• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan ekspresi

Dalam dokumen Modul Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan (Halaman 33-37)

Peranan Emosi

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu:

(i) seronok dan tenang

(ii) kurang seronok dan cemas.

Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

Steq pula menyatakan bahawa jika seseorang memiliki IQ (Intelligence Quotient) yang tinggi, ditambah dengan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi juga, orang tersebut akan lebih mempu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.

Kecerdasan Emosi Konsep IQ dan EQ

Intellegence – dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognatif seperti membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfede Binet dan Theodore Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sampai waktu kini. IQ dikaitkan dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau “neurology” mendapati emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ).

Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak tentang meramalkan masa depan seseorang. Menurut Coleman (Pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20 % kejayaan seseorang manakal 80% lagui adalah faktor-faktor lain.

“intellegence test really assess skill in assimilating new information in solving new problems. This bios toward crytallized rather than fluid knowledge can be astounding consequences and individual can lose his entire frontal lobes, in the process becoming redically different person unable to displey any initiative or to solve new problem and yet may continue to exibit an IQ closde to genius level ....Edward Gardner (1983)

Membina Emosi yang Sihat

x Guru yang penyayang dan ceria

x Tahap EQ guru yang membina EQ murid

x Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat x Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau

peperiksaan

x Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku

x Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial. x Mereka lebih berkerjasama , suka menolong, boleh diharap dan berempeti x Lebih fokus, tekal boleh menangani kekecewaan dan sabar.

Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah

x Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid

x Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru – murid x Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan x Menguasai kemahiran mengajar EQ

x Menggunakan perkatan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan x Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan

x Ada unsur kecindan

x Menggunakan unsur biografi kepada perkara yang berkaitan

x Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi. Peranan Imaginasi

Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;

(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil (iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaraqn ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama.

Melalui aktiiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan lagu “lebah”. Semasa akanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

RUMUSAN

Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam Pendidikan, matlamat dan objektif serta hubung kaitannya dengan pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga penting sebagai persiapan bakal guru yang mengajar mata muridan ini. Di samping itu anda juga didedahkan beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara global . Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi, persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan bakal guru dalam mata muridan ini.

GLOSARI

Ekspresi – Luahan perasaan, luahan gagasan, luahan pendapat, luahan berkarya Emosi – Perasaan yang kuat, dalaman , emansipasi.

Estetik – Kecantikan

Maridan – Berkehendak; asal kata murid; berkehendak yang baik-baik. Imaginasi – Gambaran/kerangka imej

Inventif – Merekacipta, merekabentuk, dapatan baru Isme – Aliran, fahaman

Representatif – Penampilan semula, gambaran semula, penyatuan semula Persepsi – Tanggapan/pengertian yang tajam

UJIAN 1

1. Berdasarkan pengalaman anda, huraikan prinsip yang berkaitan dengan persepsi?

UJIAN 2

1. Setiap guru perlu memahami emosi muridnya semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?

(b) Bagaimanakah caranya guru dapat membina emosi murid yang sihat?

RUJUKAN

Al-Hurwitz & Michael Day (2001), Children and their Art, Harcourt College Publishers, USA Anderson, W.M & Lawrence, J. E (1991), Intergrating music into the classroom, Belmont,

California, Wadsworth Publishing Co.

Bahagian Pendidikan Guru (2005) Seni dalam pendidikan untuk LPBS, Putrajaya. Fogarty, R (1991) How to intergrate the curricula , Illinois, IRI. Skylight Publishing Inc. Howard Gardner (1997), Multiple intellegences as a partner in school improvement “, New

York, USA: University of Illinois Press

Isabel, R.T. & Raines, S.C. (2003), Creativity and the arts with young chidren, USA: Thomson Learning Inc.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pembelajaran secara konstruktivisme Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Teori kecerdasan pelbagai, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

Dalam dokumen Modul Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan (Halaman 33-37)