• Tidak ada hasil yang ditemukan

6 peringkat proses refleksi

Dalam dokumen Modul Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan (Halaman 153-158)

PERGERAKAN DENGAN MATA PELAJARAN LAIN

Rajah 8.6: 6 peringkat proses refleksi

Berdasarkan rajah di atas, proses refleksi bermula daripada peringkat,

x Kefahaman

Merupakan cetusan asas untuk mengenalpasti dan menjelaskan isu, fenomena dan masalah pedagogi.

x Tranformasi

Pada peringkat transformasi pula merupakan peringkat untuk merancang membuat tindakan seterusnya iaitu dengan mengambil kira segala faktor yang diperlukan.

x Pelaksanaan

Pada peringkat ini guru akan melaksanakan apa yang telah dirancang, menguji atau mengkaji segala aspek dengan menggunakan. Instrument yang telah ditetapkan.

x Penilaian

Pelaksanaan ini berterusan sehingga keperingkat penilaian. Iaitu akan menilai segala tindakan yang telah diambil

x Refleksi

Membuat segala refleksi iaitu mengingat dan merenung kembali segala aktiviti yang telah dialaminya, menganalisa dan menilai kesannya serta memikirkan cara untuk membaikinya untuk digunakan pada masa depan.

x Kefahaman baru

Membuat satu perancangan pengubahsuaian, peningkatan atau membuat tindakan susulan dan menjadi cetusan idea yang asas untuk membuat satu transformasi yang baru dan tindakan-tindakan yang berikutnya hingga menjadi satu bentuk lingkaran secara terus menerus demi mempertingkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran pedagogi seseorang pendidik.

(c) Pembelajaran Bestari

Bestari bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi pekerti yang baik. Untuk itu pembelajaran bestari ialah pembelajaran yang membolehkan seseorang pelajar menjadi cerdas dan pandai, berpendidikan, berilmu pengetahuan yang tinggi dan akan mempunyai budi pekerti yang baik.

Untuk melaksanakan pembelajaran bestari yang berjaya beberapa pendekatan telah dilaksanakan oleh kementerian pelajaran. Antaranya:

(i) Sekolah Bestari

Mewujudkan sekolah bestari supaya dapat membina pelajar menjadi seorang yang cerdas dan pandai menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka. Manakala matlamat pembentukannya ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia dan boleh melahirkan generasi yang mampu untuk menghadapi segala cabaran-cabaran Wawasan 2020.

(ii) Penggunaan Komputer

Komputer memainkan alat pembelajaran yang penting, utama untuk memperolehi segala maklumat dan ilmu pengetahuan. Untuk itu computer akan digunakan secara meluas di dalam segala aktiviti pembelajaran, pentadbiran dan membuat penilaian. Manakala buku teks hanya digunakan sebagai bahan rujukan sahaja.

(iii) Peranan Guru

Peranan guru menjadi lebih luas iaitu bukan sahaja berperanan sebagai pengajar sebaliknya guru juga akan berperanan sebagai seorang pemudahcara, penasihat, fasilitator, model sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Guru perlulah mahir menggunakan alat bantuan mengajar tekini terutamanya komputer dan pelbagai alat multimedia yang lain.

(iv) Peranan Pentadbir

x Pentadbir perlu menyediakan makmal teknologi maklumat supaya memudahkan guru dan pelajar mencari bahan-bahan yang bekaitan dengan alat audio visual.

x Menyediakan makmal computer supaya mudah bagi pelajar mengakses bahan-bahan pembelajaran melalui internet, membuat e-mail dan lain-lain lagi

x Bilik guru dilengkapi dengan prasarana pengurusan maklumat dan sumber, e-mail, dan database.

x Pejabat pentadbiran pula akan dilengkapi dengan data base untuk pengurusan guru, pelajar dan inventori, sumber serta pengedaran maklumat dan notis.

x Memudahkan pihak sekolah berinteraksi dan berkomunikasi dengan cepat dan pantas dengan Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Neger dan Kementerian Pelajaran melalui Jaringan (network)

Untuk meralisasikan matlamat pembelajaran bestari ini tercapai dengan jayanya. Kementerian Pelajaran perlulah membuat tindakan segera dengan menggalakkan guru supaya bersedia untuk memperlengkapkan diri mereka dengan kemudahan-kemudahan teknologi maklumat terkini seperti penggunaan computer.

Tindakan yang perlu diambil oleh guru ialah: (a) Peka Terhadap Persekitaran Sekolah (b) Meningkatkan Pengetahuan Kerja/Tugas

Guru perlu mempertingkatkan pengetahuan tentang tugas dan kerja yang telah diamanahkan kepadanya dengan menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan, melanjutkan pelajaran, menghadiri kursus-kursus jangka pendek.

Tugas utama guru adalah untuk budaya ilmu dikalangan pelajar. Nilai-nilai budaya ilmu yang hendak dipupuk dalam diri pelajar disekolah ialah budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya.

(c) Meningkatkan Hubungan Interpersonal

Hubungan interpersonal dijalinkan melalui komunikasi. Tujuannya berkomunkasi adalah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar.

Pelajar juga digalakkan untuk mempertingkatkan hubungan interpersonal dengan rakan, pelajar-pelajar, serta ibu bapa mereka.

Ciri-ciri sifat guru yang positif ialah:

x Mempunyai sifat yang positif dan mempunyai pandangan x Berperibadi baik - tidak ego, sombong dan menunjuk-nunjuk.

x Mempunyai kefahaman tentang pertumbuhan dan perkembangan pelajar x Mempunyai keadaan fizikal, mental dan kerohanian yang sempurna x Sabar, ramah, tidak mudah jemu, pandai menarik hati pelajar x Sensitive terhadap sikap dan tindak tanduk orang lain

x Ada keyakinan diri sendiri terhadap tugas yang diberi x Peka terhadap persekitaran

x Bertolak ansur dan bertimbang rasa x Dapat menyimpan rahsia orang lain.

(d) Membuat Refleksi Melalui Penyelidikan Tindakan

Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan dapat membantu dan mempertingkatkan tahap pengajaran serta pembelajaran guru serta dapat membuat pengubahsuaian dan membaiki kaedah, teknik serta rancangan mengajar supaya dapat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

(e) Merebut Peluang Pendidikan Terbuka

Guru perlu merebut peluang yang sedia ada untuk mempertingkatkan tahap akademiknya kerana pemerolehan ilmu tidak hanya tehad di sekolah sahaja malahan kini telah merentasi sempadan Negara. Kerana ia bukan sahaja boleh didapati dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanan tinggi guru untuk memerolehi ilmu.

Terdapat pelbagai bentuk jenis Pendidikan Terbuka yang dikelolakan oleh kerajaan, badan berkanun atau swasta antaranya ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Universiti Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka. Malaysia, menjelang tahun 2000 telah berjaya menubuhkan sebuah Universiti Terbuka (UNITEM/OUM) dan sebuah universiti virtual (UNITAR) yang menggunakan teknologi terkini seperti video-conferencing, internet untuk tujuan kuliah.

RUMUSAN

Topik ini menegaskan tentang kepentingan penghubungkaitan pada setiap mata pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat memahami pengertian, tujuan dan peranan penghubungkaitan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah Diharapakan dengan menggunakan penghubungkaitan dapat membina atau membentuk sahsiah, emosi, jasmani dan fizikal pelajar supaya menjadi masyarakat yang berpekerti mulia.

GLOSARI

Bestari – Bermaksud cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan dan berbudi pekerti yang baik.

Refleksi – Bermaksud sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali.

Pengukuhan – Merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.

Meta kognisi – Merupakan aktiviti mental yang digunakan untuk memantau, mengawal dan merancang untuk penyelesaian masalah, kefahaman, ingatan dan proses kognitif yang lain.

Motivasi – Seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.

UJIAN 1

1. Apakah itu refleksi?

2. Huraikan dengan nyata enam pringkat refleksi didalam pengajaran dan pembelajar pelajar?

UJIAN 2

1. Apakah penghubungkaitan?

2. Nyatakan faedah penghubungkaitan dengan pelbagai matapelajaran. 3. Jelaskan peranan guru untuk mempertingkatkan penghubungkaitan.

RUJUKAN

Amabile, T. M (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed,) Frontiers of Creativity Research, pp 223-254

Ayob, S. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya, Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: Open University Press.

Choksy, L., (1991). Teaching music effectively In the elementary school. Prentice – New Jersey: Hall Inc.

Choksy, L., Abramson, R. M., Gillespie A. E. & Woods, D. (1986). Teaching music in the 20th Century. Englewood Cliffs, U.S.A.

Gallahue, D. A. (1982). Developmental movement experiences for young children. New York: Wiley.

Pautz, M. P (1988). Creating the need for music inservices. Design for Arts in Education, 89 (3), 28-30.

Swanwick, K., & Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A study of children’s composition. British Journal of Music Education, 3, 305-339.

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Dalam dokumen Modul Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan (Halaman 153-158)