• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berdasarkan Rajah 3.3, keupayaan visual pula dinyatakan sebagai pengecaman perkataan dan pengetahuan grafik, manakala pengetahuan tentang bunyi (fonologi) dinyatakan sebagai fonik (bunyi dan ejaan). Maklumat tentang makna (semantik) semasa membaca pula digambarkan oleh pengetahuan tentang konteks dan maklumat berkaitan ayat (sintaksis) pula dinyatakan sebagai pengetahuan tentang tatabahasa. Pada masa yang sama, keempat-empat elemen ini didapati mempunyai kaitan antara satu sama lain dan membantu kanak-kanak dalam menguasai kemahiran membaca seperti yang dinyatakan oleh Clay & Cazden (1990), iaitu:

‘‘...need to use, and check against each other, four sources of information: semantic (text meaning), syntactic (sentence structure), visual (graphemes, orthography, format and layout) and phonological (the sounds of oral language)’’ (Clay & Cazden 1990, p.206–207).

Proses pertama yang berlaku semasa kanak-kanak mula membaca adalah gabungan antara kemahiran mengecam perkataan dan pengetahuan tentang grafik serta fonik berkaitan bahasa yang dipelajari. Dalam proses ini, kanak-kanak perlu menguasai dua kemahiran untuk menghubungkan simbol ortografik perkataan kepada makna dan

Teks

Pengetahuan Tentang Tatabahasa Pengetahuan Tentang Konteks

Fonik (Bunyi dan Ejaan)

Pengecaman Perkataan dan Pengetahuan Grafik

University

138

sebutan. Kemahiran yang perlu dikuasai mereka adalah pengecaman terhadap sight word dan mendikod perkataan bercetak menggunakan keupayaan fonik. Kanak-kanak dikatakan menggunakan pengetahuan mereka berkaitan fonik untuk menyebut huruf dalam sesuatu perkataan. Kemahiran membaca dimulai dengan mempelajari fonem dan grafem terlebih dahulu sebelum menjadi pembaca yang mahir (Rose 2006, p.54). Jika seseorang pembaca dapat menggabungkan kedua-dua kemahiran ini mereka dikatakan telah mengaktifkan makna yang terkandung dalam sistem bahasa (Stuart, Stainthorp, & Snowling 2008, p.60).

Seterusnya, kanak-kanak akan menggunakan pengetahuan tentang konteks dan pengetahuan tentang tatabahasa pula untuk memahami sesuatu teks setelah berjaya menyebut sesuatu perkataan. Kedua-dua kemahiran ini juga saling berhubungan antara satu sama lain kerana kanak-kanak akan mula menentukan makna secara literal berkaitan ayat untuk membina gambaran mental berkaitan situasi yang digambarkan dalam teks. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah perkataan yang tidak pernah didengar atau dipelajari sebelum ini perlu difahami konteks maknanya (pengetahuan tentang konteks) dalam proses memahami keseluruhan teks. Contohnya:

Jane telah dijemput ke majlis hari jadi Jack. Dia ingin menghadiahkan layang-layang kepada Jack. Dia masuk ke biliknya dan menggoncangkan tabung ayamnya. Namun, tiada bunyi kedengaran (Dipetik dan diterjemah daripada Oakhill & Garnham, 1988: 21-22).

Berdasarkan petikan di atas, pengetahuan tentang majlis hari jadi adalah perlu untuk membuat kesimpulan dan menghubungkan ayat pertama dengan ayat kedua. Melaluinya, kanak-kanak dapat membina gambaran mental seperti seseorang yang hadir ke majlis hari jadi akan membawa dan memberi hadiah kepada mereka yang menyambut hari jadi. Pengetahuan tentang tabung ayam juga dapat menghubungkan ayat pertama dan kedua, iaitu untuk membeli hadiah seseorang memerlukan wang untuk

University

139

tujuan tersebut. Situasi ini juga dikaitkan dengan budaya sambutan hari jadi dalam kalangan masyarakat dan membolehkan kanak-kanak memahami keseluruhan teks ini. Perkataan-perkataan yang digunakan dalam ayat-ayat ini juga dikaitkan dengan makna, iaitu perkataan-perkataan yang dapat dikaitkan dengan makna lebih mudah dibaca serta diaktifkan dalam fikiran pembaca teks. Perkataan-perkataan juga lebih mudah dibaca jika dapat difahami menurut konteksnya, berbanding perkataan-perkataan yang berada di luar konteks. Hal ini demikian kerana kanak-kanak didapati menggunakan kemahiran ini untuk meramal atau meneka maksud perkataan seterusnya dalam petikan jika perkataan-perkataan tersebut berada di luar konteks kefahaman mereka.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca meliputi dua komponen utama iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kefahaman. Kemahiran mengecam perkataan membolehkan kanak-kanak membezakan perkataan yang berada di dalam dan di luar konteks. Bagi mencapai tujuan ini, mereka perlu mengaplikasikan pengetahuan tentang fonik untuk mengadun fonem untuk mendikod dan mengekod perkataan. Di samping itu, keupayaan memahami pula dikaitkan dengan proses interpretasi maklumat tentang perkataan, ayat, dan wacana. Keupayaan ini bukan sahaja diperlukan semasa membaca, malah kemahiran menulis turut diaplikasikan. Menurut Stuart, Stainthorp, & Snowling (2008), pembelajaran membaca kepada kanak-kanak adalah mudah jika menggunakan pendekatan membaca yang sesuai, iaitu:

“Teaching word reading skills is relatively easy and, when children are given insight into the alphabetic principle (which they inevitably gain through systematic phonics teaching) and encouraged to use their phonic knowledge to decode unfamiliar words, most children acquire word reading skills very rapidly. Enabling children to understand what they read across a variety of different topics and genres is much more difficult and requires much more in-depth knowledge of process involved in language comprehension if teachers charged with this important task are to be better able to accomplish it” (Stuart, Stainthorp, & Snowling 2008, p.64).

University

140

Kajian ini telah mengaplikasikan tiga peringkat dalam model ini, iaitu pengecaman huruf dan pengetahuan grafik, bunyi dan sebutan, dan konteks tatabahasa. Pembahagian pembelajaran kepada modul menunjukkan bahawa pembelajaran dijalankan secara berperingkat, iaitu peringkat termudah sehinggalah peringkat sukar. Perbincangan berikutnya adalah berkaitan dengan pengaplikasian Taksonomi Bloom yang digunakan sebagai garis panduan pencapaian kriteria hasil pembelajaran yang ditetapkan berdasarkan modul yang diajar kepada subjek kajian.

3.3 Teori Kajian

Secara umumnya, teori kajian yang diguna pakai dalam kajian ini adalah dipetik daripada tiga sumber hasil daripada penulisan Gagné, iaitu The Conditions of Learning (1965), Principles of Instructional Design (1974), dan Essentials of Learning for Instruction (1988). Kajian ini telah telah menggabungkan dua aspek utama dalam gagasan teori Gagné, iaitu proses pembelajaran yang diguna pakai di dalam kelas dan reka bentuk Kit Asas Membaca. Teori dan model yang digunakan juga diaplikasikan secara eklektik2 bagi mencapai objektif-objektif yang digariskan dalam bab pengenalan. Pengkaji telah menggabungkan Teori Reka Bentuk Pengajaran Gagné (1988) dan Teori Kognitif-Behaviourisme Gagné (1985), model membaca Searchlight (1990), Taksonomi Bloom (2001)3 (ranah kognitif dan afektif, psikomotor).

Kajian ini mendapati bahawa penggabungan ini perlu dilakukan kerana kedua-dua aspek utama dalam teori tersebut adalah berhubung kait antara satu sama lain. Dalam merangka isi kandungan pembelajaran, proses pembelajaran yang berurutan, hasil pembelajaran yang bakal dicapai, dan kaedah untuk menilai kandungan

2 Pendekatan eklektik adalah penggunaan lebih daripada satu teori dalam menghuraikan persoalan kajian. Pendekatan ini dipilih dalam membentuk kerangka teoritikal kajian kerana mampu membantu pengkaji membangunkan kerangka teori dengan lebih menyeluruh serta mendalam.

3 Taksonomi Bloom yang digunakan dalam kajian ini merupakan semakan semula pada tahun 2001 (revised) daripada taksonomi asal. Pada pertengahan 90-an, Lorin Anderson dan David Krathwohl yang juga merupakan bekas anak murid Bloom telah melakukan beberapa perubahan dalam taksonomi ini, iaitu menukar dan menyusun semula kategori kata nama kepada kata kerja, mewujudkan proses serta peringkat matriks pengetahuan, dan sebagainya.

University

141

pembelajaran adalah berhubungan antara satu sama lain. Gabungan teori dan model yang diubah suai dan diguna pakai dalam kajian ini adalah seperti berikut, iaitu: