• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Pinjaman Latihan Kemahiran

purata 23.3% setahun manakala tunggakan pinjaman batal baki yang masih tidak dapat dikutip setakat 31 Disember 2014 adalah 76.7%

4.4.4.1 Tempoh Pengeluaran LOD Tidak Ditetapkan

a. Polisi pengeluaran Letter of Demand (LOD) dengan menggunakan khidmat pihak panel peguam PTPK kepada peminjam adalah berdasarkan kriteria berikut: i. Fail peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman selepas

NPTUUA dikeluarkan dan tunggakan pinjaman masih dalam tempoh had masa 6 tahun (6 tahun dikira dari tarikh mula bayar balik pinjaman).

ii. Fail peminjam yang pernah membuat bayaran balik pinjaman tetapi tidak mengikut jadual dan tunggakan pinjaman masih dalam tempoh had masa 6 tahun (6 tahun dikira dari tarikh akhir bayaran balik diterima).

iii. Fail peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman RM2,500 dan ke atas, selepas NPTUUA dikeluarkan.

b. Semakan Audit mendapati Unit Undang-undang tidak menetapkan secara bertulis satu tempoh bagi proses pengeluaran LOD terhadap fail-fail peminjam. Bagaimanapun, tempoh pengeluaran LOD dikira mulai tarikh penerimaan fail dari Bahagian Bayaran Balik. Sejumlah 80 daripada 9,215 fail peminjam bagi tahun 2010 sehingga 2014 telah dipilih untuk dianalisis. Analisis Audit mendapati Unit Undang-undang mengambil masa dari 7 hingga 283 hari untuk mengeluarkan LOD seperti jadual berikut:

JADUAL 4.10 : STATUS DAN TEMPOH PENGELUARAN LOD SETAKAT 31 DISEMBER 2014

STATUS PENGELUARAN LOD BILANGAN PEMINJAM

TEMPOH PENGELUARAN LOD (DARI TARIKH PENERIMAAN FAIL SEHINGGA TARIKH LOD

DIKELUARKAN)

TUNGGAKAN PINJAMAN

(RM)

A. Dikeluarkan LOD 44 7 hingga 283 hari 242,386

i. Peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman selepas

NPTUUA dikeluarkan 1 46 hari 5,190

ii. Peminjam yang pernah membuat bayaran balik pinjaman tetapi tidak mengikut jadual dengan tunggakan pinjaman RM2,500 dan ke atas

25 7 hingga 100 hari 136,719

14 101 hingga 200 hari 79,797

4 Melebihi 200 hari 20,680

B. Belum Dikeluarkan LOD 36 TB 109,353

JUMLAH (A+B) 80 351,739

Sumber: Laporan Penerimaan Fail Peminjam, Unit Undang-undang, PTPK Nota: TB - Tidak Berkenaan

c. Analisis audit mendapati 43 daripada 44 peminjam dengan tunggakan sejumlah RM237,196 telah dikeluarkan LOD atas sebab peminjam tidak menjelaskan bayaran mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan dan tunggakan adalah melebihi RM2,500 manakala 1 peminjam dengan tunggakan sejumlah RM5,190

d. Semakan lanjut mendapati prestasi pengeluaran LOD dari tahun 2012 sehingga 2014 berbanding bilangan fail peminjam yang diterima oleh Unit Undang-undang adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 4.11 : PRESTASI PENGELUARAN LOD BAGI TAHUN 2012 SEHINGGA 2014

TAHUN

BILANGAN BAKI FAIL DARI

TAHUN SEBELUM (a) BILANGAN FAIL DITERIMA DARI BAHAGIAN BAYARAN BALIK (b) JUMLAH FAIL UNTUK DIKELUARKAN LOD (c)= (a)+(b) BILANGAN FAIL YANG TELAH DIKELUARKAN LOD BILANGAN FAIL YANG BELUM LAYAK UNTUK PENGELUARAN LOD BILANGAN FAIL BELUM DIKELUARKAN LOD 2012 4 693 697 692 1 4 2013 4 4,318 4,322 4,149 87 86 2014 86 6,161 6,247 3,737 71 2,439 JUMLAH 11,172 8,578 159

Sumber: Laporan Penerimaan Fail Peminjam, Unit Undang-undang, PTPK

e. Analisis Audit mendapati daripada 11,172 fail peminjam yang diterima dari Bahagian Bayaran Balik, 8,578 fail atau 76.8% telah dikeluarkan LOD manakala 2,439 fail atau 21.8% masih belum dikeluarkan LOD setakat 31 Disember 2014. f. PTPK memaklumkan tempoh pengeluaran LOD dari 7 hingga 283 hari ialah

kerana fail yang perlu dikeluarkan LOD semakin bertambah setiap tahun. Proses pemantauan bayaran balik peminjam juga mengambil masa selama 3 bulan atau lebih sebelum tindakan undang-undang diambil bergantung kepada trend pembayaran balik peminjam terutamanya bagi peminjam yang tidak mengikut jadual pembayaran balik.

g. Ketiadaan penetapan tempoh proses pengeluaran LOD menyebabkan tempoh sebenar pengeluaran LOD bagi baki 2,439 fail sehingga tahun 2014 tidak dapat dipastikan. Ini akan menjejaskan usaha untuk mendapatkan bayaran balik daripada peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik dan yang mempunyai tunggakan kerana tidak membayar mengikut jadual.

Pada pendapat Audit, ketiadaan tempoh pengeluaran LOD telah menyebabkan PTPK tidak dapat menilai keberkesanan pematuhan kepada polisi.

Maklum Balas Daripada PTPK Diterima Pada 19 Jun 2015

i. Unit Undang-undang bersetuju menetapkan tempoh 30 hari daripada tarikh fail peminjam diterima di Unit Undang-undang untuk memproses fail-fail peminjam bagi tujuan pengeluaran LOD pada Jun 2015. Tempoh ini telah dinyatakan di dalam Manual Prosedur Kerja (MPK) bagi proses pengeluaran LOD pada Jun 2015.

ii. Daripada 2,439 fail yang belum dikeluarkan LOD, sebanyak 533 fail peminjam telah diambil tindakan dan baki 1,906 fail peminjam sedang dalam proses semakan dan tindakan susulan Unit Undang-undang. Daripada jumlah 1,906 fail tersebut, 1,114 fail sedang dalam pemantauan menjadikan baki terkini iaitu sebanyak 892 fail. Tindakan pengeluaran LOD akan dilakukan secara berterusan.

4.4.4.2 LOD Belum Dikeluarkan Bagi Peminjam Yang Mempunyai

Tunggakan Melebihi 6 Tahun

a. Pada tahun 2011 dan sebelumnya, hanya Unit Undang-undang

bertanggungjawab dalam mengeluarkan LOD bagi semua peminjam termasuk peminjam dengan tunggakan melebihi 6 tahun.

b. Bermula pada tahun 2012, fungsi pengeluaran LOD terhadap peminjam dengan tunggakan melebihi 6 tahun daripada tarikh peminjam patut mula bayar balik pinjaman dilaksanakan oleh Cawangan Penguatkuasaan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Penguatkuasaan di Cawangan Penguatkuasaan bagi tujuan mengaktifkan semula had masa tersebut supaya tuntutan sivil dapat diambil ke atas peminjam dan penjamin.

c. Fungsi ini berikutan Seksyen 6, Akta Had Masa 1953 (Akta 254) (Pindaan 1 Mei 2013) yang menyatakan tindakan untuk mendapat kembali apa-apa jumlah wang menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis selain daripada penalti atau pelucuthakan atau sejumlah wang sebagai penalti atau pelucuthakan, tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh 6 tahun daripada tarikh kuasa tindakan itu bermula. Bagaimanapun, Seksyen 26(2), Akta 254, jika apa-apa hak tindakan telah terakru bagi mendapatkan kembali hutang atau wang tuntutan dan orang yang bertanggungjawab terhadap hutang/tuntutan mengakui tuntutan itu atau membuat apa-apa bayaran, hak tindakan itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada tarikh bayaran akhir hutang/tuntutan tersebut.

d. Semakan Audit mendapati setakat 31 Disember 2014 terdapat 53,994 fail atau 63.5% yang mempunyai tunggakan 6 tahun ke atas berjumlah RM198.29 juta masih belum dikeluarkan LOD seperti jadual berikut:

JADUAL 4.12 : PRESTASI PENGELUARAN LOD OLEH CAWANGAN PENGUATKUASAAN BAGI OGOS 2012 SEHINGGA DISEMBER 2014

TAHUN JUMLAH FAIL LAYAK LOD (TERKUMPUL) (a) JUMLAH FAIL YANG TELAH DIKELUARKAN LOD (TERKUMPUL) TUNGGAKAN

(RM Juta) KUTIPAN (RM Juta)

FAIL BELUM DIKELUARKAN LOD (TERKUMPUL) BILANGAN (b) (c)=(b)/(a) (%) 2012 33,761 1,709 12.41 0.12 32,052 94.9 2013 49,783 6,675 36.55 0.59 43,108 86.6 2014 85,029 31,035 198.29 2.34 53,994 63.5

Sumber : Data Cawangan Penguatkuasaan Dan Bahagian Pengurusan Maklumat, PTPK

e. Analisis Audit mendapati Cawangan Penguatkuasaan telah mengeluarkan LOD terhadap 31,035 fail atau 36.5% manakala 53,994 fail atau 63.5% masih belum dikeluarkan LOD berbanding 85,029 fail peminjam yang layak dikeluarkan LOD setakat 31 Disember 2014.

f. Cawangan Penguatkuasaan memaklumkan bahawa antara cabaran yang dihadapi oleh cawangan ini dalam pengeluaran LOD kepada peminjam adalah seperti berikut:

i. Semakan fail-fail peminjam sama ada notis tuntutan telah dikeluarkan atau belum perlu dibuat secara manual.

ii. Tiada kemudahan dalam Sistem Pengurusan Pinjaman seperti profiling history ataupun triggering factor bagi tujuan semakan dan pemantauan bayaran balik pinjaman setelah notis dikeluarkan kepada peminjam.

iii. Kekurangan pegawai di Cawangan Penguatkuasaan.

iv. Keupayaan mesin mencetak notis LOD juga menjadi faktor kelewatan di mana notis perlu dicetak satu per satu dengan memasukkan nombor akaun peminjam dan bukannya dicetak secara berkumpulan.

Pada pendapat Audit, pengurusan pengeluaran LOD oleh Cawangan Penguatkuasaan PTPK adalah memuaskan kerana setakat 31 Disember 2014, bilangan peminjam mempunyai tunggakan pinjaman melebihi 6 tahun dan belum dikeluarkan LOD telah berkurang kepada 63.5% berbanding 2 tahun sebelumnya sebanyak 94.9%. Bagaimanapun, urusan pengeluaran LOD wajar diperbaiki lagi kerana ianya elemen penting untuk kutipan balik pinjaman. Maklum Balas Daripada PTPK Diterima Pada 19 Jun 2015

Statistik pengeluaran LOD yang terkini dari bulan Januari 2015 sehingga Mei 2015 adalah kepada 14,099 peminjam dan 28,198 penjamin. Ia melibatkan pinjaman berjumlah RM53.90 juta. Sejumlah RM1.04 juta daripada RM53.90 juta jumlah patut dikutip telah diterima oleh PTPK.