• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendidikan Pemulihan Khas di Malaysia Sebelum Tahun 1980-an

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.2 Pendidikan Pemulihan Khas di Malaysia Sebelum Tahun 1980-an

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bahagian sorotan literatur membincangkan kajian-kajian yang pernah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini berkaitan bidang pemulihan khas. Kajian-kajian ini merupakan kajian yang pernah dijalankan dalam tempoh masa sepuluh tahun belakangan ini, iaitu dari tahun 2006 hingga 2015. Sorotan kajian ini secara umumnya dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu sorotan secara keseluruhan kajian yang pernah dijalankan dan analisis sorotan bagi mencari lompang yang akan diisi oleh kajian ini. Bahagian sorotan ini secara keseluruhannya dibahagikan kepada beberapa sub tajuk, iaitu Latar Belakang Kajian, Kajian Umum Berkaitan Pemulihan Khas, Kajian Berkaitan Pembelajaran Kanak-Kanak Pemulihan Khas, dan Kajian Berkaitan Pemulihan Bacaan Kanak-Kanak Pemulihan Khas. Bahagian kedua sorotan literatur pula merupakan analisis sorotan kajian yang merupakan rumusan kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini. Bahagian ini dibahagikan kepada tiga sub tajuk, iaitu Aspek Pendidikan Pemulihan Khas di Malaysia, Aspek Pembelajaran Bahasa Kanak-Kanak Pemulihan Khas, dan Aspek Kekangan Pembelajaran Bahasa Kanak-Kanak Pemulihan Khas.

2.2 Pendidikan Pemulihan Khas di Malaysia Sebelum Tahun 1980-an.

Pendidikan pemulihan merupakan salah satu cara khusus untuk membantu pelajar yang lambat belajar dan bermasalah dalam proses pembelajaran. Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960-an bagi memb1960-antu murid-murid di sekolah rendah y1960-ang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) (Jabatan Pendidikan Khas 2008, p.3). Minat dan kesedaran mengenai konsep pengajaran pemulihan timbul hasil daripada kesedaran para pendidik di negara ini bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang sama.

University

23

Sehubungan dengan itu, pada pertengahan tahun 1960-an Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) telah melancarkan satu projek percubaan bertujuan untuk melihat keperluan kepada pengajaran pemulihan. Bagi tujuan tersebut, sebanyak sembilan buah sekolah rendah dipilih sebagai Pilot Project yang dimulakan pada awal 1967 dan berakhir pada tahun 1970 (Robiah Kulop Hamzah 1992, p.xi). Hasil penelitian ini mendapati bahawa pengajaran pemulihan bagi murid-murid lambat belajar adalah perlu selaras dengan keperluan semasa. Sehubungan dengan itu, Bahagian Sekolah-Sekolah telah memulakan langkah merangka satu program pengajaran pemulihan bagi memenuhi keperluan pelajar, terutamanya bagi pelajar yang bersekolah di luar bandar.

Pada tahun 1965, tiga orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat dan sehingga tahun 1968, seramai sembilan orang guru telah mendapat latihan di luar negara bagi menerajui program pemulihan di negara ini. Walau bagaimanapun, pada tahun 1968 sehingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru berkursus dalam bidang Pendidikan Pemulihan. Kerajaan juga telah memperbaiki sistem pendidikan pemulihan di negara ini melalui Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1970) Perakuan 5. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyatakan bahawa perlunya supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan ditambah baik seperti kaedah mengajar, bahan bantu mengajar, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan, serta penggunaan bahan-bahan tertentu digunakan bagi pendidikan pemulihan.

Situasi ini menunjukkan bahawa kerajaan peka dengan pendidikan pemulihan bagi membantu kanak-kanak yang lambat menerima pelajaran. Kerajaan juga telah mengkaji semula keperluan pendidikan pemulihan berdasarkan Laporan Murad (1973). Laporan ini telah mendedahkan pada tahun 1972 sebanyak 54.1 % daripada 7027

University

24

pelajar sekolah di Malaysia mengalami keciciran dan situasi ini berpunca daripada status sosio ekonomi (taraf pekerjaan ibu bapa dan taraf kelulusan ibu bapa), pendidikan dan pekerjaan, sikap guru terhadap pelajar, sikap, dan jarak ke sekolah (Murad Mohd Noor 1973, p.3). Peratusan keciciran pelajar yang agak tinggi ini menyebabkan pendidikan pemulihan diperhebat untuk mengurangkan peratus keciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah yang tidak menguasai kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis, dan mengira (KPM 2009, p.11).

Seterusnya, pada bulan Ogos 1975 KPM telah mengadakan satu seminar pengajaran pemulihan untuk pengurus dan guru sekolah rendah. Seminar tersebut telah diadakan di Universiti Malaya dan dihadiri oleh 30 orang peserta. Melalui seminar ini, para peserta telah diperkenalkan dengan konsep pendidikan berdasarkan kasih sayang dan simpati kepada murid yang lambat menerima pelajaran. Lanjutan daripada itu, KPM juga telah menghantar empat orang pegawai daripada Kementerian Pendidikan untuk menghadiri kursus intensif dalam bidang pemulihan selama dua tahun pada tahun 1975 di United Kingdom. Bahagian Sekolah-Sekolah dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru telah menganjurkan kursus jangka pendek (Kursus Dalam Cuti) di Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur pada tahun 1976. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek. Kursus tersebut dinamakan Kursus Khas Pemulihan bertujuan untuk melengkapkan guru-guru sekolah rendah dengan ilmu untuk mendidik kanak-kanak yang lambat belajar dan disertai oleh 55 orang guru sekolah rendah. Sehingga tahun 1985, seramai 2916 orang guru telah mengikuti Kursus Dalam Cuti di beberapa buah maktab di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak (Robiah Kulop Hamzah 1992, p. 188).

Projek-projek yang berkaitan dengan pendidikan pemulihan juga dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) untuk menambah baik pendidikan tersebut di

University

25

negara ini. PPK telah mendapatkan dana daripada Yayasan Bernard van Leer (Netherland) yang berjumlah satu juta untuk membangunkan pengajaran pemulihan, iaitu Projek Pengajaran Imbuhan. Projek ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran dan pengajaran yang dihadapi oleh murid tahun satu hingga tiga yang belajar di sekolah rendah pada tahun 1972 hingga 1981. Pada masa yang sama, projek ini adalah untuk mengenal pasti teknik, alat penilaian, dan bahan pengajaran yang sesuai digunakan dalam kelas pemulihan. Projek ini menumpukan kepada mata pelajaran bahasa Malaysia dan Inggeris, serta Matematik. Malah, projek ini juga melibatkan 12 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia serta Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru mata pelajaran bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan Matematik. Hasil dapatan projek ini mendapati bahawa program pemulihan khas adalah amat perlu dijalankan di semua sekolah rendah.

Selain itu, dapatan projek tersebut juga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan untuk menambah baik sistem pendidikan pemulihan di negara ini. Mulai tahun 1977, Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pendidikan Guru telah menawarkan tiga jenis Kursus Khas Pemulihan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah. Kursus-kursus ini diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dan dibahagikan kepada:

i) Kursus Khas Pemulihan Satu Tahun (pengalaman lima tahun mengajar); ii) Kursus Khas Pemulihan Enam Bulan (guru-guru yang telah menghadiri Kursus

Khas Pemulihan dalam cuti selama lapan minggu); dan

iii) Kursus Khas Pemulihan Hujung Minggu (pencalonan guru oleh Guru Besar sekolah).

Hasil daripada kursus-kursus yang dijalankan oleh KPM sekitar tahun 1977 hingga 1987, terdapat seramai 4331 orang Guru Khas Pemulihan yang telah lulus dalam

University