• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Pembinaan Dan Penyenggaraan Kompleks Sukan

Sebanyak 16 baucar bayaran berjumlah RM143,772 bagi kelewatan antara satu ke dua bulan yang merupakan kerja penyelenggaraan kecil kemudahan MSN

5.4.6.2 Kompleks MSN Kuala Rompin a. Peralatan Tidak Digunakan

Pihak Audit mendapati sebanyak 13 unit peralatan dapur di Dewan Makan bernilai RM37,400 tidak digunakan sejak ia dibeli pada tahun 2010. Bagaimanapun, peralatan tersebut berada dalam keadaan baik kecuali seunit dapur bernilai RM6,080 telah berkarat. Penyelia memaklumkan peralatan ini tidak digunakan kerana pembekal makanan yang dilantik membekalkan makanan yang telah siap dimasak ke pusat ini dari semasa ke semasa berdasarkan tempahan. Butiran lanjut seperti jadual dan gambar berikut:

JADUAL 5.20 : PERALATAN DAPUR YANG DIBELI TIDAK DIGUNAKAN

BIL. PERALATAN KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) AMAUN (RM)

1. S/S 4 Tier Solid Rack (2000x500x1500mmH) 2 1,750 3,500 2. S/S 4 Tier Solid Rack (1500x500x1500mmH) 1 1,650 1,650

3. S/S 4 Door Upright Freezer 1 4,500 4,500

4. S/S 4 Door Upright Chiller 1 5,500 5,500

5. S/S Double Bowl Sink Table (1800x750x850mmH) 2 2,180 4,360

6. S/S 2 Ring Kwali Range 1 3,880 3,880

7. S/S Utility Trolley 2 1,050 2,100

8. Deep Fryer 1 4,450 4,450

GAMBAR 5.72

Dapur Gas Tidak Digunakan Dan Berkarat Peti Sejuk Tidak Digunakan GAMBAR 5.73

Lokasi : Ruangan Memasak, Kantin

Tarikh : 1 Disember 2014 Lokasi : Ruangan Memasak, Kantin Tarikh : 1 Disember 2014

GAMBAR 5.74

Sink Table Tidak Digunakan Dapur Tungku Besar Tidak Digunakan GAMBAR 5.75

Lokasi : Ruangan Memasak, Kantin

Tarikh : 1 Disember 2014 Lokasi : Ruangan Memasak, Kantin Tarikh : 1 Disember 2014

Maklum Balas Daripada MSN Diterima Pada 20 April 2015

Kali terakhir penggunaan peralatan dapur di Dewan Makan adalah pada tahun 2014 oleh syarikat yang dilantik iaitu Sepakat Perkasa Enterprise bagi tempoh 1 Oktober 2013 hingga 30 April 2014. Operator terkini iaitu EIFA Enterprise dari Kuala Rompin dilantik mulai 1 Mei 2014 sehingga 30 April 2016 tidak menggunakan peralatan dapur tersebut kerana makanan yang disajikan kepada atlet telah siap dimasak di restoran sendiri. Bagaimanapun, MSN telah mengambil tindakan memindahkan peralatan dapur tersebut ke Kafeteria Atlet di Bukit Jalil dan UPM, Serdang.

5.4.7 Soal Selidik Kepuasan Pelanggan

5.4.7.1 Satu soal selidik telah dibuat bagi mendapatkan maklum balas daripada atlet dan orang awam terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di 7

kompleks sukan yang dipilih. Soal selidik tersebut merangkumi beberapa bahagian berkaitan pengetahuan responden terhadap kemudahan dan perkhidmatan kompleks dan masalah yang dihadapi semasa mendapatkan perkhidmatan yang telah diterima. 5.4.7.2 Seramai 163 responden yang terdiri daripada atlet elit, atlet pelapis, atlet paralimpik, jurulatih, pelajar universiti, pelajar sekolah, kakitangan awam dan kakitangan swasta telah memberikan maklum balas berkenaan soal selidik tersebut. Analisis Audit mendapati 75% responden berpendapat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Kompleks MSN Wangsa Maju berada di tahap cemerlang. Antara 50% hingga 76.2% responden berpendapat 6 kompleks sukan MSN adalah di tahap baik. Maklumat lanjut mengenai tahap kepuasan pelanggan di 7 kompleks sukan dan pusat latihan MSN seperti jadual dan carta berikut:

JADUAL 5.21 : MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN

KOMPLEKS KEPUASAN TAHAP RESPONDEN JUMLAH (Bil.) BIL. %

Kompleks Sukan Taman Keramat

Sederhana 5 21.7

23

Baik 17 73.9

Cemerlang 1 4.4

Kompleks MSN Wangsa Maju

Sederhana - -

16

Baik 4 25.0

Cemerlang 12 75.0

Kompleks Saujana Asahan

Sederhana 5 20.0

25

Baik 14 56.0

Cemerlang 6 24.0

Pusat Latihan Menembak Atlet

Sederhana - -

26

Baik 18 69.2

Cemerlang 8 30.8

Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan

Sederhana 3 16.7

18

Baik 9 50.0

Cemerlang 6 33.3

Kompleks MSN Kuala Rompin

Sederhana 10 29.4

34

Baik 22 64.7

Cemerlang 2 5.9

Kompleks Sukan Pagoh

Sederhana 2 9.5

21

Baik 16 76.2

Cemerlang 3 14.3

JUMLAH 163

CARTA 5.1 : TAHAP KEPUASAN PELANGGAN BAGI 7 KOMPLEKS SUKAN

Sumber : Soal Selidik, Jabatan Audit Negara

5.4.7.3 Selain itu, terdapat 43 cadangan yang diberikan oleh pengguna kompleks sukan MSN bagi menambah baik kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Butiran lanjut seperti jadual berikut:

JADUAL 5.22 : CADANGAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN DI KOMPLEKS MSN

KOMPLEKS CADANGAN PENGGUNA CADANGAN BILANGAN

Kompleks Sukan Taman Keramat

Menyediakan kemudahan mesin basuh dan ampaian pakaian

berbumbung 5

Menyediakan kemudahan penyaman udara di kafeteria 3

Menyediakan kemudahan mesin air minuman 3

Menyediakan kemudahan wifi 2

Kompleks MSN Wangsa

Maju Papan tanda arah perlu ditambah 1

Kompleks Saujana Asahan

Menyediakan pengawal keselamatan di tempat yang kurang selamat 1

Tingkatkan kebersihan kawasan persekitaran asrama dan tandas 1

Menyediakan kemudahan tuala mandi 1

Menyediakan kemudahan mesin air di blok penginapan 1

Menyediakan kemudahan mesin basuh atau perkhidmatan dobi

berbayar 1

Pusat Latihan Menembak Atlet

Menyenggara lampu di lapang sasar 25 meter kerana kurang cerah 1

Menambah mesin air minuman di lapang sasar 2

Meja menembak di lapang sasar 25 meter perlu diubah suai mengikut

kesesuaian acara 1

Menyediakan bumbung di laluan tangga naik di lapang sasar 50 meter

kerana air hujan memasuki kawasan lapang sasar 1

Menambah kelengkapan menembak target elektronik 1

Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan

Menyediakan kemudahan ampaian pakaian berbumbung 1

Peralatan gim perlu ditambah 1

21.7 0 20 0 16.7 29.4 9.5 73.9 25 56 69.2 50 64.7 76.2 4.4 75 24 30.8 33.3 5.9 14.3 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 Kompleks Sukan Taman Keramat Kompleks MSN

Wangsa Maju Saujana AsahanKompleks Menembak AtletPusat Latihan Sukan PerahuKompleks Layar Kebangsaan

Kompleks MSN

Kuala Rompin Sukan PagohKompleks

Pe ratu s Kompleks Sukan MSN Sederhana Baik Cemerlang

KOMPLEKS CADANGAN PENGGUNA CADANGAN BILANGAN

Pembesar suara perlu disediakan di surau 1

Menyediakan kemudahan mesin air minuman 1

Kompleks MSN Kuala Rompin

Menyenggara lampu di gelanggang badminton supaya lebih cerah 2

Menyediakan kemudahan mesin basuh dan ampaian pakaian

berbumbung 1

Kompleks Sukan Pagoh

Menyediakan mesin jualan minuman 2

Menyediakan balapan 2

Menambah gelanggang futsal 3

Menyediakan ruang menunggu yang sesuai 4

JUMLAH 43

Sumber: Soal Selidik, Jabatan Audit Negara

Pada pendapat Audit, kemudahan dan perkhidmatan di 7 Kompleks MSN telah memberi manfaat kepada semua pengguna terutamanya kepada atlet negara bagi meningkatkan prestasi sukan negara.

Maklum Balas Daripada MSN Diterima Pada 20 April 2015

Cadangan pengguna di dalam maklum balas soal selidik pihak Audit telah dimasukkan di dalam cadangan naik taraf dan penyenggaraan kompleks MSN 2015 yang telah diluluskan dalam Lembaga Pengurus MSN.

5.4.8 Pemantauan

5.4.8.1 Pemantauan adalah elemen pengurusan penting bagi memudahkan pihak pengurusan mengenal pasti kelemahan dan punca masalah pada peringkat awal seterusnya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikannya. Pemantauan perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan pengurusan projek Kompleks MSN dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan supaya segala kelemahan dan masalah dapat dikenal pasti dan tindakan boleh diambil dengan segera.

5.4.8.2 Semakan Audit mendapati Cawangan Harta dan Kemudahan memantau

perkembangan projek melalui mesyuarat tapak, membuat lawatan dari semasa ke semasa serta berhubung terus dengan perunding dan kontraktor. Pemantauan juga dilaksanakan oleh perunding terhadap projek pembangunan. Selain itu, prestasi projek pembinaan Kompleks MSN telah dibincangkan dalam Jawatankuasa Pembangunan di peringkat Kementerian Belia Dan Sukan. Bahagian Harta dan Kemudahan memantau penyenggaraan kompleks MSN melalui Laporan Kerosakan yang dikemukakan oleh Penyelia kompleks MSN secara berkala.

kerja pembinaan yang kurang memuaskan dan terdapat kerosakan yang belum diambil tindakan.

Maklum Balas Daripada MSN Diterima Pada 20 April 2015 Dan 15 September 2015

Penambahbaikan kepada fungsi dan tugas Bahagian Harta Dan Kemudahan akan sentiasa dibuat supaya kelemahan dalam perancangan serta pemantauan projek dapat diatasi serta ditingkatkan dalam menghasilkan kualiti kerja pembinaan yang terbaik. Pengurusan projek kemudahan sukan juga dipantau dengan menggunakan khidmat perunding swasta yang dilantik oleh MSN. Tindakan yang diambil oleh MSN adalah berdasarkan kepada khidmat nasihat daripada perunding antaranya pengeluaran Sijil Tidak Siap, Arahan Perubahan Kerja Dan Pelanjutan Masa. Pendekatan pelaksanaan projek menggunakan khidmat perunding mungkin ada sedikit perbezaan dengan pendekatan yang diambil oleh Jabatan Kerja Raya dalam pembinaan projek namun ia tetap mematuhi syarat kontrak.

5.5 SYOR AUDIT

Pihak Audit mengesyorkan MSN hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

5.5.1 MSN hendaklah memantau kerja kontraktor dan perkhidmatan perunding bagi memastikan kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi, kualiti dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

5.5.2 MSN hendaklah menguatkuasakan kontrak dan mengambil tindakan ke atas kontraktor yang melanggar syarat kontrak.

5.5.3 MSN hendaklah memastikan peralatan yang dibeli diguna secara optimum bagi mengelakkan berlaku pembaziran.

5.5.4 MSN hendaklah memastikan peraturan dan arahan kewangannya dipatuhi bagi meningkatkan kecekapan dalam proses pembayaran.

Maklum Balas Terkini Berkaitan Dengan Perenggan Ini Boleh Dirujuk Di Laporan Maklum Balas Daripada Perbendaharaan Malaysia Ke Atas Isu-Isu Utama Dalam Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Dan Pengurusan Syarikat