• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan"

Copied!
221
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN

Panduan Kursus i-v

TOPIK 1 : KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 1

1.1 Pengenalan Konsep 2

1.1.1 Matlamat 4

1.1.2 Objektif 4

1.2 Latar Belakang Seni dalam Pendidikan 5

1.2.1 Teori Pembelajaran 7

1.2.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran 16 1.2.3 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran 18 1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni dalam Pendidikan 19

1.2.5 Pendapat Tokoh-tokoh 20 1.3 Kepentingan 21 Rumusan 24 Glosari 24 Ujian 1 25 Ujian 2 25 Rujukan 25

TOPIK 2: KANAK-KANAK DAN SENI 26

2.1 Keperluan dan Keinginan Asas Kanak-kanak 27

2.1.1 Jasmani 29 2.1.2 Emosi 30 2.1.3 Rohani 30 2.1.4 Intelek 30 2.1.5 Sosial 31 2.1.6 Estetik 32

2.2 Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak 32

2.2.1 Peringkat Perkembangan 33

2.2.2 Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi 33 2.2.3 Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni 34

2.2.4 Kreativiti 35

2.2.5 Pemahaman 35

2.2.6 Kesedaran Kendiri 36

Rumusan 36

(2)

Ujian 1 37

Ujian 2 37

Rujukan 37

TOPIK 3: DERIA DAN SENI 38

3.1 Perkembangan Kepekaan Deria 39

3.1.2 Dengar 41

3.1.3 Lihat 41

3.1.4 Rasa 42

3.1.5 Hidu 42

3.2 Kepentingan Kepekaan Deria 43

3.2.1 Persekitaran 43

3.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan kepekaan Deria dalam

Proses Pengajaran dan Pembelajaran 46

3.2.3 Perkembangan Nilai Estetika 47

3.3 Aktiviti 48

3.3.1 Mengalami Melalui Deria 50

3.3.2 Penggabungjalinan 50

Rumusan 53

Ujian 1 53

Ujian 2 53

Rujukan 53

TOPIK 4 : PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 54

4.1 Pengenalan Seni Visual 55

4.1.2 Bidang-bidang dalam Seni Visual 55

4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni Visual 60

4.2 Asas Seni Reka 61

4.2.1 Unsur Seni 61

4.2.2 Prinsip-prinsip Rekaan 64

4.2.3 Struktur Rekaan 66

4.2.4 Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah 67

4.3 Aktiviti Seni Visual 69

4.3.1 Menggambar 69

4.3.2 Membuat Rekaan dan Corak 71

4.3.3 Membentuk dan Membuat Binaan 72

4.3.4 Kraf Tradisional 72

(3)

Glosari 73

Ujian 1 74

Ujian 2 74

Ujian 3 74

Rujukan 74

TOPIK 5: PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 75

5.1 Pengenalan Asas Muzik 76

5.1.1 Definisi Muzik 76

5.1.2 Matlamat dan Objektif 77

5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik 77

5.2 Konsep Muzik 82

5.2.1 Unsur-unsur muzik 82

5.2.2 Kemahiran muzikal 89

5.3 Penyampaian Konsep Muzik dalam Aktiviti Muzikal 91

5.3.1 Nyanyian 91

5.3.2 Muzik dengan Gerakan 92

5.3.3 Permainan Alat 93 Rumusan 94 Glosari 94 Ujian 1 94 Ujian 2 95 Rujukan 95

TOPIK 6: PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 96

6.1 Pergerakan asas 97

6.1.1 Pergerakan Lokomotor 98

6.1.2 Kemahiran Persepsi Motor 103

6.1.3 Kemahiran Manipulatif 104 6.2 Pendidikan Pergerakan 105 6.2.1 Gimnastik Pendidikan 106 6.2.2 Gimnastik Irama 108 6.2.3 Gimnastik Artistik 109 6.3 Pendidikan Kreatif 111 6.3.1 Interpretasi Idea 111

6.3.2 Perasaan dan Tanggapan Deria 112

(4)

Rumusan 114

Glosari 114

Ujian 1 114

Ujian 2 115

Rujukan 115

TOPIK 7: PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 116

7.1 Penerokaan 117

7.1.1 Meneroka Alat dan Bahan 118

7.1.2 Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi 119

7.1.3 Meneroka Idea dan Isi Kandungan 119

7.2 Memperoleh Pengalaman 120

7.2.1 Pelbagai Strategi Memperoleh Pengalaman 120

7.2.2 Aktiviti Memperoleh Pengalaman 120

7.2.3 Kepentingan Pengalaman Secara Langsung 121

7.3 Ekspresi 124

7.3.1 Bentuk Ekspresi 125

7.3.2 Unsur Perasaan dalam Ekspresi 126

7.3.3 Penyampaian yang Berekspresif 127

7.3.4 Aktiviti 128 Rumusan 129 Glossori 129 Ujian 1 129 Ujian 2 129 Rujukan 129 TOPIK 8 : PENGHUBUNGKAITAN 131 8.1 Pengenalan 132

8.1.1 Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda 132

8.1.2 Kelebihan Penghubungkaitan 133

8.1.3 Tujuan Penghubungkaitan dalam Berbagai Aspek Pengajaran

dan Pembelajaran 134

8.2 Penghubungkaitan Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan

Mata Pelajaran Lain 135

8.2.1 Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran 135 8.2.2 Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran 136

(5)

8.3 Peranan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran 137 8.3.1 Motivasi, Fasilitasi, Penyampaian Pengukuhan, Pelanjutan,

Penglibatan 139

8.3.2 Meta Kognisi, Refleksi, Pembelajaran Bestari 141

Rumusan 145

Glosari 145

Ujian 1 146

Ujian 2 146

Rujukan 146

TOPIK 9 : PENDEKATAN BERTEMA 147

9.1 Pengenalan 148

9.1.1 Pendekatan Bertema 148

9.1.2 Pemilihan dan Penentuan Tema 148

9.1.3 Kelebihan, Kekuatan dan Isu/Cabaran 149

9.2 Penghubungkaitan Tema dengan Mata Pelajaran 150 9.2.1 Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran 150

9.2.2 Tema dengan Kemahiran 151

9.2.3 Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan

Pendekatan Bertema 152

9.3 Jenis Tema 152

9.3.1 Tema-Persekitaran 153

9.3.2 Tema dan Masyarakat 156

9.3.3 Tema Komunikasi 159 Rumusan 164 Glosori 164 Ujian 1 164 Ujian 2 165 Rujukan 165 TOPIK 10 : INTEGRASI 166 10.1 Pengenalan 167

10.1.1 Berbagai Pengertian Integrasi 168

10.1.2 Berbagai Jenis Integrasi 168

10.1.3 Kelebihan Integrasi 172

10.1.4 Isu dan Cabaran Intergrasi 173

(6)

10.2 Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan

Mata Pelajaran Lain 175

10.2.1 Matematik 176

10.2.2 Sains 176

10.2.3 Kajian Sosial 177

10.3 Perancangan dan Penilaian 177

10.3.1 Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual, Komunikasi antara

Berbagai Pihak) 177

10.3.2 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran 178

10.3.3 Penilaian Pendekatan Integrasi 180

Rumusan 182 Glosori 182 Ujian 1 183 Ujian 2 183 Rujukan 183 Jawapan 184

(7)

PENGENALAN

Kursus Seni Dalam Pendidikan adalah kursus Open University Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial. Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi dalam masa selama 8 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

Kursus ini ialah kursus wajib Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ke atas semua pelajar Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Prasekolah) dengan kepujian, di semua institusi pengajian tinggi. Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan kursus dan bagaimana ia dijalankan serta keperluan-keperluannya. Untuk itu anda perlu membaca panduan ini dengan teliti dari mula hingga akhir.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus

Aktiviti Jam

Membaca modul dan menyiapkan latihan 70

Menghadiri 3 sesi tutorial pada kadar 3 jam 20 minit per sesi 10

Capaian pada laman web 6

Menyiapkan satu (1) tugasan 24

Ulang kaji 10

Jumlah 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. dapat menjelaskan pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan.

2. dapat menghubungkait dan mengintegrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan melalui pendekatan bertema.

(8)

3. dapat mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni untuk merancang, merekabentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.

SINOPSIS KURSUS

Mata pelajaran ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak. Pada masa yang sama, ia menekankan penghubungkaitan Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain untuk merangsang pembelajaran serta membantu pemindahan pembelajaran. Selain daripada itu mata pelajaran ini memberi pendedahan tentang pengintegrasian aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam matapelajaran yang lain dengan pendekatan bertema.

(9)

PERISIAN

Topik 1 : Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam Pendidikan, menyatakan matlamat dan objektif mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dan menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu anda juga akan mengetahui beberapa teori pembelajaran dan cara-cara pemindahan pembelajaran serta mengetahui peranan ekspresi diri, emosi dan imajinasi dalam mempengaruhi pembelajaran seni dalam pendidikan.

Topik 2: Topik ini memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh.

Topik 3: Sebagai rumusan deria dan seni lebih menumpukan tentang kepekaan deria terhadap perkembangannya. Di samping itu pengaruh persekitaran, pengalaman juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman Sesuatu deria danperkembangannya terhadap nilai-nilai estetika. Berdasarkan aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dengan pergerakan ia secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa dan dengan mengadakan penggabungjalinan aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kefahaman terhadap bidang Seni Dalam Pendidikan.

Topik 4: Pendidikan seni visual merupakan satu subjek yang penting dipelajari oleh murid semasa berada di alam persekolah. Pendidikan seni visual juga merupakan satu mata pelajaran yang dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan minat mereka dalambidang seni serta memberi galakan kepada mereka untuk menghargai unsur-unsur seni dan budaya masyarkat yang berada dipersekitarnya. Untuk itu pengetahuan asas dalam seni visual menjadi satu bahan penting yang perlu diketahui dan pelaksanaannya dibilik darjah tidak hanya terhad kepada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserapkan kepada mana-mana mata pelajaran.

Topik 5: Topik ini lebih memberi pengetahuan tentang pengetahuan asas dalam muzik. Ianya merangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di Malaysia. Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untuk mengajar pendidikan muzik seperti Carl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon. Disamping itu penekanan terhadap konsep muzik yang hendak disampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga komponen bidang penting yang diberi tumpuan didalam mengajar pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan permainan alat muzik.

Topik 6: Topik ini memberi penekanan tentang pengetahuan asas tentang pergerakan yang merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif. Seperti telah tersedia maklum penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk

(10)

mencapai keupayaan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.

Topik 7: Topik ini menumpukan kepada interpretasi dan definisi tentang penerokaan, pengalaman dan ekspresi yang berkaitan dengan Seni Dalam Pendidikan. Topik ini juga cuba menjelaskan tentang penerokaan alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan yang digunakan dalam seni. Serta dapat menghuraikan dan menjanakan minda tentang penggunaan pelbagai strategi untuk memperolehi pengalaman dan boleh menjelaskan dan memahami bentuk-bentuk dan unsur-unsur ekpresi diri kanak-kanak.

Topik 8: Topik ini menegaskan tentang kepentingan penghubungkaitan pada setiap mata pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat memahami pengertian, tujuan dan peranan penghubungkaitan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Diharapkan dengan menggunakan penghubungkaitan dapat membina atau membentuk sahsiah, emosi, jasmani dan fizikal pelajar supaya menjadi masyarakat yang berpekerti mulia.

Topik 9: Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual. Topik 10: Konsep integrasi pada Seni dalam Pendidikan adalah ke arah pembangunan

individu insan yang simbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu penegetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini adalah disebabkan untuk membolehkan setiap pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Pelaksanaan konsep kesepaduan atau integrasi dalam proses pengajaran pembelajaran adalah melalui penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Antara lain manafaatnya ialah dapat memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait atara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu. Manakala pemulihan dan pengayaan pula untuk menjamin setiap pelajar tidak ketinggalan daripada memperolehi apa yang sepatutnya mereka perolehi selaras dengan pendemokrasiaan dalam mendapatkan pendidikan.

PENGETAHUAN ASAS

Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini. Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus kerana ia adalah kursus berstatus Wajib LAN.

(11)

BAHAN BACAAN

Buku teks rujukan bagi kursus ini sepertimana yang dicadangkan dan dinyatakan dalam unit teks.

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian bagi kursus ini melibatkan dua komponen, iaitu penilaian berterusan dan penilaian akhir. Pecahannya adalah seperti berikut:

Penilaian berterusan:

1. Ujian 1 10%

2. Ujian 2 15%

2. Penglibatan dalam perbincangan 5%

3. Tugasan (1) 20%

4. Peperiksaan akhir 50%

Jumlah 100%

(12)

TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI

DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera , seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan peringkat sarjana muda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini anda akan dapat:

1. menjelaskan konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam Pendidikan;

2. menyatakan matlamat dan objektif mata muridan Seni Dalam Pendidikan; dan 3. menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan

(13)

PETA MINDA

1.1

PENGENALAN KONSEP

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

Kenapa mata pelajaran seni dalam pendidikan ini diperkenalkan?

Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada tokoh-tokoh:

(a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah

(14)

objek atau bahan. Oleh itu Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

(b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah . Realitinya kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan linguistik dan matematik logik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan ini dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan berkesan.

(c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

(d) Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept” yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

(e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intutif , personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.

(f) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.

Seni Dalam Pendidikan akan:

x Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata muridan di sekolah menjadi lebih seronok

x Membantu anda memahami diri sendiri

x Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah x Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka , berpersonaliti yang

seimbang, berketrampilan dan profesional.

(15)

1.1.1 Matlamat

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

Rajah 1.1: Matlamat seni dalam pendidikan

1.1.2 Objektif

Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk: x menghargai keindahan ciptaan Tuhan

x mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan x meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang

seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan pembelajaran

(16)

x menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja

x membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat

x mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridanlain

x menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni pergerakan

x menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan

x menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup

x membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

x mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.

x membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan

1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.

Teori Kecerdasan Manusia

x Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori pembelajaran.

x Hermann (1991) menghasilkan “Quadrant Concept” yang membentuk peranan otak kanan dan otak kiri yang sama.

x Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.

Seni Muzik

Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau “sequential”.

(17)

Seni Pergerakan

x Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang kita ingin lakukan.

x Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran yang berbagai.

x Torrance (1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkan kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya.

Seni Visual

x Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan seni kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan dan penaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian, otak kanan dan otak kirinya difungsikan.

x Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina konsep.

x Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak tenatng berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa.

x Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.

(18)

Rajah 1.2: Teori kecerdasan manusia menjadi asas seni dalam pendidikan

Latihan 1.1

Mengapa Seni Dalam Pendidikan?

1.2.1 Teori Pembelajaran

Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni Dalam Pendidikan adalah seperti berikut: (a) Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.

Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan

(19)

murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya proses inkuiri akan terhasil.

PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secara konstruktisme.

Rujuk dan imbas kembali topik ini dalam Seni Dalam Pendidikan dan cuba terapkan dalam proses pembelajaran anda.

x Huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh Mc Brien dan Brandt, (1997), Briner, M (1999) dan Brooks dan Brooks (1993)

x Ciri pembelajaran secara konstruktivisme x Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme

x Peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis x Perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme

(20)

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru

2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran

3. Menyokong pembelajaran secara koperatif

4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi duni sebenar

6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna

7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid

8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejar sesuatu idea 9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

Dalam teori konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan membina ilmu yang didapati bermakna kepada dirinya

(actively construct knowledge that they find personally meaningful )

Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teori konstruktivisme?

x Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada x Menyusun atur maklumat dan pengetahuan

x Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru

x Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk x Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan

x Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

Aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat membina konsep pembelajaran kanak-kanak melalui:

(21)

(b) Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dengan tajuk “seven ways of knowing, perceiving and understandingn life” beliau membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istemewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori ini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai:

x Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar x Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan

x Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Jenis-jenis kecerdasan: x Verbal – linguistik x Logik – Matematik x Visual – ruang x Kinestetik x Muzik x Interpersonal x Intrapersonal x Naturalis

PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(22)

Latihan 1.2

Nyatakan jenis teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di bawah ini .

Bil Aktiviti Murid Jenis TKP yang

Digunakan 1. Murid mengira dan menjumlahkan buah kuini

yang dikutip di dusunnya

2. Murid meniru nyanyian Mawi di televisyen 3. Murid bermonolog, merafak syahdu kepada

Tuhannya

4. Murid mengikut sebutan pensyarah dalam sebutan terminologi dalam sesi kuliahnya 5. Murid menggunakan pensel untuk mendapatkan

skema ukuran dalam kerja melukis perspektif 6. Murid berborak di bawah pohon mengkudu

selepas tamat sesi kuliahnya

7. Murid mengambil daun puding untuk ditiru dalam mata muridan Pendidikan Seninya. 8. Murid membuat regangan otot sebelum mendaki

(23)

Rajah 1.4: Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983) dalam bukunya “Frames of Mind: Theory of Multiple Inlleigence

Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?

1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai 3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai

4. Wujudkan suasana kolaboratif

5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam pengejaran dan pembelajaran

6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri

7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya meningkatkan potensi diri

(24)

Rajah 1.5: Kecerdasan pelbagai yang dikuasai oleh murid (c) Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini juga menekankan konsep peniruan. Ia berlaku dalam tiga bentuk yang berikut:

(i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya. Di peringkat permulaan menghasil sesuatu karya, kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan berkesan sehingga murid dapat berdikari dengan pengkaryaannya.

(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain. Contohnya: murid boleh membuat peniruan atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut

(25)

bergelar artis. Amalan meniru ini dianggap suatu kerja menciplak atau plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid juga membuat kerja taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus menerus meniru dalam semua situasi. Contohnya: Walaupun kerja meniru dalam berkarya itu suatu yang ditegah dan tidak bermoral tetapi kerana amalan ini tiada tegahan ia akan menjadi satu habit dan biasaan.

(iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.

Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?

(i) Pemerhatian dari gerak balas penglihatan, pengamatan, pendengaran dan responsif deria. Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea itu. Cara yang termudah ialah membuat representasi idea yang sedia ada dalam minda murid.

(ii) Memori yang berkekalan. Murid mempunyai penghayatan yang kekal dalam minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih. Untuk tujuan mengekspresikan idea, memori ini membantu murid mendapatkan idea sebagai hal subjek (subject matter)

(iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai. Apabila sesuatu gerak balas itu mendapat ganjaran, ia akan menjadi satu prinsip kendiri dan boleh menjadi pemerapan idea pada jangka panjang.

(d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan

Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991), otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil. Ini penting kerana setiap insan dilahirkan dengan sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipontesikan mengikut tumbesarannya. Teori ini melihat bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberi perhatian pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang secukupnya untuk mengelak daripada gejala vandalis di kalangan murid. Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata muridan disekolah. Pokok persoalanya, adakah mata muridan yang diajar disekolah melengkapi penyuburan kecerdasan otak sesorang murid?

(26)

Rajah 1.6: Peranan otak kanan (hoki) dan otak kiri (hok) (e) Teori Pemerosesan Maklumat

Teori ini dikemukakan olah Robert M. Gangne (1975) mengemukakan bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.

Mengikut teori ini rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Untuk itu Gagne telah mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa biasa yang dialamai oleh manusia dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

(27)

Rajah 1.7: Gambarajah teori pemerosesan maklumat

Apabila aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dijalankan, pembelajaran kecerdasan emosi dan pengalaman langsung dari proses maklumat seperti diatas akan memudahkan untuk memberikan kepada kanak-kanak beberapa peluang antaranya:

x Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil

x Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau penyampaian x Mendapat maklum balas dari orang lain

x Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya x Mengelak perlakuan yang tidak diingini

x Mengekalkan perlakuan yang diingini

1.2.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran

Apa sahaja pembelajaran, ia berlaku secara berperingkat-peringkat, berfasa dan bersekuen mengikut rangsangan yang diperolehi di persekitaran kemudian diproses ke dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna dan seterusnya akan diamalkan dalam situasi yang sepadan. Tindakan mengamal dari pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran boleh diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku manusia.

Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan ditersukan jika terdapat motivasi yang sesuai, sebagai penggerak yang mendorong untuk berusaha memikirkan erti rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

(28)

Berdasarkan Model Proses Gagne (1974), fasa-fasa proses pembelajaran dapat dibahagikan kepada lapan fasa. Proses pembelajaran ini bermula daripada penerimaan rangsangan melalui organ deria manusia, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi. Setiap fasa dalam proses pembelajaran mempunyai tindakan dalam atau pun luaran yang tersendiri dan mempengaruhi fasa yang berikutnya. Di antaranya kesediaan, motivasi, pengamatan, penaggapan, ingatan, lupaan dan pemindahan. Aspek-aspek utama ini berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.

Kesediaan Belajar

Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk memmuridi sesuatu dengan tujuan memperoleh pengalaman pembelajaran yang baru.

Kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor, emosi dan kematangan murid untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang berkesan. Seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk belajar sesuatu sekiranya individu itu belum mempunyai kesediaan belajar. Hal paksaan ini tidak akan menghasilkan keberkesanan dalam pembelajarannya.

Pengamatan

Pengamatan boleh diertikan sebagai persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Rangsangan yang dikesan kemudian menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui sistem saraf yang menghubungkan deria tertentu dengan otaknya. Otak mentafsir maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang berkaitan, menginterpretasi dan membentuk makna, bayangan , gambaran atau konsep rangsangan tersebut.

Jenis-jenis Organisasi Pengamatan

1. Persepsi ruang - mengandungi ruang dimensi dan tiga dimensi. Contoh: persepsi ruang dua dimensi terdapat pada satah gambar yang sifatnya rata (flat) atau mendatar. Ruang seperti ini bersifat illusi iaitu hanya dapat dilihat dalam bentuk gambar. Manakala ruang tiga dimensi merujuk kepada objek yang sebenar yang bersifat konkrit. Ia merujuk kepada objek dan persekitaran yang sebenar, boleh disentuh dan dilihat dengan mata kita.

2. Persepsi gerakan - persepsi ini berkait kepada objek-objek bergerak dimana pergerakan objek mempengaruhi retina mata kita. Contoh: kapal terbang yang bergerak di udara, burung terbang, kereta api bergerak dan lain-lain lagi.

3. Persepsi masa - ditafsir oleh individu berdasarkan pengalaman atau apa yang dirasai. Contohnya: Masa berlalu terlalu laju, tahu-tahu umur sudah menjangkau 50 tahun. Seronok menjawab soalan peperiksaan terasa masa berjalan begitu cepat. Menunggu itu suatu penyeksaan ketika menunggu kekasih untuk berdating.

(29)

Rajah 1.8: Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat

1.2.3 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran

Mengaktifkan pembelajaran bermakna mewujudkan suasana yang responsif dan bersifat dua hala. Manakala pemindahan pembelajaran bermaksud kebolehan dan kecekapan menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran sedia ada ingatan untuk diaplikasikan kepada proses pembelajaran dalam situasi baru.

Proses mengkategorisasi, generalisasi dan gangguan proaktif adalah pembelajaran lama yang mempengaruhi pembelajaran baru. Fenomena kesan pembelajaran yang baru berlaku dikenali sebagi pemindahan pembelajaran atau pemindahan latihan.

Proses pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara aktif dan negatif. Pemindahan pembelajaran positif berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A dapat membawa pembelajaran dalam situasi B. Sifat keluwesan ini ternyata bahawa penerimaan berlaku tanpa kongkongan. Contoh: Kebolehan Idris dalam melukis pemandangan menggunakan kertas dan cat air dapat dipindahkan menggunakan kanvas dan cat minyak.

Proses pemindahan negatif berlaku sebaliknya. Contoh: Mukhtar telah memmuridi bahawa selepas menghasilkan catan air berus mesti dicuci dengan air. Mukhtar membuat

(30)

kesilapan apabila beliau membuat catan minyak, beliau maseh menggunakan air untuk mencuci berusnya.

Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah:

x Kefahaman – Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah dimuridi sebelum dia boleh menggunakan dalam situasi baru.

x Kesamaan – Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep yang dimuridi perlu mempunyai persamaan

x Kemahiran – Murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia memindahkannya kepada situasi baru.

x Celik akal – Murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalam sesuatu untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain.

1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni Dalam Pendidikan

Penyerapan tiga dalam satu. Adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa selama ini telah wujud mata muridan Seni Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani secara per..se. Mengapa kontemporari ini ketiga-tiga mata muridan ini digabung? Apakah selama ini ketiga-tiga mata muridan ini telah mantap, perkasa dan dominan sehingga akhirnya lahir satu integrasi tiga subjek tadi? Bagi orang yang tidak berminat dengan ketiga-tiga subjek ini tentulah menjangkakan bahawa ia menjadi suatu mimpi ngeri semata-mata. Penerimaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah. Konsep pembelajaran di sekolah hari ini berkait rapat dengan peperiksaan rasmi di peringkat kebangsaan. Kalau subjek ini sekadar pelengkap atau suatu pengisian tambahan, adalah sukar untuk merealisasikan penerimaannya secara total. Agak malang jika ia diajar di tahun enam, subjek ini mungkin digunakan untuk memulihkan (recover) subjek peperiksaan kerana pihak sekolah inginkan pencapaian UPSRnya cemerlang.

Perlaksanaan di sekolah. Sebagai subjek yang diintergrasikan, guru cenderung untuk mengajar kepakaran seni sahaja. Contoh: Jika cikgu Habsah adalah guru Seni Visual, tenensi pengajarannya tentulah kepada Seni Visual. Bagaimana dengan Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani? Untuk mewujudkan tiga guru seni tadi dalam satu masa tentunya agak sukar. Kalau ada pun soalan keselarasan menjadi persoalannya.

Kekaburan matlamat dan objektif. Seperti biasa, apabila disebut sebagai baru, ia maseh dalam pemerhatian, tilikan dan renungan. Secara ubah ansur, penelitian matlamat dan objektif ditanggap tetapi tidaklah sepantas saranan pihak pentadbir. Terminologi dan laras bahasa Seni Dalam Pendidikan maseh dalam kontek “ingat-ingat lupa”.

Pertindihan subjek seni yang sedia ada. Pada masa ini kita telah maklum bahawa Seni Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani diajar di sekolah. Kedatangan Seni Dalam Pendidikan seolah-oleh membawa suatu pertindihan aktiviti dan bidang yang diajar. Konsep 3 + 1 sebenarnya telah bertindan dengan 1 + 1 + 1.

Masa interaksi guru bertambah. Bebanan kerja adalah suatu phobea kepada guru. Bukan guru hendak mengelak kerja tetapi dalam waktu yang sama guru mendapat tambahan waktu mengajar sedangkan sekarang ini mereka mempunyai jumlah interaksi

(31)

mengajar yang maksimum. Lebih kritikal lagi kepada sekolah kurang murid ( SKM ) di mana guru selalunya mengambil satu standard untuk setiap tahap dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mata muridan rileks – tiada peperiksaan. Lain pula bagi sikap guru yang meletakkan mata muridan bukan peperiksaan sebagai mata muridan tidak penting. Boleh dijadikan mata muridan rileks. Kepada guru yang mengajar dalam jumah interaksi maksimum mahukan subjek ini untuk waktu rehatnya. Jika pernyataan ini benar, tentulah implikasinya negatif.

1.2.5 Pendapat Tokoh-tokoh 1. Fox and Diffily (2000)

Golongan profesional mengenalpasti akan kepentingan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk perkembangan dalam semua bidang, sosio-emosi-psikomotor dan kembangan kognatif. Seni Kreatif, Seni Muzik, drama, Seni Pergerakan dan Seni Visual adalah penting sebagai penyemai perkembanagn di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

2. Gibson, Rex (1996)

Pembelajaran kecerdasan emosi berkait rapat dengan cara penyampaian idea-idea dan perasaan masing-masing. Seni membantu dalam meluahkan perasaan dan emosi secara mendalam. Perasaan adalah subjektif seperti perasaan bahagia dan tidak bahagia. Perasaan merupakan satu cara untuk merangsang minda untuk mengenali fakta. Ini bermakna perasaan boleh ada makna – suatu yang mempengaruhi kita.

3. JOHN DEWEY

Fungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembanagn fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan fikiran melalui seni.

4. WALTER GROPIUS

Seni seharusnya berfungsi dan memberi faedah kepada kehidupan seharian bukan untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Gropius telah memberi kepentingan prinsip asas reka bentuk ke barangan seharian kelauaran industri dengan menyatukan seni, pertukangan, sains dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetika telah dibawa ke barangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas letrik, kenderaan, bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi prtimbanagn khas terhadap bentuk dan bahan. Konsep seni ini memperkembangkan seni reka, seni komersial dan seni dalam kehidupan seharian.

5. PLATO

Seni dan pendidikan perlu dipandu kepada kebenaran, kebaikan ,kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Seni dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan. Seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan.

(32)

6. ARISTOTLE

Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada benda alam. Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai katarsis dengsn struktur bentuk dalam cerita puisi itu. Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi memberi struktur yang universal kepada pokok. Dengan struktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok. Maka seni itu adalah baik. Menerusi struktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya yang baik.

1.3

KEPENTINGAN

Peranan Ekspresi

Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.

(33)

Rajah 1.10: Peranan ekspresi

Peranan Emosi

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu:

(i) seronok dan tenang

(ii) kurang seronok dan cemas.

Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

Steq pula menyatakan bahawa jika seseorang memiliki IQ (Intelligence Quotient) yang tinggi, ditambah dengan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi juga, orang tersebut akan lebih mempu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.

(34)

Kecerdasan Emosi Konsep IQ dan EQ

Intellegence – dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognatif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfede Binet dan Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sampai waktu kini. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau “neurology” mendapati emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ).

Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak tentang meramalkan masa depan seseorang. Menurut Coleman (Pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20 % kejayaan seseorang manakal 80% lagui adalah faktor-faktor lain.

“intellegence test really assess skill in assimilating new information in solving new problems. This bios toward crytallized rather than fluid knowledge can be astounding consequences and individual can lose his entire frontal lobes, in the process becoming redically different person unable to displey any initiative or to solve new problem and yet may continue to exibit an IQ closde to genius level ....Edward Gardner (1983)

Membina Emosi yang Sihat

x Guru yang penyayang dan ceria

x Tahap EQ guru yang membina EQ murid

x Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat x Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau

peperiksaan

x Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku

x Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial. x Mereka lebih berkerjasama , suka menolong, boleh diharap dan berempeti x Lebih fokus, tekal boleh menangani kekecewaan dan sabar.

Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah

x Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid

x Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru – murid x Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan x Menguasai kemahiran mengajar EQ

x Menggunakan perkatan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan x Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan

(35)

x Ada unsur kecindan

x Menggunakan unsur biografi kepada perkara yang berkaitan

x Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi. Peranan Imaginasi

Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;

(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil (iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaraqn ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama.

Melalui aktiiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan lagu “lebah”. Semasa akanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

RUMUSAN

Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam Pendidikan, matlamat dan objektif serta hubung kaitannya dengan pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga penting sebagai persiapan bakal guru yang mengajar mata muridan ini. Di samping itu anda juga didedahkan beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara global . Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi, persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan bakal guru dalam mata muridan ini.

GLOSARI

Ekspresi – Luahan perasaan, luahan gagasan, luahan pendapat, luahan berkarya Emosi – Perasaan yang kuat, dalaman , emansipasi.

Estetik – Kecantikan

Maridan – Berkehendak; asal kata murid; berkehendak yang baik-baik. Imaginasi – Gambaran/kerangka imej

(36)

Inventif – Merekacipta, merekabentuk, dapatan baru Isme – Aliran, fahaman

Representatif – Penampilan semula, gambaran semula, penyatuan semula Persepsi – Tanggapan/pengertian yang tajam

UJIAN 1

1. Berdasarkan pengalaman anda, huraikan prinsip yang berkaitan dengan persepsi?

UJIAN 2

1. Setiap guru perlu memahami emosi muridnya semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?

(b) Bagaimanakah caranya guru dapat membina emosi murid yang sihat?

RUJUKAN

Al-Hurwitz & Michael Day (2001), Children and their Art, Harcourt College Publishers, USA Anderson, W.M & Lawrence, J. E (1991), Intergrating music into the classroom, Belmont,

California, Wadsworth Publishing Co.

Bahagian Pendidikan Guru (2005) Seni dalam pendidikan untuk LPBS, Putrajaya. Fogarty, R (1991) How to intergrate the curricula , Illinois, IRI. Skylight Publishing Inc. Howard Gardner (1997), Multiple intellegences as a partner in school improvement “, New

York, USA: University of Illinois Press

Isabel, R.T. & Raines, S.C. (2003), Creativity and the arts with young chidren, USA: Thomson Learning Inc.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pembelajaran secara konstruktivisme Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Teori kecerdasan pelbagai, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

(37)

TOPIK 2

KANAK-KANAK DAN SENI

PENGENALAN

Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanak-kanak. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia disekeliling mereka. Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari sesuatu yang baru. Kanak-kanak bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahui bagaimana idea-idea berhubungkait di antara satu dengan yang lain. Mereka boleh mencipta satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubunglkait seni dengan perasaan, intuisi dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini anda akan dapat:

1. mempertingkatkan kefahaman tentang fitrah kanak-kanak dalam proses perkembangan diri mereka;

2. menjelaskan keperluan asas kanak-kanak;

3. memahami perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak; 4. menjelaskan konsep kanak-kanak sebagai insan sosial; dan 5. mengetahui tentang perkembangan diri kanak-kanak melalui seni.

(38)

PETA MINDA

2.1

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa, dan

(39)

meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.

Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik dajah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.

Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanak-kanak. Jika diteliti berdasarkan teori Pembelajaran Maslow. Pendidikan boleh diumpamakan berada didalam tahap fisiologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak. Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estettik. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakad mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu untuk mencapai objektif, guru perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut:

x Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian.

x Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.

x Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying

x Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai

x Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar

x Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan emibatkan diri secara aktif.

(40)

Selain daripada itu kanak-kanak juga memerlukan perkara-perkara berikut antaranya ialah;

x Jasmani dan fizikal yang sihat

Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat.

x Emosi yang stabil

Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka.

x Kerohanian yang membanggakan

Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi x Kefahaman intelek yang tinggi

– Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan.

x Perhubungan sosial yang menggalakkan

– Perhubungan sesama kanak-kanak hendalah didalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan

x Kefahaman tentang nilai-nilai estetik

Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat didalam pendidikan seni visual.

2.1.1 Jasmani

Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat semasa bayi. Perubahan berlaku dari segi rupa, atau wajah dan fizikal. Contohnya bayi yang baru lahir sudah pandai menghisap susu ibunya. Dalam jangka masa umur satu tahun, kita boleh menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan berlaku kepada bentuk fizkal atau jasmani kanak-kanak.

x Semakin kanak-kanak meningkat usianya pergerakan kordinasi otot kasar dan halus dan perkembangan dari segi fizikal akan turut meningkat mengikut usianya.

x kanak pada peringkat 6-12 tahun merupakan kanak-kanak yang aktif. Kanak-kanak pada tahap ini perlu diberi peluang bersuara dan bergerak untuk gerak kerja mereka. Masa rehat perlu diberi dengan menumpukan pergerakan sebagai sebahagian daripada pelajaran yang dijalankan. Setiap gerak kerja yang menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja yang senang dan ringan misalnya pendidikan seni visual.

x Kanak-kanak pada peringkat di sekolah rendah ini mempunyai otot-otot yang belum matang untuk itu latihan pergerakan dan seni visual yang kerap akan dapat mematangkan pergerakan ototnya contoh memegang pensil dengan baiak supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Ianya memerlukan latih tubi yang kerap.

x Kebanyakan perkembang motor dibahagian tangan lebih penting dan ketara darpda perkembanganb dibahagian kaki. Pengunaan tangan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

(41)

2.1.2 Emosi

x Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam badan, dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu.

x Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan semasa diperingkat prasekolah. Jika dahulu daya pengawalan emosinya lemah kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan semakin usia meningkat semakin matang pengawalan emosinya.

x Pada peringkat ini mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain. Melalui seni juga dia akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan. Terutama ketika melukis dalam seni visual, jika emosinya stabil lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Bagitu juga jika dalam permainan muzik, cara kanak-kanak itu bermain alat dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat muzik memungkinkan tedapat gangguan emosi tetapi jika pukulan stabil, besar kemungkinan emosinya baik.

x Untuk diperingkat ini guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi yang diingini dengan tidak di ingini.

2.1.3 Rohani

Melalui seni dalam pendidikan aktiviti kerohanian dapat dibentuk iaitu dengan banyak menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral. Seperti memperbanyakkan lagu-lagu yang boleh meningkatkan amalan-amalan kerohanian dan moral. Antaranya ialah,

x Penggunaan senikata lagu

x Pengucapan seperti ‘terima kasih’ ‘budak baik’ ‘tahniah’ hendaklah disampaikan seberapa kerap yang boleh.

x Membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu, bukannya mengeji.

x Elakkan daripada mengutuk kanak-kanak sebaliknya perbanyakkan kata-kata memuji dan menghoirmati kanak-kanak.

2.1.4 Intelek

x Pada peringkat ini kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehlkan mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-bagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri pula membolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Ini kerana mereka mempunyai semagat ingin tahu dan keinginan untuk terus belajar.

(42)

x Pada peringkat ini juga mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar membaca. Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal. Pembelajaran amelalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh itu situasi yang dibina dapat membantu dan interaksi bermasyarakat agar dapat saling mempelajari antara satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan mencari jawapan sendiri. x Pada peringkat 11 ke 12 tahun berlaku perubahan daripada pengolahan secara

konkrit kepada pengolahan secara formal. Pada peringkat ini kanak-kanak masih terikat dengan pengalaman yang seberanya. Wujudnya suasana yang boleh menimbulkan pertanyaan murid serta memberi peluang kepada mereka menerangkan pemikaran mereka.

2.1.5 Sosial

x Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting dalam membentuk sosial dan sahsiah kanak-kanak. Kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan, ibu bapa akan dapat menilai setakad mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak dapat keperkembangankan. Oleh itu peranan guru sangat penting membantu kanak-kanak untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian. Berdasarkan teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura beliau menegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada:

melihat meniru

memerhatikan tingkahlaku orang lain.

x Teori yang dikemukakan oleh Bandura ini dikenali juga sebagai, teori pemerhatian atau teori peniruan. Mengikutnya aspek yang penting dalam teorinya ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau juga menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.

x Peniruan juga boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu; Meniru Secara Langsung dan Tidak Langsung

(a) Proses membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model semasa mengajar.

(b) Proses ini berlaku secara tidak langsung berlaku semasa: (i) melihat gambar

(ii) melihat filem (iii) melihat video

Peniruan Melalui Sekatlakuan dan Ketaksekatlakuan

(a) Peniruan sekatlakuan ini berlaku dalam keadaa yang tertentu, tetapi tidak sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain.

(b) Pada masa ini individu akan menyekat tingkahlaku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi tertentu.

(43)

(c) Dalam proses taksekat lakuan, seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa jua situasi.

Peniruan Melalui Elistasi

(a) Akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut.

(b) Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain.

Latihan 2.1

Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, “Sembunyi, Sembunyi” cuba perhatikan perkara-perkara berikut:

x Bagaimana mereka menguruskan permainan ini? x Bagaimana menyembunyikan diri mereka?

x Tindakan-tindakan yang di ambil oleh orang yang mencari. x Ekspresi mereka apabila mereka di temui.

2.1.6 Estetik

Mereka telah mula dan cuba untuk memahami aspek estetik, dimana mereka telah boleh menilai tentang konsep keindahan dan kecantikan.

Untuk itu latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan. Kanak-kanak akan di didik untuk memperolehi konsep hak kita adalah hak semua. Bermakna konsep perkongsian hendaklah ditekankan. Apabila konsep ini dapat diterapkan kedalam minda kanak-kanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.

2.2

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu.

Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku berterusan.

Manakala pertumbuhan adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kuatiti yang dapat dibuat di bauat ke atas organisma dengan nyata. Peubahan kuantiti adalah seperti ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga boleh didefinasikan sebagai perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses kematangan.

Referensi

Dokumen terkait

Bahan-bahan program bahasa diambil daripada bidang Kemanusiaan dan Persekitaran. Unsur-unsur daripada mata pelajaran seperti sains, geografi, sejarah, sivik, kesihatan, seni

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 Kepujian (kredit) termasuk matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan *Sains/Biologi (*salah satu) Serta 2

Untuk 9 (sembilan) mata pelajaran SMA yang diuji secara nasional (Ujian Nasional) yaitu: 1) Mata pelajaran Bahasa Indonesia; 2) Mata pelajaran Bahasa Inggris; 3) Mata

Dalam kegiatan praktik mengajar praktikan secara langsung menggantikan guru mata pelajaran selama masa PPL dengan mengambil mata pelajaran Bahasa Jawa. Sesuai

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya kredit dalam TIGA (3) MATA PELAJARAN termasuk MATEMATIK dan SATU (1) MATA PELAJARAN. sains/teknikal/vokasional DAN lulus BAHASA

Modul ajar mata pelajaran Bahasa Inggris kelas 11 semester 1 fase F dengan tema Nutrition and Wellness yang berfokus pada gaya hidup sehat untuk masa depan yang

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TARIKH/HARI: SELASA 3/19/2024 Mata pelajaran: Sains WAKTU/MASA: 1150 – 1320 Tingkatan: 1 Dedikasi Bilangan murid: / TEMA/TOPIK/MODUL KAEDAH SAINTIFIK TEMA

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TARIKH/HARI: JUMAAT 3/14/2025 Mata pelajaran: Sains WAKTU/MASA: 0830 – 1000 Tingkatan: 1 Dedikasi Bilangan murid: / TEMA/TOPIK/MODUL KAEDAH SAINTIFIK TEMA