Rajah 3.1: Model Asas Pembelajaran dan Memori
3.2.1 Taksonomi Bloom
Menurut Gagné & Driscoll (1988), terdapat lima jenis pembelajaran atau peringkat hasil pembelajaran, iaitu informasi lisan, kemahiran intelektual, strategi kognitif, sikap, dan kemahiran motor (p. 44). Setiap jenis atau peringkat pembelajaran yang dinyatakan memerlukan arahan atau kaedah pembelajaran yang berlainan kerana faktor luaran dan dalaman adalah berbeza mengikut setiap peringkat atau jenis pembelajaran. Pembelajaran pada peringkat ini adalah untuk mengenal pasti keperluan dan melengkapkan pembelajaran pada peringkat tersebut. Rajah berikut menunjukkan domain-domain yang terdapat dalam Taksonomi Bloom, iaitu:
Rajah 3.2: Domain Kognitif Dalam Taksonomi Bloom. Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Sintesis Menilai
University
of Malaya
129
Dalam domain kognitif, terdapat enam aras, iaitu Mengingat, Memahami, Mengaplikasi, Menganalisis, Mensintesis, dan Menilai. Domain kognitif merupakan domain utama dalam taksonomi ini yang memfokuskan kepada kemahiran mengingat atau menghuraikan semula perkara yang telah dipelajari sebelum ini. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan dua aras yang rendah dalam domain kognitif, iaitu mengingat dan memahami, dan satu aras sederhana, iaitu mengaplikasi. Domain mengingat melibatkan kemahiran mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa, dan sebagainya daripada pembelajaran yang lepas. Kemahiran ini dikembangkan melalui penetapan objektif dalam pembelajaran, iaitu melalui aktiviti atau tugasan yang diberikan kepada pelajar. Objektif yang bersifat kognitif ini perlu berbeza dengan pembelajaran sebelumnya, sama ada daripada aspek teknik, kaedah, atau prosedur. Hal ini demikian kerana teknik, kaedah, atau prosedur perlu digabungkan dengan cara yang lebih kreatif untuk mensintesis idea-idea baharu. Kata kerja yang mewakili domain ini adalah seperti nyatakan, terangkan, namakan, labelkan, dan sebagainya.
Dalam domain memahami pula melibatkan pengubahan kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf, dan sebagainya. Contoh kata kerja yang digunakan untuk menjelaskan aras ini adalah pilih, terangkan, tulis semula, dan sebagainya. Dalam domain aras sederhana pula, kemahiran mengaplikasi melibatkan penggunaan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu. Kata kerja yang mewakili domain ini adalah seperti mengaplikasi, menyusun, menggunakan, membina, dan sebagainya. Aspek-aspek dalam domain ini meliputi maklumat lisan, kemahiran intelek, dan strategi kognitif. Kemahiran lisan pula dibahagikan kepada lima sub kategori, iaitu keupayaan mendiskriminasi, konsep
University
130
konkrit, mendefinisikan konsep, hukum, dan hukum peringkat tinggi (higher order rule).
Maklumat lisan merupakan cara seseorang kanak-kanak memberitahu pengetahuan mereka dalam bahasa lisan dengan menggunakan perkataan seperti “Saya tahu tentang…”. Maklumat lisan ini merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam pembelajaran kerana manusia memperolehi pengetahuan dalam bahasa lisan sepanjang hayatnya. Maklumat-maklumat tersebut biasanya diperolehi ketika belajar di sekolah atau diberitahu oleh individu lain. Terdapat juga sesetengah maklumat diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain. Maklumat-maklumat ini kemudiannya diklasifikasi dan diorgansisaikan kepada nama, fakta, prinsip, dan generalisasi (Gagné & Driscoll 1988, p.45). Maklumat-maklumat lisan juga bergabung dengan maklumat-maklumat lain berkaitan yang berkaitan dengan memori.
Seterusnya, maklumat yang disimpan itu disusun pula dalam bentuk proposisi dan diterjemah dalam bentuk ayat-ayat yang dapat difahami. Menurut mereka lagi, seseorang kanak-kanak yang hanya mengingat rangkaian perkataan sahaja seperti air-botol-sejuk sebenarnya tidak mempelajari maklumat yang didukung oleh perkataan tersebut. Hal ini demikian kerana perkataan-perkataan yang dikaitkan dengan serangkaian ayat yang tidak memberi makna hanyalah terdiri daripada perkataan semata-mata. Jika kanak-kanak dapat menghubungkan perkataan-perkatan tersebut seperti Air di dalam botol itu sangat sejuk dapat menghubungkan perkataan dan makna yang terkandung di dalamnya. Namun, maklumat-maklumat yang terdapat dalam memori kanak-kanak tidak semestinya di dalam urutan yang dinyatakan tadi. Situasi ini membuktikan bahawa terdapat sesetengah maklumat yang terdapat di dalam minda mereka bukan hanya terdiri daripada ayat-ayat sahaja. Adakalanya, maklumat-maklumat tersebut digambarkan dalam imej visual atau bentuk-bentuk lain. Dalam
University
131
perkara ini, kaedah tersebut juga diguna pakai untuk mendapatkan semula maklumat juga dinyatakan dalam bentuk-bentuk verbal lain contohnya dalam bentuk penulisan. Dalam bentuk ini, maklumat-maklumat yang terdiri daripada ayat-ayat ditulis serta disampaikan dalam bentuk ayat-ayat lain, bergantung kepada situasi atau tugasan yang diberikan.
Kemahiran kedua yang melibatkan keupayaan kognitif adalah kemahiran intelektual. Kemahiran ini melibatkan kebolehan mengetahui cara atau proses yang berlaku semasa belajar. Pelajar dikatakan menunjukkan kebolehan dan cara melakukan sesuatu tugasan dengan tindakan yang bersesuaian. Kemahiran intelektual membolehkan kanak-kanak memberi tindak balas yang sepatutnya terhadap keseluruhan maklumat, sama ada melalui simbol, huruf, perkataan, dan sebagainya. Menurut Gagné & Driscoll (1988, p. 45), adalah tidak mustahil sesuatu pembelajaran hanya disampaikan melalui medium lisan sahaja tetapi wujud banyak halangan untuk menyampaikan maklumat dengan tepat. Kemahiran intelektual ini dibahagikan kepada beberapa sub kategori yang boleh diubah suai berdasarkan operasi mental yang diaplikasikan. Walau bagaimanapun, subkategori tersebut adalah berkaitan antara satu sama lain dan kemahiran tertentu untuk menguasainya. Subkategori kemahiran intelektual adalah seperti berikut, iaitu diskriminasi, konsep konkrit, mendefinisikan konsep, hukum, dan hukum aras tinggi.
Subkategori pertama dalam kemahiran intelektual ialah kemahiran mendiskriminasi. Kemahiran mendiskriminasi merupakan kemahiran memberikan tindak balas kepada rangsangan persekitaran melalui simbol-simbol tertentu. Mereka yang telah menguasai kemahiran ini dikatakan dapat membezakan antara satu simbol dengan satu simbol lain. Kemahiran ini juga dikenali sebagai pembelajaran perseptual. Dalam kemahiran ini, kanak-kanak yang masih belum boleh bertutur belajar
University
132
mendiskriminasi objek melalui kemahiran motor kasar seperti membezakan warna, bentuk, bunyi, dan sebagainya. Kemahiran ini perlu dikuasai dengan sebaiknya dan merupakan asas kepada pemantapan kemahiran motor halus. Malah, kemahiran ini merupakan kemahiran terawal yang dibangunkan sebelum kemahiran lain diajarkan kepada mereka. Kanak-kanak perlu mendiskriminasi sesuatu objek terlebih dahulu sebelum mereka mampu menamakannya.
Seterusnya, subkategori kedua dalam kemahiran intelektual ialah konsep konkrit. Konsep konrit merujuk kepada rupa bentuk sesuatu objek, keadaan, dan sebagainya. Kanak-kanak belajar pelbagai perkara di dalam kelas secara formal dan kebolehan ini membantu mereka mengenal pasti keseluruhan kelas benda yang bersifat konkrit. Contohnya, meja dikelaskan kepada peralatan yang terdapat di dalam kelas dengan menyatakan ciri, kualiti, reka bentuk, dan sebagainya. Hasil pembelajaran kategori ini membolehkan kanak-kanak menunjuk ke arah objek konkrit yang mempunyai fungsi yang sama dan juga boleh menamakan objek tersebut. Kanak-kanak yang boleh menamakan objek konkrit tersebut juga dikatakan telah menguasai kemahiran ini. Menurut Gagné & Driscoll (1988), kemampuan kanak-kanak menamakan objek konkrit adalah:
“Often, identifiying a concrete concept is shown by naming…Using the name in identifiying concrete objects, however, is not essential to learning the concepts…Thus, having the capability of a concrete concepts means knowing the meaning of a name or lebel, which is to say being able to identify the class means of its particular instances” (Gagné & Driscoll, 1988, p. 50).
Subkategori ketiga pula adalah mendefinisikan konsep. Keupayaan mendefinisikan konsep juga merupakan salah satu aspek penting dalam pembelajaran kerana terdapat sesetengah konsep seperti kualiti dan hubungan tidak boleh dikenal pasti dengan hanya menunjuk kearah objek tersebut sahaja. Kualiti dan hubungan tersebut perlu didefinisikan mengikut spesifikasinya. Objek-objek konkrit boleh
University
133
digantikan atau diberi nilai tambah dengan mendefinisikan konsepnya. Pada masa yang sama, keupayaan kanak-kanak dalam mendefinisikan konsep juga diukur dengan kebolehan mereka mengaplikasikan definisi tersebut dalam pembelajaran.
Pada masa yang sama, subkategori keempat dalam hasil pembelajaran ialah hukum. Pada asasnya, hukum-hukum hanya dinyatakan dalam bahasa verbal sahaja. Namun, terdapat sesetengah hukum juga dinyatakan dalam bentuk simbol dan contoh seperti dalam mata pelajaran sains dan matematik. Keupayaan ini dinyataka oleh Gagné & Driscol (1988, p. 32) sebagai keupayaan menggunakan simbol dan bukan hanya mengulang kenyataan lisan semata-mata. Contohnya, dalam kemahiran mendikod perkataan, pembelajaran hukum ejaan, tatabahasa, dan sebagainya diutamakan dalam bentuk simbol-simbol bahasa. Malah, kemampuan memahami hukum tersebut juga boleh diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa kedua berdasarkan hukum-hukum yang terlibat. Kemahiran ini juga membolehkan pelajar melakukan tugasan-tugasan yang belum pernah dipelajari sebelumnya dengan hanya mengaplikasikan hukum-hukum yang pernah digunakan sebelum itu.
Akhir sekali, subkategori kelima dalam hasil pembelajaran ialah hukum peringkat tinggi. Kemahiran ini dikatakan hanya dapat digunakan apabila kemahiran keempat (hukum) difahami dengan sebaiknya oleh pelajar. Hukum-hukum peringkat tinggi ini melibatkan keupayaan menggabungkan hukum-hukum biasa kepada hukum-hukum yang bersifat kompleks yang digunakan dalam penyelesaian masalah (Gagné & Driscoll, 1988, p. 52). Hukum peringkat tinggi ini juga merupakan hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang bersifat biasa tetapi berbeza daripada aspek kerumitannya. Hukum-hukum peringkat tinggi ini dalam cara biasa seperti sebelum ini dengan andaian bahawa kanak-kanak dapat mengaplikasikannya untuk menyelesaikan masalah yang sama atau masalah lain kerana ada sesetengahnya tidak dipelajari dalam pembelajaran.
University
134
Contohnya, dalam kemahiran mendikod perkataan sebelum ini kanak-kanak mampu memahami mengaplikasikan hukum-hukum ejaan dan tatabahasa. Dalam hukum peringkat tinggi pula, kanak-kanak berupaya pula mengaplikasikan hukum-hukum tersebut dalam bentuk penulisan dengan membentuk perenggan atau karangan berkaitan dengannya. Oleh itu, melalui hasil pembelajaran kemahiran intelektual dapat dirumuskan bahawa kemampuan ini merupakan keupayaan kanak-kanak menggunakan gambaran simbolik yang terdapat dalam persekitarannya (Gagné & Driscoll, 1988, p. 54). Gambaran-gambaran simbolik ini dinyatakan juga sebagai keupayaan tunjuk cara yang dapat diaplikasikan dapat pembelajaran di dalam kelas. Keupayaan menguasai kemahiran intelektual secara berperingkat dari mudah kepada rumit ini membolehkan kanak-kanak menguasai sesuatu pembelajaran sepenuhnya dan mengaplikasikannya pula dalam pembelajaran-pembelajaran lain.
Kemahiran ketiga dalam peringkat kognitif adalah kemahiran kognitif itu sendiri. Kemahiran kognitif merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak semasa mendengar, mempelajari, mengingat, dan berfikir (Gagné & Driscoll, 1988, p. 54). Kemahiran kognitif dikaitakan dengan strategi-stategi kognitif yang diintegrasikan oleh persekitaran, iaitu membolehkan hubungan antara nombor, perkataan, dan simbol. Persekitaran yang dinyatakan sebagai proses luaran dan nombor, perkataan, dan simbol sebagai proses dalaman dihubungkan bersama supaya hasil kemahiran dalam pembelajaran kognitif dicapai. Kemahiran ini sangat penting dalam pembelajaran kerana merangkumi aspek-aspek seperti penyelesaian masalah, memindahkan maklumat, dan sebagainya.
Dalam kemahiran membaca misalnya, kanak-kanak menggunakan strategi kognitif untuk mendapatkan kefahaman berkaitan perkara yang telah dibaca. Mereka hanya membaca ayat pertama dan terakhir di dalam satu perenggan dan telah dapat
University
135
memahami maksud keseluruhan perenggan tersebut. Sebenarnya, perkara yang difahami oleh kanak-kanak tersebut hanyalah maklumat verbal atau kemahiran yang bersifat intelektual sahaja dan bukannya kemahiran kognitif. Kemahiran-kemahiran yang dinyatakan tadi hanyalah membantu mereka memahami dan mengingati perkara yang telah dibaca. Namun, keupayaan kognitif pula diaplikasikan apabila mereka boleh membuat kesimpulan dan menyelesaikan masalah hasil daripada pembacaan tadi. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa kemahiran kognitif adalah gabungan keupayaan mengurus proses pembelajaran, mengingat, dan berfikir tentang hasil pembelajaran itu (Gagné & Driscoll, 1988, p.56). Kemahiran kognitif ini hanya dapat dicapai dan dikembangkan dalam sistem pendidikan formal yang berobjektifkan pembelajaran dan pemikiran kendiri (self learners and independent thinker).