• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sekeping Tanah

Dalam dokumen KOMSAS Tg 3.pdf (Halaman 25-34)

Sinopsis

Satu

Hisyam memujuk abangnya, Harun agar memajukan tanah pusaka peninggalan ayah mereka dengan mendirikan kondo. Menurut Hisyam, dia telah berbincang dengan kakaknya, Halimah dan mereka mahu menubuhkan syarikat keluarga untuk menguruskan kondo tersebut. Bagi Hisyam, urusan memajukan tanah pusaka perlu disegerakan kerana mereka masih hidup. Halimah dan anak-anaknya menetap di tanah tersebut. Jika mereka tiada, susah untuk menguruskannya.

Harun tidak bersetuju, sebaliknya mahu tanah tersebut dijual agar segera mendapat  wang. Harun berpendapat bahawa cadangan Hisyam untuk memajukan tanah tersebut hanya akan memeningkan kepala. Harun mengungkit berkenaan modal dan turut menempelak Hisyam yang tidak mempunyai kelulusan untuk menguruskan syarikat tersebut. Hisyam meyakinkan Harun agar memajukan tanah dengan meminjam wang daripada bank dan syarikat tersebut akan diuruskan oleh Halimah kerana dia mempunyai kelulusan.

Harun terasa apabila Hisyam menyebut tentang hal anak-anak. Hal ini demikian kerana, anaknya, Saleh terlibat dalam penagihan dadah dan Musa pula masih terlibat dalam perlumbaan motosikal secara haram. Anak Hisyam pula semuanya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya. Hisyam pulang apabila Harun tetap dengan pendiriannya untuk menjual tanah pusaka itu.

 Dua 

Hisyam menemui Halimah dan menerangkan hasil perbincangannya dengan Harun. Hisyam bertekad untuk meneruskan rancangan memajukan tanah pusaka itu. Namun begitu, mereka merahsiakan hal tersebut daripada Harun. Mereka akan membeli tanah pusaka itu atas nama syarikat dan akan membayar bahagian Harun. Halimah menyuruh Hisyam menguruskan syarikat tersebut kerana dia masih bekerja. Semasa sedang berbincang, Harun menelefon Halimah. Halimah mengatakan bahawa dia terpaksa mengikut cadangan Harun.

Tiga

Sebulan kemudian, mereka menandatangani penjualan tanah dengan harga RM6 625 000.00 kepada Binajaya Sdn. Bhd. di hadapan pegawai pentadbiran tanah dan seorang peguam. Harun dan Hisyam memperoleh RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah memperoleh RM1 325 000.00. Rumah pusaka pula didermakan kepada satu keluarga di Sungai Pencala.

sebagai pengurus projek. Harun yang melalui kawasan tersebut terkejut melihat nama adiknya sebagai pengurus di atas papan tanda tersebut. Pada mulanya, dia ingin menghubungi adiknya itu untuk mengetahui perkara yang sebenar, tetapi dia tidak melakukannya kerana bermungkinan tersalah orang.

Empat

Tiga tahun setengah kemudian, Kondo Jaya berdiri megah dan semua 21 lot kedai telah disewakan. Semasa para pembeli kondo datang untuk mengambil kunci masing-masing, Harun turut muncul untuk melihat pemilik kondo. Dia terkejut apabila mendapati Hisyam dan Halimah menyambut kedatangan pembeli. Dia pulang dengan perasaan kecewa dan sedih. Wangnya yang berjumlah RM2 juta lebih telah tinggal RM1 juta lebih sahaja.

Pada malam itu, Harun menghubungi Hisyam dan melahirkan rasa kecewanya kerana ditipu oleh adik sendiri. Hisyam menjelaskan bahawa tanah itu dibeli mengikut harga yang ditetapkan oleh Harun dan pembangunan di tanah pusaka dirahsiakan kerana tidak mahu bertekak dengan Harun. Kemudian, Hisyam bertemu dengan Halimah yang baru meletakkan  jawatan di bank. Halimah menunjukkan berita di akhbar yang menyiarkan kisah Musa,

anak Harun yang meminati perlumbaan motosikal secara haram telah terlibat dalam kes pembunuhan.

Hisyam menyerahkan jawatan pengurus Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah. Walaupun Halimah menolak, namun Hisyam terus mendesak kerana dia lebih selesa memandu kereta sewa. Lagipun dia yakin bahawa Halimah lebih berkebolehan dan berpengetahuan untuk memajukan syarikat. Halimah bersetuju, tetapi mengharapkan adiknya itu selalu datang berbincang untuk memastikan syarikat berkembang maju.

Tema

Tema cerpen ini ialah hubungan kekeluargaan diuji dengan peninggalan harta pusaka. Harun, Hisyam, dan Halimah tidak sependapat dalam menguruskan tanah pusaka peninggalan ayah mereka di bandar. Harun mahu tanah itu dijual dan wang itu dibahagikan mengikut faraid, manakala Hisyam dan Halimah mahu tanah itu dimajukan dengan pembinaan kondo kerana lebih menguntungkan.

Persoalan

1. Kasih sayang sesama ahli keluarga.

Hisyam dan Halimah berusaha untuk menjaga perasaan abang mereka, Harun kerana sangat menyayangi hubungan kekeluargaan.

2. Berhemah tinggi ketika berkomunikasi.

Hisyam bertutur secara lemah lembut dengan abangnya, Harun dan tidak meninggikan suara  walaupun dihina tidak berpelajaran tinggi dan hanya pemandu teksi.

3. Berfikir secara rasional dalam tindakan.

Hisyam dan Halimah bertindak bijak dengan membina kondo di atas tanah pusaka walaupun Harun lebih suka tanah itu dijual dan wang jualan itu dibahagikan mengikut hukum faraid. 4. Kejujuran dalam menjalankan amanah.

Hisyam yang bertindak sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. menjalankan tugas dengan jujur hinggalah kondo setinggi 25 tingkat dapat disiapkan. Kemudian, dia menyerahkan tugas itu kepada Halimah kerana yakin bahawa kakaknya akan bersikap jujur dalam menjalankan tugas tersebut. 5. Sikap adil dalam pembahagian harta pusaka.

Wang hasil penjualan tanah pusaka dibahagikan mengikut hukum Islam, Harun dan Hisyam memperoleh RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah memperoleh RM1 325 000.00.

Watak dan Perwatakan

Hisyam (watak utama )

1.  Adik bongsu kepada Halimah dan Harun.

2. Tidak berkelulusan tinggi dan bekerja sebagai pemandu teksi.

3. Mempunyai tiga orang anak dan kesemua anaknya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

4. Sangat sayang akan kakak dan abangnya. Contohnya, dia mahu memajukan tanah peninggalan ayahnya demi kebaikan mereka adik-beradik.

5. Hemah tinggi ketika berkomunikasi. Contohnya, dia bertutur secara lemah lembut dengan abangnya, Harun dan tidak meninggikan suara walaupun dihina tidak berpelajaran tinggi dan hanya pemandu teksi.

6. Berfikiran rasional. Contohnya, dia tidak bersetuju untuk menjualkan tanah pusaka dan bertekad untuk memajukan tanah tersebut kerana wang yang diperoleh tidak akan kekal dan akan habis. 7. Jujur dalam menjalankan amanah. Contohnya, dia yang bertindak sebagai pengurus syarikat

menjalankan tugas dengan jujur hinggalah kondo setinggi 25 tingkat dapat disiapkan.

8. Bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan. Contohnya, dia menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada Halimah kerana mahu hidup secara sederhana dengan bekerja sebagai pemandu teksi.

Harun

1. Abang sulung kepada Hisyam dan Halimah.

2. Terlalu memanjakan dua orang anaknya, iaitu Saleh dan Musa menyebabkan Saleh terlibat dalam penagihan dadah dan Musa pula terlibat dalam perlumbaan motosikal secara haram.

3. Mahu tanah pusaka dijual kerana ingin mendapatkan wang dengan cepat.

4. Memperoleh wang sebanyak RM2 650 000.00 hasil daripada jualan tanah pusaka.

5. Akhirnya, Harun kesal apabila wang dimilikinya hanya tinggal RM1 juta lebih sahaja, manakala adik-adiknya menjadi usahawan yang berjaya setelah mendirikan kondo mewah di atas tanah pusaka.

Halimah

1.  Adik kepada Harun dan kakak kepada Hisyam. 2. Bekerja sebagai pengurus bank.

3. Berpandangan jauh dengan menubuhkan syarikat Binajaya Sdn. Bhd. bersama dengan Hisyam demi masa depan.

4.  Akhirnya, Halimah meletakkan jawatan sebagai pengurus bank dan seterusnya mengambil alih  jawatan pengurus syarikat Binajaya Sdn. Bhd daripada Hisyam.

Latar

Latar Tempat 1. Kondo Jaya 

Orang ramai beratur untuk mendapatkan kunci kondo yang dibeli oleh mereka. 2. Rumah Harun

Hisyam memujuk abangnya, Harun agar memajukan tanah pusaka peninggalan ayah mereka bersama-sama.

Latar Masa 

1.  Waktu malam

Hisyam menemui kakaknya, Halimah untuk berbincang tentang tanah pusaka dan akhirnya mereka bersetuju untuk memajukan tanah tersebut.

2.  Waktu siang 

Orang ramai beratur untuk mendapatkan kunci kondo yang dibeli oleh mereka. Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga.

Hisyam dan Halimah berusaha untuk menjaga perasaan abang mereka, Harun kerana sangat menyayangi hubungan kekeluargaan.

2. Masyarakat yang bersikap jujur dalam menjalankan amanah.

Hisyam yang bertindak sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. menjalankan tugas dengan jujur hinggalah kondo setinggi 25 tingkat dapat disiapkan. Kemudian, dia menyerahkan tugas itu kepada Halimah kerana yakin bahawa kakaknya akan bersikap jujur dalam menjalankan tugas tersebut. 3. Masyarakat yang bersikap adil dalam pembahagian harta pusaka.

Wang hasil penjualan tanah pusaka dibahagikan mengikut hukum Islam, iaitu Harun dan Hisyam memperoleh RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah memperoleh RM1 325 000.00. 4. Masyarakat yang bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan.

Hisyam menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada Halimah kerana mahu hidup secara sederhana dengan bekerja sebagai pemandu teksi.

5. Masyarakat yang berpandangan jauh.

Hisyam dan Halimah mahu memajukan tanah peninggalan ayah mereka demi kebaikan mereka sekeluarga.

Nilai Murni

1. Kasih sayang  – Hisyam dan Halimah berusaha untuk menjaga perasaan abang mereka, Harun kerana sangat menyayangi hubungan kekeluargaan.

2. Hemah tinggi – Hisyam bertutur secara lemah lembut dengan abangnya, Harun dan tidak meninggikan suara walaupun dihina tidak berpelajaran tinggi dan hanya pemandu teksi.

3. Rasional – Hisyam dan Halimah bertindak bijak dengan membina kondo di atas tanah pusaka  walaupun Harun lebih suka tanah itu dijual dan wang jualan itu dibahagikan mengikut hukum

faraid.

4. Kejujuran – Hisyam yang bertindak sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. menjalankan tugas dengan jujur hinggalah kondo setinggi 25 tingkat dapat disiapkan. Kemudian, dia menyerahkan tugas itu kepada Halimah kerana yakin bahawa kakaknya akan bersikap jujur dalam menjalankan tugas tersebut.

5. Keadilan – Wang hasil penjualan tanah pusaka dibahagikan mengikut hukum Islam, iaitu Harun dan Hisyam memperoleh RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah memperoleh RM1 325 000.00.

6. Kesederhanaan – Hisyam menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada Halimah kerana mahu hidup secara sederhana dengan bekerja sebagai pemandu teksi.

Pengajaran

1. Kita perlu saling menyayangi sesama ahli keluarga.

Hisyam dan Halimah berusaha untuk menjaga perasaan abang mereka, Harun kerana sangat menyayangi hubungan kekeluargaan.

2. Kita hendaklah berhemah tinggi ketika berkomunikasi.

Hisyam bertutur secara lemah lembut dengan abangnya, Harun dan tidak meninggikan suara  walaupun dihina tidak berpelajaran tinggi dan hanya pemandu teksi.

3. Kita haruslah berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu perkara.

Hisyam dan Halimah bertindak bijak dengan membina kondo di atas tanah pusaka walaupun Harun lebih suka tanah itu dijual dan wang jualan itu dibahagikan mengikut hukum faraid. 4. Kita sewajarnya bersikap jujur dalam menjalankan amanah.

Hisyam yang bertindak sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. menjalankan tugas dengan jujur hinggalah kondo setinggi 25 tingkat dapat disiapkan. Kemudian, dia menyerahkan tugas itu kepada Halimah kerana yakin bahawa kakaknya akan bersikap jujur dalam menjalankan tugas tersebut. 5. Kita mestilah bersikap adil dalam pembahagian harta pusaka.

 Wang hasil penjualan tanah pusaka dibahagikan mengikut hukum Islam, iaitu Harun dan Hisyam memperoleh RM2 650 000.00 setiap seorang, manakala Halimah memperoleh RM1 325 000.00. 6. Kita sepatutnya bersikap sederhana dalam menjalani kehidupan.

Hisyam menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada Halimah kerana mahu hidup secara sederhana dengan bekerja sebagai pemandu teksi.

P B S

Praktis Formatif 

Praktis Formatif 

2

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Saya dah sebut. Saya bercadang nak menubuhkan syarikat. Kita tiga beradik. Bangunkan tanah itu. Buat kondo. Sebahagian kita milik, sebahagian kita jual.”

“Kamu ada duit?”

“Duit boleh pinjam dengan bank.”

“Senang kamu cakap, pinjam dengan bank. Kamu tak nampak dah berapa lot tanah di situ tergadai ke bank kerana tak jelas hutang?” Mata Harun merenung tajam pada wajah Hisyam adiknya.

“Nampak. Tapi itu salah pengurusan. Bukan salah tanah.” “Habis tu, kamu tak fikir itu semua?”

“Saya dah fikir. Saya dah bincang dengan Kak Halimah. Itu yang saya datang jumpa abang ni.” “Halimah juga sependapat dengan kamu?”

“Ya, bang,” Hisyam mengangguk.

“Kamu nak urus? Kelulusan apa kamu ada? Dengan bawa teksi, boleh kamu uruskan projek tu?” Wajah Harun kelihatan jengkel pada wajah adiknya Hisyam.

“Saya sedar bang. Saya tak ada kelulusan. Tapi pengurusan itu boleh diusahakan.” “Nak serahkan kepada orang lain yang kita lantik, begitu?”

“Tidak. Tapi Kak Halimah akan uruskan.”

“Dia perempuan. Lagipun anak-anaknya bernafsu besar. Tak percaya aku.”

1. Berdasarkan petikan cerpen, apakah tujuan Hisyam datang berjumpa dengan abangnya, Harun? 2.  Jelaskan tiga  latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen ini.

“Dia perempuan. Lagipun anak-anaknya bernafsu besar. Tak percaya aku.” 

3. Pada andaian anda, wajarkah tindakan Harun memperkecilkan kebolehan wanita? Berikan dua alasan anda. KBAT

Bawod 

Sinopsis

Hujan lebat menyebabkan Beluntung risau mengenangkan kambing (Bawod) dan kerbau (Tuyog) kesayangannya yang tidak ditemukan. Hari telah malam dan air pula semakin naik. Keesokan harinya, setelah banjir surut, dia pergi mencari Bawod dan Tuyog. Ketika menuju ke sungai, dia menemukan Tuyog yang sedang mengunyah makanan, manakala Bawod tidak bermaya akibat kesejukan. Dia segera menyalakan ranting, kayu, dan bambu kering untuk memanaskan badan Bawod. Beluntung juga telah membalingkan kayu kepada seekor ular tedung yang ingin menyerang Bawod dan membuang semut merah yang menggigit badan Bawod. Beluntung turut menyuapkan pujuk ubi kayu ke mulut Bawod. Kemudian, Beluntung menunggang Tuyog untuk pergi ke sekolah dengan menyeberangi sungai. Bawod hanya terjerit-jerit di tebing sungai kerana tidak boleh menyeberangi sungai akibat takut akan air.  Apabila tiba di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir, Beluntung menambat Tuyog pada pohon kelapa. Kemudian dia masuk ke kelas darjah enam. Beluntung berdoa semoga dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam yang tinggal dua bulan lagi. Pada waktu rehat, Beluntung akan menemani Tuyog untuk mengelakkan Tuyog berasa kesunyian. Kawan-kawan Beluntung mengejeknya kerana tubuhnya berbau kerbau. Keesokan harinya, Beluntung ke sekolah lagi walaupun hari hujan. Bawod turut mengekori Beluntung dan Tuyog. Semasa menyeberangi sungai, hujan turun dengan lebat. Bawod yang terkejut akan dentuman petir dan kilat telah terjun ke dalam sungai untuk mengejar Tuyog. Bawod akhirnya berjaya meredah sungai. Pada waktu rehat, Beluntung mendapati Bawod hilang. Beluntung mencarinya di merata-rata tempat tetapi tidak ditemukannya. Ketika mahu masuk ke kelasnya semula, keadaan bilik darjah sedikit kecoh kerana kemunculan Bawod. Beluntung telah memarahi Bawod. Ketika membawa Bawod pergi, Beluntung mendapati leher Tuyog terjerut tali. Bawod menjerit-jerit di kepala Tuyog dan telah menyondol punggung Beluntung. Sekembalinya ke kelas, berlaku pertengkaran antara Beluntung dengan Basil kerana kawannya itu membuang bukunya di atas lantai. Kekecohan dapat dileraikan oleh Cikgu Rambuyat. Beluntung mengutuk dirinya kerana memarahi Bawod yang ingin menyelamatkan Tuyog. Beluntung juga teringat akan pesanan ibunya dan bertekad ingin lulus peperiksaan darjah enam supaya semua orang bangga kepadanya.

Pada hari yang lain, Beluntung telah menyertai Pesta Lumba Kerbau. Namun begitu, ibu bapanya tidak hadir ke pesta tersebut. Bawod pula sering ditambat pada pokok nangka sejak akhir-akhir ini. Akhirnya, Tuyog memenangi perlumbaan tersebut dan Beluntung dihadiahi  wang sebanyak RM10.00. Beluntung berhajat mahu menggunakan wang itu untuk membeli seekor kambing lagi agar Bawod mempunyai teman. Beluntung berasa tentu bapanya senang hati seperti gembiranya bapanya semasa Beluntung mendapat markah 98 peratus dalam peperiksaan darjah enam yang diumumkan pada minggu lepas. Menurut bapa, keputusan

itu ialah keputusan yang paling baik pernah dicatat oleh penduduk Kampung Layong dan membolehkannya menjadi guru.

Beluntung pulang ke rumahnya. Dia terkejut apabila mendapati rumahnya dikunjung tetamu yang begitu ramai. Pada awalnya, dia bimbang apabila memikirkan ada kematian di rumahnya. Hal ini demikian kerana, ibunya kurang sihat. Dia berasa lega apabila melihat ibunya ada di dapur. Dia juga sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa bapanya mengadakan kenduri kesyukuran disebabkan dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Kemudian, dia terdengar Bawod terjerit-jerit lalu bergegas mendapatkan Bawod. Nasibnya malang apabila dia terlanggar tunggul kayu menyebabkannya pengsan.  Apabila terjaga, dia terus bertanya tentang Bawod. Alangkah terkejutnya Beluntung apabila mendapat tahu bahawa Bawod telah disembelih untuk menjadi hidangan tetamu yang hadir. Beluntung bergegas untuk mendapatkan Bawod yang sudah tidak bernyawa. Dia memeluk Bawod sambil menangis sekuat-kuatnya. Beluntung mengatakan bahawa Bawod seperti manusia dan merupakan sahabatnya. Orang ramai berusaha untuk memujuk Beluntung dan bapanya telah menghampirinya lalu memeluknya.

Tema

Tema cerpen ini ialah persahabatan antara manusia dengan haiwan. Beluntung bersahabat baik dengan kambing (Bawod) dan kerbau (Tuyog) peliharaannya. Dia sangat menyayangi dan sering bersama-sama binatang itu. Dia membawa binatang itu ke sekolah dan berasa risau apabila binatang itu tidak kelihatan.

Persoalan

1. Rajin menimba ilmu pengetahuan walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan.

Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat serta terpaksa menempuh lumpur dan air sungai yang deras kerana mahu berjaya dalam peperiksaan darjah enam.

2. Belajar hidup berdikari.

Beluntung tidak menyusahkan ibu bapanya, sebaliknya dia bersendirian ke sekolah dengan bantuan Tuyog sebagai kenderaan dalam menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai yang deras.

3. Bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh.

Bapa Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam.

4.  Amalan hidup bermasyarakat dalam kalangan penduduk kampung.

Penduduk Kampung Layong menghadiri kenduri kesyukuran sempena meraikan kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam. Mereka menyediakan makanan untuk majlis tersebut secara gotong-royong.

Watak dan Perwatakan

Beluntung (watak utama )

1. Murid darjah enam di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir.

2. Memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam, iaitu mendapat markah 98 peratus.

3. Sangat menyayangi dua ekor binatang peliharaannya, iaitu Bawod dan Tuyog dan menganggap binatang itu seperti sahabatnya sendiri.

4. Menangis dengan kuat apabila mendapati Bawod telah disembelih.

5. Murid yang rajin. Contohnya, dia amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat serta terpaksa menempuh lumpur dan air yang deras.

6. Seorang yang berdikari. Contohnya, dia tidak menyusahkan ibu bapanya, sebaliknya bersendirian ke sekolah dengan bantuan Tuyog sebagai kenderaan dalam menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai yang deras.

Bawod

1. Kambing peliharaan Beluntung.

2. Sentiasa bersama-sama Beluntung dan Tuyog. 3. Hampir mati akibat kesejukan.

4. Terjerit-jerit apabila leher Tuyog terjerut tali.

5. Takut akan air, namun berjaya meredah sungai akibat terkejut akan kilat dan petir.

6. Disembelih untuk dijadikan hidangan tetamu sempena kenduri kesyukuran kejayaan Beluntung. Tuyog

1. Kerbau peliharaan Beluntung.

2. Sentiasa bersama-sama Beluntung dan Bawod. 3. Banyak berjasa kepada Beluntung.

4. Menjadi kenderaan untuk menghantar Beluntung ke sekolah kerana jalan ke sekolah berlumpur dan terpaksa menempuh air sungai yang deras.

5. Dalam pertandingan Pesta Lumba Kerbau, Tuyog mendapat tempat pertama dan Beluntung menerima hadiah sebanyak RM10.00.

Latar

Latar Tempat

1. Sungai Layong 

Tempat Beluntung menyeberang dengan duduk di atas badan Tuyog untuk ke sekolah. 2. Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir

Tempat Beluntong belajar dalam darjah enam. 3. Di dalam kelas

Beluntung telah bergaduh dengan Basil yang telah membuang bukunya ke lantai. 4. Rumah Beluntung 

Beluntung memeluk ibunya di dapur setelah pulang dari Pesta Lumba Kerbau. 5. Kampung Layong 

Tempat Beluntung dan keluarganya tinggal. Latar Masa

1.  Waktu pagi

Beluntung menemukan binatang kesayangannya, iaitu Bawod dan Tuyog yang tidak pulang semasa hujan lebat.

2.  Waktu malam

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang memiliki perasaan kasih sayang terhadap haiwan.

Beluntung amat menyayangi binatang peliharaannya, iaitu Bawod dan Tuyog. 2. Masyarakat yang bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh.

Bapa Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam.

3. Masyarakat yang rajin menimba ilmu pengetahuan.

Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat serta terpaksa menempuh lumpur dan air sungai yang deras kerana mahu berjaya dalam peperiksaan darjah enam.

4. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan.

Penduduk Kampung Layong menghadiri kenduri kesyukuran sempena meraikan kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam. Mereka menyediakan makanan untuk majlis tersebut secara gotong-royong.

Nilai Murni

1. Kasih sayang – Beluntung amat menyayangi binatang peliharaannya, iaitu Bawod dan Tuyog dan menganggap binatang itu seperti sahabatnya sendiri.

2. Kerajinan – Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat serta terpaksa menempuh lumpur dan air sungai yang deras kerana mahu berjaya dalam peperiksaan darjah enam.

3. Berdikari – Beluntung tidak menyusahkan ibu bapanya, sebaliknya dia bersendirian ke sekolah dengan bantuan Tuyog sebagai kenderaan dalam menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai  yang deras.

4. Kesyukuran – Bapa Beluntung mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam.

5. Semangat bermasyarakat – Penduduk Kampung Layong menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena meraikan kejayaan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam. Mereka menyediakan makanan untuk majlis tersebut secara gotong-royong.

Pengajaran

1. Kita hendaklah memiliki perasaan kasih sayang terhadap haiwan.

Beluntung amat menyayangi binatang peliharaannya, iaitu Bawod dan Tuyog dan menganggap binatang itu seperti sahabatnya sendiri.

2. Kita mestilah rajin menimba ilmu pengetahuan walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan.

Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat serta terpaksa menempuh lumpur dan air sungai yang deras kerana mahu berjaya dalam peperiksaan darjah enam.

3. Kita perlulah belajar hidup berdikari.

Dalam dokumen KOMSAS Tg 3.pdf (Halaman 25-34)

Dokumen terkait