• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENUBUHAN, ADVOKASI DAN CABARAN

6.4 Khidmat Masyarakat

6.4.1 Kelas Tuisyen untuk Pelajar Sekolah

Kelas tambahan (tuisyen) ini diadakan hampir setiap malam di UBU. 100 Kelas ini diberikan kepada anak-anak sekolah yang tinggal di banyak flat-flat murah sekitar Bangsar. Malah ada yang datang sejauh Pantai Dalam. Oleh kerana sasarannya adalah daripada kelompok working class, maka bayaran yang dikenakan sangat minimum. Hanya RM 10.00 bagi setiap bulan. Manakala bagi yang tidak mampu,

100Idea kelas percuma ini datangnya dari The Black Panther Party. BPP adalah organisasi revolusionari African- American yang ditubuhkan khusus untuk mempromosikan Black Power, dan kemudiannya meluas kepada pertahanan diri (self-defense) untuk kaum kulit hitam. BPP aktif di Amerika Syarikat daripada pertengahan 1960-an hingga tahun 1970an. Program BPP paling dikenali dan berjaya adalah program sarapan percuma untuk kanak – kanak di Gereja Oakland. Selain itu ada juga perkhidmatan pengumpulan dan pengedaran pakaian terpakai, kelas politik dan ekonomi, klinik percuma, bengkel mengenai pertahanan diri dan pemulihan dadah dan alkhohol. Idea berkenaan bantuan sukarelawan ini bukanlah asing, di Malaysia juga terdapat NGO yang mengusahakan kelas tambahan kepada anak sekolah, antaranya ABIM, persatuan sukarelawan Gereja Katholik, Sri Murugan Centre dan lain-lain lagi.

149

tiada bayaran yang dikenakan.101 Bayaran ini tidak bermotifkan keuntungan, sekadar tujuan pendaftaran dan tanda komitmen ibu bapa dan murid. Pada masa yang sama yuran yang dikumpulkan itu nanti akan digunakan dan disalurkan ke program-program dan aktiviti-aktiviti lawatan di hujung minggu serta projek-projek kemasyarakatan yang khusus. Murid yang diterima oleh UBU pada waktu itu berusia antara 10 hingga 15 tahun. Kelas tambahan ini hanya sebagai khidmat komuniti dan tiada unsur politik (secara lansung mahu pun kepartian). Tenaga pengajarnya terdiri daripada pelajar Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada awalnya, terdapat tujuh orang tenaga pengajar, hampir kesemuanya perempuan. Kelas ini diadakan teratur dan berjadual dengan setiap tenaga pengajar mempunyai jadual kelas seminggu sekali. Matapelajar utama yang diajar ialah Matematik dan Bahasa Inggeris. Kebanyakan murid yang mendaftar terdiri daripada kaum Melayu dan hanya sebilangan kecil daripada kalangan kaum India.102 Hal ini mungkin sekali kerana faktor demografi Bangsar Utama yang majoriti kelas pekerjanya terdiri daripada mono-etnik. Murid India yang sedikit ini pula datangnya daripada kawasan Pantai Dalam. Jumlah murid yang mendaftar sekitar 80 ke 100 orang.

Menurut ahli UBU, kelas tambahan ini bukanlah bermatlamat untuk melahirkan murid yang mendapat semua A dalam matapelajaran mereka. Hal ini kerana, rata-rata murid ini berasal daripada keluarga working class yang tertekan daripada segi ekonominya. Tambah masalah apabila mereka ini dikelilingi oleh kediaman dan pusat beli-belah mewah yang berceracak sekitar Bangsar. Hal ini

101 Berdasarkan temubual bersama Fathi Aris Omar dan juga iklan yang diedarkan oleh ahli UBU.

Bagi contoh iklan, Rujuk Lampiran 6.2

102 Komposisi kaum ini berdasarkan temu bual bersama Koy dan juga berdasarkan senarai pelajar yang berdaftar dengan kelas tambahan UBU ini. Bagi senarai pelajar, sila rujuk Lampiran 6.3

150

menyebabkan anak-anak ini rendah diri. Maka apabila mereka dapat berkumpul bersama rakan-rakan lain dan ada guru yang membantu mereka, maka diharap keyakinan itu dapat dibentuk melalui interaksi dengan murid lain.

Menurut Fathi Aris Omar yang merupakan antara ‘ideolog’ UBU, tujuan yang paling utama adalah untuk mendidik bukan sahaja murid tetapi para tenaga pengajar yang juga ahli UBU. Mereka ini akan didedahkan dengan realiti sosial bagaimana kemiskinan itu menjadi kitaran yang menjerat. Mereka juga belajar untuk menguruskan sendiri kelas tambahan tersebut termasuklah untuk mendapatkan dana.

Mereka berjumpa seorang demi seorang ahli politik dan juga ahli perniagaan yang dirasakan mampu untuk menyumbang kelansungan kelas tambahan ini. Maka daripada sini, peribadi mereka dibentuk untuk lebih articulative dan lebih tersusun dalam berorganisasi.

6.4.2 Program Bahasa Inggeris untuk Mahasiswa

Selain khidmat masyarakat kepada masyarakat sekitar, ada juga program yang diaturkan khusus untuk mahasiswa sendiri. “2 Jam Berbual Di Dalam Bahasa Inggeris” Bersama Segelas Teh Tarik Dan Sepinggan Roti Canai. Begitulah nama program yang mereka anjurkan pada setiap hari Ahad bermula dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam bertempat di sekitar warung berhampiran UBU. Program ini dilaksanakan berikutan rendahnya mutu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa dan ahli UBU sendiri. Pendekatan yang digunakan sangat santai dan mesra. Topik yang dipilih juga biasanya santai dan ringan. Usaha ini lebih kepada membantu sesama rakan. Tambahan pula, banyak bahan bacaan ilmiah dalam bahasa Inggeris. Menyedari hal ini, Hishamudin Rais juga pada awalnya sering menggunakan bahasa Inggeris ketika berdiskusi dengan ahli UBU. Perbuatan ini

151

adalah bagi membiasakan para ahli untuk lebih fasih berbahasa Inggeris. Hal ini kerana keperluan advokasi mereka juga rentas kaum, maka adalah perlu untuk menguasai lebih daripada satu bahasa. Selain tujuan berdepan dengan tuntutan dunia pekerjaan kelak.

Antara yang sangat berjaya mengikuti pendekatan ini adalah Rahmat Haron (walapun bukan seluruhnya kerana program ini). Rahmat sebagaimana anak Melayu yang berasal dari luar bandar – sebahagian zaman sekolahnya dihabiskan di beberapa perkampungan Felda di Kota Tinggi (Melayu luar bandar) – Rahmat tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Tetapi kini, penguasaan bahasa Inggerisnya cukup baik untuk memberi keyakinan pada dirinya membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa.103 Namun program ini tidak berjalan dengan lancar berikutan ia hanya atas insiatif individu dan tiada peraturan perjalanan program ini. Semuanya atas sukarela, maka kemudiannya jumlah setiap kali perjumpaan semakin mengecil dan akhirnya hanya tinggal kesungguhan individu tertentu untuk mengambil insiatif belajar sendiri.

6.4.3 Program Diskusi Kelompok104

Diskusi Kelompok merupakan satu lagi usaha UBU membangunkan wadah untuk anak muda dan mahasiswa secara teratur dan sistematis mengenal, mempelajari dan membincangkan berbagai-bagai perkara dalam kerangka sejarah perjuangan nasional dan internasional, situasi semasa, hak asasi manusia, demokrasi, analisis sosial dan masyarakat, budaya dan kesenian, serta pengorganisasian massa.

103 Beliau membentangkan kertas kerjanya di Asia Literature Festival di Gwangju, Korea Selatan pada tahun 2006

104 Bagi perincian, rujuk Lampiran 6.4

152

Program ini bertujuan untuk membina kesedaran dan kefahaman terhadap perubahan persekitaran mereka. Program ini bertujuan membina bukan sahaja kefahaman teoritikal malah juga mampu mengusulkan tindakan yang konkrik.

Sasaran program ini adalah mahasiswa-mahasiswa dari berbagai universiti di sekitar Lembah Kelang iaitu dari UM, UPM, UKM, UIA, UMM, UITM Shah Alam, UTM Jalan Semarak, Kolej-kolej Swasta dan juga belia daripada peringkat umur 18 tahun hingga 28 tahun. Diskusi Kelompok ini dibahagikan kepada 2 kategori diskusi :

a. Diskusi Kelompok bersama Resource Person (Tetamu Jemputan)

b. Diskusi Kelompok sesama mahasiswa/belia dengan dibantu oleh seorang moderator

Diskusi Kelompok bersama Resource Person ini dijalankan secara informal iaitu berkonsepkan sembang – sembang santai di warung mamak. Resource Person yang dijemput ini akan memberi penerangan, penjelasan dan analisis terperinci tentang topik diskusi yang telah dipilih selama kurang lebih satu setengah jam dan diikuti dengan partisipasi dari peserta diskusi dalam bentuk pertanyaan, pendapat dan perbahasan untuk baki lagi setengah jam. Topik diskusi yang dibincangkan dibahagikan kepada 6 kerangka kategori perbincangan:

a. Sejarah Perjuangan Mahasiswa dan Anakmuda b. Hak Asasi Manusia dan Demokrasi

c. Ketamadunan Manusia, Kebudayaan dan Kesenian d. Sistem Kenegaraan Malaysia

e. Islam, Kapitalisme, Sosialisme dan Analisis Sosial dan Masyarakat f. Aktivism dan Pengorganisasian Gerakan

Sumber: Kertas Cadangan Program Diskusi Kelompok Persatuan Khidmat Pelajar U.B.U

Manakala Diskusi Kelompok sesama mahasiswa/belia dipandu oleh seorang moderator daripada kalangan peserta diskusi itu sendiri yang mempunyai kelebihan pengalaman, pandangan, ilmu dan keupayaan untuk mengartikulasi dengan baik

153

topik-topik yang diperbincangkan. Program ini akan turut dijalankan secara informal dan santai di warung – warung mamak. Program Diskusi Kelompok ini dibahagikan kepada 4 bentuk diskusi:

a. Diskusi Isu-isu Semasa

b. Diskusi Bahan Bacaan dan Material c. Diskusi Teori-teori

d. Diskusi Kertas Kerja

Sumber: Kertas Cadangan Program Diskusi Kelompok Persatuan Khidmat Pelajar U.B.U

Topik yang dibawa untuk perbincangan dan perbahasan dalam Diskusi Kelompok ini diambil sama ada dari isu-isu semasa, bahan-bahan bacaan seperti buku, majalah, jurnal, surat khabar, artikel dan lain-lain bahan bertulis, teori-teori politik, ekonomi dan sosial atau pun hasil analisis bertulis yang dibuat sendiri oleh peserta diskusi di dalam bentuk kertas kerja, esei, artikel atau analisis ilmiah.

Program ini antara yang lebih berjaya berbanding dengan program yang lain.

Pertamanya kerana fomatnya yang santai dan longgar maka membuatkan ramai selesa. Bezanya berbanding dengan program ‘berbual dalam Bahasa Inggeris’

adalah kehadiran resourse person yang membawa input baru kepada mereka. Hal ini yang menarik minat para belia dan mahasiswa ini. Malah UBU hingga kini memang dikenali dengan format ‘sembang-sembang warung’.