• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Dalam dokumen Modul Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan (Halaman 88-95)

PETA MINDA

TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Mengikut “Principles of the Pestalozzian System of Music” mengenai prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik adalah seperti berikut:

x Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau saimbologi (kaedah hafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum mempelajari notasi muzik.

x Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau panduan yang pal;ing minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif. (kaedah penemuan kendiri).

x Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus dijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan dengan unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiap unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut. (pembelajaran mengikut urutan).

x Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan Dengan itu pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan teori dengan usaha sendiri. (pembelajaran heuristik).

x Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan berkonsep).

x Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik Contoh Peta Minda

Kebanyakkan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik tgelah diasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walau pun setiap pengkaedah muzik mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada

bagaimana konsep-konsep muzik hendak diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Diantara kelima-lima pendekatan itu, pendekatan Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau ‘sequential’.

Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodally dan Gordon lebih memberikan penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Manakala Suzuki lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan berkait dengan pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah.

Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti ‘eurhythmic’ adalah merupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dan nyanyian solfa diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze. Bagi Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik dikalangan pelajar boleh berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar. Baginya aktiviti-aktiviti formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkan intelek sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau struktur muzik dikalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badan manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem urat saraf atau otot-otot yang bagitu kompleks. Kajian dan penyelidikan dalam bidang neurologi telah banyak memberi bunkti kepada pendapat Dalcroze mengenai kaedah kinestetiks yang dinamakan eurhytmics. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi pelajar. Sifat semula jadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya dalam pendekatan Orff. Ide-ide Dalcroze telah mempengaruhi Orff. Beliau telah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang berirama (chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa Irama bahasa/ lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh bayak membantu pelajar supaya mempelajari dan memahami dengan lebih berkesan tentang konsep-konsep muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatan Orff diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan improvisasi dengan muzik dengan cara ‘penemuan sendiri’.

Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada empat komponen utama: (i) Imitasi (Mengajuk Balik)

Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan yang dimaksudkan adalah melalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan besama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik. Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glokenspiel, xylofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan. Manakala alat melodi yang utamanya ialah rekoder.

(ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)

Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri.

(iii) Improvisasi

Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya hanya skel pentatonik disyorkan. Ia

dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xylofon dan metalofon. Cuma memainkan not tonik “do” dan not yang kelima “soh” kesemua not-not lain ditanggalkan. Alat xylofon yang lain pula hanya menggunakan skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh “ti” dan not keempat “fah”.

Skel Pentatonik

Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton.

(iv) Creation (Mencipta)

Pada tahap ini pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa diatas. Bahan itu digunakan untuk mencipta rondos, mini suites dan theme and variation. Diperingkat ini cerita pelajar dan puisi digunakan sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff.

(v) Literasi

Pada tahap ini pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik seperti ‘sight singing’, menulis corak iraa dan skor muzik.

Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang bagitu terkenal diseluruh dunia. Beliau telah merancang satu kurkulum muzik untuk kegunaan sekolah dimana pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga enam kali seminggu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah Program muzik ini diaturkan secara berperingkat atau ‘sequential’ dalam beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan permainan alat muzik. Kodaly telah memberi penekanan yang jelas kepada aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi melalui aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi. Kegunaan isyarat tangan, latihan solfa tangga nada pentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik) .

Pendekatan Suzuki pernah digelar ‘pendekatan bahasa ibunda’. Suzuki menamakan kaedanya talent education’ atau pendekatan bakat’. Seperti pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu violin kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasuk penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara individu. Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan muzik harus bermula dari peringkat awal kanakkanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan dengan bermain secara menghafal ‘rote playing’ sebelum menerima pembelajaran notasi formal ‘note’. Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting di dalam pendekatan Suzuki. Kebanyakan dari ciri-ciri asas dalam pendekatan Suzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi pengajaran dan pembelajaran muzik.

Latihan solfa isyarat tangan: Curwin Hand Signs

The Kodály approach emphasizes the importance of learning how to sing on pitch. In the 18th century, Joh Spencer Curwin (England) developed hand signs to go with the solfege syllables (do re mi, etc.). Kodály integrated these hand signs into his teaching methods. Hand sings are a way of giving a physical placement for a vocal pitch. The low “do” begins at your midsection. Each pitch is then above the previous one. Thus, you have the hand signs going up when the pitch goes up. The upper “do” is at eye level.

Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding kepada pendekatan Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan kepada falsafah masing-masing. Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai ‘audiation’ iaitu satu proses mental yang membolehkan seorang manusia supaya mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration). Dengan itu punca bunyi dalam ‘audiation’ adalah dari akal fikiran sendiri dan bukan dari persekitaran fizikal. Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordon juga diatur secara

perperingkat mengikut teori-teori pembelajaran semasa. Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang sama sengan aspek-aspek pembelajaran muzik yang lain. Dengan itu pelajar boleh membezakan irama, meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat muzik, membaca notasi atau menghayati muzik.

Latihan 5.1

Berdasarkan pengetahuan anda bincangkan pendekatan Kodaly dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.

5.2 KONSEP MUZIK

Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematikndan mempunyai kualiti tersendiri. Penghaslan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi Irama, Melodi, Harmoni, Warna Ton, Tekstur, Bentuk dan Ekspresi.

Unsur-unsur Muzik (a) Melodi

Peta Minda Melodi

Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu ‘Rasa Sayang’.

Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.

Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Contoh skel C major.

Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C. Berikut adalah antara contoh-contoh skor muzik.

(b) Harmoni

Peta Minda Harmoni

Dalam dokumen Modul Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan (Halaman 88-95)