• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kehidupan alam barzakh adalah kehidupan antara kematian dan hari Kiamat

Dalam dokumen Dalil Murabbi (Muayyid) (Halaman 62-67)

Pendetailan Bahan Halaqah

1. Kehidupan alam barzakh adalah kehidupan antara kematian dan hari Kiamat

2. Sesiapa yang mati, Allah akan menguburkannya. Kemudian perhitungan amalannya akan dimulakan sekalipun dia berada dalam perut binatang buas, telah tercerai kepada bahagian-bahagian kecil atau telah menjadi debu-debu halus. Orang yang beriman melihat tempat tinggal yang dijanjikan kepadanya, maka dia bergembira. Orang kafir pula melihat tempat tinggal yang dijanjikan kepadanya, maka dia menyesal.

3. Para syuhada’ hidup dan mendapat nikmat di dalam syurga. Terdapat juga roh para syuhada’ yang ditahan di pintu syurga kerana mempunyai hutang yang tertangguh, atau terkurung di dalam kubur seperti orang yang mencuri harta ghanimah (harta perang). Terdapat juga roh syuhada’ yang pintu syurga menjadi kawasan penempatannya. 4. Kehidupan alam barzakh adalah berbeza daripada kehidupan kita. Kita tidak mampu

memahami hakikatnya kerana terdapat penghalang antara kita dengan kehidupan tersebut sepertimana terdapat penghalang antara kehidupan bayi dalam perut ibu dengan kehidupan manusia di muka bumi

5. Kita beriman dengan semua perkara yang diberitahu oleh orang yang benar lagi dibenarkan iaitu nabi Muhammad s.a.w. kerana Allah memberitahu Baginda perkara yang kita tidak tahu dan mengajar Baginda perkara yang kita tidak nampak. Sesungguhnya kita telah

mengetahui kebenaran kenabian dan risalahnya, maka kita mempercayai apa yang disampaikannya.

Minggu Ketujuh belas

Tafsir Pengenalan Surah & Tafsiran An Naazi’aat Ayat 1 - 4 Pengenalan Surah An Naazi’aat

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah 2. Mengandungi 46 ayat

3. Nama An Naazi’aat diambil dari perkataan “An Naazi’aat yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud An Naazi’aat ialah (Malaikat-malaikat yang mencabut). Dinamakan juga dengan “As Saahirah” yang diambil dari ayat 14 dan dikenali juga “Ath Thaamah diambil dari ayat 34

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah ini.

Ayat 1 - 14

Diantara isi kandungannya :

1. Menjelaskan penegasan Allah tentang adanya Hari Kiamat.Berbangkit 2. Memahami tentang sikap orang-orang musyrik yang mengingkari hari Kiamat. 3. Memahami betapa dahsyatnya Hari Kebangkitan seperti yang digambarkan dalam

surah ini.

Aqidah Fasal 17: Keadaan Hari Kebangkitan Hari Kebangkitan

Soalan: Apakah maksud hari Kebangkitan?

Jawapan: Hari Kebangkitan adalah permulaan hari Kiamat. Pada hari tersebut, roh dan jasad manusia akan dikembalikan sepertimana di dunia.

Dalilnya

Soalan: Apakah dalilnya?

Jawapan: (Pertama) Pemberitahuan daripada Pencipta kita yang menghidupkan kemudian mematikan kita bahawa Dia akan membangkitkan kita selepas mati. Pemberitahuan ini dibuat melalui para rasul dan nabi yang kita percayai risalah yang mereka bawa dan kita beriman dengan kenabian mereka setelah mereka menunjukkan dalil yang membuktikan kebenaran mereka. Bilangan mereka pula adalah ramai dan terdapat di sepanjang sejarah kehidupan manusia. Mereka semua memberitahu manusia bahawa Allah akan membangkitkan manusia pada hari Perhitungan. Firman Allah Taala: (An-Nisa’: 165)

(Kedua) Sekiranya kita perhatikan kejadian manusia, kita akan dapati setiap bahagian dalam badan manusia mempunyai hikmah penciptaannya tersendiri.

Antaranya, kita dapat mengetahui bahawa manusia tidak diciptakan dengan sia-sia, tetapi diciptakan kerana hikmah tertentu. Namun begitu, hikmah kehidupan manusia di dunia hanya dapat dilihat apabila kita beriman dengan hari Kebangkitan dan hari Kiamat.

Firman Allah Taala: (Al-Mukminun: 115-116)

(Ketiga) Apabila kita mengetahui bahawa Pencipta lebih sempurna, lebih mulia dan lebih tinggi daripada makhluk-Nya. Kita juga mengetahui bahawa keadilan manusia menuntut supaya

tidak menyamakan antara orang zalim dan orang yang dizalimi, antara orang yang taat dan orang yang melakukan maksiat. Kita juga mengetahui bahawa keadilan yang sempurna tidak berlaku di dunia ini dan pembalasan yang adil lagi sempurna bagi setiap apa yang dilakukan juga tidak berlaku. Kita juga mengetahui bahawa keadilan Tuhan tidak menyamakan antara baik dan jahat atau antara orang yang taat dan orang yang melakukan maksiat. Apabila kita mengetahui semua itu, akal akan memperakui betapa pentingnya perhitungan amalan dilakukan selepas kematian. Firman Allah Taala: (Al-Jathiyyah: 21-22)

Keraguan Orang Kafir

Soalan: Orang kafir berpendapat bahawa mustahil manusia dapat dihidupkan kembali sedangkan ia telah menjadi tanah dan tulang reput. Bagaimanakah cara untuk enyanggah pendapat mereka?

Jawapan: Nabi Muhammad s.a.w. telah ditanya tentang perkara tersebut. Lalu Allah Taala mengemukakan jawapannya.

Firman Allah Taala: . (Ya siin: 78-83) . (Ar-Rom: 27)

Kebinasaan yang Menyeluruh dan Kebangkitan yang Sempurna Soalan: Bagaimanakah kebangkitan bermula?

Jawapan: Berikut adalah sejumlah ayat al-Quran yang menunjukkan kepada kita tentang kebinasaan yang berlaku pada hari Kiamat.

Firman Allah Taala:

( (Al-Mursalat: 7-15)(Al-Waqi’ah: 1-6) (Ibrahim: 48) Tiupan Sangkakala

Soalan: Apakah maksud tiupan menggunakan as-Sur?

Jawapan: As-Sur (***arabkan) ialah tanduk binatang yang mempunyai ruang. Apabila ditiup menggunakannya, suara yang kuat akan keluar daripadanya. (Tiupan ini dinamakan tiupan sangkakala. pent)Firman Allah Taala: (Az-Zumar: 68)

Soalan: Berapa kalikah sangkakala ditiup dan apakah perkara yang berlaku setiap kali ditiup sangkakala?

Jawapan: Dalam tiupan pertama, kebinasaan yang menyeluruh akan berlaku seperti mana firman Allah Taala: (Al-Haqqah: 13-16)

Soalan: Bagaimanakah keadaan manusia apabila berlaku gempa bumi ketika tiupan sangkakala yang pertama?

Jawapan: Keadaan manusia pada ketika itu adalah sebagaimana firman Allah Taala: . (Al-Hajj: 1-2)

Soalan: Apakah yang berlaku ketika tiupan sangkakala yang kedua? Jawapan: Manusia bangkit dari kubur. Ia adalah seperti firman Allah Taala: (Az-Zumar: 68) (Thoha: 108-109) (Ya siin: 51-54)

Soalan: Apakah yang berlaku selepas manusia bangkit dari kuburnya?

Jawapan: Selepas manusia dibangkitkan oleh Allah, mereka akan menuju ke padang Mahsyar (tempat perhimpunan). Ini adalah sepertimana firman Allah Taala: (Qaf: 20-22)

Bagaimanakah Kebangkitan Disempurnakan ?

Soalan: Bagaimanakah kebangkitan manusia disempurnakan?

Jawapan: Apabila kita mengetahui bagaimana Allah Taala mencipta manusia pada permulaannya, kita juga akan mengetahui bagaimana berlaku kebangkitan pada kali kedua. Firman Allah Taala:. (Al-Anbiya’: 104)

Soalan: Bagaimanakah bermulanya kejadian kita pada kewujudan yang pertama? Jawapan: Allah Taala telah mencipta kita daripada tiga bahagian utama.

Apabila seseorang meninggal dunia, semua bahagian tersebut akan berpisah dan kembali pada asalnya.

Soalan: Sekiranya roh kembali kepada Pencipta-Nya, kita melihat jasad kembali menjadi tanah, ke mana pula perginya bahagian yang diwarisi daripada ayah kita nabi Adam a.s.?

Jawapan: Ia kekal dalam tulang ‘ajbuzzanabi iaitu tulang yang berada di bahagian bawah tulang belakang.

Soalan: Sebesar manakah bahagian ini yang berpindah kepada kita daripada ayah kita nabi Adam a.s.?

Jawapan: Ia amat kecil sehingga ketahap semua baka manusia berada dalam tulang belakang nabi Adam a.s.. Pakar perubatan berpendapat, sekiranya kita kumpulkan bahagian yang membawa ciri-ciri genetik dalam baka manusia, ia hanya dapat

dikumpulkan dalam sebiji al- kistiban (iaitu sarung kecil yang tukang jahit letakkan

pada hujung jarinya supaya jarinya tidak tercucuk jarum).

Soalan: Adakah terdapat dalil syarak yang menunjukkan kita dibangkitkan daripada tulang tersebut yang menjadi permulaan kewujudan kita pada kali pertama?

Jawapan: Dalilnya ialah terdapat isyarat yang menunjukkannya di dalam al-Quran “Sebagaimana Kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi...”

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: ‘Semua anak Adam dimakan bumi kecuali tulang ‘ajbuzzanabi, daripadanya manusia diciptakan dan dibentuk. Lalu Baginda ditanya: Apakah ‘ajbuzzanabi wahai Rasulullah? Jawabnya: Ia seperti biji benih sawi, daripadanya kamu akan dibangkitkan’ Riwayat Al Bukhari

Soalan: Kenapakah bumi tidak menghancurkan tulang ‘ajbuzzanabi yang kita diciptakan daripadanya?

Jawapan: Peraturan (sunnah) Allah pada biji benih yang menyimpan tumbuhan di dalamnya ialah ia terpelihara daripada kerosakan. Kita dapat perhatikan bahawa biji kecil berwarna kekuningan dalam buah tin yang kita makan dan masuk ke dalam perut serta usus akan keluar dalam keadaan asal tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Firman Allah Taala: (Ar-Rom: 19) (Az-Zumar: 68)

Soalan: Apakah destinasi manusia selepas mereka dibangkitkan oleh Allah?

Jawapan: Firman Allah Taala menerangkan destinasi tersebut: (Al-Mukminun: 101-114) Kesimpulan

1. Kebangkitan ialah pengembalian roh dan jasad pada hari Kiamat untuk menerima balasan amalannya.

2. Para Rasul telah memberitahu kita tentang perkara tersebut dan kita mengetahui bahawa ia adalah tanda keadilan Ilahi. Kita juga mengetahui bahawa hikmah daripada penciptaan

manusia tidak dapat diketahui kecuali dengan beriman dengan hari Kebangkitan.

3. Sesiapa yang memahami kejadian dirinya pada kali pertama, dia tidak akan berasa ragu tentang kejadiannya pada kali kedua.

4. Hari Kebangkitan ini akan diikuti dengan perubahan yang menyeluruh di bumi dan langit. 5. As-Sur ialah tanduk yang ditiup oleh malaikat yang diarahkan untuk meniupnya, lalu

semua manusia di langit dan bumi akan mati kecuali para syuhada’ (tiupan tersebut kami istilahkan sebagai tiupan sangkakala. pent). Pada ketika itu, berlaku gempa bumi dan kebinasaan yang menyeluruh dan manusia berada dalam puncak ketakutan ketika mendengar bunyi sangkakala lalu mati akibat mendengarnya.

6. Ketika malaikat Israfil meniup sangkakala pada kali kedua, Allah membangkitkan orang yang telah mati, lalu Dia mengumpulkan kesemua orang yang terdahulu dan yang terkemudian. Mereka kemudiannya diarahkan pergi dalam keadaan senyap dan khusyuk menuju ke padang Mahsyar (padang perhimpunan) untuk dihisab amalan mereka. Allah Taala membangkitkan semua makhluk sepertimana Dia menjadikan mereka yang pertama kali.

7. Allah Taala telah membentuk manusia pada permulaan kejadiannya daripada (benih) air mani yang diwarisi daripada nabi Adam a.s.. Kemudian Dia mencampurkan benih tersebut dengan tanah melalui makanan dan kemudiannya ditiupkan roh baginya.

8. Apabila manusia mati, kesemua bahagian dirinya kembali kepada asalnya. Oleh itu, benih yang membentuk manusia iaitu yang berbentuk seperti biji sawi akan kembali ke dalam tulang ‘ajbuzzanabi. Jasad yang terbentuk daripada tanah juga akan kembali ke tanah dan roh pula akan kembali kepada Penciptanya.

9. Seluruh tubuh akan reput kecuali tulang ‘ajbuzzanabi. Sepertimana Allah Taala

memelihara biji benih untuk ditumbuhkan tumbuhan daripadanya bagi kali kedua, begitu juga Allah Taala memelihara tulang ‘ajbuzzanabi untuk membangkitkan manusia daripadanya bagi kali kedua.

10. Apabila jasad dijadikan semula ketika kebangkitan, roh akan dikembalikan kepada jasad tersebut. Setiap roh akan masuk kembali ke dalam jasad asal yang didiaminya sebelum ini.

11. Allah Taala akan mengarahkan manusia ke padang Mahysar selepas kebangkitan mereka dalam keadaan pandangan mereka tunduk ketakutan. Keturunan dan harta tidak lagi berguna bagi mereka. Oleh itu, sesiapa yang timbangan amalan baiknya berat, dia tergolong di kalangan ahli syurga dan mendapat nikmat. Sesiapa yang timbangan amalnya ringan, dia tergolong di kalangan ahli neraka yang mendapat seksaan. Mereka mengakui dosa yang dilakukan. Mereka juga menyesal di atas kekufuran dan tindakan mereka menyakiti orang beriman serta sikap mereka yang tertipu dengan habuan dunia. Tetapi penyesalan tersebut sudah terlambat dan tidak berguna lagi.

Minggu Kelapan belas

Tafsir Surah An Naazi’aat Ayat 15 – 26 1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah

2. Mengandungi 46 ayat

3. Nama An Naazi’aat diambil dari perkataan “An Naazi’aat yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud An Naazi’aat ialah (Malaikat-malaikat yang mencabut). Dinamakan juga dengan “As Saahirah” yang diambil dari ayat 14 dan dikenali juga “Ath Thaamah diambil dari ayat 34

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah

Ayat 15 – 26

Diantara isi kandungannya :

1. Menjelaskan kisah Nabi Musa as dan Fir’aun sebagai penghibur bagi Nabi

Dalam dokumen Dalil Murabbi (Muayyid) (Halaman 62-67)