• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teknik Plot

Dalam dokumen KOMSAS Tg 3.pdf (Halaman 43-50)

1. Teknik pemerian

Pengarang menggambarkan gerak laku para pemain badminton negara semasa menjalani latihan di dewan. Contoh:

Sesi latihan pagi dimulakan sebagaimana lazim dengan berlari-lari anak bagi memanaskan badan. Selesai beberapa pusingan larian di dalam dewan yang mengandungi lima gelanggang badminton, barulah kami diarahkan melakukan senaman dan regangan. (hal. 43)

2. Teknik dialog 

Syahir berbual-bual dengan Kak Uda Syahrizah berkaitan dengan kesihatan emaknya melalui telefon. Contoh:

“Kak Uda, bagaimana keadaan terkini mak?” 

“Alhamdulillah. Mak makin stabil, dah boleh bersuara tapi tak berapa jelas sebutannya. Kita kena banyak berdoa.”  (hal. 126)

3. Teknik imbas muka 

Syahir meramalkan perlawanannya menentang Syed Amiri yang akan berlangsung pada malam itu. Contoh:

Saya berpeluk tubuh. Benar. Ada tugas berat menunggu malam nanti. (hal. 79) 4. Teknik imbas kembali

Syahir teringat akan peristiwa dia bergambar dengan beberapa orang gadis termasuklah seorang artis di pejabat, Azmie. Contoh:

Saya teringat peristiwa kami di lobi pejabat Azmie di Cheras. Apakah artis perempuan itu  yang dimaksudkan? Bukankah kami bergambar berenam?  (hal. 83)

5. Teknik monolog dalaman

Watak dan Perwatakan

Syahir Ramzi (watak utama) 1.  Anak bongsu dalam keluarga.   Contoh:

Sebagai anak bongsu, memang terasa emak sering mahu bermanja dengan saya.  (hal. 74) 2. Seorang yang bertangan kidal.

  Contoh:

Pagi Khamis itu, saya bertemu pemain yang kidal seperti saya, setelah menyaksikan Kam Heng membelasah Akshay Khan dari India, dengan kiraan 21-5, 21-6. (hal. 135)

3. Berpakaian mengikut nilai-nilai Islam termasuklah ketika menyertai pertandingan badminton pada peringkat antarabangsa.

Contoh:

Sehingga sekarang, hanya saya satu-satunya pemain lelaki Muslim yang menutup aurat di gelanggang pada peringkat antarabangsa. (hal. 19)

4. Pemain di tangga ke-15 dalam ranking  dunia.   Contoh:

 Jika mengikut ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa, dua minggu lepas, Bernard berada di tangga ke sepuluh, manakala saya ditangga kelima belas, Gopinath di tangga ke-31, manakala Syed Amiri menduduki tempat ke-39.  (hal. 24)

5. Mendapat bimbingan daripada Haji Marzuki.   Contoh:

Menghampiri jam 8:30 pagi, saya dan Bernard meneruskan latihan kami di bawah bimbingan Haji Marzuki. (hal. 43)

6. Meraih gelaran juara dunia dalam sukan badminton setelah memenangi Kejohanan Badminton  Antarabangsa di Jakarta.

  Contoh:

Kini saya pulang dengan kejayaan. Daripada seorang pemain biasa, kini bergelar juara dunia. (hal. 167)

7. Sangat sayang akan emaknya. Contohnya, Syahir sangat risau akan kesihatan emaknya dan selalui bertanyakan khabar emaknya semasa berada di Jakarta.

  Contoh:

Sepanjang berada di Jakarta, saya tidak pernah lupa menelefon atau merisik khabar menerusi sistem pesanan ringkas kepada Kak Uda di Kuala Lumpur. Paling kurang empat kali sehari. Kerisauan itu tetap mengiringi saya ke mana-mana. Hanya doa dan penyerahan total kepada Yang Maha Kuasa kini menjadi peneguh semangat. (hal. 140 – 141)

8. Berkeyakinan tinggi. Contohnya, Syahir yakin bahawa dia boleh mengalahkan Syed Amiri dalam kejohanan Terbuka Johor.

  Contoh:

Saya yakin, jika saya bermain seperti biasa, insya-Allah, dia akan berjaya saya jinakkan.  (hal. 80) 9. Mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Contohnya, Syahir berazam untuk mengharumkan

nama negara dan agama dengan meraih gelaran juara dunia dalam sukan badminton.   Contoh:

Saya sayang akan negara dan mahu mengharumkan nama negara dan agama menerusi sukan ini. (hal. 97)

10. Mudah beremosi. Contohnya, Syahir kalah dalam perlawanan badminton pada peringkat suku akhir menentang Syed Amiri akibat dipengaruhi oleh emosi.

  Contoh:

Haji Marzuki

1. Jurulatih pemain badminton perseorangan lelaki bagi Syahir dan Bernard.   Contoh:

Sejak dilantik semula untuk melatih pemain perseorangan lelaki, bekas naib juara dunia dua kali itu nekad memilih kami berdua menjadi ‘anak murid’nya.  (hal. 47)

2. Bekas juara Terbuka Malaysia sebanyak tiga kali.   Contoh:

Saya tidak terus bertanya, sebaliknya menatap tampang bekas juara Terbuka Malaysia sebanyak tiga kali itu. (hal. 45)

3. Komited terhadap tugas. Contohnya, Haji Marzuki melatih pemain-pemain badminton perseorangan negara dengan penuh tanggungjawab.

  Contoh:

Meskipun dia pernah disingkirkan dengan cara penuh kontroversi daripada jawatan ketua  jurulatih kebangsaan awal tahun lepas, komitmennya melatih barisan pemain perseorangan

negara masih di tahap maksimum. (hal. 46 – 47)

4. Sanggup berkorban. Contohnya, Haji Marzuki telah banyak membantu Syahir untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.

  Contoh:

Tidak tergamak pula saya untuk meminta pandangan Haji Marzuki yang telah banyak berkorban memastikan laluan saya ke Jakarta.  (hal. 125 – 126)

5. Pandai mengatur strategi dalam sukan badminton. Contohnya, strategi yang dirancang olehnya telah membolehkan Syahir meraih gelaran juara dunia.

  Contoh:

Taktik saranan Haji Marzuki itu memang menjadi. Andri jelas terperangkap dengan rentak permainan yang saya tampilkan tiba-tiba. (hal. 154)

6. Mementingkan kebajikan pemain-pemain bimbingannya dengan memberikan kata-kata perangsang kepada mereka.

  Contoh:

Yang penting, kau kena kuatkan mental, teguhkan iman. Banyakkan berselawat dan berdoa. (hal. 114)

 Wan Najlah

1. Adik kepada Wan Najhan, sahabat baik Syahir. Contoh:

“ Adik aku, Syah. Adik aku si Najlah tu...”  (hal. 65) 2. Pemain badminton perseorangan wanita.

Contoh:

Yang pasti, pemain muda perseorangan wanita yang sedang meningkat naik di peringkat kebangsaan ini cukup gemar mengusik jika berada di sisi abangnya.  (hal. 26)

3. Mengubah penampilan dengan berpakaian menutup aurat termasuklah ketika bermain badminton.   Contoh:

Saya meninjau perlawanan perseorangan wanita di gelanggang paling kanan. Wan Najlah  yang menjadi kejutan utama dalam kejohanan terbuka ini dengan penampilan bertudungnya.

(hal. 80)

4.  Mengakui kesalahan diri. Contohnya, Wan Najlah memohon maaf atas sikap emosionalnya terhadap Syahir.

5. Kecewa dan cemburu apabila tersiarnya berita tentang hubungan Syahir dengan artis tempatan, iaitu Ratna.

  Contoh:

 Apakah gadis itu berasa cemburu atau kesal dengan paparan yang sangat memalukan itu?  (hal. 96)

Kak Uda Syahrizah

1. Pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Contoh:

“Bilakah kau nak ke Jakarta, Syah?” Pegawai perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia itu bertanya. (hal. 12)

2. Belum berkahwin.   Contoh:

Bertuah sungguh doktor bujang yang seorang ini!  (hal. 101)

3. Bertanggungjawab. Contohnya, Kak Uda Syahrizah menjaga ibunya yang tidak sihat. Contoh:

“Syah pergilah, Kak Uda ada, boleh jaga mak, insya-Allah.” (hal. 78)

4. Penyayang. Contohnya, Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menjaga ibunya di hospital.

Contoh:

“Kak Uda dah pun ambil cuti untuk jaga mak sementara kau tak ada.  (hal. 127)

5. Taat akan perintah Tuhan. Contohnya, Kak Uda Syahrizah sentiasa menunaikan solat.   Contoh:

Kak Uda dan Kak Ngah pergi ke surau menunaikan solat asar.  (hal. 128)

Latar

Latar Tempat

1. Restoran 48 Jam

Syahir dan Wan Najhan makan tengah hari di Restoran 48 jam sebelum pulang ke rumah.   Contoh:

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah makan tengah hari di Restoran 48 Jam.  (hal. 25) 2. Dewan latihan

Syahir dan rakan-rakannya menjalani latihan badminton di dewan latihan.   Contoh:

Selesai beberapa pusingan larian di dalam dewan yang mengandungi lima gelanggang badminton, barulah kami diarahkan melakukan senaman dan regangan.  (hal. 43)

3. Pasar malam

Syahir dan emaknya singgah di pasar malam sebelum pulang ke rumah selepas menghadiri ceramah agama.

  Contoh:

Hampir jam enam, kuliah selesai. Kami tidak terus pulang, sebaliknya singgah di pasar malam. (hal. 74)

4. Jakarta 

Syahir menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa yang diadakan di Jakarta.   Contoh:

Ini kali keempat saya tiba di Jakarta. Gemuruh yang melanda diri sejak tiba malam semalam seolah-olah ini kali pertama saya bertanding di bumi Indonesia. (hal.131)

5. Hospital

Syahir menjaga emaknya yang sakit di Hospital Universiti.   Contoh:

Sejak malam tadi saya tidak pulang ke rumah semata-mata kerana mahu menjaga emak di hospital. (hal. 125)

6. Istora Senayan

Kejohanan Badminton Antarabangsa berlangsung di stadium Istora Senayan.   Contoh:

Sehari sebelum kejohanan bermula, para pemain setiap negara dibenarkan ke Istora Senayan untuk menguji gelanggang dan membiasakan diri dengan persekitaran stadium.  (hal. 133) Latar Masa 

1. Hari Sabtu

Syahir memantau perlawanan pusingan ketiga yang melibatkan Syed Amiri.   Contoh:

Lalu tengah hari Sabtu itu, saya memantau perlawanan Syed Amiri pusingan ketiga.  (hal. 79) 2. Hari Rabu

Kejohanan Badminton Antarabangsa dibuka secara rasmi oleh Presiden Persekutuan Badminton  Antarabangsa.

  Contoh:

Pada pagi Rabu, Kejohanan Badminton Antarabangsa dibuka secara rasmi oleh Presiden Persekutuan Badminton Antarabangsa yang berbangsa Jepun.  (hal. 134)

3. Lima hari

Setelah lima hari Kejohanan Badminton Antarabangsa berlangsung, akhirnya Syahir melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Contoh:

Setelah lima hari berlalu, siapa sangka saya akan sampai sejauh ini. (hal. 142) 4.  Waktu pagi

Syahir pulang ke Kuala Lumpur setelah diarahkan oleh Haji Marzuki. Contoh:

 Awal pagi lagi saya berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki komuter.  (hal. 104) 5.  Waktu malam

Syahir menonton televisyen di rumahnya selepas pulang dari latihan badminton.   Contoh:

 Jam 11.10 malam. Saya hidupkan televisyen yang hanya sempat saya tonton pada waktu-waktu begini. (hal. 32)

Latar Masyarakat

1. Masyarakat jurulatih yang berkaliber.

Haji Marzuki dan Mas Suparman ialah jurulatih yang berpengalaman. Contoh:

Sekilas saya memandang ke arah Haji Marzuki dan Mas Suparman yang sedang menapak pulang diiringi Bernard dan Kam Heng. Mereka berdua bukan sahaja jurulatih berpengalaman dan berwibawa, malah diakui bertaraf dunia.  (hal. 7)

2. Masyarakat yang cinta akan negara.

Syahir berazam untuk meraih gelaran juara dunia dalam sukan badminton kerana ingin mengharumkan nama negara dan agama.

  Contoh:

Saya sayang akan negara dan mahu mengharumkan nama negara dan agama menerusi sukan ini. (hal. 97)

3. Masyarakat yang mementingkan nilai-nilai Islam.

Syahir sentiasa mengamalkan nilai-nilai Islam termasuklah ketika bersukan.   Contoh:

Sehingga sekarang, hanya saya satu-satunya pemain lelaki Muslim yang menutup aurat di gelanggang pada peringkat antarabangsa. (hal. 19)

4. Masyarakat yang komited terhadap tugas.

Haji Marzuki melatih pemain-pemain badminton perseorangan negara dengan penuh tanggungjawab.

  Contoh:

Meskipun dia pernah disingkirkan dengan cara penuh kontroversi daripada jawatan ketua  jurulatih kebangsaan awal tahun lepas, komitmennya melatih barisan pemain perseorangan

negara masih di tahap maksimum. (hal. 46 – 47) 5. Masyarakat yang bersatu padu dalam satu pasukan.

Syahir, Boon Lee, Bernard, Kam Heng, Gopinath, dan pemain-pemain badminton yang lain bermain dalam satu pasukan dengan semangat bersatu padu.

  Contoh:

Buktinya, Boon Lee, Bernard, Kam Heng, Gopinath, dan ramai lagi teman daripada kaum lain boleh bermain dalam satu pasukan. (hal. 50)

6. Masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan.

Kak Uda Syahrizah sentiasa memberikan sokongan kepada Syahir. Contoh:

Kak Uda seperti selalu, menguja semangat saya. Nadanya tepu dengan motivasi.  (hal. 144)

Gaya Bahasa

1. Diksi

(a) Penggunaan bahasa Inggeris

  Contoh:

Bukankah ranking dunia sudah cukup untuk menentukan kelayakan? 

 (hal. 23) (b) Penggunaan bahasa Arab

  Contoh:

Tidak pernah saya ghaflah akan wasiat arwah abah yang satu itu.

 (hal. 14) (c) Penggunaan bahasa Jawa 

  Contoh:

Langkah Andri modar.

 (hal. 160) 2. Simile

  Contoh:

(a) “Kadang-kadang terasa macam bola, disepak dilambung ke sana ke mari.”  (hal. 21) (b) Cuping telinga saya bagai dijentik. (hal. 111)

3. Personifikasi

  Contoh: Angin semilir berpuput lembut memukul wajah. (hal. 2) 4. Peribahasa 

5. Sinkope

  Contoh: Tak larat pula nak melompat. (hal. 10) 6. Metafora 

  Contoh: Tidak semena-mena wajah arwah abah pula yang hadir di layar minda.  (hal. 144) 7. Inversi

  Contoh: Perkataan ‘selebriti’ itu cukup saya benci. (hal. 40) Sepatutnya: Saya cukup benci perkataan ‘selebriti’ itu. 8. Hiperbola 

  Contoh: Darah saya berderau. (hal. 90)

Sudut Pandangan

Dalam novel  Justeru Impian di Jaring , pengarang menggunakan sudut pandangan orang pertama. Pengarang sendiri yang bercerita dengan menggunakan kata ganti nama ‘saya’. Contoh:

Saya bernafas lega. Kenalan wartawan yang sudah menjadi rafik akrab ini sering lekas membaca hati saya . (hal. 2)

Nilai Murni

1. Kasih sayang  – Syahir menjaga emaknya yang sakit di hospital semalaman. Contoh:

Sejak malam tadi saya tidak pulang ke rumah semata-mata kerana mahu menjaga emak di hospital. (hal. 125)

2. Hemah tinggi – Syahir menghormati Syed Amiri walaupun Syed Amiri selalu menyakitkan hatinya. Contoh:

Hingga kini, saya kekal menghormatinya sebagai abang. Biarpun saya sedar, dia tidak menyenangi saya sejak lama dulu. (hal. 49)

3. Patriotisme – Syahir berazam untuk mengharumkan nama negara dan agama dengan meraih gelaran juara dunia dalam sukan badminton. Contoh:

Saya sayang akan negara dan mahu mengharumkan nama negara dan agama menerusi sukan ini. (hal. 97)

4. Rasional – Haji Marzuki menasihati pemain-pemain badminton negara supaya berfikir secara rasional. Contoh:

“Cubalah bertenang, rasionalkan fikiran. Jangan ambil keputusan terburu-buru untuk menentang.” Haji Marzuki terus-terusan cuba menyabarkan beberapa pemain sebelum berakhirnya sesi latihan pagi. (hal. 25)

5. Kesyukuran  – Syahir bersyukur kepada Tuhan kerana ususnya tidak meletus akibat radang apendiks. Contoh:

Saya melimpahkan kesyukuran kerana dengan nikmat Allah yang Maha Pengasih jualah, umbai usus yang bengkak tidak meletus. (hal. 167)

Pengajaran

1. Sebagai anak, kita perlulah meluangkan masa bersama-sama ibu bapa.

Walaupun sibuk dengan latihan, Syahir mengambil peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama emaknya.

2. Kita perlulah menerima sebarang komen secara positif.

Walaupun komen yang diberikan oleh Engku Aiman agak melampau, namun Syahir menerimanya dengan hati yang terbuka.

3. Kita haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

Syariat yang dipegang oleh Syahir ketika bersukan telah mengubah hati Wan Najlah untuk turut menutup aurat ketika bersukan.

4. Kita perlulah menghormati seseorang walaupun tidak disenangi oleh orang tersebut. Syahir menghormati Syed Amiri walaupun Syed Amiri selalu menyakitkan hatinya. 5. Kita mestilah bekerjasama dalam satu pasukan.

Syahir bekerjasama dengan Boon Lee, Bernard, Kam Heng, Gopinath, dan pemain-pemain lain dalam satu pasukan.

6. Kita mestilah sentiasa berusaha walaupun mengalami kegagalan.

Wan Najhan memberikan semangat kepada Syahir yang gagal melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Antarabangsa.

P B S

Praktis Formatif 

Praktis Formatif 

1 Justeru Impian di Jaring

Huraikan tiga  contoh peristiwa yang menggambarkan persoalan kasih sayang terhadap ibu seperti  yang terdapat dalam novel Justeru Impian di Jaring.

Dalam dokumen KOMSAS Tg 3.pdf (Halaman 43-50)

Dokumen terkait