• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kemahiran Manipulatif

Dalam dokumen Modul Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan (Halaman 115-122)

PETA MINDA

TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN

6.1.3 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebih awal. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek.

Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahiran diri seseorang pelajar:

x Membaling x Menyambut x Memukul

x Menendang atau menyepak x menggelecek

Kesemua Kemahiran manipulatif di atas juga dapat mempertingkatkan perkembangan kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu kemahiran manipulatif ini dapat memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk menjadi untuk menjadi seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupannya.

6.2 PENDIDIKAN PERGERAKAN

Pendidikan dalam apa bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang bermakna. Pendidikan haruslah juga memberangsangkan dan menghasilkan kepuasan yang semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu yang baharu. Pendidkan pergerakan adalah suatu kaedah pengajaran yang unik kerana apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak mereka juga belajar sambil bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir dan merasi sesuatu secara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini pelajar akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri;

x Apa yang mampu dilakukannya x Bagaimana dia boleh mengawal diri

x Bagaimana dia dapat mengawal sesuatu yang berada disekelilingnya

x Bagaimana dia dapat menyesuaikan dan menghubungkan dirinya dengan alam sekitar (ruang manusia dan lain-laian yang bernyawa dan yang tidak bernyawa) dan x Bagaimana dia dapat melahirkan perasaan dan ideanya.

Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul diantara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang melalui pelbagai pergerakan itu.

Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan kemahiran-kemahiran seperti berikut:

Kemahiran Contoh Hubung kait motor-penglihatan – Menangkap bola

– Melambungkan bola melalui gelung rotan – Menggelecek bola hoki

Pemindahan motor-penglihatan – Mengulang seula sesuatu pergerakan

– Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu gambar

– Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu arahan

Hubung kait motor-pendengaran – Menari mengikut muzik

– Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan dengan langkah yang kuat dan badan yang direndahkan.

Penukaran motor-pergerakan – Mendengar dan melakukan arahan

– Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk mengikut irama

Hubung kait motor kinestatik – Aktiviti penyedaran tubuh badan – Aktiviti mengimbangkan badan. Hubung kait motor-taktile – Memanjat (jungle gym)

– Merangkak menerusi terowong.

Gimnastik Pendidikan

Gimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai, pengalaman atas rumput, tikar getah atau permainanyang tidak banyak memerlukan peralatan untuk meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pula terdiri daripada perrgerakan yang menggunakan alat-alat seperti bangku panjang, palang, alang, peti pelana dan peralatan taman permainan. Pada peringkat awal, sebahagian besar latihan ditumpukan kepada aktiviti-aktiviti lantai, tetapi apabila pelajar sudah mahir, sebahagian besar tumpuan diialihkan pula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan.

(a) Pengalaman Lantai

Apabila pelajar sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas, tumpuan seterusnya, secara keseluruhan hendaklah kepada usaha merapatkan seluruh anggota menjadikannya satu bentuk paduan. Apabila setiap pelajar telah dapat menguasai aksi-aksi dan mengekalkan bentuk-bentuk aksi itu, mereka bolehlah menumpukan perhatian kepada lakuan lain seperti menggulingkan tubuh ke arah yang berlainan.

Pengalaman-pengalaman pada tahap kawalan termasuk antaranya lakuan mengguling daripada kedudukan berdiri kepada bergerak dan mengguling. Imbangan-imbangan berbentuk bukan simetri dan imbangan terbalik boleh

diperkenalkan. Pembentukan konsep tetap (pegun) boleh diterangkan dengan membandingkan perbezaannya dengan aksi mengguling. Boleh mencabar pelajar untuk menggabungkan antara dua jenis kemahiran yang mudah tetapi berkaitan, seperti bergerak dengan mengimbangkan badan dengan menggunakan dua anggota dan seterusnya.

Urutan pergerakan yang lebih kompleks dan maju bukan sahaja menyeronokkan, malah mencabar keupayaan pelajar. Peminadahan beban daripada bahagian anggota kaki ke anggota tangan, meneroka imbangan badan yang tidak stabil dan menerap sebahagian atau seluruh beban berat badan rakan, adalah antara cabarann yang sesuai bagi setiap pelajar.

Konsep-konsep pemecutan, kukuh, apungan, terikat dan bebas adalah antara konsep-konsep yang ditekankan pada tahap kecekapan. Mana-mana pelajar yang telah mempelajari beberapa lakuan pergerakan gimnastik akan berasa seronok dengan cabaran yang menekankan tumpuan kepada kualiti pelaksanaan. Kegiatan memadan dan mencerminkan pergerakan rakan, mengulangi urutan beberapakapan. (b) Pengalaman Peralatan

Selepas pelajar telah boleh menguasai aktiviti-aktiviti lantai, maka pelajar itu bolehlah membuat gimnastik dengan menggunakan peralatan-peralatan gimnastik seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelang. Kebanyakan sekolah menengah mempunyai peralatan seperti diatas tetapi tidak bagi kebanyakan sekolah rendah. Yang mana pada lazimnya sekolah rendah hanya menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka-rangka panjat untuk menerapkan pengalaman gimnastik menerusi pengunaan alatan.

Guru dilarang memaksa pelajar menggunakan sesuatu alat. Mana-mana pelajar yang masih berada diperingkat prakawalan boleh memulakan program latihan dengan cara berjalan-jalan di sepanjang alang atau bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali atau bergerak disepanjang rangka panjat. Ini secara tidak langsung membawa pelajar itu untuk membiasakan dirinya dengan peralatan yang digunakan dalam latihan sebenar untuk membina keyakinan diri.

Latihan-latihan permainan berhalangan yang mudah dengan menggunakan peralatan seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelong rotan, tali, bongkah dan rotan sesuai digunakan untuk mempelajari konsep-konsep seperti diatas iaitu menyimpang, menerusi dan bawah.

Pelajar yang berada pada peringkat kawalan boleh mencuba menggunakan pelbagai cara untuk bergerak diatas alang, bergayut di atas palang atau tali, melompat dari meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain di atas palang bertingkat. Setelah pelajar itu mahir menggunakan peralatan, anda bolehlah menggalakkan mereka memindahkan kemahiran aktiviti lantai kepada aktiviti menggunakan peralatan.

Apabila pelajar telah menjangkau tahap kecekapan mereka perlulah pula memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara bergerak dan acar menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar. Seperti pengalaman aktiviti lantai dalam permainan gimnastik pelajar haruslakh digalakkan supaya memberi perhatian terhadap kualiti pergerakan mereka dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk

urutan dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai untuk gimnastik lpendidikan ialah melompat dan mendarat, mengguling, membongkok, melentur, memusing dan mengayun, kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik.

Gimnastik Irama

Dalam gimnastik irama pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara berannsur-ansur dan kemudiaan diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihan berirama ini pelajar bukan sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengan sendirinya akan memantapkan kemahiran-kemahiran merekaa yang kompleks dan mencabar itu.

Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan dengan menggunakan peralatan seperto bola, gelang, rotan, tali dan reben. Apabila pelajar itu telah mahir menggunakan perlatan itu bolehlah ia menggabungkan pergerakan dengan pola rutin yang mudah. Penggabung jalinan rutin-rutin seperti gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama atau gimnastik reben berirama dan lain-lain itu kedalam program gimnastik .

Berikut adalah beberapa saranan untuk menjayakan sesi gimnastik berirama: x Gunakan muzik iringan semasa berlatih

x Gunakan pelbagai ragam irama untuk meningkatkan kreativiti dan membangkitkan minat.

x Jarakkan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan.

x Beri penekanan pada penggunaan anggota-anggota tangan dan lulut secara serentak semasa menangkap objek-objek.

x Latihkan semua kemahiran kedua-dua bahagian tubuh. x Biarkan pelajar mencipta kemahiran dan rutin mereka sendiri. Jenis-jenis peralatan untuk Gimnastik berirama:

x Bola x Belantan x Gelung x Reben x Tali

Paling penting dalam gimnastik berirama ialah pergerakan yang betul dengan mengikut muzik.

(a) Gimnastik Berirama (Bola)

Berikut adalah teknik-teknik asas dalam memanipulsikan bola seperti mengguling, mengayun, dan melontar yang digubah mengikut muzik.

(i) Letakkan bola di atas tapak tangan tanpa mencekamnya semasa melakukan aktiviti.

(iii) Tangkap bola dengan menggunakan hujung jari

(iv) Ayun dan gulingkan bola ke lantai dengan memegangnya dengan pergelangan tangan.

(b) Gimnastik Berirama (Belantan)

Belatan yang digunakan adalah lebih kurang 3 kaki persegi panjang. Teknik-teknik penggunaan belatan serta aktivitinya adalah seperti berikut: dengan muzik berentak Waltz.

(i) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belatan. Gugurkan belantan kelantai dengan sebelah hujungnya melantun dan cuba untuk menangkapnya.

(ii) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belatan. Lontar belantan ke udara dan tangkapnya.

(iii) Berdiri tangan kanan memegang sebelah hujung belatan. Kedua-dua tangannya disisi. Ayun belantan melintasi badan dan tangkapnya dengan tangan kiri.

(iv) Bertinggung. Cuba gunakan berbagai-bagai bentuk pergerakan lokomotor untuk aktiviti-aktiviti di atas.

(c) Gimnastik Berirama (Gelung)

Gelang yang digunakan berukuran 20-27 inci diameter dengan tapak tangan menadah ke atas dan ke bawah untuk aktiviti-aktiviti gelang dengan muzik berentak waltz.

(i) Pegang gelang dengan sebelah tangan dan ayunkan gelang ke atas dan kebawah.

(ii) Pegang gelang

(d) Gimnastik Berirama (Reben)

Reben yang digunakan berukuran 10 – 15 kaki panjang dan muzik berentak Waltz. Kibarkan reben dari satu bahagian ke satu bahagian lain dihadapan dalam pola melengkung.

(e) Gimnastik Berirama (Tali)

Tali digunakan berukuran berdasarkan saiz dan ketinggian gimnas. Diukur dari tapak kaki hingga ke bahagian ketiak gimnas.

Gimnastik Artistik

Untuk melaksanakan gimnastik artistik pelajar seharusnya telah boleh menguasai semua asas gimnastik. Dimana tahap penggunaan dan kecekapan itu sudah boleh memanipulasi tubuh mereka serta mempunyai asas pengalaman gimnastik seperti aksi-aksi dirian tangan, roda kereta, gulingan, imbangan dan sebagainya. Bimbingan daripada guru amatlah penting dalam pelaksanaan gimnastik berirama ini. Ketika ini ramai pelajar meminati permainan gimnastik secara sendiri dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh kelab-kelab gimnastik dimana kelab-kelab ini mempunyai jurulatih yang bertauliah yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengenadalikan program gimnastik dengan baik.

Kelahiran kelab-kelab ini banyak merangsang ciptaan bentuk-bentuk kemahiran gimnastik yang menarik oleh pelajar. Mana-mana pelajar yang telah memperolehi tahap kecekapan patut meneruskan latihan dengan memberi tumpuan kepada aksi-aksi yang lebih

mencabar seperti mengimbangi badan, mencipta bentuk pergerakan yang baru, mempelbagaikan cara berjalan atau bergerak, dan cara menyokong beban berat badan. Mereka harus digalakkan memfokuskan tumpuan kepada kualiti artistik pergerakan semasa membuat latihan-latihan pergerakan dan membuat penggabungan pergerakan-pergerakan yang telah dipelajari ke dalam satu rangkaian yang kemas, licin dan teratur. Dalam gimnastik artistik, guru perlulah membuat satu demontrasi sesuatu kemahiran itu dengan betul supaya mudah diikuti oleh pelajar. Beberapa orang pelajar yang telah cekap menguasai sesuatu aktiviti boleh dijadikan contoh untuk melakukan aktiviti-aktiviti supaya dapat diikuti oleh pelajar yang lain.

Matlamat gimnastik artistik ini ialah untuk membolehkan pelajar melaksanakan kemahiran-kemahiran yang telah ditentukan melalui kaedah-kaedah yang khusus. Guru dikehendaki membimbing pelajar untuk meningkatkan kebolehan mereka bergerak dalam melaksanakan aktiviti, memupuk keyakinan diri dan kebolehan menginterpretasikan tugas serta menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran.

Berikut adalah kegiatan gimnastik artistik bagi pelajar ditahap kecekapan: (a) Guligan

Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain disekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap pengggunaan boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan-lakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling. Mereka juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam, atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang berbeza-beza.

Di tahap kecekapan, pelajar boleh belajar cara melakukan lakuan mengguling sebagai sebahagian daripada kemahiran tambahan. Mereka harus bersedia untuk menggunakan kemairan ini apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam permainan bola jaring, bola sepak dan sebagainya.

(b) Imbangan

Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik.

Pelajar yang sudah mencapai keupayaan perlakuan asas, sama ada ditahap aplikasi atau kemahiran, mampu menyokong beban berat mereka dengan kedua-dua belah tangan dalam keadaan tetap, dalam keadaan kedua-dua kaki terlunjur ke atas, punggung lurus selari dengan kedua-dua tangan buat selama tiga hingga lima saat.. Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini termasuklah mengimbang dalam persekitaran yang dinamik, memindah dan menukarkan bebanan menjadi tetap, sambil pada masa yang sama melakukan imbangan dalam pelbagai kedudukan. Ini adalah penting untuk membantu pelajar membuat keputusan menegenai gabungan pergerakan disamping membolehkan memilih dan mencipta cara menjalinkan satu jenis pergerakan dengan cekap.

Di tahap kecekapan, latihan imbangan dilakukan di atas lantai dan diatas sebarang alatan dengan menggabungkan kemahiran imbangan dengan faktor masa, daya

tenaga, kuasa, tetap dan rasa keriangan untuk mengekpresikan kontras di antara pelbagai unsur. Pelajar digalakkan memperhaluskan gaya pergerakan lantai mereka daripada satu kedudukan kepada satu kedudukan serta membentuk cara lakuan dengan baik dan menggunakan fokus sepenuhnya.

Memindah beban seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim. Tetapi lakuan memindahkan beban yang paling kerap ialah dari kaki ke kaki seperti dalam berjalan. Terdapat perbezaan yang ketara antara gimanstik pendidikan dengan gimnastik artistik. Dalam gimnastik artistik matlamatnya adalah jelas. Pelajar dikehendaki mempelajari cara melaksanakan kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan mengikut kaedah yang khusus. Sementara itu hasilan daripada gimnastik pendidikan tidak mudah diperjelaskan. Kemahiran-kemahiran yang hendak dipelajari itu tidak ditentukan terlebih dahulu dan praktiknya tidak terikat kepada kaedah-kaedah tertentu. Dalam hal ini guru akan bertindak sebagai pembantu kepada pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk bergerak sealiran dengan arus graviti, membina keyakinan diri dan sifat berdikari, serta menginterpretasikan perlakuan-perlakuan di samping menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran berkenaan.

6.3 PENDIDIKAN KREATIF

Latihan 6.2

Bagaimanakan kreativiti dapat meningkatkan kecerdasan minda pelajar? Apakah kemahiran-kemahiran yang perlu mereka ada?

Dalam dokumen Modul Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan (Halaman 115-122)