• Tidak ada hasil yang ditemukan

QIAMULLAIL / MABIT

Dalam dokumen Dalil Murabbi (Muayyid) (Halaman 73-77)

Pendetailan Bahan Halaqah

QIAMULLAIL / MABIT

Qiam / Mabit adalah wasilah tarbiyah ruhiyah, dengan tidur bersama dan menghidupkan malam dengan beribadah.

Objektif Qiam

1. Mengukuhkan hubungan yang intim kepada Allah dan mencintai Rasulullah saw, samada ruhi,fikri dan amali.

2. Mencontohi kehidupan Rasulullah saw dan Salbafus solih. 3. Mengeratkan ukhuwah Islamiyah.

Format Qiam

1. Membaca wirid rabitah.

2. Solat maghrib berjamaah dan wirid selepas sembahyang 3. Membaca ma’thurat sughra

4. Makan Malam

5. Solat Isya berjamaah dan wirid selepas sembahyang 6. Pengisian

7. Tadarus Membaca Al Quran setiap kumpulan sejuzuk. 8. Hirashah

9. Qiamullail dan Tazkirah Solat Subuh berjamaah 10. Membaca Mathurat sughra

11. Riadhah Ringan

12.

Berkemas.

Tugas Masul Qiam

1. Memastikan kehadiran Murabbi.

2. Memastikan kehadiran peserta & penceramah jemputan.

3. Menentukan aspek-aspek logistik qiam (cth : tempat,masa,makanan dll) 4. Menentukan tugasan kepada peserta untuk pertemuan qiam.

5. Memastikan kesejahteraan program. Adab Qiam

1. Tidak makan semasa tazkirah. 2. Merasai Allah sentiasa memerhati. 3. Tidak banyak ketawa dan bergurau.

4. Segera berwudhuk sekiranya rasa mengantuk ketika mendengar tazkirah dan berzikir. 5. Berwudhuk sebelum tidur dan memelihara adab tidur.

6. Ingat mengingati ketika lalai dalam melaksanakan agenda qiam terutama dari murabbi. Tajuk Penyampaian Qiam

Bulan Tajuk Rujukan Pengarang

1 Taqwa Riadhus Salihin Imam Nawawi

2 Menetap Janji Riadhus Salihin Imam Nawawi

3 Amanah Riadhus Salihin Imam Nawawi

4 Cinta Kerana Allah Akhlak Muslim Muhammad Al Ghazali 5 Istiqamah Akhlak Muslim Muhammad Al Ghazali

DAURAH

Daurah adalah wasilah intensif untuk membekal peserta dengan bahan thaqafah dan pengalaman penting untuk mengembangkan keahlian, menambah pengetahuan yang tidak dapat dilaksanakan oleh murabbi.

Objektif Daurah

1. Meningkatkan pengetahuan dan keahlian untuk melengkapi fokus tarbiyah dan ciri-ciri yang dikehendaki.

2. Meningkatkan produktiviti peserta dalam amal dan dakwah.

3. Meningkatkan efektif dan kecemerlangan dalam pencapaian fokus tarbiyah dan ciri-ciri peserta yang dikendaki.

Panduan Perlaksanaan Masul Daurah

1. Memastikan penceramah menyedia & mengedarkan nota untuk peserta. 2. Membudayakan penggunaan perisian (Power Point) untuk penyampaian. 3. Menentukan aspek-aspek logistik Daurah (cth : tempat,masa,makanan dll) 4. Memastikan penceramah menyediakan soalan ujian untuk peserta

5. Memastikan persediaan pihak Sekretariat 6. Memastikan kesejahteraan program. 7. Memastikan budaya kebersihan dijaga. 8. Memastikan disiplin sentiasa dipatuhi.

REHLAH

Rehlah adalah wasilah tarbiyah yang dilaksanakan secara jamaie. Objektif Rehlah

1. Mempraktik nilai-nilai Islam.

2. Mengukuhkan taaruf dan ukhuwah antara peserta.

3. Melatih untuk bekerjasama dan kesediaan untuk menanggung beban.

4. Menanam nilai-nilai amal jamaie seperti disiplin, bersungguh-sungguh, jaga rahsia, kasih sayang, ruh jihad.

Adab Rehlah

1. Niat ibadah kepada Allah.

2. Sentiasa rasa di perhatikan oleh Allah.

3. Terikat sepenuh dengan waktu dan tempat rehlah. 4. Menjaga batasan-batasan syarak.

5. Tidak bermewah-mewah.

Program Rehlah hendaklah dilakukan dengan mengambilkira komponen-komponen berikut 1. Taklimat Penganjur

2. Tazkirah 3. Taaruf

4. Nasyid 5. Kuiz 6. Permainan

7. Pembersihan kawasan sebelum pulang. Panduan Perlaksanaan Masul Rehlah dan AJKnya.

1. Memastikan kehadiran Murabbi, peserta dan tetamu jemputan (jika perlu). 2. Menentukan aspek-aspek logistik rehlah (cth : tempat,masa,makanan dll) 3. Menentukan tugasan kepada peserta.

4. Memastikan kesejahteraan program. 5. Memastikan budaya kebersihan dijaga.

MUKHAYYAM

Pengenalan

Mukhayyam adalah wasilah tarbiyah jasadiyah melalui latihan fizikal dan simulasi disiplin dan ketaatan agar peserta bersedia menjadi jundi dakwah dan bersiap menerapkan nilai Islam dalam masyarakat.

Objektif a) Tajmik :

a. mengukuh ikatan persaudaraan Islam dan taat pada arahan. b. melatih supaya bersabar dan berdisplin.

c. mengukuhkan rasa thiqah sesama peserta. b) Tarbiah :

a. menghidupkan kehidupan Islami sepanjang program ini.

b. melatih ikhwah hidup susah dalam amal jamaie dengan menanamkan aspek persediaan jasmani, jiwa, akal dan agama.

c. memperlihatkan contoh perlaksanaan secara praktikal perlaksanaan amal jamaie. d. melatih adab taamul jundi dengan qiadah dan sebaliknya.

c) Tadrib :

Melatih ikhwah beberapa perkara asasi di dalam amal Islami diantaranya: a. bernizam / sistem

b. berlatih sabar dalam kesusahan dalam tempoh yang panjang c. beriltizam dengan semua perkara yang dikehendaki oleh penganjur d. tolong menolong di dalam semua aktiviti.

Format Mukhayyam

1. Tempoh 3hari 2malam

2. Bersifat ukhuwah dan berdisplin 3. Penyampaian Bahan

5. Berkawat

6. Hirashah dan Qiam 7. Tadarrus al Quran

8. Pembahagian tugas yang jelas

9. Penilaian (Pengurusan, Program,Peserta, Penceramah dll)

Panduan Perlaksanaan untuk Masul Mukhayyam dan AJKnya. 1. Memastikan kehadiran Murabbi dan peserta.

2. Menentukan aspek-aspek logistik Mukhayyam (cth : tempat,masa,makanan dll) 3. Menentukan tugasan kepada peserta untuk pertemuan Mukhayyam.

4. Memastikan kesejahteraan program. 5. Memastikan budaya kebersihan dijaga.

6. Memastikan suasana Islam dihayati sepanjang program 7. Memastikan disiplin sentiasa dipatuhi.

8. Memastikan program bersifat

:-9. Thaqafiah dan ruhi (Dakhili), Ukhuwah dan berdisplin (Khariji), Thaqafiah dan ruhi (Dakhili), Askariah dan ruhi ( Khariji)

Adab Mukhayyam

1. Sentiasa menghadir niat di jalan Allah. 2. Taat dan thiqah kepada masul dan mudarrib.

3. Ta’athuf(saling bersimpati) tawadud(saling mencintai) tarahum(saling menyayangi) ta’aruf(saling berkenalan) tafahum(saling memahami) takaful (saling memikul beban) dan ta’awun(saling tolong menolong) sesama peserta.

4. Berdisplin dan berakhlak Islami dalam semua hal. 5. Memelihara adab safar.

Bahan Mukhayyam

Gambaran Hidup Para Tabi’en, Dr Abdul Rahman Ra`fat al Basya 1.`Ato` bin abi Ribah

2.Umar bin Abdul Aziz 3.Al Hassan al Basri 4.Sa`ied bin al Musayyib 5.Sa`ied bin Jubair

6.Abdul Rahman al Ghafiqi 7.Urwah bin az Zubair

Min A`lam al Harakah wad Dakwah al Islamiah al Mua`sirah, Counselor Abdullah `Al Uqaili

1.Umar at Telmesani

2.Muhammad Kamal as Sananiri 3.Muhammad Farghali

Taqyim (Penilaian)

Pendahuluan

Taqyim adalah proses untuk mengetahui kelayakan dan peningkatanan seseorang.Taqyim adalah amanah dan penyaksian. Proses penilaian amat perlu dilakukan secara serius, jujur, dan berobjektif, tidak terlalu memudahkan dan terlalu menyukarkan atau terlalu ideal dalam penilaian. Oleh itu laporan murabbi amatlah penting kerana beliau adalah orang yang paling tahu dan kenal dengan peserta yang hendak dinilai dan di tingkatkan. Taqyim juga merupakan sebahagian dari proses tarbiyah, samada tarbiyah terhadap peserta atau kepada murabbi. Justeru itu taqyim hendaklah dilaksanakan secara jamaie, melalui mekanisma syura.

Definasi Taqyim

Taqyim adalah proses penilaian serta prosedur peningkatan ahli melalui proses bagi tujuan pemeringkatan kepada marhalah seterusnya..

Objektif Taqyim

Mempertingkatkan ahli ke peringkat seterusnya berdasarkan fokus, kriteria dan tempoh masa tarbiyah yang ditetapkan serta mencapai tahap kelayakan yang ditetapkan.

Taqyim Asasi

Dibuat berdasarkan prestasi ahli dari sudut Kehadiran, Ketepatan masa, Adab majlis, Tanggungjawab, Siqah kepada murabbi dan dakwah, Aktiviti Amali dan Daawi.

Murabbi adalah bertanggungjawab untuk menyediakan laporan bertulis perkembangan peserta setiap bulan dan diserah kepada Unit Penilaian LTK dan dibincangkan dalam liqa’ murabbi setiap 3bulan sekali.

Prosedur Peningkatan

Murabbi menyedia dan menyampai laporan penilaian asasi kepada Unit Penilaian LTK dan dibincangkan 3 bulan sekali dalam liqa’ murabbi.

Taqyim peningkatan

Dilakukan 6 bulan sekali

Peserta telah melalui 2 Semester ( setahun) proses tarbiyah. Peserta yang mencukupi kriteria untuk ditingkatkan

Keputusan Akhir

Mas’ul Unit Penilaian LTK membentangkan peserta-peserta tarbiyah yang dicadangkan untuk peningkatan oleh liqa' murabbi kepada LTK.

Mas'ul LTK membentangkan keputusan peserta yang lulus kepada HI/MI Syarat-Syarat umum ditingkatkan Marhalah

Telah menyempurnakan sekurang-kurangnya 80% manhaj Halaqah Muayyid Telah menyempurnakan tempoh 2 Semester (setahun) marhalah Muayyid Menguasai thaqafah umum dengan baik

Dalam dokumen Dalil Murabbi (Muayyid) (Halaman 73-77)