• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menjelaskan bagaimana kekuasaan Allah dalam mengazabkan orang-orang yang kufur seperti Fir’aun dan seumpamanya

Dalam dokumen Dalil Murabbi (Muayyid) (Halaman 67-72)

Pendetailan Bahan Halaqah

3. Menjelaskan bagaimana kekuasaan Allah dalam mengazabkan orang-orang yang kufur seperti Fir’aun dan seumpamanya

Aqidah Jilid 3 Fasal 1: Bahaya kekufuran Isi Kandungan

1. Takrif Kekufuran

2. Kesan Kekufuran dalam Kehidupan Manusia 3. Kekufuran dan Kehidupan Akhirat

-Apakah kemudaratan yang menimpa orang kafir dalam kehidupan akhirat? 4. Kekufuran dan Kehidupan Dunia

- Apakah yang dimaksudkan dengan bahaya kekufuran dan ancamannya kepada kehidupan manusia di dunia?

5. Ancaman kepada Masyarakat

Apakah ancaman yang akan menimpa masyarakat kesan daripada kekufuran? Tetapi... kenapa masyarakat kafir dilihat lebih maju, manakala masyarakat yang beriman lebih mundur?

6. Beberapa Sifat Orang Kafir

-Apakah sifat yang dimiliki oleh semua orang kafir? 7. Hukum Mengkafirkan Orang Islam

-Haruskah mengkafirkan seorang Islam? Apakah perkara yang membatalkan Iman dan Islam?

Kesimpulan

 Kufur menurut bahasa ialah menutup. Dari segi syarak pula ialah tidak percaya kepada kebenaran yang datang daripada Allah Taala.

 Amalan orang kafir di sisi Allah adalah seperti fatamorgana. Mereka akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam dan mereka berharap untuk kembali ke dunia bagi

dunia. Jadi, tidak ada ruang untuk mereka lari daripada azab Allah.

 Pada pandangan orang kafir, kehidupan mereka tidak mempunyai apa-apa makna. Jiwa mereka pula merasai kekosongan. Keresahan dan kebingungan sentiasa melanda diri. Membunuh diri, ketagihan dadah dan sentiasa bertelagah adalah antara ciri masyarakat kafir.

 Orang kafir hanya mementingkan kepentingan peribadinya. Kita dapati mereka sentiasa bekerja keras untuk menjaga kepentingan sendiri walaupun terpaksa menghancurkan kehidupan masyarakat demi mencapai cita-cita mereka. Mereka sentiasa bersifat individualistik yang amat berbahaya.

 Kekufuran membawa kepada pertelingkahan antara ahli masyarakat. Pertelingkahan pula membawa kepada perpecahan dan perbalahan.

 Kemajuan perindustrian yang kita lihat di beberapa negara kafir berpunca daripada inisiatif mereka menggunakan kaedah-kaedah kajian sains dan memanfaatkan segala kebaikan yang dianugerahkan oleh Allah Taala. Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak tenggelam dalam lautan kehinaan, kejahatan, kebiadapan dan melakukan perkara yang menyalahi fitrah.

 Punca umat Islam mundur adalah kerana mereka meninggalkan hukum-hakam agama mereka.

 Antara sifat umum orang kafir ialah mereka tidak menggunakan peralatan

(pendengaran, penglihatan dan akal) untuk mendapatkan ilmu untuk mengenal agama Allah, berdendam dan menghina para rasul dan orang yang beriman, menjauhi Islam dan pendakwahnya, berbantah menggunakan kebatilan dan berperang pada jalannya.

 Tidak harus mengkafirkan seorang Islam yang melakukan maksiat. Jika dia jahil tentang agamanya, orang Islam lain wajib mengajarnya. Seseorang itu tidak dikira keluar daripada Islam (murtad) kecuali apabila dia melakukan perkara yang membatalkan keislamannya.

 Keislaman seseorang terbatal (murtad) apabila dia melakukan perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah seperti berfahaman ateis (tidak percaya akan kewujudan Tuhan), syirik, mengingkari al-Quran walau sepotong ayat, menghina Rasulullah dan orang beriman kerana keimanan mereka, menentang hukum-hukum Allah dan syariat-Nya dan memberi wala’ kepada musuh Islam.

Minggu Kesembilan belas

Tafsir Surah An Naazi’aat

Pengenalan

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah 2. Mengandungi 46 ayat

3. Nama An Naazi’aat diambil dari perkataan “An Naazi’aat yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud An Naazi’aat ialah (Malaikat-malaikat yang mencabut). Dinamakan juga dengan “As Saahirah” yang diambil dari ayat 14 dan dikenali juga “Ath Thaamah diambil dari ayat 34

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah

Ayat 27 – 33

Diantara isi kandungannya :

1. Menjelaskan bahawa penciptaan manusia adalah lebih mudah berbanding dengan penciptaan langit.

2. Menerangkan bahawa membangkitkan manusia adalah mudah bagi Allah seperti menciptakan alam semesta.

Aqidah Jilid 3: Fasal 2 Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui Isi Kandungan

Keistimewaan Manusia

1. Apakah keistimewaan manusia berbanding hidupan lain? Bagaimanakah manusia mendapat ilmu?

2. Apakah organ tersebut?

 Keupayaan merasai rasa yang berbeza.

 Keupayaan mengetahui berat dan keadaan permukaan

 Keupayaan mengesan bau

 Keupayaan mengetahui bentuk, warna dan gambar

 Keupayaan mengetahui perkara yang tersembunyi dan mengesan bunyi

 Kekuatan memahami dan berfikir 3. Adakah akal mempunyai batasan tertentu? Kesimpulan

 Allah Taala membezakan manusia daripada binatang dengan dikurniakan nikmat yang banyak. Nikmat yang terpenting ialah ilmu pengetahuan.

 Allah telah menjadikan anggota yang dicipta dengan teliti iaitu pancaindera yang lima untuk manusia memperolehi ilmu. Allah juga menjadikan akal dapat membezakan antara hak dan batil, antara mudarat dan kebaikan. Wahyu pula berfungsi

menyempurnakan apa yang berada di luar kemampuan pancaindera tersebut.

 Jika tidak kerana kehendak Allah yang mencipta anggota tersebut, manusia tidak akan mengetahui apa-apa.

 Semua anggota untuk memperolehi ilmu ini menjadi saksi sebagaimana seorang muslim menjadi saksi bahawa ia adalah ciptaan Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Amat Mendalam ilmu pengetahuan-Nya. Ia bukan ciptaan

berhala yang tidak mengetahui apa-apa atau ciptaan kudrat alam (nature) yang tidak berakal.

 Perbincangan

 Adakah semua anggota yang dicipta dengan baik supaya manusia dapat belajar adalah ciptaan berhala yang tidak mengetahui sesuatu?!

 Ataupun adakah ia ciptaan kudrat alam (nature) yang tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, akal, deria atau perasaan?!

 Ataupun adakah anggota untuk mendapatkan ilmu ini menjadi saksi seperti yang disaksikan seorang muslim bahawa Tuhannya adalah Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Amat Mendalam ilmu pengetahuan-Nya.

Minggu Kedua puluh

Tafsir Surah An Naazi’aat Ayat 34 – 46 Pengenalan

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah 2. Mengandungi 46 ayat

3. Nama An Naazi’aat diambil dari perkataan “An Naazi’aat yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud An Naazi’aat ialah (Malaikat-malaikat yang mencabut). Dinamakan juga dengan “As Saahirah” yang diambil dari ayat 14 dan dikenali juga “Ath Thaamah diambil dari ayat 34

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah

Ayat 34 – 46

1. Menjelaskan keadaan berlaku hari Kiamat.

2. Menjelaskan sifat orang yang melampaui batas dan balasan yang mereka terima pada hari Kiamat.

3. Menjelaskan sifat orang yang takut kepada Allah dan balasan yang mereka terima pada hari tersebut.

4. Menjelaskan pada hari Kiamat hanya terdapat dua golongan manusia samada ahli syurga atau ahli neraka.

5. Penutup surah ini mengemukakan sumpah Allah dengan menyebut malaikat yang bermacam-macam ,tugasnya, bahawa hari Kiamat pasti terjadi, dan membangkitkan manusia itu adalah mudah bagi Allah serta mengamcam orang-orang musyrik yang mengingkari kebangkitan dengan siksaan yang telah dialami Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Selanjutnya surah ini menegaskan keadaan orang-orang musyrik pada hari Kiamat dan bagaimana kedahsyatan hari Kiamat itu.

Kesimpulan Surah An Nazi`at

1. Meringkaskan topik surah berdasarkan gaenmbaran, ciri-ciri serta pendekatan yang

diguna pakai tempoh tiga minit

2. Menerangkan maksud perkataan

3. Menerangkan adab para sahabat dalam menghadapi makna-makna al Quran yang

samar

4. Menjelaskan muqassam bihi dan muqassam `alaih di permulaan surah 5. Menerangkan gambaran yang terkandung dalam ayat berikut: Ayat 8 - 12

6. Menerangkan maksud perkataan berikut: al Hafirah, al Karrah, al Khasirah, az Zajrah al

Wahidah dan as Sahirah

7. Menjelaskan sebab mengapa rentak ayat yang menceritakan kisah antara Musa dan

Firauan agak kendur berbanding sebelumnya

8. Menjelaskan faedah istifham yang ditujukan kepada Rasul dalam firmanNya: “Tidakkah datang kepadamu kisah Nabi Musa…”

9. Memberikan sebab mengapa kisah mengenai Nabi Musa, Firaun dan kaumnya banyak

disebut di dalam al Quran

10. Menjelaskan hala tuju semasa pembentangan kisah dan kesesuaiannya dengan

struktur surah

11. Menerangkan kesesuaian pengkisahan Tughyan (golongan pelampau) yang ada di

12. Menerangkan kisah Nabi Musa dengan Firaun seperti yang dinyatakan di dalam surah

bersekali dengan penjelasan mengenai tabiat kejiwaan golongan Tughyan (pelampau). Pengkisahan di buat secara bersambungan sehingga ke akhirnya.

13. Meringkaskan pelajaran yang boleh diperolehi daripada kisah tersebut.

14. Menerangkan penggunaan gantinama dalam bentuk pertanyaan dalam firman Allah: “Kamukah yang sukar diciptakan atau langit…?”

15. Menerangkan seruan yang terkandung di dalam surah yang mengajak manusia supaya

meninggalkan perbuatan melampau dan segala simptomnya seperti cintakan dunia dan menggantikannya dengan takwa kepada Allah serta menjauhi hawa nafsu.

16. Menerangkan penutup surah sambil mengaitkannya dengan ayat-ayat yang terdahulu.

Aqidah Jilid 3: Fasal 3 : Adakah boleh dilihat merupakan syarat untuk beriman Isi Kandungan

Mata Tidak Mampu Melihat Semua Benda

1. Adakah mata mampu melihat semua benda? Bagaimanakah kita yakin dan percaya tentang

Dalam dokumen Dalil Murabbi (Muayyid) (Halaman 67-72)