• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tawanan Komander Caucasus

Dalam dokumen KOMSAS Tg 3.pdf (Halaman 50-70)

Sinopsis

Kim Yong, anak seorang hartawan telah hilang sewaktu mencari kumbang. Walaupun Kim  Yong bersikap sombong, namun Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Wei, dan Devnath melawat

ibunya. Di sana, mereka mengetahui bahawa Kim Yong gemar memelihara kumbang.

Sebulan selepas itu, Farhani pula hilang ketika mencari kumbang di dusun datuknya. Farhani telah memasuki dunia kumbang dan telah ditawan oleh Komander Caucasus. Farhani telah dibawa untuk menghadap Maharaja Tanduk dan telah dikurung di dalam sebuah balang kaca di sebuah makmal.

Dara Bintik dan Bara datang menyelamatkan Farhani. Mereka turut menyelamatkan orang yang berada di sebelah balang Farhani. Farhani terkejut apabila mendapati Kim Yong  yang berada di situ. Mereka telah pergi ke tempat persembunyian Puteri Coleoptera, iaitu

anak saudara Maharaja Tanduk.

Haikal, Wei, dan Devnath turut memasuki alam kumbang semasa ingin mencari Farhani di sebuah rumah usang. Mereka telah ditangkap oleh Bara dan dibawa ke tempat persembunyian Puteri Coleoptera. Mereka terkejut kerana telah menemui Farhani dan Kim Yong. Kemudian, mereka semua diarahkan meninggalkan tempat persembunyian itu kerana telah dapat dikesan oleh tentera Komander Caucasus. Namun demikian, Bara, Puteri Coleoptera, Haikal, Wei, dan Devnath telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Hal ini demikian kerana, Dara Bintik telah belot. Farhani dan Kim Yong sempat menyelamatkan diri. Komander Caucasus telah merampas takhta dan menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Caucasus.

Farhani dan Kim Yong merancang untuk menyelamatkan Puteri Coleoptera dan rakan-rakannya. Ketika sedang berjalan, mereka diselamatkan oleh Dara Merah, sepupu Dara Bintik daripada tentera Komander Caucasus. Farhani dan Kim Yong meminta Dara Merah mengembalikan mereka ke dunia manusia. Dara Merah bersetuju dengan syarat mereka membantunya membebaskan Bara dan Puteri Coleoptera serta rakan-rakan mereka. Farhani dan Kim Yong sanggup membantu Dara Merah. Farhani menunjukkan izrael endosulfan, iaitu sejenis cecair yang boleh memusnahkan kumbang kepada Dara Merah. Mereka akan menggunakan cecair tersebut untuk menewaskan Komander Caucasus.

Mereka ke mahligai kerajaan kumbang menjelang tengah malam. Sementara itu, Haikal,  Wei, dan Devnath yang berada dalam penjara disuruh bersedia untuk melarikan diri kerana bantuan dari luar akan datang. Dara Merah yang menyamar sebagai Dara Bintik telah meminta kebenaran Weevil, iaitu penyedia makanan untuk menghantar minuman kepada Maharaja Caucasus. Dara Merah memujuk Maharaja Caucasus untuk minum minuman yang telah dicampurkannya dengan izrael endosulfan. Weevil tidak sempat menghalang Maharaja Caucasus daripada meminum minuman itu setelah menyedari hal sebenarnya. Maharaja Caucasus akhirnya tumbang setelah sempat menikam Dara Merah.

Farhani dan Kim Yong segera menyelamatkan Haikal, Wei, dan Devnath serta tahanan di sebelah sel rakan-rakannya. Semasa Dara Merah dan kumpulannya melarikan diri melalui terowong, mereka dihalang oleh tentera Caucasus yang diketuai oleh Dara Bintik. Farhani telah menyembur racun serangga kepada mereka. Akhirnya, Dara Bintik, Komander Caucasus, serta pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan. Mereka telah diberikan rawatan untuk menghilangkan kesan racun itu.

Maharaja Tanduk menyesal kerana membiarkan Puteri Coleoptera menjadi pelarian akibat tipu muslihat Komander Caucasus. Puteri Coleoptera ditabalkan menjadi peneraju utama kerajaan kumbang, Bara sebagai penasihat Puteri Coleoptera, manakala Dara Merah pula menjadi komander tentera. Sebelum berpisah, Puteri Coleoptera menghadiahkan lambang kebesaran kerajaan kumbang kepada Farhani dan rakan-rakannya.

Farhani dan rakan-rakannya kembali ke dunia manusia. Namun begitu, keluarga mereka tidak dapat melihat mereka. Kemudian, mereka ke istana Puteri Coleoptera semula. Menurut Bara, mereka telah diberikan serum yang dimasukkan ke dalam buah-buahan yang telah dimakan oleh mereka semasa di hutan. Bara telah memberikan penawar kepada mereka. Selepas minum penawar itu, mereka pulang ke dunia manusia semula. Kepulangan mereka disambut dengan perasaan syukur oleh keluarga mereka.

Banyak wartawan datang untuk mendapatkan berita tentang kehilangan mereka. Namun begitu, mereka tidak menceritakan perkara sebenar kerana tidak mahu spesies kumbang akan menjadi kajian manusia pula. Mereka hanya menyatakan bahawa mereka tersesat. Kim Yong mengambil keputusan untuk membebaskan semua kumbang yang terdapat di zoo mininya.

Tema

Tema novel ini ialah bersatu menentang kezaliman. Dara Merah, Bara, dan Farhani berserta rakan-rakannya bersatu dalam menentang kezaliman yang dicetus oleh Komander Caucasus. Komander Caucasus sanggup memenjarakan Puteri Coleoptera dan Bara semata-mata mahu menjadi Maharaja Caucasus. Komander Caucasus bukan sahaja merampas kuasa daripada Maharaja Tanduk, malahan bertindak kejam dengan memasukkan Kim Yong dan Farhani ke dalam balang kaca untuk dijadikan bahan uji kajinya. Dia berbuat demikian kerana ingin membalas dendam kepada manusia yang telah memusnahkan kumbang.

Persoalan

1. Hubungan persahabatan tanpa mengenal latar belakang.

Farhani dan rakan-rakannya bersahabat baik dengan Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera memberikan hadiah kepada mereka sebelum kembali ke dunia manusia.

2. Keberanian menghadapi cabaran.

Farhani dan rakan-rakannya tidak gentar untuk menghadapi Komander Caucasus dan tenteranya  yang sangat kuat.

3. Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei, dan Kim Yong ialah murid di Sekolah Menengah Seri Kencana. Perbezaan kaum dan agama tidak menghalang mereka untuk berkawan baik dan hidup

4. Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.

Ibu dan bapa Farhani amat bimbang dan sedih atas kehilangan Farhani. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk mencari Farhani.

5. Manusia perlu lebih memahami keperluan haiwan.

Manusia perlu lebih memahami haiwan dengan menggunakan kaedah yang lebih baik untuk mengawal haiwan perosak.

6. Kejadian alam yang bersifat misteri yang gagal dikesan oleh akal manusia.

Kewujudan alam kumbang ini menyedarkan manusia akan adanya alam lain. Terdapat kes-kes tertentu, manusia dapat menemukan alam lain dengan pelbagai peristiwa yang ganjil dan pelik.

Plot

Binaan Plot

Plot ini secara keseluruhannya disusun secara kronologi, iaitu mengikut urutan masa. 1. Permulaan

Kim Yong telah hilang sewaktu keluar rumah untuk mencari kumbang. Kemudian, Farhani pula hilang di hutan ketika mencari kumbang untuk menjayakan projek zoo mini di sekolahnya. Berita kehilangan ini bukan sahaja menggemparkan warga sekolah dan penduduk setempat, malahan seluruh negara.

2. Perkembangan

Farhani telah memasuki alam kumbang dan telah ditawan oleh Komander Caucasus. Dia telah dimasukkan ke dalam balang kaca untuk dijadikan bahan uji kaji. Dia telah bertemu dengan Kim  Yong yang turut ditawan oleh Komander Caucasus. Farhani dan Kim Yong telah diselamatkan oleh

Bara dan Dara Bintik. Mereka dibawa ke tempat persembunyian Puteri Coleoptera. 3. Perumitan

Haikal, Wei, dan Devnath muncul di dunia kumbang selepas menjumpai pintu dimensi semasa mencari Farhani. Mereka telah ditangkap oleh Bara dan berjumpa dengan Farhani dan Kim  Yong. Tentera Komander Caucasus menangkap Bara, Puteri Coleoptera, Haikal, Wei, dan Devnath

selepas Dara Bintik berpaling tadah. Farhani dan Kim Yong sempat menyelamatkan diri. Komander Caucasus telah merampas kuasa Maharaja Tanduk. Farhani dan Kim Yong telah diselamatkan oleh Dara Merah dan pengikutnya. Mereka telah bekerjasama untuk menyelamatkan Bara, Puteri Coleoptera, Haikal, Wei, dan Devnath.

4. Klimaks

Dara Merah telah menyamar sebagai Dara Bintik. Dia telah berjaya untuk memujuk Maharaja Caucasus meminum minuman yang telah dicampurkan dengan racun serangga. Farhani, Bara, dan pasukannya telah menyelamatkan Bara, Puteri Coleoptera, Haikal, Wei, Devnath, serta Maharaja Tanduk. Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus mencuba untuk menyerang pasukan mereka. Farhani telah menyemburkan racun serangga kepada mereka. Dara Bintik, Komander Caucasus, serta pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam bilik kurungan.

5. Peleraian

Puteri Coleoptera ditabalkan menjadi pemimpin utama kerajaan kumbang. Farhani dan rakan-rakannya pulang ke dunia manusia. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga mereka. Oleh yang demikian, mereka mengambil keputusan untuk kembali ke dunia kumbang semula. Bara memberikan mereka formula penawar untuk menghapuskan serum yang terdapat dalam badan mereka. Mereka kembali ke dunia manusia semula. Ibu bapa mereka sangat gembira dengan kepulangan mereka. Mereka tidak menceritakan hal sebenar tentang kehilangan

Teknik Plot

1. Pemerian

Pengarang menggambarkan perwatakan Kim Yong yang sombong dan angkuh. Dia sering menyisihkan diri dan enggan bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya. Akibatnya, dia tidak dipedulikan oleh mereka.

  Contoh:

Kim Yong merupakan rakan sekelas Farhani, Ren Chea Mei, Mira, Haikal, Wei, dan Devnath. Dalam kalangan rakan-rakan, Kim Yong bukanlah seorang yang mudah didekati. Dia sering menyisihkan diri, enggan bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya. Dia dianggap sombong dan angkuh. Akhirnya, dia tidak dipedulikan sesiapa. (hal. 1)

2. Dialog 

Perbualan antara Cikgu Salimah dengan ibu bapa Farhani tentang berita-berita di akhbar dan tohmahan terhadapnya berikutan kehilangan Farhani.

  Contoh:

“Berita-berita akhbar itu bagaimana? Encik Adnan percaya?” Pernah juga Cikgu Salimah meluahkan kebimbangan kepada Encik Adnan mengenai tohmahan yang tersebar.

“Cikgu jangan bimbang. Kami lebih tahu perkara yang berlaku. Insya-Allah kami tak akan mudah terpengaruh akan tohmahan mahupun fitnah yang tersebar,” jelas Encik Adnan, menghapuskan kebimbangan yang membelenggu Cikgu Salimah. (hal. 52 – 53)

3. Monolog dalaman

Farhani berkata dalam hatinya bahawa dia sentiasa mengingati Tuhan, bukannya ketika berada dalam kesusahan sahaja.

  Contoh:

“Begitulah manusia. Apabila kesusahan barulah ingat akan Tuhan,” sindir Komander Caucasus apabila mendengar doa Farhani.

Sinis benar kata-kata itu di telinga Farhani. Hei, itu bukan sifatku! Aku selalu mengingati-Nya. Namun begitu, kata-kata itu tidak mampu dilontarkan. Hanya terpendam di dalam hati. (hal. 37 – 38)

4. Monolog luaran

Apabila rakan-rakan yang ditunggunya tidak muncul, Farhani mengomel sendirian tentang sikap mereka yang tidak berpegang kepada janji.

  Contoh:

“Hmm memang tak pegang janji...” Dia bersungut sendirian.  (hal. 16) 5. Imbas kembali

Farhani teringat akan cerita bapanya tentang rumah terbiar yang biasa dijumpai oleh bapanya di dalam hutan. Kebanyakan rumah itu dimiliki oleh tuan punya atau pengurus ladang berbangsa Inggeris. Rumah itu dibina jauh ke tengah ladang untuk mengelakkan daripada gangguan serangan komunis semasa zaman darurat.

  Contoh:

“Agaknya, ini rumah pegawai British yang pernah menjadi pengurus ladang pada masa dulu,” kata Farhani yang tiba-tiba teringat cerita-cerita bapanya yang biasa terjumpa rumah terbiar. Kebanyakan rumah itu dimiliki sama ada oleh tuan punya atau pengurus ladang berbangsa Inggeris. Kediaman mereka selalunya dibina jauh ke tengah ladang untuk mengelakkan daripada gangguan serangan komunis semasa zaman darurat.  (hal. 19)

6. Saspens

Pembaca tertanya-tanya sama ada Farhani akan dapat dilihat oleh keluarganya atau sebaliknya setelah dia meminum formula yang diberikan oleh Bara.

  Contoh:

MALAM telah hampir ke penghujungnya apabila Farhani sampai di rumah. Jaluran merah jingga mega sudah berbalam-balam kelihatan. Dia benar-benar berharap formula yang diminumnya tadi akan memberikan reaksi positif. Dia tidak mahu menjadi halimunan. Dia ingin menjalani kehidupan sebagai manusia biasa. Tidak putus-putus dia berdoa agar dapat kembali ke pangkuan keluarga. Dia benar-benar rindu akan ibunya. Teramat rindu akan ahli keluarganya.  (hal. 164) 7. Kejutan

Farhani tidak dapat dilihat oleh keluarganya setelah dia pulang ke rumahnya.   Contoh:

Farhani tergamam mendengar perbualan ahli keluarganya. Sudah dua minggu dia hilang? Dia berasakan baru beberapa hari dia berada di alam kumbang. Paling aneh, ahli keluarganya tidak dapat melihat dirinya. Sudah matikah dia? Adakah komposisi dirinya kini hanya roh tanpa  jasad. Farhani hampir menangis mengenang akan keadaan dirinya yang tidak dapat dilihat oleh

ahli keluarganya. (hal. 158 – 159)

Watak dan Perwatakan

Farhani (watak utama)

1. Berusia 13 tahun dan belajar di Sekolah Menengah Seri Kencana. 2. Bapanya bernama Adnan dan ibunya, Puan Asmah.

3. Anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. 4. Jarak usianya dengan abangnya ialah sembilan tahun.

5. Sangat berani. Contohnya, dia tidak takut mencari kumbang walaupun seorang diri sehingga dia menjumpai sebuah rumah usang.

6. Bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Contohnya, oleh sebab tidak mahu melengahkan masa menunggu Chea Mei dan Mira, dia meneruskan usaha mencari kumbang kerana tugasan itu perlu disediakan keesokan harinya.

7. Bijak menerangkan lokasi kumbang berada ketika diajukan soalan oleh Chea Mei kepada Cikgu Salimah.

8. Berjiwa luhur. Contohnya, semasa diselamatkan oleh Bara dan Dara Bintik, dia berkeras mahu menyelamatkan orang yang dikurung di sebelah kurungannya.

9. Tabah dan tidak mudah menyerah kalah semasa ditawan oleh Komander Caucasus dan tenteranya. 10. Prihatin terhadap orang lain. Contohnya, dia bersedia untuk membantu Dara Merah membebaskan

Puteri Coleoptera, Bara, serta rakan-rakannya. Kim Yong 

1.  Anak tunggal kepada Puan Lee.

2. Rakan sekelas Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Wei, dan Devnath.

3. Bapanya telah meninggal dunia dan meninggalkan harta yang banyak kepadanya.

4. Sombong kerana kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya dan tidak mahu berkawan dengan rakan-rakan sekelasnya.

5. Sedar akan kesalahannya. Contohnya, dia berjanji akan menjadi rakan yang baik dan tidak sombong lagi apabila Farhani membantunya.

6. Berani memohon maaf atas kesalahannya. Contohnya, setelah Farhani menyelamatkannya, dia meminta maaf kepada Farhani atas sikap sombongnya selama ini.

7. Bijak menyelamatkan diri. Contohnya, dia memanjat pokok untuk mengelakkan diri daripada ditawan oleh tentera Caucasus yang menyerang tempat persembunyian mereka.

8. Prihatin terhadap orang lain. Contohnya, dia sanggup membantu Dara Merah untuk membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, serta rakan-rakannya yang ditawan oleh Maharaja Caucasus.

Komander Chalcosoma Caucasus

1. Kumbang kepercayaan Maharaja Tanduk dan ketua tentera kerajaan kumbang.

2. Mendendami manusia kerana manusia telah membunuh spesies kumbang untuk tujuan uji kaji dan penggunaan racun serangga.

3. Menggelarkan dirinya sebagai Maharaja Caucasus setelah berjaya merampas kuasa daripada Maharaja Tanduk.

4. Tamak akan kuasa sehingga sanggup mempengaruhi Maharaja Tanduk untuk menyingkirkan Puteri Coleoptera semata-mata mahu jawatan penting dalam kerajaan kumbang.

5. Bersikap kejam terhadap manusia. Contohnya, dia mahu menjadikan Kim Yong dan Farhani sebagi bahan uji kajinya dan telah memasukkan mereka ke dalam balang kaca.

6. Sangat berpengaruh. Contohnya, dia dapat mempengaruhi Dara Bintik agar menyertainya dan  Weevil yang telah lama berkhidmat dengan Maharaja Tanduk pun menjadi pengikut setianya. Bara 

1. Kumbang kepercayaan Komander Caucasus. 2. Pengikut setia Puteri Coleoptera.

3. Berani mempertahankan Puteri Coleoptera kerana percaya puteri itu berada di pihak yang benar. 4. Baik hati. Contohnya, dia menyelamatkan Farhani yang menjadi tawanan Komander Caucasus. 5. Bertanggungjawab atas perbuatannya. Contohnya, dia memberikan formula penawar bagi memulihkan keadaan Farhani dan rakan-rakannya yang telah dijadikan bahan uji kaji oleh saintis kumbang.

Dara Merah

1. Pengikut setia Puteri Coleoptera. 2. Sepupu kepada Dara Bintik.

3. Berani menyamar sebagai Dara Bintik dan telah meletakkan racun ke dal am minuman Maharaja Caucasus.

4. Bijak mencari helah apabila Maharaja Caucasus meminta dia meminum minuman yang telah diletakkan racun.

5. Seorang yang berpengaruh. Contohnya, pengikutnya taat dan hormat kepadanya dan dia telah menjadi komander tentera menggantikan Komander Caucasus.

Cikgu Salimah

1. Guru tingkatan dan guru Sains bagi kelas Farhani. 2. Berumur 25 tahun.

3. Bersikap tegas apabila meminta murid-muridnya memberikan perhatian semasa beliau mengajar. 4. Berani meminta maaf atas kesilapannya yang membiarkan murid-muridnya mencari kumbang

tanpa pengawasannya.

5. Bertanggungjawab atas kehilangan Farhani. Contohnya, beliau mengajak Haikal dan murid-muridnya yang lain mencari Farhani di dusun datuk Farhani.

6. Bersikap sabar apabila abang Farhani, Akmal memarahinya sebagai punca kehilangan adiknya.

Latar

Latar Tempat

1. Sekolah Menengah Seri Kencana 

Para wartawan datang untuk mewawancara Farhani dan rakan-rakannya selepas mereka selamat kembali.

2. Rumah usang 

Tempat Farhani dan rakan-rakannya masuk ke dunia kumbang. 3. Dunia Kumbang 

Terdapat kerajaan yang dipimpin oleh Maharaja Tanduk dan Farhani telah ditawan oleh Komander Caucasus semasa memasuki dunia kumbang.

4. Rumah Farhani

Tempat tinggal Farhani bersama-sama ibu dan bapanya. 5. Makmal sekolah

Farhani dan rakan-rakannya ditugaskan oleh Cikgu Salimah untuk mencari kumbang. 6. Dusun datuk Farhani

Farhani mencari kumbang di kawasan dusun datuknya dan telah menemukan sebuah rumah usang peninggalan penjajah.

Latar Masa 

1.  Waktu hampir menjelang senja 

Kim Yong masuk ke kawasan pinggir hutan untuk mencari kumbang. 2.  Waktu petang 

Cikgu Salimah bersama-sama Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath, dan Wei cuba mencari Farhani di dusun datuk Farhani.

3.  Waktu malam

Latar Masyarakat

1. Masyarakat remaja.

Terdiri daripada Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath, Wei, dan Kim Yong. Sebagai remaja, mereka suka mengusik. Walau bagaimanapun, mereka mampu menunjukkan keberanian dan sikap bertanggungjawab ketika keadaan terdesak.

2. Masyarakat haiwan.

Terdiri daripada Kamonder Caucasus, Maharaja Tanduk, Puteri Coleoptera, Bara, Dara Merah, dan Dara Bintik. Masyarakat haiwan ini mampu bercakap seperti manusia.

3. Masyarakat majmuk yang saling bekerjasama.

Encik Adnan, James Ren, dan beberapa orang penduduk kampung berbincang tentang kehilangan Farhani.

4.  Warga sekolah.

Terdiri daripada guru dan murid sekolah seperti Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath, Wei, dan Kim Yong.

5. Masyarakat yang saling membantu.

Bara telah menyelamatkan Farhani yang ditawan oleh Komander Caucasus, manakala Farhani telah membantu Bara menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.

6. Masyarakat yang bersikap tamak dan mementingkan diri.

Komander Caucasus sanggup mempengaruhi Maharaja Tanduk untuk menyingkirkan Puteri Coleoptera semata-mata mahu jawatan penting dalam kerajaan dan telah merampas kuasa Maharaja Tanduk.

Gaya Bahasa

1.  Ayat

(a) Penggunaan ayat pendek.

Farhani terkedu. (hal. 35)

Farhani kaget . (hal. 36) (b) Penggunaan ayat sederhana.

Farhani dan rakan-rakannya tidak masuk ke dalam rumah. (hal. 4)

Sekali-sekala Chea Mei memandang ke arah jalan raya . (hal. 21) (c) Penggunaan ayat panjang.

Tempat persembunyian ini pun merupakan tempat ayahandanya selalu mengasingkan diri untuk mencari ketenangan sewaktu masih memerintah kerajaan kumbang itu. (hal. 85)

Dalam perjalanan itu dia tidak henti-henti mencari akal untuk memikirkan sesuatu yang dapat membantunya menyelamatkan teman-temannya supaya misi menabalkan Puteri Coleoptera dapat dijayakan. (hal. 118)

2. Sinkope Contoh:

“Itu cerita, ini realiti! Mungkin penculik tu nak guna taktik lain.” Mira pula membuat andaian. (hal. 6)

“Kamu tak hairan ke? Kim Yong dikatakan hilang sewaktu keluar rumah untuk mencari kumbang?” Farhani pula bersuara. (hal. 6)

3. Personifikasi Contoh:

Bau yang kurang enak itu mengasak-asak hidungnya dan bermukim pula di paru-parunya. (hal. 19)

Perasaan takut menyelinap ke dalam hati Farhani.  (hal. 48) 4. Simile

Contoh:

KEBINGITAN di dalam makmal seolah-olah tidak mampu ditangani.  (hal. 9)

 Aliran darah bagaikan terhenti tiba-tiba.  (hal. 32)

Wajah ibu dan bapanya bagaikan menjauh. (hal. 110) 5. Hiperbola 

Contoh:

 Angin petang yang dingin dan nyaman sekali-sekala singgah menggigit kulit lengannya yang terdedah. (hal. 65)

Bintang-gemintang juga telah hilang ditelan awan.  (hal. 130) 6. Inversi

Contoh:

Garau suara Maharaja Caucasus menghentak pendengaran telinga Dara Merah.  (hal. 139) 7. Peribahasa 

Contoh:

 Agaknya, inilah yang dikatakan umpama nila setitik rosak susu sebelanga atau seperti seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit. (hal. 36)

Weevil terpinga-pinga. Kehairanan kerana Dara Bintik tidak pernah ringan tangan untuk membantunya. (hal. 137)

8. Metafora  Contoh:

Wajah kota semakin jauh ditinggalkan. (hal. 42)

Maklumat tentang spesies kumbang ini sedia tersimpan di dalam peti fikiran Farhani.   (hal. 45)

Sudut Pandangan

1. Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga dan berperanan sebagai pencerita. Pengarang menceritakan tindak-tanduk watak dan perwatakan watak serta segala peristiwa tanpa melibatkan dirinya.

2. Pengarang menggunakan watak lain dan kata ganti nama diri ‘dia’ atau ‘mereka’ bagi watak-watak untuk menceritakan segala peristiwa yang berlaku.

3. Pengarang menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Pengarang mengetahui apa-apa yang dilakukan, dikatakan, difikirkan, dan dirasakan oleh watak.

  Contoh:

Farhani terpegun. Pintu gerbang di hadapannya sungguh indah, didirikan oleh jalinan pokok berduri dengan rimbunan daun hijau segar. Kuntuman kecil berwarna merah ungu melebar pada serata gerbang. Sulaman bunga yang lebih besar berwarna kuning kenanga menimbulkan seri. Dia tiba-tiba teringat akan telefon bimbit yang sememangnya dibawa ke mana-mana, kecuali ke sekolah. Telefon bimbit berkamera kepunyaan bapanya itu dihadiahkan kepadanya sempena ulang tahun yang ke-13 beberapa minggu lalu. Keindahan pintu gerbang itu harus dirakam. (hal. 41)

Nilai Murni

1. Kasih sayang – Ibu bapa Farhani amat sayang akan Farhani dan mereka sangat runsing dan sedih atas kehilangannya.

2. Keberanian  – Farhani berani mencari kumbang bersendirian di hutan dan memasuki rumah usang.

3. Kebebasan – Kim Yong bertekad untuk membebaskan kumbang-kumbang yang terdapat di zoo mininya.

4. Kejujuran – Cikgu Salimah bertanggungjawab atas kehilangan Farhani dan telah memohon maaf daripada keluarga Farhani.

5. Hemah tinggi – Kim Yong meminta maaf daripada Farhani atas sikapnya sombongnya selama ini dan berazam untuk menjadi kawan yang baik kepada rakan-rakannya.

6. Kesyukuran  – Farhani, Dara Merah, dan pasukannya telah berjaya menewaskan Komander

Dalam dokumen KOMSAS Tg 3.pdf (Halaman 50-70)

Dokumen terkait