• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Berkaitan Pemulihan Bacaan Kanak-Kanak Pemulihan Khas

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.7 Kajian Berkaitan Pemulihan Bacaan Kanak-Kanak Pemulihan Khas

Bahagian ini merupakan perbincangan berkaitan dengan program-program yang telah dilaksanakan di luar negara dan dalam negara. Program-program yang dipilih untuk disoroti adalah berkaitan dengan pembelajaran bahasa, iaitu kemahiran membaca. Kajian dalam negara yang seterusnya dijalankan pada tahun 2014 dan bertajuk Enhancing Reading Skills among Remedial Pupils Recall of Colored Words. Kajian ini dijalankan oleh dua orang pengkaji, iaitu Yusup Malie dan Nurul Afiqah Zainuddin. Menerusi kajian ini, mereka mendapati bahawa pengaplikasian perkataan berwarna dalam pembelajaran perkataan dengan suku kata tertutup KVKKVK mampu meningkatkan keupayaan bacaan dalam kalangan tiga orang subjek kajian. Subjek-subjek kajian yang dipilih didapati bermasalah membaca perkataan dan ayat yang

University

83

mengandungi suku kata tertutup KVKKVK dengan tepat serta fasih. Walaupun subjek kajian mengeja terlebih dahulu perkataan tersebut semasa membaca, ejaan tersebut didapati masih tidak tepat dan tidak lancar. Oleh itu, kajian ini bertujuan meningkatkan keupayaan membaca suku kata tertutup dengan tepat dan lancar serta menambah baik pembelajaran dengan berbantukan suku kata berwarna. Menurut mereka lagi, penggunaan kontras warna bagi bahan pengajaran adalah bertujuan untuk memudahkan subjek kajian membaca perkataan dengan suku kata tertutup dengan mudah dan tepat. Hal ini demikian kerana penggunaan warna dikatakan membolehkan subjek kajian mendiskriminasi suku kata dengan cepat kerana perhatian serta fokus mereka lebih terarah kepada warna tersebut. Pada masa yang sama, penggunaan warna membolehkan subjek kajian mengingat maklumat dengan mudah kerana berlakunya pengukuhan maklumat dalam memori.

Kajian ini melibatkan dua proses, iaitu pembelajaran dan program intervensi. Proses pembelajaran dijalankan dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bersifat konkrit, manakala program intervensi pula dijalankan dengan berbantukan komputer (power point). Menurut mereka lagi, pembelajaran konkrit dijalankan dengan menggunakan 30 kad suku kata berwarna. Penggunaan warna hitam dikhususkan kepada suku kata pertama, manakala warna merah pula adalah untuk suku kata kedua. Latar belakang kad pula adalah berwarna putih. Bagi mengukuhkan ingatan subjek kajian, gambar-gambar juga digunakan bagi membantu subjek kajian mengingati perkataan dengan lebih baik. Pembelajaran tersebut dijalankan berulang kali dengan pelbagai cara untuk mengukuhkan memori mereka. Menurut pengkaji-pengkaji ini, program intervensi pula dijalankan melalui tiga fasa meliputi fasa sebelum, semasa, dan selepas program intervensi. Keseluruhan masa yang diambil untuk fasa ini pula adalah selama tujuh minggu. Fasa sebelum program intervensi melibatkan ujian pra, iaitu bagi mengesan kelemahan sebenar subjek kajian membaca suku kata tertutup. Fasa semasa

University

84

pula dijalankan dengan melibatkan tiga aktiviti, iaitu menyebut perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVKKVK, membaca dan menyebut suku kata berwarna (diulang selama dua minggu), dan membaca ayat-ayat yang mengandungi suku kata tertutup KVKKVK. Seterusnya, fasa selepas program intervensi pula melibatkan ujian lisan, iaitu subjek kajian perlu membaca perkataan dan ayat-ayat mudah yang mengandungi suku kata tertutup. Dapatan kajian ini kemudiannya diperkukuhkan dengan pemerhatian berstruktur dan temu bual dengan subjek kajian serta guru pemulihan khas yang mengajar subjek kajian.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan kebolehan bacaan suku kata dalam kalangan subjek kajian selepas tiga kali program intervensi dijalankan. Dalam intervensi penyebutan perkataan misalnya, subjek kajian pertama menunjukkan peningkatan membunyikan perkataan sebanyak 14 perkataan semasa intervensi kedua, iaitu daripada 13 perkataan kepada 27 perkataan. Walau bagaimanapun, subjek kajian kedua juga menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ujian ini, iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 15 perkataan daripada 10 kepada 25 perkataan yang boleh dibunyikan. Masa yang diambil untuk menyebut dengan tepat dan fasih bagi keseluruhan 30 perkataan suku kata tertutup itu pula adalah selama lima hingga enam minit. Secara keseluruhannya, terdapatnya peningkatan dalam ujian pra (sebelum) dan post (selepas) intervensi berkaitan kebolehan menyebut perkataan dan membaca ayat-ayat mudah yang mengandungi suku kata tertutup. Pada masa yang sama, peningkatan paling tinggi antara subjek kajian adalah dalam subjek kajian pertama, iaitu sebanyak 67 peratus, diikuti oleh subjek kajian kedua sebanyak 57 peratus, dan subjek kajian ketiga sebanyak 57 peratus. Secara keseluruhannya, subjek kajian didapati lebih mudah membaca sesuatu perkataan dengan lancar tanpa mengejanya.

University

85

Kajian dalam negara yang telah dilakukan berkaitan program pemulihan bacaan adalah kajian Nur Laila Kuslan. Kajian yang bertajuk Aktiviti Pemulihan Bacaan di Sebuah Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes adalah untuk mengenal pasti cara aktiviti pemulihan dijalankan, serta faktor-faktor yang menyokong dan menghalang kejayaan aktiviti pemulihan tersebut dijalankan. Kajian yang dilakukan pada tahun 2014 ini merupakan kajian kes yang dijalankan di sebuah sekolah rendah kebangsaan di Selangor. Responden kajian ini terdiri kumpulan murid (27 orang murid pemulihan Tahun Satu), kumpulan pentadbir (Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik), Guru Pemulihan Khas, Guru Bahasa Melayu, Guru Pusat Sumber/Media, Guru Bimbingan dan Kaunseling, ibu bapa subjek kajian, dan pegawai yang bertanggung jawab dalam pelaksanaan program pemulihan di Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Bagi tujuan pengumpulan data, tiga jenis instrumen digunakan, iaitu garis panduan temu bual, garis panduan pemerhatian, dan garis panduan analisis dokumen. Memandangkan data-data ini berbentuk kualitatif, teknik triangulasi digunakan untuk menjamin kesahan dalaman data.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji ini, beberapa jenis bahan asas yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran pemulihan bacaan, iaitu alat abjad, kad abjad, kad perkataan, kad perkataan bergambar, senarai suku kata, carta huruf, carta suku kata, carta perkataan, carta cerita, slide cerita, buku latihan, serta lembaran kerja. Penggunaan bahan bantu belajar yang pelbagai ini bertujuan supaya subjek kajian tidak mudah berasa bosan, tertekan, dan mengantuk ketika belajar membaca. Selain itu, terdapat empat kaedah utama yang diguna pakai oleh guru-guru pemulihan khas semasa mengajar membaca, iaitu Kaedah Abjad, Kaedah Fonik, Kaedah Gabungan Bunyi Kata, dan Kaedah Gabung Jalin. Sebagai tambahan, guru pemulihan juga menggunakan kaedah-kaedah tambahan lain seperti Kaedah Seluruh Perkataan dan Kaedah Cerakin. Menurut beliau lagi, pemilihan kaedah dibuat

University

86

berdasarkan kesesuaian dan kekuatan yang ada pada semua kaedah serta peringkat kelemahan yang dihadapi oleh murid. Penggunaan kaedah yang bersesuaian juga dipilih berdasarkan tahap penerimaan subjek kajian terhadap kaedah yang digunakan. Seterusnya, guru pemulihan juga didapati menjalankan pengajaran membaca secara berperingkat dimulai dengan kemahiran mengenal huruf terlebih dahulu dan menjalankan latih tubi membaca secara langsung dan tidak langsung. Pengkaji ini juga menyimpulkan bahawa keberkesanan program pemulihan tersebut bergantung pada faktor infrastruktur, sokongan, serta kaedah pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan. Keberkesanan ini dapat dibuktikan apabila 10 daripada 27 orang subjek kajian berjaya dipulihkan dalam jangka masa 18 minggu program tersebut berlangsung.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Coltheart dan Prior pada tahun 2007 bertajuk Learning to Read in Australia adalah berkaitan dengan masalah kesukaran membaca dalam kalangan kanak-kanak Australia. Program pemulihan bacaan Reading Recovery yang dijalankan di negara tersebut dikatakan masih tidak membawa perubahan besar kepada kanak-kanak bermasalah membaca. Hal ini demikian kerana kanak-kanak Australia dikatakan tidak menguasai hubungan huruf-bunyi sehingga mereka tidak mampu membaca huruf yang tertera di atas kertas. Pengkaji-pengkaji ini juga menyatakan bahawa jika kanak-kanak tersebut mampu membaca dengan baik, mereka belum tentu dapat menguasai kemahiran membaca secara automatik kerana terpaksa mendikod terlebih dahulu sesuatu perkataan yang dilihatnya. Pengkaji-pengkaji ini juga menyatakan bahawa kegagalan murid-murid membaca secara automatik ada kaitan dengan kaedah pembelajaran membaca yang diajarkan di peringkat sekolah rendah. Sekolah-sekolah rendah di Australia kebanyakannya menggunakan Pendekatan Keseluruhan Perkataan yang menyebabkan kanak-kanak yang lemah membaca tidak mampu mengaplikasikan kaedah ini. Hal ini demikian kerana kanak-kanak terpaksa

University

87

menguasai perkara asas dalam bacaan seperti pengetahuan tentang huruf (nama dan bunyi huruf), kesedaran fonologi, dan prinsip-prinsip abjad.

Pengkaji ini juga mendapati bahawa kaedah yang diaplikasikan ini sukar dikuasai oleh kanak-kanak yang lemah dalam membaca kerana mereka perlu meneka perkataan yang tidak dapat dibaca. Kaedah pengajaran juga dimulakan dengan memperkenalkan perkataan terlebih dahulu dan bukannya huruf dan suku kata. Setelah perkataan-perkataan tersebut dicam oleh kanak-kanak, mereka perlu menyebutnya tanpa mengeja atau membunyikannya tetapi dibantu oleh gambar pada peringkat permulaannya. Pengkaji kajian ini turut menyatakan bahawa walaupun pendekatan ini diguna pakai semasa mengajar kemahiran membaca, pendekatan fonik sintetik tidak sepatutnya diabaikan terutamanya semasa tahun pertama dan kedua pengajaran membaca dimulakan. Pengkaji-pengkaji ini menyatakan bahawa terdapat keistimewaan kaedah fonik sintetik dalam pengajaran membaca kerana dapat menghubungkan antara abjad dengan bunyi yang diwakilinya dalam sesuatu perkataan.

Kajian yang dijalankan oleh Greaney & Arrow pada tahun 2012 yang bertajuk Phonological-Based Assessment and Teaching Within a First Year Reading Program in New Zealand merupakan kajian yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran fonologi dan kesannya selepas setahun persekolahan. Menurut pengkaji-pengkaji ini, New Zealand dikatakan negara yang berada di tangga terendah dalam kemahiran literasi berbanding negara lain kerana program literasi awalnya tidak berfokus kepada pengajaran fonologi asas yang jelas. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang memasuki sekolah tidak menguasai kemahiran ini kerana tidak diajarkan secara sistematik di dalam kelas. Oleh itu, tujuan kajian ini telah dijalankan adalah untuk membandingkan kemahiran fonologi kanak-kanak yang menjalani program intervensi dengan kumpulan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran fonologi sedia ada. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang tidak menerima pengajaran fonologi ini

University

88

telah mempelajari kemahiran literasi biasa dalam kelas literasi selama 12 hingga 20 bulan.

Reka bentuk kajian ini terdiri daripada dua komponen, iaitu pengujian dan program intervensi kepada dua kumpulan pelajar yang telah belajar selama 20 bulan (26 orang pelajar) dan kumpulan pelajar yang baharu memasuki sesi persekolahan (15 orang pelajar). Program intervensi ini pula difokuskan kepada kumpulan pelajar yang baharu memasuki sesi persekolahan. Pengujian dijalankan melalui tiga fasa, iaitu ujian pra, ujian pasca, dan ujian post. Sebanyak 11 jenis ujian digunakan bagi kumpulan bukan intervensi seperti observation survey (mengandungi lima jenis ujian lain seperti letter name knowledge, concepts about print, a list of 15 sight word, dan sebagainya), Burt Word Reading Test (menguji keupayaan membaca kuat 110 perkataan), phonological based assessments (mengandungi ujian untuk menguji mengesan rima, mengira suku kata, memadankan suku kata awalan, dan sebagainya), phoneme segmentation task, dan sebagainya. Seterusnya, kumpulan intervensi pula diajarkan kemahiran fonologi selama 30 minit setiap minggu dan keseluruhan sesi ini adalah selama 10 minggu. Pengajaran fonologi pula dijalankan secara pengajaran harian separa berstruktur berbentuk kumpulan kecil dan bersifat latih tubi. Dalam aktiviti pengajaran ini pula, terdapat lima perkara utama yang dipelajari, iaitu berkaitan nama huruf dan bunyinya, menulis huruf, kesedaran fonemik, menghubungkan kesedaran fonemik dengan ejaan, dan menghubungkan kemahiran fonologi dengan konteks menulis dan membaca.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa subjek kajian dalam kumpulan yang menerima pengajaran fonologi menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila memperolehi peningkatan markah purata sebanyak 17.2 berbanding kumpulan kawalan yang hanya mendapat 11.9 markah purata. Subjek kajian kumpulan ini hanya memperolehi 1.0 markah purata sebelum menerima pengajaran fonologi. Seterusnya, dalam peringkat membaca buku pula, subjek kajian kumpulan kumpulan menerima

University

89

pengajaran fonologi juga memperoleh peningkatan markah sebanyak 6.7 markah purata (sebelum pengajaran memperolehi 1.8 markah purata) berbanding subjek kajian kumpulan kawalan yang hanya memperoleh markah purata 6.4 markah. Dapatan ini menunjukkan bahawa subjek kajian dalam kumpulan kawalan hanya memperolehi kesan yang minimum dalam pengajaran literasi biasa selama 12 hingga 20 bulan. Pengkaji ini menyatakan bahawa subjek kajian berhadapan dengan risiko masalah bacaan kerana pada peringkat ini mereka seharusnya mencapai markah purata sebanyak 12 dan mampu mengenal pasti sebanyak 20 perkataan. Kajian ini mempunyai sedikit persamaan dengan kajian yang sedang dijalankan, iaitu menggunakan bahan bantu mengajar yang bersifat konkrit dan bersifat latih tubi. Set kad huruf yang dilamina dan mengandungi gambar objek membolehkan subjek kajian membawa kad ini ke mana sahaja serta membolehkan pengulangan pembelajaran di luar waktu pembelajaran. Penggunaan buku latihan untuk menulis juga digunakan untuk menulis sebanyak mungkin huruf-huruf yang sukar diingati. Kad-kad bingo yang mengandungi gambar haiwan digunakan untuk mengajar kesedaran fonemik. Pemenggalan suku kata juga digunakan semasa mengajar kesedaran rima, iaitu pemenggalan suku kata membolehkan subjek kajian membina suku kata baharu dan menggabungkan suku kata semasa mengeja.

Kajian seterusnya merupakan kajian yang melibatkan keberkesanan Program Intervensi Membaca Sasaran. Kajian yang bertajuk Targeted Reading Intervention: A Coaching Model to Help Classroom Teachers With Struggling Readers adalah untuk mengkaji keberkesanan program intervensi membaca yang dikenali sebagai Targeted Reading Intervention kepada kanak-kanak pra sekolah dan gred satu yang bermasalah membaca. Kajian yang dijalankan oleh Feagens, Kainz, Amendum, Ginsberg, Wood, dan Bock pada tahun 2012 ini melibatkan pengajaran kemahiran membaca secara perseorangan selama 15 minit pada setiap sesi. Pengkaji-pengkaji kajian ini mendapati

University

90

bahawa dua jenis kesukaran yang dialami oleh kanak-kanak semasa membaca, iaitu fonologi atau kesedaran fonemik dan keupayaan menamakan dengan tepat dan cepat (rapid naming fluency). Program Targeted Reading Intervention ini merupakan program yang membantu guru menerusi pengajaran secara individu kepada kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Menerusi program ini juga, guru-guru boleh mengaplikasikan kaedah pengecaman perkataan semasa mendikod teks atau perkataan bagi meningkatkan kelancaran bacaan. Oleh itu, kajian ini telah melihat sama ada subjek kajian yang telah menjalani program intervensi ini di peringkat pra sekolah atau gred satu mampu meningkatkan keupayaan bacaan mereka berbanding kanak-kanak bermasalah bacaan tetapi tidak menjalani program ini, mampu meningkatkan keupayaan mereka seperti kanak-kanak yang tidak bermasalah membaca dalam kelas yang sama, atau boleh mengikuti bacaan seperti rakan sebaya yang mempunyai keupayaan biasa. Kajian ini juga melihat kaitan faktor-faktor demografi (pendidikan, kelahiran, jantina, dan minoriti) berhubungan dengan keberkesanan program intervensi dan peningkatan dalam kesedaran fonologi awal dan keupayaan menamakan dengan pantas sesuatu perkataan.

Kajian ini juga melibatkan sebanyak lima buah sekolah daripada kawasan luar bandar, manakala 34 buah kelas dengan 276 subjek kajian telah terlibat dalam kajian ini. Subjek kajian yang bermasalah membaca dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu subjek kajian bermasalah membaca kumpulan eksperimen (experimental focal children) dan subjek kajian bermasalah membaca kumpulan kawalan (control focal children). Bagi kanak-kanak yang tidak bermasalah membaca pula, mereka juga dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu subjek kajian tidak bermasalah membaca kumpulan kawalan (experimental non focal children) dan subjek kajian tidak bermasalah membaca kumpulan sasaran (control non focal children). Subjek kajian telah diberikan dua jenis ujian, iaitu yang melibatkan pengecaman perkataan dan

University

91

kesedaran fonologi. Ujian berkaitan pengecaman perkataan melibatkan dua jenis sub ujian, iaitu Letter-Word Identification (LW1) dan The Word Attack (WA), manakala kesedaran fonologi pula melibatkan Ujian Comprehensive Test of Phonological Processing dan Rapid Color Naming. Dalam program intervensi pula, empat kaedah diaplikasikan iaitu rereading for fluency, word work, dan training classroom teacher.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan secara signifikan daripada pengajaran secara individu yang dijalankan oleh guru. Kanak-kanak dalam kumpulan experimental focal children misalnya, berlaku peningkatan gred sebanyak 1.03 pada bulan November sehingga Mei dan kumpulan focal control children meningkat sebanyak 0.57. Situasi ini menunjukkan bahawa pengajaran secara individu adalah berkesan sama seperti pengajaran daripada pengajar di luar sekolah. Selain itu, dapatan ini juga menunjukkan bahawa subjek kajian yang terdiri daripada kumpulan minoriti dan jantina lelaki yang sebelum ini tidak mendapat manfaat dalam pengajaran biasa juga menunjukkan peningkatan dalam membaca. Hal ini dapat dibuktikan apabila subjek kajian menunjukkan peningkatan sebanyak 8.23 point berbanding kumpulan focal control students (p=.03, d=.48) terutamanya dalam Ujian Word Attack. Pengkaji ini mendapati bahawa peningkatan ini ada kaitan dengan latihan membaca dengan lancar, teknik bacaan kiri ke kanan atau atas ke bawah, dan bacaan berpandu. Pengkaji ini juga menyimpulkan bahawa program intervensi mampu diaplikasikan oleh guru di sekolah sahaja tanpa bantuan pakar dari luar. Guru-guru perlu dilatih supaya boleh membantu pelajar dalam jangka masa yang panjang, berbanding pakar-pakar intervensi yang akan meninggalkan sekolah apabila sesuatu program bacaan tamat.

Manisah Mohd Ali dan Muhammad Nazeri Saiden dalam kajian mereka yang bertajuk The Use of Reading Materials for Children with Reading Difficulties adalah untuk mengkaji keberkesanan bahan bacaan bergred kepada kanak-kanak yang bermasalah bacaan. Kajian ini merupakan kajian awal yang dilakukan pada tahun 2015.

University

92

Pengkaji kajian ini menyatakan bahawa kanak-kanak yang lemah membaca sebenarnya tidak memahami perkara yang dibaca kerana bahan bacaan yang digunakan tidak sesuai dengan keupayaan mereka. Hal ini demikian menyebabkan kanak-kanak ini kurang berminat menghabiskan buku yang dibacanya. Masa yang diambil pula lebih panjang untuk menghabiskan bahan bacaan tersebut. Menurut pengkaji-pengkaji ini, bahan bacaan bergred sesuai digunakan pada pelbagai peringkat persekolahan, sama ada pra sekolah, kelas aliran perdana, dan kelas pemulihan khas. Hal ini demikian kerana bahan bacaan bergred dibina berdasarkan peringkat-peringkat tertentu bagi membolehkan kanak-kanak menguasai asas bacaan dalam jangka masa yang singkat.

Bahan bacaan bergred yang digunakan dalam kajian ini berbentuk dua buah buku cerita berbahasa Melayu dan dikhususkan kepada dua orang subjek kajian. Subjek kajian ini masing-masing berumur tujuh tahun dan mempunyai tahap keupayaan membaca yang berbeza. Subjek kajian pertama misalnya, bermasalah membaca perkataan melebihi tiga suku kata, manakala subjek kajian kedua pula mempunyai masalah lewat pertuturan dan hanya mampu mengenal huruf sahaja. Dua buah bahan bacaan bergred digunakan dalam kajian pertama. Bahan pertama bertajuk Raju yang Sakit dikhususkan kepada subjek kajian pertama dan buku kedua bertajuk Tikus Hitam dikhususkan kepada subjek kajian kedua. Pengkaji-pengkaji ini menyatakan bahawa kaedah pengajaran yang berbeza telah diaplikasikan kepada dua kanak-kanak ini, iaitu subjek kajian pertama menggunakan kaedah seluruh perkataan manakala subjek kajian kedua diajar menggunakan kaedah ejaan suku kata. Perkataan yang digunakan untuk membina bahan bacaan ini adalah terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Perkataan-perkataan ini diajar secara berulang kali supaya subjek kajian terbiasa dengannya. Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini dan data-data dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif.

University

93

Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan kaedah membaca seluruh perkataan yang diaplikasikan kepada subjek kajian pertama bertujuan untuk menggalakkan interaksi aktif antara guru dengan subjek kajian. Melalui kaedah ini, subjek kajian diajar perkataan baharu dan kemahiran pengecaman huruf, serta mengenal pasti dan memahami perkataan. Pengkaji-pengkaji ini menyatakan bahawa bahan bacaan bergred yang dikhususkan kepada subjek kajian pertama kerana jalan cerita yang terkandung dalam buku ini ringkas, mudah difahami, serta menambahkan kosa katanya. Tema yang digunakan pula bersesuaian dengan persekitaran subjek kajian kerana perkataan diambil daripada bahasa pertuturan. Perkataan juga dicetak dengan huruf tebal dan berwarna serta ilustrasi gambar yang menarik juga disertakan. Sebaliknya, subjek kajian kedua pula diperkenalkan dengan abjad terlebih dahulu sebelum mengeja suku kata sesuatu perkataan. Subjek kajian ini juga diajarkan cara penyebutan sesuatu huruf dan perkataan dengan betul. Walau bagaimanapun, subjek kajian ini didapati membaca dengan hanya merujuk kepada gambar sahaja dan bukannya berdasarkan perkataan atau ayat yang mengikuti gambar tersebut. Pengkaji ini juga menyatakan bahawa subjek kajian bermasalah mengenal pasti abjad dan kad imbas digunakan bagi mengatasi masalah ini. Bahan bacaan bergred yang dibekalkan oleh pengkaji ini dikatakan perlu diubah saiz tulisannya kerana tidak sesuai dengan saiz gambar yang disediakan. Bagi tujuan ini, pengkaji ini menyatakan bahawa saiz tulisan bahan bacaan bergred tersebut perlu dibesarkan dan diwarnakan suku katanya. Pengkaji ini menyimpulkan bahawa kajian tersebut perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Hal ini demikian kerana bahan-bahan pembelajaran yang bersifat konkrit memerlukan guru melakukan penyesuaian terhadap keupayaan dan tahap seseorang kanak-kanak pemulihan khas. Dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran, perhatian murid lebih terarah dan meningkatkan minat dalam pembelajaran membaca. Akhir sekali, pengkaji ini juga menyatakan bahawa pembinaan bahan-bahan pengajaran seharusnya bersifat lebih