• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menentukan apakah jenis al Istisna` (pengecualian) yang terkandung dalam ayat 12. Menyenaraikan hakikat serta nilai yang terkandung di dalam surah

Dalam dokumen Dalil Murabbi (Muayyid) (Halaman 45-58)

Pendetailan Bahan Halaqah

11. Menentukan apakah jenis al Istisna` (pengecualian) yang terkandung dalam ayat 12. Menyenaraikan hakikat serta nilai yang terkandung di dalam surah

Aqidah Fasal 6:“Pada diri kamu sendiri,

mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan?”

Sendi dan Pergerakan Badan Manusia Isi Kandungan

a. Tulang

Apakah fungsi tulang dalam badan manusia? b.Sendi

Apakah hikmah kewujudan sendi pada rangka badan manusia? c.Otot Manusia

Apakah yang menggerakkan tulang manusia?

d. Berfikirlah bagaimana Tuhan kamu menjadikan tulang, sendi dan otot kamu daripada setitik air mani.

Kesimpulan

1. Allah Taala telah mencipta tulang yang keras bagi menutup dan menguatkan rangka tubuh manusia.

2. Allah Taala telah menciptkan sendi bagi tulang-tulang tersebut dan disertakan bersamanya cecair yang melekit yang berfungsi untuk menghalang tulang-tulang tersebut daripada bergeseran dan haus.

3. Allah Taala membalut tulang dengan daging dengan begitu sempurna dan cantik. Daging ini pula berfungsi menggerakkan bahagian badan yang bersendi tersebut.

4. Semua perkara tersebut membuktikan bahawa ia adalah ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Amat Mendalam Pengetahuan-Nya. Berhala yang tidak bergerak dan tabiat semula jadi yang bodoh dan tidak berakal adalah lemah dan tidak mampu mencipta semua itu walau sedikit.

Minggu Ketujuh

Tafsir Pengenalan Surah & Tafsiran ayat 1 - 17 Pengenalan Surah Al Muthaffifiin

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah 2. Mengandungi 36 ayat

3. Nama Al Muthaffifiin diambil dari perkataan “Al Muthaffifiin” yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud “Al Muthaffifiin ialah (orang-orang yang curang)

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah ini.

Ayat 1 - 17

Surah ini memberi penekanan terhadap beberapa perkara;

1. Menjelaskan secara terperinci jenis-jenis kejahatan yang dilakukan oleh manusia yang terdapat dalam surah ini orang yang mengurangkan timbangan dan sukatan,

mendustakan hari Kiamat, mencerobohi hak orang dan mengatakan al Quran adalah cerita-cerita dongeng.

2. Menerang sebab-sebab manusia melakukan sikap-sikap tersebut dan balasan terhadap mereka di hari Akhirat.

3. Menjelaskan bahawa segala kejahatan manusia dicatit ‘Sijjin’ merupakan nama kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang durhaka.

Aqidah Fasal 7: Nikmat bergerak

Isi Kandungan

a. Nikmat berjalan

1. Kenapakah kemampuan manusia untuk bergerak dianggap sebahagian daripada nikmat Allah? Alat yang Membantu Kita Bergerak

2. Apakah alat yang dapat membantu kita bergerak? 3. Adakah terdapat alat lain?

Kesimpulan

1. Terdapat haiwan, tumbuhan dan makhluk lain yang tidak mampu bergerak dan berpindah. Allah telah memberikan manusia kemampuan untuk bergerak dan berpindah. Dengan kemampuan ini, manusia memperolehi nikmat yang banyak yang tidak mampu dihitung. 2. Di samping kemampuan manusia untuk bergerak sendiri, Allah juga mempermudahkan sebahagian binatang untuk manusia tunggangi dan menjadi pengangkut barangannya. 3. Sebagaimana Allah Taala mempermudahkan urusan manusia di daratan, urusan mereka

di lautan dan udara juga dipermudahkan. Manusia berupaya menggunakan kudrat dan ilmu pengetahuan yang diberikan oleh Penciptanya untuk menyelam di dasar lautan dan terbang di angkasa selepas mencipta peralatan tertentu untuk bergerak dan berpindah. Semua itu merupakan nikmat dari Allah Taala.

Minggu Kelapan

Tafsir Surah Al Muthaffifiin dari ayat 18 - 28 Penekanan :

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah 2. Mengandungi 36 ayat

3. Nama Al Muthaffifiin diambil dari perkataan “Al Muthaffifiin” yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud “Al Muthaffifiin ialah (orang-orang yang curang)

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah ini.

Ayat 18 - 28

Ayat-ayat berikut memberi penekanan terhadap beberapa perkara;

1. Menjelaskan bahawa segala kebaikkan manusia dicatit dalam ‘Illiyyin’ merupakan nama kitab yang mencatatkan segala perbuatan orang-orang yang berbakti

2. Menjelaskan bahawa balasan syurga kepada orang-orang yang berbakti kepada Allah swt pada hari Akhirat.

Aqidah Fasal 8: Makanan kita Isi Kandungan

a. Makanan di dalam Perut Ibu

Bagaimana kita mendapat makanan dalam perut ibu kita? b. Makanan daripada Buah Dada Ibu

1. Apakah sumber makanan bayi selepas saluran makanannya (tali pusat) dipotong? 2. Adakah memadai susu sahaja menjadi makanan bayi?

c. Makanan dari Bumi

Dari manakah bayi (kanak-kanak) tersebut memperolehi makanannya setelah ibunya tidak lagi mengeluarkan susu?

d. Proses Penyediaan Makanan Manusia

Bagaimanakah proses penyediaan makanan manusia dibuat? - Tanah

- Biji Benih

- Lautan, Angin dan Awan - Udara, Malam dan Siang - Klorofil

Perbincangan

1. Tidakkah Dia yang memandu zigot (nutfah) ke dinding rahim untuk bersambung dengan saluran darah si ibu, menjadikan tali pusat dan memberi makanan kepada janin melalui darah ibunya, sedangkan bayi tersebut berada dalam kegelapan rahim si ibu. Tidakkah Dia patut disifatkan sebagai Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Amat Mendalam Pengetahuan-Nya, Maha Pemberi Rezeki Lagi Maha Pengasihani?!! 2. Tidakkah Dia yang mengeluarkan bayi dari perut ibu, yang telah menciptakan organ

penghadaman yang sesuai lagi tepat, yang menyalurkan makanan dari buah dada bersesuaian mengikut tahap-tahap pembesaran organ penghadaman. Tidakkah Dia

patut disifatkan sebagai Yang Maha Mentadbir, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mencukupkan dan Yang Maha Bijaksana?

3. Tidakkah Dia yang menjadikan gigi bersesuaian dengan makanan yang dimakan, mencipta tanah yang subur, bakteria yang berfungsi membantu proses pertumbuhan tumbuh-tumbuhan, biji benih, laut, wap air dan awan. Tudakkah Dia juga yang menghantar angin dan membawa awan kepada kita, menurunkannya sebagai air hujan, mengalirkannya sebagai sungai, menjadikan mata air dan memeliharanya dalam perut bumi yang tidak berubah. Tidakkah Dia juga yang mencipta matahari, menukar malam dan siang serta mencipta klorofil.

4. Tidakkah Dia patut disifatkan sebagai Yang Maha Mencipta, Maha Mulia, Maha Membuat, Maha Berkuasa, Pemberi Rezeki, Yang Maha Mengawal, Yang Maha Kuat, Yang Maha Mengetahui, dan Yang Maha Bijaksana?!

5. Oleh itu, bersaksilah wahai orang Islam sepertimana makhluk Allah yang lain bersaksi, iaitu alam ini mempunyai Tuhan yang Maha Bijaksana, Maha Pencipta, Maha Berkuasa, Pemberi Rezeki, Maha Pengasihani, Amat Mendalam pengetahuan-Nya, Maha Mengetahui, Maha Mentadbir, Maha Kuat, Maha Mengawal lagi Maha Mulia. Iaitu Allah Taala yang tanda-tanda kekuasaan-Nya memenuhi bumi dan langit. Firman Allah Taala: ((Abasa: 24-32)

Minggu Kesembilan

Tafsir Surah Al Muthaffifiin dari ayat 29 – 36 Penekanan

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah 2. Mengandungi 36 ayat

3. Nama Al Muthaffifiin diambil dari perkataan “Al Muthaffifiin” yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud “Al Muthaffifiin ialah (orang-orang yang curang)

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah ini.

Ayat 29 – 36

Ayat-ayat berikut menekankan beberapa perkara;

1. Menerangkan tentang sikap dan pandangan orang-orang kafir di dunia terhadap orang-orang yang beriman.

2. Menjelaskan tentang sikap orang yang beriman di hari Akhirat terhadap orang-orang kafir.

Penutup surah ini

Surah Al Muthaffifiin menegaskan tentang ancaman-ancaman terhadap orang-orang kafir dan orang-orang yang melakukan kecurangan dan balasan yang bakal mereka terima di Akhirat kelak. Disamping itu ia juga memberikan janji yang baik kepada orang-orang yang beriman dan melakukan kebajikan.

Aqidah Fasal 9: “Dan Kami telah mengadakan lampu yang terang benderang” Isi Kandungan

a. Lampu yang Terang Benderang

1. Apakah maksud lampu yang terang benderang (as-siraj al-wahhaj)? 2. Berapakah kadar sinaran matahari yang sampai ke bumi?

3. Sekiranya kita menghitung sinaran matahari yang kita gunakan di bumi, berapakah jumlah harga sinaran yang sampai ke bumi dalam masa sehari?

b. Fungsi Matahari Apakah fungsi matahari? c. Saiz Matahari

1. Berapakah saiz matahari?

2. Apakah yang akan berlaku sekiranya bumi berada dekat dengan matahari? Kesimpulan

1. Matahari adalah lampu yang sentiasa menyala. Nyalaannya tidak habis dan cahayanya tidak padam semenjak ia dicipta sehinggalah ditamatkan oleh Allah.

2. Hanya sedikit sahaja sinaran matahari yang sampai ke bumi. Sekiranya dikira harga jumlah sinaran yang sampai kepada kita dalam satu jam sahaja pun, kita tidak akan mampu membayarnya.

melihat. Dengannya juga tumbuh-tumbuhan dan makanan terbentuk, bumi menjadi panas serta terhasilnya pelbagai bahan api yang kita gunakan dalam pelbagai urusan kita. 4. Sesungguhnya Allah telah memudahkan kita menggunakan matahari yang besar tersebut

dengan peraturan yang bijaksana.

5. Semua perkara ini menjadi saksi sepertimana penyaksian orang Islam bahawa Allah s.w.t. adalah Tuhan yang memiliki matahari tersebut.

Minggu Kesepuluh

Tafsir Pengenalan Surah & Tafsiran ayat 1 - 9 Pengenalan Surah Al Infithaar

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah diturunkan selepas “An Naazi’aat” 2. Mengandungi 19 ayat

3. Nama Al Infithaar diambil dari perkataan “Infatharat” yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud “Infatharat ialah (terbelah)

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini.Memahami secara umum penafsiran surah ini.

Ayat 1 - 9

Diantara isi kandungan :

1. Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari Kiamat

2. Peringatan kepada manusia agar tidak terpedaya sehingga durhaka kepada Allah swt 3. Celaan terhadap manusia yang durhaka kepada Allah

Aqidah Fasal 10: Manusia memerlukan Rasul Isi Kandungan

a. Hikmah Kewujudan Kita 1. Kenapa kita hidup?

* Adakah kita makan untuk hidup? * Atau adakah kita hidup untuk makan?

2. Siapakah Pencipta kita? Apakah perkara yang dapat meraih keredaan-Nya? Dan apakah perkara yang menyebabkan kemurkaan-Nya?

b. Kematian dan Peristiwa Selepasnya

Kenapa kita mati? Dan apakah yang menanti kita selepas kematian? c. Membaiki Keadaan Manusia

Apakah yang akan membaiki keadaan manusia dan menyelamatkan mereka daripada kebinasaan?

Kesimpulan

1. Manusia hanya dapat mengetahui hikmah kewujudannya berdasarkan petunjuk daripada Tuhan yang menjadikannya.

2. Manusia hanya dapat mengenali Penciptanya, Pemiliknya, apa yang halal dan apa yang haram berdasarkan petunjuk yang datang daripada Tuhan.

3. Manusia hanya akan mengetahui kesudahan perjalanan hidup yang akan dilaluinya berdasarkan petunjuk daripada Pencipta yang menghidupkannya.

4. Manusia hanya dapat mengetahui perkara yang dapat membaiki keadaannya berdasarkan ajaran daripada Penciptanya. Oleh itu, semestinya Allah Taala mengutuskan para rasul-Nya untuk memenuhi keperluan asas manusia kepada petunjuk yang membawa mereka ke jalan yang betul.

Minggu Kesebelas

Tafsir Pengenalan Surah & Tafsiran Ayat 10 - 19 Pengenalan Surah Al Infithaar

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah diturunkan selepas “An Naazi’aat” 2. Mengandungi 19 ayat

3. Nama Al Infithaar diambil dari perkataan “Infatharat” yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud “Infatharat ialah (terbelah)

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah ini.

Ayat ke 10 - 19

Diantara isi kandungannya :

1. Semua perbuatan manusia dicatat oleh Malaikat dan akan mendapat balasaan yang seimbang.

2. Menjelaskan pada hari Kiamat manusia tidak dapat menolong orang lain, hanya kekuasaan Allahlah yang berkuasa pada harii itu.

3. Penutup surah ini menggambarkan kejadian-kejadian pada hari Kiamat, dan menerangkan keingkaran manusia kepada kurniaan Allah dan bahawa segala perbuatan mereka itu akan mendapat pembalasan.

Kesimpulan Surah Al Infithaar

1. Menghubungkaitkan antara surah at Takwir dan al Infithor dengan memfokuskan hubungan antara keduanya

2. Menjelaskan ciri dan keistimewaan surah ini

3. Mengetahui segala hukum tajwid yang berkaitan dengan pembacaan surah ini 4. Menjelaskan maksud perkataan-perkataan baru dalam surah ini

5. Menerangkan maksud keseluruhan surah mengikut pembahagian perenggan yang saling kait-mengait

6. Menyelesaikan aspek pentafsiran surah ini yang mempunyai hubungkait dengan soal akidah, bukti-buktinya, soal akhlak, hakikat ilmu dan I`jaz uslub (pendekatan)

7. Mengeluarkan nilai-nilai yang dibawa oleh surah beserta dengan ayat-ayatnya secara lengkap

8. Meringkaskan hakikat-hakikat keimanan yang terkandung di dalam surah 9. Menjelaskan manfaat dan faedah yang boleh diambil dari ayat 6

10. Menyenaraikan segala I`jaz penciptaan yang terkandung di dalam surah ini seperti yang telah dibuktikan oleh sains moden dan menghubungkaitkannya dengan I`jaz uslub dan struktur ayat

Aqidah Fasal 11: Kisah orang terdahulu Isi Kandungan

a. Daripada Keterangan Rasul

1. Apakah maksud nabi Muhammad s.a.w. menceritakan kepada kita kisah orang terdahulu?

2. Apakah kepentingan perkara tersebut?

3. Adakah pengkisahan Rasulullah s.a.w. tentang kisah umat terdahulu dianggap sebagai tanda, bukti dan mukjizat yang membuktikan bahawa Baginda adalah Utusan Allah?

4. Apakah kaitan contoh ini dengan nabi Muhammad s.a.w.? b.Al-Quran Menyatakan Bukti Ini

Adakah Quran menyatakan bahawa kisah umat terdahulu adalah bukti jelas bahawa al-Quran adalah wahyu Allah?

Kesimpulan

1. Pendeta Yahudi dan paderi Kristian berselisih pendapat mengenai sejarah para rasul a.s. serta petunjuk dan agama yang mereka bawa. Setiap golongan menganggap mereka benar. Perselisihan tersebut berterusan sehinggalah Allah mengutuskan nabi Muhammad s.a.w. kepada orang jahiliah yang telah sesat itu. Lalu Baginda menghapuskan semua kekeliruan dan membawa perkara yang jelas serta menerangkan dengan terperinci perkara yang berlaku pada masa lampau seolah-olah Baginda melihat sendiri perkara tersebut.

2. Segolongan pendeta dan paderi yang jujur dan insaf telah mendengar kata-kata nabi Muhammad s.a.w. lalu mereka membenarkan Baginda. Mereka berkata: “Sesungguhnya ilmu ini tidak diketahui oleh seorang yang ummi (tidak tahu menulis dan membaca).” Ia adalah dalil dan bukti yang menunjukkan bahawa Muhammad adalah Rasulullah. Lalu mereka beriman dan memeluk Islam.

3. Al-Quran menyebut perkara tersebut dan menganggapnya sebagai bukti bagi semua yang berakal untuk menyaksikan bahawa Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah.

Minggu Kedua belas

Tafsir Pengenalan Surah & Tafsiran Ayat 1 - 14 Pengenalan Surah AT Takwiir

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah 2. Mengandungi 29 ayat

3. Nama AT Takwiir diambil dari perkataan asal (mashdar) kata kerja “kuwwirat” yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud “At Takwiir ialah (digulung) 4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah ini.

Ayat 1 - 14

Diantara isi kandungannya :

1. Menyebut beberapa peristiwa yang terjadi di kala berlakunya hari Kiamat 2. Kegoncangan-kegoncangan yang terjadi pada hari Kiamat

3. Menjelaskan pada hari Kiamat setiap jiwa akan mengetahui apa yang dikerjakannya sewaktu di dunia.

Aqidah Fasal 12: Dia mengetahui rahsia dan bisikan mereka Mengetahui Segala yang Terkandung dalam Hati

1. Adakah nabi Muhammad s.a.w. diberitahu tentang perkara yang terkandung dalam hati manusia?

2. Adakah kemampuan nabi Muhammad s.a.w. memberitahu perkara yang dirahsiakan dalam diri manusia dianggap sebagai tanda, bukti dan mukjizat kerasulan Baginda? 3. Apakah contohnya? Apakah contoh daripada al-Quran Al-Karim? Adakah terdapat

contoh lain? Kesimpulan

1. Allah Taala telah memberitahu Rasul-Nya a.s. perkara yang dirahsiakan dalam hati sebahagian manusia. Kemudian apabila Rasulullah mendedahkan perkara tersebut, sebahagian orang kafir terus beriman. Bagi para mukmin pula, iman mereka semakin bertambah.

2. Antara contoh yang disebut dalam al-Quran al-Karim ialah:

- Kisah To’mah yang dibela oleh kaumnya untuk membebaskannya daripada tuduhan dan menghina orang Yahudi. Lalu wahyu turun membebaskan orang Yahudi tersebut dan menghukum perbuatan orang Islam.

- Kisah Hatib yang mengutus surat kepada orang Quraisy secara rahsia bagi mendapat belas kasihan mereka. Lalu Allah Taala mendedahkan perkara tersebut, perempuan pembawa surat dan tempat untuk mendapatkan perempuan tersebut kepada Rasul-Nya s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus Ali, az-Zubair dan al- Miqdad untuk mendapatkannya. Mereka menjumpai perempuan yang telah diberitahu oleh Rasulullah dan juga surat Hatib.

3. Banyak kisah pendedahan Rasulullah s.a.w. terhadap rahsia yang berada dalam hati manusia dan ia banyak dikisahkan dalam kitab-kitab tafsir, hadis dan sirah. Ia adalah tanda dan bukti kesahihan risalah yang dibawa oleh Rasulullah.

Minggu Ketiga belas

Tafsir Surah AT Takwiir Penekanan :

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah 2. Mengandungi 29 ayat

3. Nama AT Takwiir diambil dari perkataan asal (mashdar) kata kerja “kuwwirat” yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud “At Takwiir ialah (digulung)

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah ini.

Ayat 15 – 29

Diantara isi kandungannya:

1. Menjelaskan bahawa al Quran adalah firman Allah swt yang disampaikan kepada Muhammad saw melalui perantaraan Jibrail as.

2. Menegaskan kenabian Muhammad saw.

3. Menjelaskan al Quran sebagai sumber petunjuk bagi umat manusia kepada jalan yang lurus dan tergantung kepada taufiq dari Allah.

4. Penutup surah ini menjelaskan bagimana Allah swt mengemukakan tentang kejadian-kejadian hari Kiamat dan kebenaran al Quran sebagai wahyu Allah serta kerasulaan Nabi Muhammad saw

Kesimpulan Surah

1. Menyenaraikan ciri dan juga keistimewaan surah 2. Menjelaskan maksud surah

3. Menerangkan apa yang telah dinyatakan oleh ayat-ayat pada perenggan pertama berhubung dengan perubahan dan kemusnahan alam

4. Menjelaskan maksud perketaan dalam ayat-ayat berikut: Ayat 1 – 7 5. Menggambarkan suasana kemusnahan alam berdasarkan ayat 5

6. Menjelaskan kedudukan wanita ketika di zaman Jahiliyah dan zaman selepas Islam 7. Menjelaskan maksud ayat: “Apabila surat-surat amal dibentangkan dan apabila langit

ditanggalkan dari tempatnya”; apakah pendirian Muslim berhubung perkara tersebut 8. Menerangkan apa yang menjadi bahan nyalaan api neraka

9. Menjelaskan maksud ayat: “Apabila Syurga didekatkan.” 10. Menghubungkaitkan antara ayat 14 dan ayat sebelumnya

11. Menerangkan nilai-nilai dan bimbingan tarbiyah yang boleh dimanfaatkan daripada perenggan pertama dalam surah ini

12. Menerangkan keindahan pengungkapan firman Allah dalam ayat 15 – 16 berdasarkan maksudnya

13. Menerangkan khazanah pengungkapan dan emosi yang terkandung di dalam ayat yang menceritakan perihal alam semesta

14. Menjelaskan muqassam bihi (objek yang disumpah dengannya) dan muqassam alaihi (perkara yang disumpah) serta hubungan antara yang terdahulu dengan yang

Aqidah Fasal 13: kamu akan mengetahui kebenaran perkara yang diterangkan tidak lama lagi

Isi Kandungan

a. Pemberitahuan tentang Perkara yang akan Berlaku

1. Adakah Allah memberitahu Rasul-Nya tentang perkara yang akan berlaku pada masa hadapan dan ia berlaku sebagaimana yang diberitahu?

2. Adakah pemberitahuan tentang perkara yang akan berlaku dan ia memang berlaku seperti yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. merupakan dalil yang membuktikan kebenarannya?

3. Apakah contoh perkara tersebut? Apakah contoh berita ghaib yang berlaku pada zaman Rasulullah?

4. Telah diketahui bahawa penduduk Yaman beriman disebabkan surat Nabi s.a.w., bagaimana perkara tersebut berlaku?

5. Apakah contoh berita ghaib yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.? b. Azab ketika Menyeleweng

Apakah contoh berita ghaib yang dapat diketahui pada zaman ini? Kesimpulan

1. Antara tanda, bukti dan mukjizat nabi Muhammad s.a.w. adalah pemberitahuan Baginda tentang banyak perkara ghaib dan janji Baginda bahawa ia akan berlaku pada masa akan datang. Kemudian perkara tersebut benar-benar berlaku untuk membuktikan kebenaran apa yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w..

2. Antara perkara ghaib ini ada yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti

kemenangan kerajaan Rom dan pembunuhan raja Parsi yang menjadi punca keislaman penduduk Yaman.

3. Ada juga yang berlaku selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w. seperti pemerintahan diberikan kepada orang Islam dan ciri-ciri mereka iaitu mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.

4. Perkara ghaib yang berlaku pada zaman ini pula ialah seperti pemberitahuan tentang azab bencana yang akan menimpa orang Islam apabila mereka terpesong daripada kebenaran. Azab bencana tersebut datang dari arah atas dan dari bawah tapak kaki mereka,

perpecahan kepada puak-puak dan kumpulan yang bermusuhan dan bertembung antara satu sama lain.

Minggu Keempat belas

Tafsir Pengenalan Surah & Tafsiran Ayat 1 – 16 Pengenalan Surah ‘Abasa

1. Terdiri dari kalangan surah –surah Al Makkiyah 2. Mengandungi 42 aya

3. Nama ‘Abasa diambil dari perkataan ‘Abasa yang terdapat pada ayat pertama surah ini . Maksud ‘Abasa ialah (ia bermasam bermuka)

4. Memahami beberapa maksud kalimah yang terdapat dalam surah ini. 5. Memahami secara umum penafsiran surah ini.

Ayat 1 – 16

Diantara isi kandungannya

1. Menurut riwayat pada suatu ketika Rasullah saw menerima dan berbicara dengan

Dalam dokumen Dalil Murabbi (Muayyid) (Halaman 45-58)