KEBANGKITAN SEMULA ANAK MUDA?
5.4 Media dalam Reformasi 1998
Umum maklum bahawa terdapat kawalan yang ketat oleh kerajaan terhadap media massa di Malaysia. Situasi ini dengan jelasnya dapat diperhatikan akhbar perdana di negara ini dimiliki atau dikawal oleh Barisan Nasional (Loh dan Mustafa 1996).
Dalam kaji selidik yang dijalankan pada November 1999 dengan fokus kepada tiga akhbar harian berbahasa Inggeris (Star, Sun dan New Strait Times), 50% daripada berita yang disiarkan mengenai BN dan hanya 1.6% hingga 14.6% yang memberi
82Pakatan yang dibina oleh parti – parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya 1999
132
liputan terhadap BA. Manakala, didapati daripada analisa surat pembaca yang disiarkan kebanyakannya adalah pro-BN dan kritikal kepada BA (Mustafa 2003:55).
Menurut Loh dan Mustafa (1996: 100) terdapat tiga faktor utama pengawalan akhbar di Malaysia; ‘perundangan paksa’, ‘pemilikan dan pengawalan penerbitan utama’, dan ‘amalan kewartawanan pembangunan yang bertangungjawab’.
Perundangan paksa ini amat jelas bentuknya melalui pengenalan Akta Mesin Cetak dan Elektronik (1984), manakala perundangan utama bagi media elektronik ialah Akta Penyiaran (1988). Semua penerbitan di Malaysia harus memohon permit tahunan yang boleh dibatalkan atau tidak diperbahurui jika media berkenaan menafikan ‘kepentingan nasioanl’. Hal ini pernah terjadi kepada akhbar Star pada tahun1987 semasa Operasi Lalang.
Bentuk kedua adalah melalui pemilikan bagi mengawal kandungan terbitan sama ada melalui pemilikan negara, naungan politik, atau proksi pemegang amanah.
Contohnya, melalui syarikat pemegang amanah yang terikat dengan cabang pelaburan UMNO iaitu Fleet Holding dan Renong Bhd, UMNO mengawal dua kumpulan penerbitan utama di negara ini, New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Melayu (Loh dan Mustafa 1996: 101 – 102). Kerajaan juga mengekalkan pengawalan secara lansung dua saluran Radia Televisyen Malaysia (RTM).
Manakala, amalan kewartawanan pembangunan yang ‘bertangungjawab’ pula merujuk kepekaan wartawan untuk melakukan tapisan sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam kejadian kekacauan di Kampung Rawa pada Mac 1998 apabila media hanya memuji ‘kecekapan’ pihak berkuasa bertindak bagi mengawal keadaan (John Hilley 2009; 140).
133
Kemajuan dalam teknologi komunikasi yang membawa kepada peningkatan penggunaan internet, telefon mudah alih dan sambungan tanpa wayar (wayerless) – juga disebut sebagai media baru – memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan bebas. Kawalan kerajaan atas penyaluran maklumat menjadi terbatas dan penyebaran ideologi pengabsahan (legitimating ideology) kerajaan juga semakin kurang berkesan. Teknologi komunikasi berkait rapat dengan pemeluasan ruang masyarakat sivil dan pemugaran demokrasi.
Tahun 1995 boleh dianggap sebagai sejarah awal internet di Malaysia dan peningkatan jumlah host internet di Malaysia bermula sekitar tahun 1996. Menurut bancian penggunaan internet di Malaysia yang pertama dilakukan dari Oktober hingga November 1995 oleh MIMOS dan Beta Interactive Services, satu daripada setiap seribu Malaysia mempunyai akses kepada Internet bersamaan 20.000 pengguna internet daripada penduduk 20 juta penduduk Malaysia ketika itu (Beta Interaktif Services, 1996). Pada tahun 1998, jumlah ini meningkat menjadi 2,6% dari penduduk. Jumlah unit komputer yang dijual, yang 467,000 pada tahun 1998 dan 701, 000 buah lagi pada tahun 2000 menunjukkan peningkatan literasi internet di Malaysia (Lee, 2000). Begitu juga dengan perkhimatan café internet yang menjadi tumpuan untuk mendapatkan infomasi altenatif berkenaan isu semasa.
Pada ketika itu, terbit laman-laman web seperti Anwar Online, Laman Reformasi, Mahazalim, Mahafiraun, Laman Marhaean, Teranungkite.com, freeanwar.com83, Ummahonline.com, Catatan Reformasi84 dan pada penghujung 1999, Malaysiakini.
83Sebuah laman web yang giat berkempen untuk pembebasan Anwar Ibrahim. Laman tersebut ditutup selepas pembebasan Anwar dalam bulan September 2004. Laman web ini dikendalikan oleh Raja Petra Kamaludin yang kemudianya dikenali melalui laman portal berita popular MalaysiaToday.com
134
Oleh kerana media konvensional – akhbar, televisyen dan radio – dikawal oleh kerajaan maka tumbuh beberapa media alternatif melalui portal berita internet seperti Malaysiakini85 untuk membuat liputan dan menyebarkan berita berkaitan gerakan reformasi. Sebagai contoh, Gabungan Mahasiswa Mansuh ISA (GMMI) telah menganjurkan demonstrasi pada 8 Jun 2001 di Masjid Negara yang berakhir dengan keganasan polis. Demonstrasi tersebut menyebabkan tujuh orang mahasiswa ditahan dan dibuang dari kampus selepas itu. Malaysiakini antara media yang memberikan laporan meluas terhadap demonstrasi tersebut dan membuat susulan kes penangkapan mahasiswa sehinggalah perbicaraannya selesai pada pertengahan tahun 2009. Begitu juga dengan menahan Mohd Fuad Ikhwan daripada Gamis dan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah) dari Universiti Bangsar Utama (UBU) di bawah akta ISA. Apabila Jonah ditahan, pejabat UBU digeledah dan banyak barang-barang seperti gambar, poster dan buku turut dirampas. Portal berita seperti Malaysiakini, telah membuat liputan yang menyeluruh terhadap isu ini untuk pengetahuan umum.
Malaysiakini, di samping beberapa laman web reformasi yang telah diwujudkan terlebih dahulu, telah menjadi saluran pemberitaan dan komentar politik alternatif untuk menyampaikan idea-idea pro-demokrasi dan hak asasi manusia.
Laman portal berita ini semakin menjadi pilihan untuk mendapatkan berita berkenaan isu semasa. Buktinya, dalam bulan Jun 2000, purata jumlah pembaca Malaysiakini mencecah 100,000 orang setiap hari. Pada 8 Ogos tahun yang sama,
84 Digerakkan oleh Sabri Zain. Gaya penulisan yang sinikal (beliau mempopularkan kata Not The New Strait Time). Catatan hariannya mencatat perubahan wajah orang biasa, tidak bersenjata, pemprotes aman berhadapan dengan FRU. Tulisannya mencerap perubahan pantas pada sikap sosial dan politik yang mengarah kepada solidaritas dan pencarian keadilan.
Tulisannya kini boleh dilayari di http://www.sabrizain.org.
85 Malaysiakini diasaskan pada akhir tahun 1999. Penubuhannya dilatari oleh cetusan gelombang Reformasi 1998 dan pilihanraya umum 1999 .
135
iaitu ketika penghakiman kes Anwar Ibrahim diumumkan, Malaysiakini mencatat rekod jumlah pembaca tertinggi iaitu seramai 319,000 orang. Semasa kempen pilihanraya kecil Ijok berlangsung dalam bulan April 2007, Malaysiakini mencatat purata jumlah “page view” sebanyak 1.3 juta setiap hari dengan 44,000 muaturun video daripada laman tv internetnya, Malaysiakini.tv (Tong 2004).