.

Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Disebabkan ketidakmampuan anak-anaknya yang lain, Hajah Zaoyah menyerahkan tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara kepada Farid. Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan tanah dan barang kemasnya untuk mengatasi masalah kewangan syarikat.

4. Sikap suka membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein menerangkan “strategi terkunci” yang perlu dilakukan oleh Farid untuk mengukuhkan syarikatnya semula.

5. Kebijaksanaan ketika menghadapi saat-saat yang mencemaskan.

Ketika bengkel batik moden dijilat api, Farid berusaha untuk memadamkan kemaraan api dengan menggunakan alat pemadam api. Apabila memikirkan banyak terdapat tong gas di dalam bengkel itu, dia menyerahkan tanggungjawab itu kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional.

Plot

Binaan Plot 1. Permulaan

Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah di dalam perut, Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Syarikat Batik Nusantara yang telah diusahakan oleh bapanya lebih 20 tahun. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Farid kerana ketidakmampuan anak-anaknya yang lain. Namun begitu, syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan. Pak Nik, pekerja syarikat itu memberitahu Farid bahawa batik keluaran syarikat tidak laku dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu menggerhanakan syarikat mereka. Untuk mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah ingin menggadaikan tanah dan barang kemasnya. Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali pertama dengan pekerja-pekerjanya. Pada suatu hari, Farid mengunjungi pejabat pemborong binaan Nadi Zaman kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya. Mokhsein memaklumkan sebuah syarikat pesaing di Kuala Terengganu mahu memonopoli pengeluaran batik. Syarikat itu menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat yang sedia ada muflis.

2. Perkembangan

Zuraida, rakan Farid yang berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol berjanji mahu membantu Farid dengan menjualkan batik keluaran syarikat Farid di gerainya tanpa mengenakan sebarang komisen. Namun begitu, dia mahu Farid mengeluarkan batik bentuk baharu untuk menarik perhatian pembeli. Pemilik Syarikat Batik Rajawali, iaitu Mukhtar begitu marah apabila mendapat tahu bahawa batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan dengan alasan batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin bahawa batik pilihan pengguna pada masa kini merupakan keluaran pesaingnya, iaitu Syarikat Batik Nusantara. Kemudian, Mukhtar ke gerai anak saudaranya, Zuraida. Dia memberikan amaran kepada Zuraida agar tidak menjual batik keluaran syarikat Farid. Farid pula menerima amaran dalam bentuk surat layang. Hajah Zaoyah bertekad mahu melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Sementara itu, berlaku kekecohan di bengkel batik moden kepunyaan Farid. Mahmood, pekerja Mukhtar mencari bekas pekerja Syarikat Batik Bakawali, iaitu Azmi dan Masri. Ketika Mahmood ingin memasukkan kepala Azmi ke dalam kawah yang mengandungi lilin panas, Masri yang tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi mencurahkan lilin panas daripada canting ke muka Mahmood.

3. Klimaks

Ketika jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan oleh bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bengkel batik moden dijilat api. Bengkel tersebut hanya tinggal rangka. Lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah untuk membuat batik telah musnah termasuklah batik-batik moden yang telah siap. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin bahawa kebakaran itu bermotifkan  jenayah. Pihak polis banyak mendapat maklumat berikutan penangkapan Mahmood. Akhirnya,

Mukhtar diberkas atas tuduhan membakar bengkel batik moden Farid. 4. Peleraian

Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel batik moden, Mokhsein menemui Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu memberikan semangat kepada Farid semula. Zuraida pula menjelaskan bahawa dia mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM kerana kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan. Zuraida memberitahu Farid bahawa banyak kolej yang terdapat di Kuala Terengganu jika Farid mahu menimba ilmu. Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun. Kemudian, Farid dan Zuraida mengikut Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.

Teknik Plot 1. Dialog 

Perbualan antara Farid dengan Zuraida tentang kesediaan Zuraida untuk membantu Farid memajukan syarikatnya.

  Contoh:

“Kalau aku kata yang aku bersedia membantu, engkau bagaimana?” Cakapan Zuraida kini mula bersungguh-sungguh.

“Semua orang mulanya sudi membantu,” ujar Farid menggamit pelayan yang bagai tidak cukup tangan melayani pelanggan di meja ruang hadapan.” 

“Ikhlas sekalipun, ah, aku takut terhutang budi pula!” 

“Pelik, ada usahawan yang menghadapi masalah, tapi jual mahal. (hal. 94) 2. Pemerian

Pengarang menggambarkan perusahaan batik kecil-kecilan milik keluarga Haji Badrul semakin terjejas sejak kematian Haji Badrul.

  Contoh:

Kematian Haji Badrul telah melemahkan nadi perniagaan yang menjadi kebanggaan keluarganya. Kehilangan Haji Badrul, pemilik dan pengasas perusahaan batik kecil-kecilan milik keluarganya itu benar-benar melesukan nafas perniagaan yang ditinggalkannya.  (hal. 172) 3. Imbas kembali

Farid teringat akan perbualannya dengan ayahnya suatu waktu dahulu tentang dunia perniagaan.   Contoh:

“Bidang perniagaan ini tak ubah macam roda, Rid.” Omelan ayahnya dahulu, mencucuk-cucuk pintu sedar Farid. “Turun, naik sudah lumrah, kalau bintang cerah, boleh goyang kaki. Semua yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan, itu yang diburu, tapi apakah impian mereka semua akan tercapai?”  (hal. 3)

4. Monolog dalaman

Farid berkata dalam hatinya tentang hutang-hutang syarikat yang tidak dilangsaikan oleh ayahnya.   Contoh:

Semua orang, bahkan aku sendiri bagai tidak melihat kepahitan ayah. Berapa tebal invois hutang ayah? Mengapa ayahnya tidak khabarkan tentang ini? Dia ingin mengajarku erti hidup sebenar? Atau roh ayah hanya akan tenteram setelah melihatkan kejayaanku melangsaikan hutang-hutangnya?  (hal. 5)

5. Imbas muka 

Farid bermimpi Mukhtar datang ke rumahnya dan memohon maaf daripadanya. Contoh:

Mukhtar tersenyum puas. Dengan pakaian yang tidak terurus, dia meninggalkan rumah Farid, meluah senyum tanda hasrat terpenuh. Dia melambai-lambai Farid. Farid membalas. Senyum berbunga. (hal. 204)

Menerusi mimpi tersebut, tergambar akan hati Farid yang ikhlas untuk memaafkan kesalahan orang yang telah merancang pembakaran bengkelnya. Hal ini sebagai suatu gambaran yang dia akan berbaik-baik dengan Mukhtar suatu hari nanti.

Watak dan Perwatakan

Farid (watak utama)

1. Berusia 19 tahun dan mempunyai tubuh yang sederhana.

2.  Diberi tanggungjawab oleh keluarganya untuk menerajui Syarikat Batik Nusantara setelah kematian ayahnya, Haji Badrul.

3.  Bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan. Contohnya, walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara, namun dia hanya menggunakan motosikal atau kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Dia juga lebih selesa makan di warung biasa, bukannya hotel ketika makan bersama-sama rakannya, Zuraida.

4. Memiliki sikap kasih sayang terhadap keluarga dan rakan baik. Contohnya, dia tidak membebankan adik-beradiknya dalam memajukan syarikat dan amat menyayangi Zuraida, rakan yang dikenali sejak zaman sekolah lagi.

5. Bersikap rasional dalam membuat sesuatu. Contohnya, ketika bengkel batik moden dijilat api, dia berusaha memadamkan kemaraan api dengan menggunakan alat pemadam api. Apabila memikirkan banyak terdapat tong gas di dalam bengkel itu, dia menyerahkan tanggungjawab itu kepada kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional.

6. Mengamalkan semangat bermasyarakat. Contohnya, dia telah mengundang 200 orang penduduk kampung ketika perasmian bengkel batik moden.

7. Rajin dalam memajukan syarikat. Contohnya, walaupun tidak ada pengalaman dalam bidang perniagaan, namun dia rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik dan sering bertanya daripada orang yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida untuk memajukan perusahaan batiknya.

Mokhsein

1. Bertubuh gelap, berwajah bulat, dan tampan.

2. Pemilik Syarikat Nadi Zaman, iaitu syarikat pemborong binaan. 3. Pernah bekerja lebih 10 tahun dengan Syarikat Batik Nusantara.

4.  Amat menyanjungi dan terhutang budi kepada Haji Badrul kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan.

5. Banyak membantu Farid dari segi idea, kepakaran, dan motivasi dalam memajukan syarikat. 6. Mencadangkan kepada Farid supaya melakukan “strategi terkunci” dalam usaha memajukan

syarikatnya.

7. Diberikan tanggungjawab untuk merasmikan bengkel batik moden syarikat Farid. Mukhtar

1. Pemilik Syarikat Batik Rajawali.

2. Busuk hati, iaitu menawarkan keuntungan sehingga 35 peratus kepada ejen agar mereka mengutamakan batik keluaran syarikatnya, sekali gus menggugat Syarikat Batik Nusantara. 3. Melarang anak saudaranya, Zuraida daripada menjual batik moden keluaran syarikat Farid apabila

batiknya tidak laku.

4. Menulis surat amaran kepada Farid agar memberhentikan keluaran batik moden serta memutuskan hubungan dengan Zuraida.

5. Menghantar pekerjanya, Mahmood membuat kacau di bengkel Farid. 6. Menghantar samseng membakar bengkel Farid.

Hajah Zaoyah

1. Berusia 56 tahun dan balu kepada Allahyarham Haji Badrul, pengasas Syarikat Batik Nusantara. 2. Mempunyai enam orang anak, iaitu Latifah (mempunyai lima orang anak), Lotfi (sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya), Farhan (meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya), Farid (19 tahun), Hanisyah (15 tahun), dan Hisyam (12 tahun).

3. Sanggup berkorban. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanah dan barang kemasnya agar  wang tersebut boleh digunakan untuk memajukan syarikat yang mengalami masalah kewangan. 4. Rasional dalam bertindak. Contohnya, apabila Farid menerima surat layang yang berbentuk

ugutan, dia segera melaporkan hal tersebut kepada pihak polis. Zuraida 

1. Berusia 19 tahun dan rakan sekelas Farid dari tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman.

2. Berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu.

3. Sejak di bangku sekolah lagi, dia berniaga bagi membantu ibunya, seorang janda anak lima. 4. Sebelum mendapat gerai, dia menjual minuman dan makanan ringan tanpa lesen sehinggakan

sering diburu oleh penguat kuasa.

5. Kini, dia menguruskan gerai tersebut dengan dibantu adik-adiknya.

6. Seorang yang cemburu. Contohnya, dia berasa hati apabila Hartini Noor bekerja di bengkel Farid. 7. Berwawasan dalam mencorak masa depan. Contohnya, dia menimba ilmu dengan mengikuti

kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM. Haji Badrul

1. Pengasas Syarikat Batik Nusantara.

2. Menguruskan syarikat yang mengeluarkan batik asli jenama Cap Sarang lebih 20 tahun.

3. Batik keluaran syarikatnya amat maju dan terkenal di Kuala Terengganu serta edarannya meluas hingga Pantai Barat.

4.  Apabila beliau meninggal dunia akibat barah perut, kedudukan syarikat mula merosot disebabkan ejen enggan membuat bayaran dan persaingan daripada Syarikat Batik Rajawali.

Hartini Noor

1. Berusia 25 tahun dan graduan seni reka fabrik lepasan UiTM. 2. Sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman.

3. Hanya bekerja selama sebulan sahaja di Syarikat Batik Nusantara.

4. Tugasnya ialah mereka coraj batik moden serta mengajar pekerja syarikat tersebut. 5. Seorang yang kreatif dan gigih bekerja.

Latar

Latar Masa 

1.  Waktu malam

Farid berbincang dengan ahli keluarganya untuk menyelesaikan masalah syarikat. Farid tidak sanggup syarikat ditutup kerana kakitangan yang setia seperti Tomsiah dan Pak Nik akan kehilangan mata pencarian.

2. Pukul 7.00 pagi

Farid sudah berada di pejabat. Kemudian, dia meninjau bengkel batik. Apabila Pak Nik tiba, dia meluahkan keinginannya untuk membesarkan bengkel sekiranya kewangan syarikat semakin kukuh.

3. Pukul 9.00 pagi

Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali pertama. Selain Farid, Tomsiah, dan Pak Nik, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh drebar, dua orang jurujual, dan ketua pembatik.

4. Pukul 2.00 pagi

Seisi rumah Hajah Zaoyah dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat dan mereka mendapati bengkel batik moden dijilat api.

5. Pukul 2.00 petang 

Farid pergi ke pejabat Mokhsein untuk meminta pandangan dan menunjukkan kertas kerja berkaitan usaha untuk memajukan syarikat batiknya.

Latar Tempat

1. Kampung Losong, Kuala Terengganu

Di kampung tersebutlah terletaknya Syarikat Batik Nusantara, tempat Farid bekerja. 2. Pejabat pemborong binaan Nadi Zaman

Farid mengunjungi pejabat tersebut yang dimiliki oleh Mokhsein, iaitu bekas pekerja ayahnya. 3. Gerai di bazar MARA di Jalan Banggol

Tempat Zuraida berniaga pakaian sejak tujuh tahun lalu. 4. Balai Polis Daerah Kuala Terengganu

Tempat Farid membuat laporan tentang kebakaran bengkelnya. 5. Pekarangan rumah keluarga Farid

Tempat berlangsungnya perasmian bengkel batik moden Syarikat Batik Nusantara yang dirasmikan oleh Mokhsein dengan dihadiri oleh 200 orang penduduk Kampung Losong.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang terlibat dalam dunia perniagaan.

Farid diamanahkan oleh keluarganya untuk menguruskan Syarikat Batik Nusantara walaupun dia tidak mempunyai pengalaman dan baru berusia 19 tahun.

2. Masyarakat yang bersederhana dalam menjalani kehidupan.

Walaupun memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara, namun Farid lebih selesa menggunakan motosikal atau kereta Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. 3. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga.

Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Disebabkan ketidakmampuan anak-anaknya  yang lain, Hajah Zaoyah menyerahkan tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara

kepada Farid. Farid pula tidak membantah cadangan tersebut. 4. Masyarakat yang bersikap baik hati.

Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi menerangkan “strategi terkunci” yang perlu dilakukan oleh Farid untuk mengukuhkan syarikatnya semula.

Gaya Bahasa

1. Diksi

(a) Istilah-istilah yang berkaitan dengan pembuatan industri batik    Contoh:

batik canting, motif batik, corak geometri, corak kawung, corak caplok, corak semen, kain organza 

(b) Pengaruh bahasa Arab Contoh:

 Assalamualaikum, Waalaikumussalam, Bismillah, Insya-Allah, Astaghfirullah  (c) Penggunaan bahasa Inggeris

  Contoh:

hypertension, emporium, demand, high fashion, rouge  (d) Penggunaan kata ganda

  Contoh:

berjinak-jinak, lampu-lampu, bandar-bandar, teka-teki, balik-balik, jangan-jangan  2.  Ayat

(a) Penggunaan ayat-ayat pendek    Contoh:

Tomsiah tersenyum. (hal. 8)

Masri terdiam. (hal. 174)

(b) Penggunaan ayat-ayat sederhana   Contoh:

Manusia ini nampaknya tahu tentang arwah ayahnya.  (hal. 11)

Dia ke Dungun mengikuti kuliah Pentadbiran Perniagaan.  (hal. 203) (c) Penggunaan ayat-ayat panjang 

  Contoh:

Dalam dokumen KOMSAS Tg 3.pdf (Halaman 70-79)

Dokumen terkait